Aku terjaga bila kedengaran pintu
bilikku di ketuk berkali-kali. Sambil mengeliat
kecil aku menoleh kea rah jam di sisi. Jam menunjukkan hampir ke pukul 11.30
pagi. Mak aii. Belum pernah aku bangun selewat hari ini. Burn sudah subuh aku
hari ni. Apa tidaknya semalam masuk tidur sahaja sudah hendak dekat pukul
4.00pagi. Aku sebenarnya sudah pun set jam untuk solat subuh namun tidak kedengaran
mungkin kerana terlalu penat sangat. Semalam setiba sahaja di condo Adam. Adam tidak
menyinggah dan mengambil keputusan untuk terus balik ke crib dia. Hehehe..sorry
dia kan ke vampire. Kami pun tak pernah pelawa dia. Balik aje kami terus serang
dapur mencari frozen food didalam freezer yang boleh di buat supper. Perut kami
sudah lapar sangat. Sungguhpun semalam Adam ada mempelawa kami utnuk singgah makan
supper. Kami menolak dengan memberi alasan kami malas. Bukannya apa..make up kami
pun sudah tidak tentu arah, kalau makan di luar dengan si Vampire itu kami
hendak kena menjaga imej dan juga reputationnya. Kami malas hendak touch up
make up lagipun. Kalau di rumah tiada sesiapa yang hendak tengok. Muka comot ke
apa ke tiada siapa yang peduli. Makan, berbual dan mengumpat pasal si Vampire itu
sahaja hingga ke jam 3.00 pagi lebih. Mandi dan hilangkan make up, itu dan
ini sudah memakan masa berejam-jam. Hendak sahaja aku employ orang untuk removekan
make up untuk aku. Malas pula hendak membuatnya sendiri. Sudahlah berdandan
sahaja memakan masa sehingga sejam hendak remove pun sama lamanya. Hissh nasib
baiklah aku ni tidak berapa suka sangat bermake-up. Aku pakai ini pun kerana Adam
sudah membelikan aku make-up yang mahal-mahal harganya dan dia mahu aku kelihatan
perfect bila setiap kali keluar bersama dengannya. Penat tau, walaupun aku tidaklah
bermake-up penuh seperti artist yang senantiasa harus bermake tebal. Tetapi aku
tidak pernah ambil sambil lewa bila bab menjaga complexion wajahku.
“Masuk,” ujarku malas hendak membuka
pintu. Lagipun pintu bilikku tidak pernah berkunci. Nadia yang masih lagi
berpajamas membuka pintu menuju ke arahku seraya menyerah cordless phone
kepadaku. Dia pun baru bangun tidur lah tu. Kalau tidak kerana telefon
berdering agaknya masih sambung tidur.
“Siapa,” soalku dengan nada malas.
“Dian,” jawabnya ringkas lalu
merebahkan dirinya di sebelah ku.
Aku menjeling sebaik sahaja nama itu di
sebut. Siapa lagi kalau tidak PA si Vampire tu. Aku tidak menyuruhnya
fix apa-apa racangan hari ini. Apahal pulak dia call pagi-pagi buta ni. Opps
tengahari.
“Hello,” ujarku seraya menguap kecil.
“Miss Era, Mr Salvatore would like to
speak to you, please hold on,” ujarnya dengan suara lemak-lemak ketam. Maksud
aku kalau lelaki suara macho, kalau perempuan suara seksi. Mungkin untuk
pemanggil lelaki boleh angau mendengar suara Dian. Tapi untuk wanita tulen seperti
aku ni serasa seperti hendak muntah di buatnya. Si Vampire ni pulak macam dia tidak
boleh call handphone aku directly sendiri. Semua hendak melalui PAnya. Mengada
betul.
Aku menyerahkan telefon cordless kepada
Nadia. Kalau dia hendak berurusan dengan aku melalui PAnya. Dia pula harus
berurusan denganku melalui advisor aku. Hehe. Rasakan.
“Hi Era,” ujar Adam sebaik sahaja
talian sudah di sambungkan.
“Nadia,” jawab Nadia ringkas seraya
mengosok-gosok matanya perlahan.
“Nadia, Era mana?,” soal Adam hairan
kerana dia meminta Dian menyambung talian kepada Era bukan Nadia.
“Sebelah I, lagi tidur, I boleh
sampaikan message pada dia,” jawab Nadia acuh tak acuh.
“Oh ok, I hendak ajak dia lunch today
at 1.00pm di
II Divo Ristorante Italiano, Harris will fetch her,” ujarnya seraya
bermain-main dengan pen mont blanc nya. Sudah tiba masanya, untuknya memainkan
peranan untuk menakluki hati Era. Dia dapat merasakan Era sudah jatuh hati
dengannya. Maka mudah untuknya memanipulasi Era dan memenangi betnya dengan
Raoul.
“Let me check her schedule for today,”
jawab Nadia seraya menekap receiver telefon. Nadia menoleh kea rah Era.
“Si Vampire tu
ajak lunch kat Italian restaurant,” bisik Nadia perlahan.
Aku menoleh kearah
Nadia. Apa mimpi si Vampire tu ajak aku makan lunch hari ini belum pernah umur
dia luangkan masa lunchnya untuk aku. Ini mesti ada makna. Aku mengelengkan
kepala menandakan aku tidak free hari ni. Aku malas hendak keluar, penat
semalam masih lagi terasa. Lagipun Nadia tidak bekerja hari ni. Kalau aku hendak
keluar pun, aku hendak pergi shopping dengan Nadia atau menonton wayang. Dengan
si Vampire tu hendak buat apa. Nanti sudahnya aku dan dia asyik bertekak aje,
dahlah tak boleh cuci mata bila bersama dengan dia.
“She’s not free today,” ujar Nadia.
“Not free, dia hendak kemana?,” soal
Adam ingin tahu. Plan apa yang Era buat sendiri. Memanglah dalam 3 minggu ini
dia hanya keluar dengan Era 3 kali termasuk semalam. Hari-hari lain Era keluar
shopping sendiri dan buat hal sendiri. Era tidak pernah sekali pun
menghubunginya mahupun mengajak dia keluar bersama. Pelik. Ada
juga masa-masanya dia menyuruh Harris mengekori Era tanpa pengetahuannya. Dia
ingin memastikan bahawa Era bukan seorang penipu atau penjenayah. Era selalu ke
rumah-rumah kebajikan dan menghabiskan masanya hampir setengah hari di sana .
Rumah kebajikan yang menjadi kunjungan Era, selalunya Rumah Anak-Anak Yatim dan
Saudara Baru Shifa di Lorong Bunga Cina. Dia juga tahu Era sudah tidak bekerja
lagi sejak mendatangani kontrak 3 bulan bersamanya. Era jarang menghabiskan
masa di condonya. Dan kenyataan kad kredit dari pihak bank yang di terima,
jumlah kredit yang digunakan pun tidak seperti yang di jangkakan olehnya. Era
hanya guna sedikit sahaja kurang dari RM500. Dia hanya mengunakan kad kredit
bila berkunjung di restaurant-restaurant posh dimana Dian yang membuat tempahan
untuknya. Atau ke tempat-tempat yang hanya mengunakan kredit kad. Hairan. Itu
bukan kehidupan wanita-wanita kaya. Kalau orang kaya membuat kebajikan pun
tidak sepertinya. Mereka ke charity gala yang selalu di adakan di Hotel-hotel
terkemuka dan bukan menghabiskan masa bersama orang yang di derma. Wanita kaya
suka menghabiskan wang ke tempat-tempat seperti Spa, shopping dan berlibur.
Bukankah Era mahu merasa hidup mewah tapi kenapa dia tidak mengambil peluang
ini dengan sebaiknya. Adam memang tidak pernah mahu ambil tahu tentang kegiatan-kegiatan
wanita-wanita yang pernah di dampinginya sebelum ini. Dia tidak pernah kisah
kemana wang yang di laburkan pada mereka pergi. Malah sudah menjadi kebiasaan
baginya menerima statement card credit yang di gunakan setiap seorang wanita
yang pernah menjadi kekasihnya dahulu mencecah ke angka RM10k dalam masa
sebulan sahaja. Malah dia hampir sahaja terjatuh dari kerusi bila mendapati
kredit Era jauh berbeza dari wanita sebelumnya. Apa yang dimahukan Era.
“Saja, duduk rumah malas hendak keluar,
or maybe later girls day out,” jawab Nadia ringkas agar Adam faham akan
maksudnya yang Era tidak mahu keluar bersamanya hari ini.
“Ok, since you berdua hendak duduk
rumah hari ini, I’ll come over for lunch, can you girls cook lunch for me, I’m
sure you berdua pandai masak kan or
tak pernah masak langsung,” sindir Adam seraya tersengih. Dia tidak akan
mengalah. Perkataan mengalah tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
Nadia mengetap bibir menahan geram. Si
Vampire ni tak tahu give up. Suka hati makcik dia aje mengata tentang kami.
Nadia mengoyang-goyang bahu Era.
"Apa,” soalku dengan mata kelat.
“Vampire suruh masak lunch untuk dia,”
“Gila sekarang dah pukul 11.45 pagi
mana ada masa nak masak lunch, nak kena pergi pasar lagi, cakap dia datang dinner aje, dan bersedia untuk
makan pedas,” jawabku sambil lewa. Huh si Vampire hendak makan masakan rumah.
Apa tebiat ke dia. Belum pernah umur dia makan di rumah.
Bachelor macam dia suka makan di restaurant yang posh atau paling koman pun
Bistro. Ntah pandai ke tidak dia makan masakan melayu. Bukankah dia mat saleh
celup. Siaplah kau. Aku plan nak masak ikan pari asam pedas. Meleleh air mata
kau bila pekena penangan asam pedas ikan pari aku. Kalau masakan orang serani
ada panggil devil’s curry. Aku namakan asam pedas vampire khas buat Adam.
“Dinner at 7.30 and we hope that you
can take spicy food,” ujar Nadia seraya menjeling kearah Era yang masih lagi
dalam posisi sama sambung tidur. Dia tidak tahu memasak. Makan bolehlah. Jadi
dinner malam ni bergantung kepada chef Era.
“No problem,” jawab Adam seraya
mematikan telefonnya. Adam masih lagi memikirkan mengenai personal Ad Era. Adam
dapat merasakan bahawa Era punya agenda tersendiri tapi dia tidak dapat
mengagak apa agendanya. Era wanita biasa yang di kenalinya secara tak langsung
dahulu tiba-tiba ingin menjadi seorang wanita yang canggih dan ingin merasa
kehidupan orang kaya dan berkekasih lelaki sepertinya. Tapi bila dia diberi
peluang untuk berbuat demikian. Dia tidak mengunakannya dengan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment