Labels

Showing posts with label Lights!! Camera!! Action!!. Show all posts
Showing posts with label Lights!! Camera!! Action!!. Show all posts

Tuesday, 6 January 2015

Miss Congeniality





 
 
 
 

Sebuah lagi movie dari actress yang aku minati iaitu Sandra Bullock. Sandra bukan sahaja terkenal membawa watak dalam filem romantik komedi malah filem action juga. Sandra seorang actress yang versatile yang boleh membawakan watak yang berbeza. Salah satu movie lakonan Sandra yang menjadi kegemaran aku Miss Congeniality. Comedy + a bit of romantic + action. Movie ‘Chick Flick’.

Meh aku ceritakan sikit tentang cerita Miss Congeniality:-

Filem ini dimulakan dengan flashback ke zaman kanak-kanak Gracie Hart. Gracie hart membantu rakan lelaki yang sebaya dan juga di minatinya dari di buli dengan budak-budak nakal. Tetapi pertolongannya itu tidak di terima oleh budak lelaki itu kerana merasa malu bila dia dibantu oleh budak perempuan. Ini membuatkan Grace marah lalu menumbuk wajah budak lelaki itu.

Sekarang Gracie Hart (Sandra Bullock) merupakan seorang Agen Khas FBI. Di dalam operasi memerangkap penjenayah. Salah seorang ketua penjenayah tercekik kacang dan ini membuatkan Grace melanggar arahan ketuanya kerana mahu menyelamat lelaki itu dari mati tercekik malah menyebabkan teman seangkatannya cedera di tembak penjenayah. Grace di beri amaran oleh ketuanya kerana melanggar arahan. Grace juga di usik teman sekerja di sebab perbuatannya itu.

Tidak lama selepas itu, bironya mendapat tahu bahawa ada ancaman bom terhadap Miss Amerika Syarikat Cantik ke-75 dalam San Antonio, Texas, dari siasatan biro yakin surat ancaman itu datang dari pengganas domestik yang terkenal yang dikenali sebagai "The Citizen". Dalam project itu rakan setugas Gracie iaitu Ejen Khas Eric Matthews (Benjamin Bratt), dipilih untuk mengetuai misi untuk menghentikan serangan. Walaupun Eric dipilih sebagai ejen utama yang bertanggungjawab namun segala idea diberikan oleh Grace. Malah Grace memberi cadangan agar seorang daripada Ejen FBI menyamar menjadi peserta pageant Miss Amerika untuk menangkap penjenayah tersebut. Cadangan Grace itu diambil oleh Eric dan mereka mula mencari ejen wanita yang memiliki kriteria yang di kehendaki iaitu cantik dan bijak salah satu quality yang melayakan peserta untuk memasuki pertandingan tersebut. Eric meminta rakan FBI untuk mencari egen wanita yang sesuai dijadikan peserta untuk pertandingan tersebut. Setelah puas mencari namun tiada seorang pun yang berkelayakan kerana ada ejen yang cuti bersalin dan sebagainya, Eric meminta Gracie untuk menjadi peserta. Pada awalnya Gracie keberatan namun dia terpaksa akur kerana Eric merupakan ketua misinya. Untuk melayakan diri ke pertandingan ratu. Biro memerlukan perkhidmatan seorang jurulatih iaitu Victor Melling (Michael Caine) untuk membimbing Gracie kerana Gracie seorang wanita yang kasar dan tidak lemah lembut.

Victor Melling ditugaskan untuk mengajar Gracie cara berpakaian, berjalan, dan bertindak seperti seorang ratu. Dengan bantuan dan kepakaran Victor, Gracie berjaya menjadi peserta di Top 10. Gracie cuba menyesuaikan diri dan berkawan dengan peserta-peserta lain demi untuk mendapatkan maklumat dari mereka. Dengan maklumat yang di perolehi dari mereka terdapat beberapa suspek berada di dalam senarai beliau. Salah satunya adalah pengarah pertandingan dan juga bekas pemenang pertandingan ratu Kathy Morningside.

Bosnya tidak menerima suspect yang telah Gracie perolehi mengatakan wasangka beliau tidak berasas dan membatalkan misi mereka. Tetapi Gracie memilih untuk menyerahkan lencana dan senapang beliau dan meneruskan penyiasatan tanpa mereka. Eric yang pada awalnya tidak menyokong Gracie kembali membantu Gracie bila dia menyedari bahawa apa yang di sangka Gracie adalah benar.

Dalam pusingan akhir pertandingan ratu, Gracie mendapat tempat kedua manakala Cheryl menjadi Miss Amerika Syarikat. Gracie dapat menangkap Tobin anak Miss Mornigside kerana beliau cuba untuk mencederakan ratu cantik Amerika. Peserta ratu lain menobatkan Gracie sebagai "Miss Congeniality," dan hubungan Eric dan Gracie menjadi lebih serious bila Eric mengatakan Gracie seorang wanita yang cantik.

Cerita ni tidak banyak menceritakan kisah percintaan Eric dengan Gracie, apa yang membuatkan aku suka menonton cerita ini kerana Sandra seorang wanita yang versatile yang boleh melakonkan watak apa sahaja dan tidak pernah mengecewakan peminatnya. Dan juga kepada siapa yang feeling-feeling mahu menjadi special agent wanita.







 

 

Wednesday, 17 September 2014

This Means War








Next action movie pilihan aku kali ini bertajuk "This Means War". Romantic + comedy + action. Combo yang paling aku suka sekali. Lebih-lebih lagi Reese Witherspoon adalah heroin dalam movie ini dan hero handsome favorite aku juga berlakon sama iaitu Chris Pine. Dalam movie ini dua orang lelaki merebutkan satu wanita. Gabungan Reese, Chris Pine dan Tom Hardy membuatkan cerita ini menarik..Dalam cerita ni Reese tidak seperti Angelina Jolie yang melakukan watak lasak. Karektor Reese dalam cerita ini lebih kepada girl next door. Filem ni diterbitkan pada tahun 2012. Menjadi salah satu favorite combo movie aku. Bila aku ter-feeling hendakkan movie romantik dan action dalam masa yang sama. Dan perlu diingatkan sekali lagi cerita omputeh ni tak lari dari adegan-adegan yang kanak-kanak di bawah umur tidak sesuai menonton cerita sebegini. Harap maklum.

Cerita this means war berbunyi begini:-

Franklin aka "FDR" Foster (Chris Pine) dan Tuck Hansen (Tom Hardy) merupakan teman baik dan juga seorang agent terbaik CIA. Mereka berdua ditugaskan untuk menumpaskan sindiket jenayah di Hong Kong daripada memperoleh senjata api. Misi mereka kali ini tidak seperti yang diharapkan kerana mereka tidak dapat menyelamatkan adik kepada Heinrich (penjenayah) dari terjatuh dari bangunan dan membuatkan Heinrich bersumpah untuk membalas dendam terhadap kedua-dua agent itu. Sekembalinya ke Amerika, bos mereka, Collins (Angela Bassett) menyalahkan mereka kerana melakukan kesilapan tersebut dan mereka digantung bekerja sebagai Spy dan mengarahkan mereka bekerja di pejabat.

FDR merupakan seorang lelaki kasanova, memilih profession kapten kapal pelayaran sebagai identity perlindungan, manakala Tuck, pula memilih profession sebagai agen pelancongan, seorang duda dan anak lelaki berusia 8 tahun. Selepas melihat iklan di TV mengenai agensi cari pasangan, Tuck memutuskan untuk mendaftar diri untuk mendapat kenalan wanita. Dan Lauren Scott (Reese Witherspoon), seorang eksekutif produk-ujian yang baru putus hubungan dengan bekas teman lelakinya dipaksa oleh teman baiknya, Trish untuk mendaftarkan diri di agensi yang sama. FDR menawarkan diri untuk menemani Tuck jika temujanjinya dengan Lauren tidak berhasil. Tuck memberitahu FDR bahawa dia dan Lauren sudah bertemu dan dia mahu berkenalan dengan Lauren.

FDR mengambil keputusan untuk ke kedai DVD untuk menyewa dan bertemu dengan Lauren yang kebetulan berada di dalam kedai DVD tersebut. FDR cuba berkenalan dengan Lauren, dan dia tidak tahu bahawa Lauren adalah 'Date' Tuck. Lauren mengatakan bahawa FDR seorang lelaki kasanova dan tidak melayan beliau. Merasa dirinya tercabar dengan kata-kata Lauren dan dia benar-benar ingin berkenalan dengan Lauren, FDR mengambil keputusan untuk ke tempat kerja Lauren dan memujuk Lauren agar memberinya peluang untuk keluar bersama dengannya. Sekali lagi FDR mengecewakan Lauren bila Lauren mengambil keputusan untuk keluar dari club kerana FDR adalah lelaki yang dikatakan. Mereka bertengkar di hadapan club, dan bila Lauren perasan akan bekas teman lelaki nya berjalan menuju kearah mereka. Dalam keadaan terdesak terpaksa berlakon di hadapan mereka bahawa FDR adalah teman lelakinya. Bekas teman lelakinya merasa cemburu melihat kemesraan Lauren dengan teman lelaki barunya. FDR meminta Lauren menerangkan kepadanya apa yang berlaku. Lauren menceritakan apa yang berlaku diantara dia dengan bekas teman lelakinya. Kemudian, Lauren merasa bersalah menjalinkan hubungan dengan dua orang lelaki pada masa yang sama, tetapi mengubah fikiran bila Trish mengatakan Lauren dapat membandingkan personality kedua-dua lelaki itu agar mudah dia membuat pilihan yang terbaik.

FDR dan Tuck mengambil keputusan untuk berkongsi maklumat mengenai wanita yang mereka kenali dan merasa terperanjat bila mengetahui bahawa mereka menjalinkan hubungan dengan wanita yang sama. Jadi dah dapat akan maksud 'This Means War'. Kedua-dua mereka mahu menunjukkan kehebatan masing-masing untuk memenangi hati Lauren. Mereka membuat perjanjian tidak akan menganggu 'Date' masing-masing dan berjanji tidak akan memberitahu Lauren bahawa mereka kenal antara satu dengan lain. Biar Lauren yang memutuskan untuk memilih siapa di antara mereka.

Ok lucu part..peraturan yang mereka buat tidak lagi efektif bila masing-masing mengambil keputusan untuk melanggar peraturan dan mengunakan khidmat teknologi CIA untuk mengintip pergerakan Lauren bertujuan untuk mensabotaj peluang mereka untuk mengenali Lauren. Pelbagai aksi lucu terjadi bila masing-masing cuba untuk menunjukkan siapa diantara mereka yang lebih hebat. Dan akhirnya tiba masa untuk Lauren membuat keputusan untuk memilih di antara mereka. Lauren menelefon Trish mengatakan dia akan menghubungi salah seorang dari mereka untuk bertemunya di restaurant.

Akhirnya, Lauren meminta Tuck untuk makan tengah hari, manakala FDR membuat penemuan bahawa Heinrich telah tiba di bandar untuk membalas dendam terhadap diri beliau. Dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tuck dan memberi amaran kepada Tuck bahawa Hendrick berada di sini namun Tuck tidak mempercayainya kerana menyangka ini adalah helah FDR untuk melihat hubungannya gagal dengan Lauren. Disebabkan salah faham mereka berkelahi dan mula bertumbuk di antara satu dengan lain, Lauren mendapati bahawa mereka berdua adalah sahabat dan mengenali di antara satu dengan lain. Merasa dirinya tertipu dia mengambil keputusan untuk keluar restaurant. Lauren dan Trish diculik oleh Heinrich, dan FDR dan Tuck mengejar Heinrich.

FDR dan Tuck cuba menyelamatkan Lauren dan mereka menjadi teman baik semula kerana mereka hebat bila bersama untuk menjalankan tugas. Semasa dalam agenda tembak menembak ketika kereta meluncur laju ke arah mereka bertiga. FDR dan Tuck mengambil keputusan untuk menembak lampu kereta setelah Lauren mengatakan bahawa kereta itu adalah kalis peluru dan jika hendak menumpaskan kereta tersebut mereka harus menembak lampu depan kereta tersebut. Lauren berlindung dengan FDR dan secara tidak langsung Tuck mengerti siapa pilihan hati Lauren. Mereka berjanji bahawa mereka tetap menjadi sahabat baik selama-lamanya walaupun Lauren memilih FDR. Dan Tuck rujuk semula dengan bekas isterinya.

Reese Witherspoon actress yang blondie terkenal lakonannya yang bersahaja. Dan Chris Pine pula seorang aktor yang versatile boleh melakonkan watak lucu dan serius. So kalau rasa hendak menonton cerita Romantic + comedy + action. Jangan lupa tonton cerita 'This Means War'.











Friday, 12 September 2014

Mr. & Mrs. Smith







Lights! Camera! Action!, Haha sorry terpaksa buat label lagi satu untuk review filem yang aku gemari. Movie ini aku tidak dapat hendak labelkan dalam Romantika kerana ada aksi action. Siapa kata aku tak suka menonton cerita action dan suka tengok cerita romantik sahaja. Anda silap. Hehe. Kerana aku suka cerita action yang tidak terlalu violent sangat. Hehe. Maka movie action yang aku gemari adalah filem Mr & Mrs Smith..Gabungan Jolie dan Brad Pitt..Hehe..suka sesangat. Jolie dan Brad Pitt kelihatan begitu sesuai berlakon di dalam action movie ini..sweet lah sangat. Suka tengok lakonan Angelina Jolie dalam adegan lasak serasa macam nak jadi seksi dan perkasa macam dia pulak hehehe. Filem ni diterbitkan pada tahun 2005. Tapi still menjadi favorite movie aku. Bila aku feeling hendakkan movie romantik dan action dalam masa yang sama pasti aku pilih Mr & Mrs Smith. Hehehe. Lagi satu hendak diingatkan cerita omputeh ni tak lari dari adegan yang memberahikan maka kanak-kanak di bawah umur tidak sesuai menonton cerita sebegini. Harap maklum.
 
Kenapa aku sukakan cerita action movie ni..meh kita baca sinopsisnya:-
 
Di awal filem ini dibuka dengan John (Brad Pitt) dan Jane Smith (Angelina Jolie) menjawab soalan semasa menghadiri kaunseling perkahwinan. Pasangan ini telah berkahwin selama "lima atau enam" tahun, tetapi perkahwinan mereka mengalami masalah kerana tidak bersefahaman mereka tidak lagi mengadakan hubungan suami isteri. Di dalam sesi kaunseling mereka menceritakan kisah pertemuan pertama mereka di Bogotá, Colombia, di mana mereka bertemu ketika mereka cuba mengelakkan diri dari pihak berkuasa Colombia yang mencari pelancong yang melancong bersendirian kerana mengesyaki rompakan baru-baru ini dilakukan oleh pelancong yang melancong perseorangan, ketika di tanya mereka berdua mengaku mereka melancong bersama. Mereka berdua jatuh cinta dan berkahwin dalam masa yang singkat tanpa mengenali diri pasangan masing-masing.

Pada hakikatnya, John dan Jane adalah seorang pembunuh upahan yang mahir bekerja di firma yang berbeza, kedua-dua adalah yang terbaik dalam bidang mereka. Mereka memilih profesion untuk menyembunyikan identity sebenar mereka daripada pasangan mereka. Jane bekerja sebagai CEO di I-Temp Teknologi manakala John adalah seorang Engineer dan memiliki syarikat bernama Smith Engineering, Inc. Walaupun pejabat mereka di bandar besar mereka memilih untuk tinggal di kawasan jauh dari bandar dan menjalani kehidupan suami-isteri. Untuk menjaga penampilan, mereka bersosial dengan menghadiri ke majlis di rumah jiran-jiran seperti pasangan suami isteri biasa.

Dari tahun ke setahun mereka merasakan perkahwinan mereka tidak lagi bahagia seperti dahulu dan merasa jemu dengan pasangan masing-masing. Namun begitu mereka masih bekerja sebagai pembunuh upahan. Apabila kedua-dua mereka menerima tugasan untuk membunuh DIA banduan Benjamin "tangki" Danz (Adam Brody) semasa pemindahan, mereka bertemu di antara satu dengan lain, akibatnya mereka tidak dapat melaksanakan tugasan mereka kerana mendapati ada agensi lain di upah untuk membunuh orang yang sama. Disebabkan itu agensi mereka meminta John dan Jane menghapuskan agensi berlawanan. 
 
John dan Jane cuba mendapatkan maklumat agensi rival mereka dan menyedari bahawa John dan Jane adalah pembunuh upahan. Haha. Bab ni yang lucu bila mereka menyedari pasangan mereka adalah pembunuh upahan. Pelbagai aksi lucu berlaku di rumah ketika masing-masing cuba menyelamatkan diri di antara satu dengan lain. Kalau kita tengok orang gaduh laki bini campak pinggan dan hempas pintu. Jane dan John lain pula..mereka mengunakan senjata api dan pisau kerana mereka berdua adalah pembunuh upahan professional. Dan bila John mengacukan pistol di muka Jane. Jane meminta John menembaknya tapi John tidak lakukan kerana dia masih sayangkan isterinya. Hubungan mereka pulih dan kembali bahagia semula.

Setelah kedua belah pihak agensi mengetahui bahawa John dan Jane bersatu ia memberi impak yang tidak sihat di antara kedua-dua agency. Kedua-dua agenciy bergabung tenaga untuk menghapuskan John dan Jane. Sesiapa yang dapat membunuh John dan Jane akan terima upah sebanyak 400 ribu. 

John dan Jane bergabung tenaga untuk menculik Danz dan mahu mengetahui mengapa kedua-dua agency mahu membunuh Danz. Danz mendedahkan kepada mereka bahawa dia adalah umpan dari kedua-dua agency untuk John dan Jane berbunuhan di antara satu dengan lain. John dan Jane tidak pilihan dan mengambil keputusan untuk menentang agency mereka berdua bersama dengan apa cara sekalipun. Sweet kan.

Filem ini berakhir bila John dan Jane menghadiri kaunseling dan kaunselor bertanya tentang keadaan rumahtangga mereka sekali lagi, John dan Jane mengatakan hubungan mereka semakin pulih dan bahagia seperti dahulu.