Affendy tidak sabar
mahu segera ke Darul Ehsan bila dia menerima panggilan telefon dari Puan Adila
yang mengatakan Anisha menerima dan bersetuju dengan cadangan Affendy. Puan
Adila ada mengatakan bahawa Anisha ingin bertemu dengannya. Selepas solat subuh
dia tidak berjogging seperti selalu. Awal-awal lagi dia sudah bersiap. Kalau dia boleh terbang ingin sahaja dia terbang ke sana untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Ini bermakna dia tidak bertepuk sebelah tangan kerana Anisha turut menerima cintanya.
“Awal Fendy hari ni, nak
kemana,”soal Puan Hasnah hairan melihat Fendy berpakaian casual tidak memakai
track dan t-shirt seperti selalu.
Affendy tidak menjawab malah
tersenyum. Dia menghampiri mamanya dan memeluknya dari belakang.
“Sayang mama,” ujar Fendy manja lalu mencium pipi mamanya.
“Sayang mama ke sayang kekasih
hati,” usik Puan Hasnah bila Fendy kelihatan ceria dari biasa dan terlalu manja dengannya hari ini.
Usikan Puan Hasnah membuatkan
Affendy tersengih.
“Insyallah dalam masa terdekat ini,
Fendy akan kenalkan mama kepada bakal menantu mama,” ujar Fendy tersenyum lagi. Tidak sabar dia hendak memperkenalkan Anisha kepada mamanya.
“Alhamdullilah, kalau boleh mama
ingat nak jumpa mak bapak dia cepat-cepat dan kalau ada rezeki ingatkan mama
nak buat majlis pertunangan Fendy dan kenduri Mirul balik sama hari,” ujar Puan
Hasnah turut gembira mendengar berita dari anaknya itu. Dia tahu Affendy pasti
akan menyatakan hasrat ingin berumahtangga kepadanya dalam masa terdekat ini. Dia dapat merasakannya.
Affendy tersenyum kelat. Dia tidak
pasti samada dia patut merasa gembira kerana mamanya bersetuju atau sebaliknya.
Mamanya masih belum mengetahui tentang Anisha kerana Affendy tidak pernah menceritakan
tentang keadaan gadis itu kepada mamanya.
“Mama,” ujar Affendy berubah serius.
Puan Hasnah memandang anaknya.
“Nasib Anisha lebih kurang sama
dengan Fendy, cuma nasib Fendy lebih baik berbanding dengan Anisha, dia
dibesarkan di rumah anak yatim Darul Ehsan dan sekarang bekerja secara
sukarelawan di sana dan lagi Anisha hilang deria penglihatannya sejak dia
berumur 4 tahun lagi,” terang Fendy.
Puan Hasnah terdiam seketika. Dia
menarik kerusi lalu duduk. Affendy kelihatan serba salah bila mamanya tidak berkata apa-apa dia khuatir mamanya tidak setuju akan pilihannya.
“Jadi kita uruskan pembedahan ke
atas matanya secepat mungkin,” ujar Puan Hasnah secara tiba-tiba cukup
membuatkan Affendy tersentak dan merasa lega mendengar akan jawapan dari mamanya.
“Betul mama tak kisah tentang
pilihan Fendy,”soal Fendy ingin kepastian dari mamanya.
“Fendy mama tak kisah semua itu, yang
penting Fendy bahagia, mama terima menantu mama seadanya,” ujar Puan Hasnah.
Tiada apa yang lebih penting buat dirinya melihat Fendy gembira dan bahagia.
Selama ini Fendy tidak pernah meminta apa-apa darinya mahupun arwah ayahnya.
Fendy pandai berdikari dan seorang anak yang bertanggungjawab.
“Terima kasih mama,”ujar Fendy
seraya mendakap mamanya erat. Air mata Puan Hasnah mengalir perlahan menahan
sebak, perasaan bercampur baur sedih dan gembira. Sedih mungking akan kehilangan Affendy bila sudah beristeri dan gembira anaknya itu berhati mulia.
“Pergilah Fendy, uruskan semuanya
dengan segera, tentang persiapan pertunangan Fendy akan mama uruskan,” ujar Puan Hasnah
sambil tersenyum.
To be continue...
No comments:
Post a Comment