“Hissh susah hendak
jaga you berdua,” ujarnya seraya menghidupkan rokok. Kami berdua berpandangan
sesama sendiri. Adam Matin Salvatore stress keluar clubbing dengan kami. Itu
baru kami. Kalau satu hari nanti dia punya anak perempuan macamana agaknya
stressnya. Kami berdua tersengih sendiri membayangkan Adam menarik anak
perempuannya keluar dari pusat hiburan.
“Kata tadi boleh
handle,” sindirku sengaja hendak mencari pasal.
“Other girls I can
handle but not you two,” ujarnya seraya meninggalkan kami lalu menuju kearah
kereta BMW yang setia menanti kami. Adam membuka pintu belakang untuk kami.
Nadia memasuki perut kereta di ekori aku. Manakala Adam mengambil keputusan untuk
duduk di hadapan bersama Harris.
“Era kau jangan
bagi aku heart attack lagi,” bisik Nadia ke telinga ku agar Adam tidak
terdengar akan perbualan kami.
“I’m sorry, aku
tak apa-apalah cuma pitam pasal perut kosong,” jawabku perlahan. Rasa bersalah
mula bersarang di hatiku. Aku sudah menyusahkan Nadia. Kalau setakat
menyusahkan si Vampire tu aku tidak berapa kisah sangat kerana dia tidak tahu
akan keadaan aku yang sebenar.
“Balik nanti kita
panaskan frozen pizza dari dalam freezer dan mengumpat pasal si Vampire tu hendak,”
cadang Nadia seraya tersenyum nakal. Aku turut tersenyum. Mengumpat mengenai vampire
tu memang aku suka. Bukan itu sahaja berbelanja mengunakan duit dia pun sudah
menjadi hobby aku sekarang. Hehe. Dan si Vampire itu tidak pernah bertanya apa
yang aku buat dengan credit cardnya. Seronok bukan.
“Kau tahu siapa
yang angkat kau masa pengsan tadi,” bisik Nadia lagi.
“Harris kan, tadi
bukan ke aku menari dengan dia,” jawabku acuh tak acuh. Mataku pejamkan. Terasa
mengantuk pulak. Apa tidaknya sudah dekat pukul 2.30 pagi. Entah pukul berapalah
agaknya Zouk tutup, kerana masa kami keluar tadi masih ada ramai orang lagi yang
hendak masuk.
“Adam,” bisik Nadia perlahan.
“What?? serious...?,” ujarku kuat. Cukup
membuatkan Harris dan Adam menoleh kearah kami kerana terperanjat bila
tiba-tiba aku menjerit.
“What’s wrong?” soal Adam memandang
kearah kami berdua. Matanya kelihatan merah. Mungkin dia terlelap tadi dan
terbangun bila tiba-tiba terdengar akan jeritan aku. Hehe. Kesian dia. Orang
macam dia reti ke tidur awal.
“Nothing, I mengigau,” jawabku dengan
wajah selamba. Wajah tidak bersalah.
“Silly woman,” ujarnya seraya memandang
ke hadapan.
Berdesing telinga
aku di buatnya. Kurang ajar. Sesuka hati pakcik dia saja kutuk aku. Hissh nasib
baiklah kau tu besar tinggi lagi kacak. Kalau tidak sudah ku cabut kepala kau
macam sotong. Geram betul. Bertenang Era, bertenang. Tidak ada gunakannya makan
hati dengan Vampire tu. Dah sememangnya perangai dia macam tu.
“Macamana pula si
hantu tu yang angkat, kan ke dia sibuk beromen dengan perempuan gedik dua ekor
tu,” bisikku perlahan.
Nadia mengekek
kecil bila aku berkata demikian. Lucu barangkali bila aku menyamakan Adam
dengan Vampire dan hantu.
“Not really dia
cuma buat begitu bila kau ada tadi, tapi bila kau pergi ke dance floor menari
dengan Harris dan tidak ingatkan dia, dia suruh perempuan berdua tu pergi,”
terang Nadia berhati-hati takut Adam terdengar akan perbualan kami walaupun aku
sedar dia sudah pun terlena kerana perasan kepalanya tersenguk-senguk sedari
tadi. Penat sangatlah tu agaknya.
“Really, habis dia
buat apa lepas perempuan tu pergi, minum atau menari dengan perempuan lain,”
soalku ingin tahu. Maklumlah orang yang di umpat ialah Adam. Aku tidak pernah tahu
dan kenal akan perangai sebenar Adam. Yang ditunjukkan pada malam ini berbeza
dengan hari-hari sebelumnya. Sebab itu aku confused. Mana satu perangai dia yang sebenar.
Atau dia ni mempunyai split personality barangkali. Ada
good and bad. Adam and Matin. Mungkin malam ini Matin yang menemani kami dan bukan
Adam. Kerana semasa dia memperkenalkan dirinya kepada kedua wanita itu tadi,
dia mengunakan nama “Matin” dan bukan
Adam.
“He’s not drinking today, dia hanya
pesan coke saja tadi,” ujar Nadia lagi.
“Oh really, I’m surprised, patutlah dia
alert sahaja malam ni, so macamana pulak dia boleh rescue aku tadi,” soalku
tiba-tiba berasa senang. Tidak menyangka bahawa Vampire tu care juga terhadap
diriku. Berbunga hati aku sekejap. Al maklumlah playboy tersohor tu mengambil
berat terhadap diri aku. Hehe..bukannya mudah hendak membuatkan orang care pada
kita lainlah orang tu menyimpan hati pada diri kita. Adam ada hati dengan aku
ke? Impossible. Kalau dia suka, perangainya tidak arse seperti itu. Adam pasti akan
melayanku seperti lady, ini tidak. Ala
mungkin saja dia berbuat demikian hanya hendak menunjukkan kepada orang lain
bahawa dia seorang ladies man. Macamlah aku tidak tahu akan taktik orang-orang serupa
dia. Hanya hendak menjaga reputation.
“Ntah maybe dia perasan kau tak sihat
tadi, so sebelum kau rebah dia sambut dulu, Harris pun tak sepantas Adam, dia juga
yang susah payah suruh waitress ambil tuala kecil lembab untuk sedarkan kau,”
terang Nadia panjang lebar.
“I see, so he’s my saviour lah,
ingatkan aku belikan dia hadiah masa last day aku dengan dia nanti,” jawabku
acuh tak acuh tidak mahu ambil pusing akan heroic action dari Adam kerana aku
tidak mengharapkan dia berbuat demikian pun. Normal lah orang pengsan pasti ada
orang yang membantu bukan? Kalau tidak Adam, aku percaya pasti ada orang lain
yang datang membantu. Adam secara kebetulan dapat merasakan aku kurang sihat
tadi, kalau tidak aku rasa Harris yang menjadi penyelamat aku.
To be continue...
No comments:
Post a Comment