Riuh
rendah rumah Puan Hasnah kerana mereka baru lepas mengadakan kenduri kesyukuran
buat Affendy. Ramai saudara maranya merasa bersyukur anak sulung mak long mereka kembali dengan selamat. Ramai yang masih
lagi berada di rumahnya walaupun kenduri sudah berlalu. Mereka semua rindu
ingin bertemu dengan anak sulung kak long. Sepanjang masa Affendy cuba mengelak
dari bertembung dengan Anisha. Dia tidak mahu gadis itu mengenalinya. Dia tidak
tahu sampai bila dia harus mengelak dari Anisha.
“Fendy, bila awak tu nak berumahtangga,
adiknya dah langkah bendul,” usik mak tehnya.
Affendy tersenyum. Setahunya hanya anak
dara sahaja yang akan ditanya soalan demikian. Dia tidak menyangka anak teruna
juga turut tidak lari dari soalan cepu emas itu.
“Belum
ada jodoh mak teh,” jawab Affendy ringkas lalu tersenyum walaupun hatinya merasa sebak bila soalan itu di ajukan kepadanya.
“Abg
Fendy ni terlalu memilih sangat tak mak long,” usik Aina sepupu Fendy.
“Eleh
pandailah kau nak usik abg Fendy kau, kenapa kau teringin ke dengan abg Fendy
kau,” usik mak tehnya bila Aina menyampuk.
Aina tersipu malu bila maknya menyakatnya.
“Aina terlalu muda buat Fendy,” ujar Fendy
seraya ketawa.
“Betul tu mak, apa aje abg Fendykan abg
sepupu favorite Aina, betul tak abg Fendy,” ujar Aina seraya duduk bersebelahan
dengan abg sepupunya.
“Betul,” jawab Fendy matanya terpandang
akan kelibat Anisha dan Amirul berjalan menuju kearah mereka duduk berkumpul. Affendy merasa tidak selesa.
“Fendy minta diri dulu,” ujar Fendy
tergesa-gesa mahu meninggalkan mereka.
“Abg Fendy, nak lari kemana,” ujar Amirul
sebaik sahaja ternampak abg Fendy mahu meninggalkan mereka. Fendy berhenti
melangkah. Amirul dan Anisha berjalan mendekati Affendy.
“Anisha, kenalkan ini abg Fendy,” ujar
Amirul memperkenalkan Anisha kepada abangnya.
“Saya banyak mendengar cerita tentang abg
Fendy dari Amirul, Nisa syukur kerana allah panjangkan umur abg Fendy,” ujar Anisha
seraya memandang wajah tampan milik Affendy.
Affendy hanya mampu berdiri tercegat tanpa
berkata apa. Dia menatap wajah Anisha lama. Gadis itu masih kelihatan cantik.
Apa yang membuatkannya lebih sebak. Anisha mengenakan sepasang kurung biru
pemberiannya sebelum dia berangkat ke Venice. Anisha kelihatan sungguh ayu bila
berbaju kurung.
“Kenapa abg diam aje, terpegun dengan
pilihan Amirul ke,” usik Amirul seraya ketawa. Anisha tersipu malu bila Affendy
memandangnya tanpa berkelip.
Affendy turut tersenyum bila menyedari
perbuatannya. Dia hanya tersenyum seraya menundukkan kepala sedikit sebelum
berlalu meninggalkan mereka berdua.
“Kenapa
abg Fendy macam sedih aje,” soal Anisha. Dari cahaya matanya Anisha dapat
merasakan Affendy bersedih.
“Abg
Fendy masih belum sihat sepenuhnya,” terang Amirul tanpa berfikir panjang. Dia sedar sejak pulang dari Venice Affendy terlalu pendiam dan jarang meluangkan masa bersamanya.
Affendy tergesa-gesa mahu meninggalkan
mereka dan tanpa dia sedari Aina berada dibelakangnya. Mereka hampir
bertembung.
“Opps hati-hati Aina,” ujar Affendy lengan
sepupunya segera di tarik sebelum gadis itu terjatuh.
Anisha tersentak dan berhenti melangkah
sebaik sahaja terdengar suara yang amat dikenalinya. Dadanya berdegup kencang.
Dia memandang ke arah Affendy. Affendy spontan menoleh ke arahnya. Affendy
segera melarikan pandangannya kea rah lain lalu meninggalkan Anisha sendirian.
To be continued...
No comments:
Post a Comment