Friday, 12 September 2014

Mr. & Mrs. Smith







Lights! Camera! Action!, Haha sorry terpaksa buat label lagi satu untuk review filem yang aku gemari. Movie ini aku tidak dapat hendak labelkan dalam Romantika kerana ada aksi action. Siapa kata aku tak suka menonton cerita action dan suka tengok cerita romantik sahaja. Anda silap. Hehe. Kerana aku suka cerita action yang tidak terlalu violent sangat. Hehe. Maka movie action yang aku gemari adalah filem Mr & Mrs Smith..Gabungan Jolie dan Brad Pitt..Hehe..suka sesangat. Jolie dan Brad Pitt kelihatan begitu sesuai berlakon di dalam action movie ini..sweet lah sangat. Suka tengok lakonan Angelina Jolie dalam adegan lasak serasa macam nak jadi seksi dan perkasa macam dia pulak hehehe. Filem ni diterbitkan pada tahun 2005. Tapi still menjadi favorite movie aku. Bila aku feeling hendakkan movie romantik dan action dalam masa yang sama pasti aku pilih Mr & Mrs Smith. Hehehe. Lagi satu hendak diingatkan cerita omputeh ni tak lari dari adegan yang memberahikan maka kanak-kanak di bawah umur tidak sesuai menonton cerita sebegini. Harap maklum.
 
Kenapa aku sukakan cerita action movie ni..meh kita baca sinopsisnya:-
 
Di awal filem ini dibuka dengan John (Brad Pitt) dan Jane Smith (Angelina Jolie) menjawab soalan semasa menghadiri kaunseling perkahwinan. Pasangan ini telah berkahwin selama "lima atau enam" tahun, tetapi perkahwinan mereka mengalami masalah kerana tidak bersefahaman mereka tidak lagi mengadakan hubungan suami isteri. Di dalam sesi kaunseling mereka menceritakan kisah pertemuan pertama mereka di Bogotá, Colombia, di mana mereka bertemu ketika mereka cuba mengelakkan diri dari pihak berkuasa Colombia yang mencari pelancong yang melancong bersendirian kerana mengesyaki rompakan baru-baru ini dilakukan oleh pelancong yang melancong perseorangan, ketika di tanya mereka berdua mengaku mereka melancong bersama. Mereka berdua jatuh cinta dan berkahwin dalam masa yang singkat tanpa mengenali diri pasangan masing-masing.

Pada hakikatnya, John dan Jane adalah seorang pembunuh upahan yang mahir bekerja di firma yang berbeza, kedua-dua adalah yang terbaik dalam bidang mereka. Mereka memilih profesion untuk menyembunyikan identity sebenar mereka daripada pasangan mereka. Jane bekerja sebagai CEO di I-Temp Teknologi manakala John adalah seorang Engineer dan memiliki syarikat bernama Smith Engineering, Inc. Walaupun pejabat mereka di bandar besar mereka memilih untuk tinggal di kawasan jauh dari bandar dan menjalani kehidupan suami-isteri. Untuk menjaga penampilan, mereka bersosial dengan menghadiri ke majlis di rumah jiran-jiran seperti pasangan suami isteri biasa.

Dari tahun ke setahun mereka merasakan perkahwinan mereka tidak lagi bahagia seperti dahulu dan merasa jemu dengan pasangan masing-masing. Namun begitu mereka masih bekerja sebagai pembunuh upahan. Apabila kedua-dua mereka menerima tugasan untuk membunuh DIA banduan Benjamin "tangki" Danz (Adam Brody) semasa pemindahan, mereka bertemu di antara satu dengan lain, akibatnya mereka tidak dapat melaksanakan tugasan mereka kerana mendapati ada agensi lain di upah untuk membunuh orang yang sama. Disebabkan itu agensi mereka meminta John dan Jane menghapuskan agensi berlawanan. 
 
John dan Jane cuba mendapatkan maklumat agensi rival mereka dan menyedari bahawa John dan Jane adalah pembunuh upahan. Haha. Bab ni yang lucu bila mereka menyedari pasangan mereka adalah pembunuh upahan. Pelbagai aksi lucu berlaku di rumah ketika masing-masing cuba menyelamatkan diri di antara satu dengan lain. Kalau kita tengok orang gaduh laki bini campak pinggan dan hempas pintu. Jane dan John lain pula..mereka mengunakan senjata api dan pisau kerana mereka berdua adalah pembunuh upahan professional. Dan bila John mengacukan pistol di muka Jane. Jane meminta John menembaknya tapi John tidak lakukan kerana dia masih sayangkan isterinya. Hubungan mereka pulih dan kembali bahagia semula.

Setelah kedua belah pihak agensi mengetahui bahawa John dan Jane bersatu ia memberi impak yang tidak sihat di antara kedua-dua agency. Kedua-dua agenciy bergabung tenaga untuk menghapuskan John dan Jane. Sesiapa yang dapat membunuh John dan Jane akan terima upah sebanyak 400 ribu. 

John dan Jane bergabung tenaga untuk menculik Danz dan mahu mengetahui mengapa kedua-dua agency mahu membunuh Danz. Danz mendedahkan kepada mereka bahawa dia adalah umpan dari kedua-dua agency untuk John dan Jane berbunuhan di antara satu dengan lain. John dan Jane tidak pilihan dan mengambil keputusan untuk menentang agency mereka berdua bersama dengan apa cara sekalipun. Sweet kan.

Filem ini berakhir bila John dan Jane menghadiri kaunseling dan kaunselor bertanya tentang keadaan rumahtangga mereka sekali lagi, John dan Jane mengatakan hubungan mereka semakin pulih dan bahagia seperti dahulu.
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment