Showing posts with label SigNoraPrue Diary. Show all posts
Showing posts with label SigNoraPrue Diary. Show all posts

Wednesday, 22 May 2019

Wattpad





Assalamualaikum....

Lama benar tak update Blog ni kan! Kerana tiada ruang masa untuk update blog ni dan juga kerana tidak punya idea hahaha..sekarang ni aku ada juga buat cerita tapi tak post kat blog lagi. Sebab masih belum siap jadi aku jadikan habit untuk taip semuanya sampai habis baru post. Dan ni nak beritahu kalau ada sesiapa yang terperanjat bila baca cerita kat sini semuanya sekerat jalan haha bukan tak habis buat, habis tapi kalau nak baca sampai penghujung cerita itu silalah ke lelaman Wattpad atau Apps Wattpad. Jadi followers tau, sila komen dan vote ok @SignoraPrue. Semua cerita akan di muatkan di lelaman sini senang pun senang nak membacanya.

Terima Kasih bebanyak. 💙💜💛

Wednesday, 20 February 2019

I'm Sorry. Forgive me for not being Attentive Enough...







I'm sorry my friend for not being a good friend to you..the Happy face that you have always showed me and your bubbly personality makes me take things for granted for not noticing things..the sad eyes that I've caught sometimes when you are unaware but when I asked is everything Ok?? You will nonchalantly brush it off by saying nothing is wrong and that everything is fine..without knowing that you are screaming for help for someone who can understand and listen to your inner voice..that you are not fine and everything is not alright as it may seen.

Forgive me my friend for not been there for u during your darkest hour...the tiny little hint that you have posted in instagram asking for a hug no advice..motivating words doesn't make me realize that you are fighting and struggling to stay strong...and then it's already too late..I'm sorry for your loss..Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un (“We surely belong to Allah and to Him we shall return”)..Allah loves him and he's in a better place..

I'm sorry my friend for not been Attentive enough...

Forgive me for being such a lousy friend..

I'm so so sorry...

Please Forgive me.. 

17 February 2019




Tuesday, 27 February 2018

Sun Breeze - Part 1






Assalamualaikum semua...

Lama sungguh tak update blog seperti berkurun lamanya. Tengah mood malas menular tu yang senyap sahaja..tak ada topik pun hendak di kongsi bersama maka lagilah senyap. Sekarang ada topik baru ada semangat hendak menulis. Topik rumah baru..Alhamdullilah setelah menunggu hampir 4 tahun lamanya untuk rumah baru kami siap akhirnya pada 20hb yang lalu kami di jemput untuk mengambil kunci Rumah. Lama kan?? Sistem perumahan di sini memang begitu apa hendak buat! Oleh kenapa aku apply untuk 4 room BTO (93sqm). Maka terpaksalah menunggu..sabar menanti sahaja. Maka aku hendak kongsikan perjalanan untuk rumah baru ni. Hehe..teruja lah sangat maklumlah baru! Dalam masa keterujaan tu, aku cuba terapkan dan kekalkan konsep bersederhana ikut bujet yang sedia ada, takut nanti terlebih bujet pulak kalau tak kawal nafsu ye tak! Semua hendak dibelinya nanti. Dari start apply rumah aku dah mula sikit-sikit buat survey dan baca forum-forum tentang rumah. Apa yang perlu aku tahu tentang kipas, sink, lampu dan semua yang bersangkut paut dengan rumah. Hahaha di akhir projek rumah dah boleh dapat degree master kerana from Zero knowledge tentang benda-benda tu semua sampai dah jadi master sifu! Rumah yang aku duduki sekarang ni, rumah kami beli resale dan masa tu baru kahwin maka simpanan pun tak berapa ada. Cukup sekadar beli apa yang perlu sahaja dan touch-up sedikit-sedikit untuk mencantikkan rumah. Alhamdullilah sedar tak sedar 14 tahun lamanya aku menetap di rumah ni. 

Apa? Dah ada rumah kenapa gatal nak pindah rumah? Soalan cepu emas? Banyak faktornya sebab mengapa aku pindah ke rumah baru. 

Faktor pertama, rumah yang aku duduki sekarang ni sudah berusia, maka kondisi interior rumah tidak berapa elok dan jika aku hendak buat renovasi perlu buat overhaul satu rumah dan perbelanjaan untuk renovasi pula rata-rata di sini 60k keatas. Haha dengar tu mana nak cekau duit sebanyak 60k (tu basic aje tak ada fancy-fancy). Kenapa tak buat sikit-sikit. Buat sikit-sikit nanti bahagian rumah lain pula iri hati hahaha mula start tunjuk perasaan. Rosak sana rosak sini! Semuanya perlukan duit. Buat Ad-hoc lagi banyak berbelanja. 

Faktor kedua, aku berbincang dengan Encik Sam bahawa cost standard of living keep on rising! No joke ok! Tak tahulah bagaimana nasib anak-anak kita nanti sedangkan kita sendiri pening kepala bila memikirkan semua naik harga dan rasa macam nak nangis bila tahun 2019 GST bakal naik hingga ke 9%.

Faktor ketiga, hehehe aku ni tak berapa rajin hendak mengemas rumah. Maka jika pindah rumah yang kecil dan tak banyak perabut tak ler penat aku hendak mengerjakannya jika tak ada pembantu rumah nanti.

Faktor keempat, ni yang best sekali! Aku dapat menghias dan decor rumah mengikut cita rasa aku sendiri!! Yay Bestnye!! Rumah yang aku menetap sekarang ni, aku tak dapat hendak menghias dan decor mengikut 100% cita rasa aku sebab masa pindah rumah resale tu dulu aku tak buat major renovation sebab tak ada bujet. Semuanya DIY wallpaper, cat rumah, tukar lampu, kipas dan beli perabut mengikut theme decor rumah tu.

Haha banyak lah pula mukadimah tentang rumah kan! Berbalik pada appointment collecting keys jam 11.15pagi. Maka hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Aku pergi HDB dengan Maya. Terpaksa mengajak Maya temankan aku ke HDB kerana Encik Sam join kami later sebab kerja dan hanya di beri time-off selama 3 jam sahaja! Sampai sahaja aku dan Maya meninjau-ninjau model-model rumah baru yang bakal di bina sementara menanti Encik Sam. Teringat dulu bila hendak apply rumah aku juga sibuk meninjau-ninjau estate perumahan mana hendak kami pindah. Haha tentang estate mana kami pindah sabar dulu kerana you all will be surprise! 

Bila Encik Sam kata dah dekat nak sampai. Aku print Q number.

Q number for key collection

Tunggu lebih kurang 15 minit kami di panggil bertemu dengan pegawai bertugas untuk rumah kami. Bismillah...Oh sebelum mengambil kunci aku semak semula surat HDB, apa yang perlu dibawa dan dibuat agar semuanya berjalan dengan lancar bila hendak mengambil kunci. Dalam surat ada menyatakan sebelum kunci di serahkan dan jika kami mengambil loan dari HDB maka kami di minta membeli insuran rumah dahulu dan ditunjukkan kepada pegawai akan sijil insuran. Nasib baik boleh beli online maka awal pagi aku dah mengadap komputer beli House Insurance package premium. Insurance basic hanya $5 dollar plus dan oleh kerana aku mahukan more coverage maka aku beli premium. Total dalam $261.00. Premium cover untuk interior dan basic personal injury coverage selama 5 tahun. Untuk basic $5plus pula hanya hanya cover untuk struktur luaran rumah basic sahaja dan tidak cover buat interior.

Dalam surat ada menyatakan kami kena membuat bayaran stamp fee, conservancy charges dan harus membeli House insurance sebelum dia beri kita kunci rumah, kalau tak bayar dan buat perkara yang di suruh maka balik rumah berlenggang tanpa kunci rumah baru Hu.Hu.Hu. 

Setelah di beri penerangan dari officer bertugas mengenai rumah kami dan tandatangan dokumen-dokumen beli rumah maka kami di beri kunci rumah. Alhamdullilah..semuanya berjalan dengan lancar. 


HDB goodies bag
Keys bag
Kunci Rumah

Kami bawa pulang goodies bag dari HDB dan nampak bag sederhana hitam itu tersimpannya kunci unit rumah kami. Kalau perasan background gambar kunci itu ada flat di belakangnya itu. Ah itulah flat kami. Aku dan Maya lepak di park yang terdapat di sebelah flat kami sementara menunggu Mikhail, Encik Sam dan reno contractor datang.

Jumpa lagi di Rumah Baru - Part 2.....



















Friday, 20 October 2017

K-Drama fever!!!





Assalamualaikum..

Lama benar tak post apa-apa di blog ni kerana tak ada mood dan tengah demam K-drama adalah salah satu penyebabnya aku malas nak post apa-apa sebab marathon K-drama yang aku dah buat list hendak tengok Haha. Aku baru hooked on K-drama selepas drama suami Mat Salih Celup jadi kiranya aku baru kenali K-drama tahun ini..pernah suatu ketika bila teman baik aku suka sangat menonton K-drama. Aku tanya dia apa yang bestnya tonton K-drama ni???? Handsome ke actor dia??? Bagus ke lakonan mereka? Best ke rom.com dia??? Sebab aku ni pencinta rom.com!! Kawan aku cakap best sangat. Tapi masa tu aku masih tak yakin yang cerita K-drama best sebab aku masih layan drama melayu. But then suatu hari itu aku tak ada drama melayu yang aku suka untuk tonton. Aku start on TV salah satu Korea channel (catch up) bertajuk 'Pasta'. So aku pun try lah tengok episode 1 drama Pasta tu. Nak tahu kenapa tetiba aku hendak tengok drama Pasta tu? Sebab pertama aku suka Italian food. Kedua aku suka cerita mengenai culinary/Chef. Macam cerita 'No Reservation' tu. So cubalah tengok drama tu walaupun pada awalnya aku belum dapat feel dari drama Pasta ni, tapi selepas episode 1 aku sudah jatuh cinta pada jalan cerita dan karektor-karektor dalam cerita Pasta tu..maka aku terus hooked dengan K-Drama haha. Apatah lagi cerita Pasta rom.com. Maka dari situ aku terus tak tonton drama melayu lagi sebab aku masih belum dapat habiskan list K-drama yang hendak aku tonton. Dari tak tahu nama-nama pelakon Korea sampai dah ingat nama-nama pelakon yang aku suka sangat. Tentulah 'Oppa' kan bukan Unni. Jinjja!!! Sesiapa yang baru kenali K-drama macam aku yang minat cerita rom.com aku leh recommend cerita apa yang harus di tontoni. Dan Oppa dan Unni dalam drama-drama yang aku recommendkan ni tidak mengecewakan. Bukan sahaja kacak dan jelita lakonan mereka pun best!

(Highly recommended! List bermula dari drama pertama, kedua dan seterusnya aku tonton setakat ini)

1. Pasta - Lee Sun Gyun
2. Birth of Beauty - Joo Sang Wook
3. Single cunning Lady - Joo Sang Wook
4. Oh My Lady - Siwon
5. She was Pretty - Siwon
6. Protect the Boss - Ji Sung
7. Secret Love - Ji Sung (Melodrama) - Patah sebelah Sayap dari cerita ni!
8. Kill Me Heal Me! - Ji Sung
9. Scent of a Woman - Lee Dong Wook
10. Fated to Love You - Jang Hyuk
11. Goblin - Gong Yoo!! Lee Dong Wook!
12. Coffee Prince - Gong Yoo!!
13. Train To Busan (Haha ini bukan rom.com mahupun melodrama tapi Zombie) Aku tonton sebab Gong Yoo!!

Sekarang ni aku baru mula tonton drama Secret Garden drama warna merah tu akan aku tonton lepas Secret Garden dan seterusnya. Hehe. Jadi sesiapa yang tahu cerita rom.com k-drama yang tak ada dalam List to watch aku ni leh lah recommend kat aku ye! Kamsahamida!

14. Secret Garden
15. Dating Agency : Crayno
16. Oh my ghost
17. Emergency Couple
18. Lie to Me
19. A Gentleman's Dignity
20. Marriage Not Dating
21. Flower Boy next Door
22. Legend of Blue Sea
23. The Heirs
24. Please come back Mister!
25. Oh My Venus
26. Twenty Again
27. Healer
28. Rooftop Prince
29. Oolala couple
30. Strong Woman








Wednesday, 7 December 2016

Walimatul Urus - Khai & Dira




Card pengantin


Assalamualaikum...wbt apa khabar semua??? Lama betul aku berhenti berehat dari tulis apa-apa kat blog ni kan! Cerita cinta Rome&Dubai pun belum sempat update lagi. Ni baru ada peluang untuk tulis kat sini, apa yang membuatkan aku stop sementara waktu kerana aku busy membantu kakak ngah aku membuat persiapan untuk walimatul urus anak sulungnya. Dan aku orang kanan kak ngah kerana anak sedara aku yang ni, masa dia kecik2 aku yang menjaganya sebab tu ghairah sikit sebab aku yang menjadi wedding planner dia. Haha. Dari tema warna hinggalah ke warna pelamin deco semua aku yang memberi idea, walaupun plan asal hendakkan tema mint green dan gold. Tapi di atas sebab-sebab tertentu tidak dapat tertunai warna tema itu. Kita boleh merancang tapi Allah yang menentukannya ye tak? Akhirnya kita settle to green pucuk pisang. Tak apalah janji hijau ye tak..




Wedding cake

Then aku tawarkan diri sponsor cake buat mereka dengan syarat aku yang pilih design cake pengantin. Haha. Hinggakan Chef Siti from Fitri Creations turut surprised bila mokcik pengantin yang place order for cake pengantin bukan d bride yang choose design for the cake hahaha. Bole gitu!!! Bride tak cerewet mokcik d groom dia lak cerewet..Bole aje kan..

Alhamdullilah setelah plan selama setahun lamanya..persandingan pasangan pengantin baru Khai & Dira berjalan dengan lancarnya..Selamat Pengantin Baru to both of you..semoga kalian berdua berbahagia dan berkekalan hingga Jannah. Aamiin!!. Jom tengok gambar.


Sanding Maroon


Outdoor pic

Adik pengantin kedua belah pihak

Sister's of bride n groom

Disebabkan anak sedara aku tu mix parentage (mix parentage ler sangat haha) melayu dan bollywood hahaha..terpaksalah dia menurut kehendak mak ngah papa dia untuk pakai baju kurta buat cake cutting ceremony. Handsomelah gak anak sedara aku bila pakai kurta haha..

 
Bangra time!!!
Wefie with d cousins...
Semoga berkekalan hingga ke jannah

Setelah penat lelah melayan tetamu yang hadir..mokcik dan pokcik dia lak nak bergambar di photobooth...
 
 
 
Photobooth time!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






Tuesday, 27 September 2016

D&D and firm trip to BKK 2016



The women in blacks and a Minion

Assalamualaikum..Nak cerita pasal D&D. This time round firm trip to BKK. Yay! Rasanya dah lama tak pergi kot haha. Kali terakhir pergi BKK masa firm trip juga masa tu pergi dengan Mikhail tak silap usia Mikhail 8 tahun. So, tahun ni aku tak bawak sesiapa ikut walaupun aku ada plan nak bawak Maya pula kali ni.  Tapi bila dah fikir balik rasanya tak payah kerana aku khuatir rushing sebab ada D&D.
 
Ok untuk entry kali ni aku letak kat label SignoraPrue Diary sebab aku tak banyak hendak ceritakan tentang trip aku yang cepat kilat (sebab hanya 3 hari 2 malam sahaja plus ada D&D) ni kat label cuti-cuti. Segan pulak kan! Haha. Ok D&D tahun ni theme Movie Magic.

With Traci while waiting for others to come
With my roomy Liza

Pada awalnya our Dept C&F tak ada plan hendak anticipate. Tapi oleh kerana keterujaan si Sharon maka dia keluarkan idea theme Despicable Me. Aku yang mula-mula macam tak teruja tertiba teruja sebab bukan the seccies sahaja yang involved tapi the Directors ngan boss-boss kita! Haha interesting kan sebab masa kat opis muka semua serius je buat keje, inilah masanya hendak lihat samada depa sporting ke tidak?? Sharon suggests our male directors’ jadi ‘Gru’ dan boss-boss kita dan kita-kita ni jadi ‘Minions’ haha. Bila semua dah sepakat kata ok. Maka semua sibuk mencari baju untuk Minions. Aku kiranya selamat sebab dah tahu hendak pakai apa untuk jadi minions haha.
 
Corporate Insolvency Restructuring Team Seccies
Roomy aku dan Habs pula their Dept theme Woman In Black. Trip kali ini flight dari SIN to BKK jam 12plus. So selamat ler..tak perlu ada kat Airport pukul 5pagi haha. Sampai kat hotel sahaja dah nak dekat 4 lebih (sebab Hotel kali ini jauh dari pusat bandar BKK..kali ni management committee depa nak feeling-feeling ala-ala Venice maka Hotel kami Avani terletak dekat sungai haha – feeling lah sangat) Dari airport ke Hotel travel satu jam, habis mesti ada kat Hotel Ballroom jam 6.30petang mahu tak kelam kabut gila kita di buatnya bersiap untuk D&D. Haha. Nasib baik minions kalau tema yang lain??
 
 
 

Di sebabkan aku ni style sempoi aje masa kat office jadi bila aku put effort untuk feeling D&D ramai gak yang terkojuts mokcik dandan sakan malam tu haha. Apa salahnya sesekali kan bukan selalu pun. Haha. ‘Let your hair down’ kata omputeh.  Yang penting we had our 'Minions' moment and have fun!
 
Real Estate & Corporate IR Depts
 






 

Monday, 19 September 2016

Leo dalam kenangan.....



 
 
 
 
                           Awal pagi tadi aku bangkit dari tidur seperti biasa. Guruh berdentam kuat di luar menandakan hari hendak hujan. Aku keluar ke ruang tamu lalu menjeling ke arah balcony. Pintu balcony tertutup rapat dan langsir masih belum di selak. Hatiku menjadi sebak. Namun aku tahan airmata dari mengalir lalu menuju ke kamar mandi untuk mengambil wudhuk. Seperti biasa aku akan solat di bilik study. Sekali lagi hatiku sebak kerana teringatkan dia selalu duduk di satu sudut setiap kali aku solat. Wajahnya yang comel tidak dapat aku lupakan.
 
 
 
                           ‘Leo’ nama aku berikan kepadanya pada hari pertama aku dan Mikhail pergi mengambilnya dari rumah Habsah. Habsah memberi kami seekor dari anak kucingnya kerana Mikhail dan Maya suka pada kucing. Ketika itu usianya baru 3 bulan. Kucing kacukan Parsi dan Siamese. Bulunya putih dan ‘Leo’ punya tanda lahir di hidung. Diantara 3 beradik ‘Leo’ tidak kelihatan berapa comel kerana ada tanda lahir dihidungnya. Namun bila dia sudah berusia setahun lebih ‘Leo’ diantara kucing yang tercomel dari 3 beradik itu.
 
 
 
                            ‘Leo’ begitu manja dan rapat dengan Mikhail. Dengan Maya pula, ‘Leo’ punya mood. Jika moodnya baik dia tidak begitu garang pada Maya. Sungguhpun Leo is ‘notty’ boy. Kami sekeluarga begitu menyayangi ‘Leo’ walaupun Encik Amir kita, hubungannya dengan ‘Leo’ takut-takut berani kerana padanya ‘Leo’ seekor kucing yang lincah dan Encik Amir hanya suka pada kucing yang jinak dan manja.
 
 
 
                             Dan oleh kerana ‘Leo’ seekor kucing yang lincah, setiap kali Encik Amir berada di ruang tamu ‘Leo’ akan dimasukkan ke tempat rumahnya di balcony. Dan bila Encik Amir ke bilik, kami akan membiarkan ‘Leo’ bergerak bebas di dalam rumah dan tempat yang selalu di tuju dahulu adalah bilik Mikhail. Dia akan menjadi peneman setia pada Mikhail. Mereka berdua tidur bersama dan bermain bersama selalu bila Mikhail tidak leka dengan Ipadnya. Aku suka membelai ‘Leo’ kerana ‘Leo’ berbadan mungil dan bulunya yang cantik seperti carpet dan sedap di peluk, sementelah lagi rupanya yang tersangat-sangat comel kerana Leo sudah bertukar warna seperti kucing siam dan berbulu lebat seperti parsi!
 
 
 
                             Tapi kini hanya tinggal kenangan. Semalam merupakan hari yang menyedihkan buat kami sekeluarga kerana tiada lagi kedengaran suara ‘Leo’ mengeow bila minta perhatian dari kami. Tiada lagi aksi lucu Leo yang suka membalik-balikkan badannya bila minta di belai. Rumah merasa sunyi dan kami merasa kehilangan yang amat sangat kerana ‘Leo’ bukan sahaja kucing peliharaan kami dia juga ahli keluarga penyeri rumah kami. ‘Leo’ yang kami sayangi telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
 
 
 
                           Selamat tinggal sayang kami ‘Leo’. ‘Leo’ berada di tempat yang indah. Kami sekeluarga akan sentiasa merinduimu.
 
 
Tanggal (18 September 2016) - Hari yang menyedihkan kerana Leo telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya jam 7.20 pagi.
 
 
 
 
 
 

Thursday, 25 August 2016

Nak Happy Ending or Sad Ending untuk CRD?

 
 
 
 
 
 
                        Assalamualaikum semua..aku ni sebenarnya sudah hampir ke penghujung cerita CRD, tapi sekarang ni tengah dalam dilemma untuk ending cerita CRD? Nak buat sad ending atau happy ending eh? Haha..nak tanya semua vote for 'Happy Ending' or 'Sad Ending'. Or a mixture of happy and sad haha..
 
 
 
 
 
 

Thursday, 18 August 2016

Attention please! Jodoh Pasti bertemu nka Cinta Rome & Dubai..





Assalamualaikum...

Selamat petang khamis kepada semua. Maaf kerana terpaksa menukar tajuk mini novel saya yang bertajuk Jodoh Pasti Bertemu kepada Cinta Rome & Dubai di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan..my BFF kata ada novel yang sudah mengunakan tajuk JPB maka dia kata ada baiknya saya tukar ke tajuk baru Cinta Rome & Dubai dan hopefully tak ada cerita yang mengunakan tajuk ini haha..kalau ada juga tak tahu lah hamba hendak kata apa..penat memikirkan tajuk buat cerita ini haha..tajuknya kedengaran tidak berapa sesuai namun terpaksa mengunakan tajuk dari lokasi dalam cerita ini..
Dan gambar untuk cover cerita ini sudah saya siapkan dan hendak kongsi di sini..Yay!! But sebagai gambar hiasan sahaja harap maklum..but saya bayangkan pelakon yang melakonkan watak dalam cerita ini adalah pelakon yang terdapat di dalam cover ini..cantik tak???
Jom..kita sambung baca kesudahan jalan cerita Nik dan Natalia....

Harap Maaf. Saya tak update kesinambungan cerita ini di blog ini hanya berhenti pada part 50.

PS: Kepada sesiapa yang hendak membaca Cinta Rome & Dubai..sila download App "Wattpad" or lungsuri lelaman "Wattpad" lepas tu add jadi followers saya ye! @SignoraPrue. Dan jangan lupa komen and vote tau.

Terima kasih.

Thursday, 23 June 2016

Terima kasih! Thank You! Arigato Gozaimas! Gracias!








Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilah sudah masuk ke 18 Ramadhan. Masa berlalu begitu pantas sedar tidak kita bakal menyambut Syawal tidak lama lagi. Pasti ramai kaum wanita sibuk mencari resepi dan membuat biskut dan kuih sendiri. Dan mula sibuk hujung minggu ini kan? Tahun ini, aku tidak buat kuih mengunakan oven sebabnya oven aku rosak maka tahun ni hanya buat chocolate cornflakes almond tu sahaja. Huhu..yang lainnya kuih tunjuk-tunjuk.

Lama betul aku tidak menulis dalam ruangan diary kan? Sebab tak ada idea hendak ditulis apa. Haha. But, hari ini aku ada sebab untuk menulis kerana beberapa hari kebelakangan ini aku perasan ramai pengunjung blog aku datangnya dari US. Australia. Indonesia dan paling ramai sekali dari Malaysia!! Terima kasih! Arigato Gozaimas! Grazie! tidak terhingga dari aku. Dan karya ku "From Boss with Luv" menerima banyak 'page view' dari karya-karyaku yang lain. Baca karya yang lain juga ye..walaupun tidak seberapa tapi menghiburkan.

Wah aku suka sekali kerana ada yang sudi menjengah dan membaca blog aku yang tidak seberapa ini. Kalau ada cacat cela dan salah silap tu harap di maafkan ya. Dan jika sudi silalah tinggalkan komen-komen membina anda ke blog saya ni. Just say “Assalamualaikum”..”Hi” or “Hello” perkenalkan diri dan asal/tinggal di mana. Boleh juga kita menambah kenalan dan mengeratkan siratulrahim. Betul tak? Tapi untuk kaum muslimah sahaja ye..harap maklum.

Ok saya mulakan dahulu, Bismillah....

Salam a'laik…saya Lynda Kamis aka SignoraPrue dari Singapura. Salam perkenalan buat semua!

 





Friday, 22 January 2016

Teaser - "Jodoh Pasti Bertemu"


Assalamualaikum semua...
 
Hendak cerita sikit tentang cerita terbaru yang dapat di buat masa ini..MPO harap maaf still jam brek sebab masih belum dapat idea untuk menyambungnya bila tetiba dapat ilham cerita 'Jodoh Pasti Bertemu'. Jadi terpaksalah siapkan mana yang dapat idea dulu. 'JPB'. Macam lagu Afgan tu. Sedih kan kalau tengok video clipnya.
Karektor-karektor yang terdapat di "Jodoh Pasti Bertemu"
Natalia - Seorang pelajar wanita yang cerdik dan paling nakal pada zaman persekolahan dahulu. 
 
Yana - Teman baik Natalia semasa sekolah. Partners in crime.
 
Eryan - Teman lelaki Natalia
 
Nik Faisal - Seorang pelajar lelaki yang disayangi guru dan juga Ketua Pengawas
 
Dania - Seorang pengawas dan juga Love interest Nik Faisal
 
Dr. Haidar Lorenzo - Doktor merawat Zara dan juga Love interest Zara Lia
 
Mari kita baca antara dialog yang terdapat dalam "Jodoh Pasti Bertemu".
 
 
Part 1


“Lia..tak kan kau nak tengok sahaja si Nik tu! Kau tak geram dengan dia ke??? Dia yang buat kita basuh tandas 3 hari berturut-turut. Eiii!!! Geram pulak aku tengok muka dia tau!,” ujar Yana sambil memintal-mintal hujung tudungnya kerana merasa geram teramat sangat.
 
Ikutkan hati mahu sahaja dia menyepak-yepak muka Nik Faisal kerana Nik hidup mereka sengsara. Nik seorang ketua pengawas yang tidak boleh bertolak ansur. Dia terlalu tegas.

Dia dan Natalia benar-benar dendam dengan Nik.


Part 2

“Where are you Lia??,” ujar si pemanggil sebaik sahaja Lia menjawab telefon.

“I’m at Trevi Fountain, Uncle,” jawab Lia ringkas.

“Ok..don’t do anything foolish sweetheart…,”


“I can’t promise,” jawab Lia tersenyum mendengar pesanan dari pakcik Firdausnya. Suara Uncle Firdausnya berbaur kebimbangan. Dia benar-benar tidak dapat berjanji dengan Uncle Firdausnya kerana dia tidak dapat mengawal diri dari melakukannya kerana tiada orang yang dapat membantunya.

“Lia…,”

“Ok uncle I got to go see you back home!,” ujar Lia lalu mematikan telefonnya. Hatinya merasa sebak tiba-tiba. Namun dia tidak mahu menangis lagi. Sebab itu, dia membuat perkara yang pelik-pelik untuk mengelakkan dirinya dari merasa sedih dan tertekan, membuat perkara sebegitu seakan terapi buat dirinya. Tapi tidak pada orang lain kerana pada mereka dia hanya mengundang masalah.

Itulah petikan dialogue yang terdapat di dalam JPB. Cerita ni hampir 70% siap. Jadi doakan supaya cerita ini dapat di siapkan ok Insha Allah..terima kasih banyak-banyak kepada peminat novella romantik seperti aku. Tanpa anda semua karyaku tidak bermakna.







Tuesday, 13 October 2015

Writer's Block..Oh No!








Assalamualaikum semua...

Lama benar kan aku tak update blog! Lama....sebab aku baru kehilangan ibu yang tersayang dan juga ada beberapa perkara peribadi yang menganggu fikiran aku dan ianya sedikit sebanyak menganggu mood dan ia juga salah satu penyebab atau faktor-faktor yang menghalang idea masuk ke dalam otak aku. Maka aku mengalami syndrome 'Writer's Block'.
 
Bila duduk mengadap komputer hendak sambung cerita semula. Blank! Satu idea pun tak keluar lagi. Huhu..Sedih. Itu yang aku stop buat sambungan MPO. Sebab tidak ada idea untuk sambung cerita itu buat masa ini. Stress lah juga aku di buatnya. Sebab tidak pernah berlaku ke atas diri aku sebelum ini.
 
Tak apalah..mungkin aku masih belum bersedia untuk menyambung cerita-cerita itu semua.  So, buat masa ini memang bersawanglah blog ini tanpa update dan sambungan cerita-cerita yang aku reka. But Insha Allah jika aku ada idea akan aku sambung lagi cerita MPO tu ok. Doakanlah agar aku mendapat ilham semula.
 
Akhir kata, terima kasih tidak terhingga kepada pembaca yang sudi dan setia dengan blog aku yang tidak seberapa ini. Insha Allah kita bertemu lagi di lain hari.









 
 
 
 

Friday, 31 July 2015

Al-fatehah buat bonda tersayang










Assalamualaikum..salam pagi jumaat buat semua yang di kasihi..kita masih berada di bulan Syawal yang mulia ini. Di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang sengaja atau tidak di sengajakan sepanjang aku beblog di sini. Maaf, kerana sudah lama tidak update blog kerana masih didalam kesedihan sejak ramadhan yang lalu. Bonda yang aku sayangi telah kembali ke rahmatullah pada minggu kedua Ramadhan. Sambutan Syawal tahun ini tanpamu bonda membuatkan aku merasa kehilangan. Permergianmu amat terasa namun aku redha kerana Allah lebih menyayangi Bonda. Al-fatehah...semoga roh bonda di tempatkan bersama dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Aamiin.
 
"Kasih ibu membawa ke syurga kasih Ayah sepanjang masa"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, 18 June 2015

Salam Ramadan Al-Mubarak!




 
 
 
Assalamualaikum wbt.....Alhamdullilah kita bersyukur kepada Allah SWT dipertemukan lagi bulan yang penuh rahmat, berkat dan keampunan ini.  Selamat datang wahai Ramadhan wahai bulan ibadah, wahai bulan kebahagiaan. Di kesempatan ini aku ingin meminta maaf di atas kekhilafanku selama ini samada yang aku sedari atau tanpa aku sedari..sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang kurang baik itu dari diriku yang penuh kelemahan ini...Salam Ramadhan kepada umat islam sedunia! Keep Calm and Observe Ramadhan!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, 10 June 2015

Projek membuat cover buku! DIY



Assalamualaikum..sejak akhir-akhir ni tengah sibuk create cover book untuk novel dan mini novel yang aku reka. Jenuh juga hendak menghasilkan cover buku. Nak kena cari gambar yang sesuai mengikut cerita dalam buku. Memakan masa juga. Aku buat sendiri dari awal hingga akhir haha dan inilah hasilnya. Yang kiri front cover yang belah kanan pula back cover.
 
Cover untuk Qada & Qadar dan How Can I Not Love You
 
 
 
 
Cover untuk Table for 2 dan Sayang Apa khabar Denganmu
 

 
 
 
Cover untuk Watsapp Luv dan From Boss With Luv!
 
 

 
Cantik tak? Aku tak ada software untuk create book cover. Ini aku buat ikut step-by-step dari satu blog yang mengajar cara membuatnya mengunakan word doc. Maklumlah aku ni bukan pandai sangat dengan word doc sebab dulu tak belajar haha. Ini kira crash course. Sebab itu lembab sikit. Hehe. So sekarang ada beberapa lagi title yang hendak aku buat. Pelan-pelan kayuh lah nampaknya.
 
 
 
 
 

Tuesday, 9 June 2015

Erwin Shah Dawson



 
 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
 
Lama benar aku tak update blog ni kan..hehe bukan apa otak ni tengah ketandusan idea hendak menulis apa. Sibuk dengan reka cover buku, aku tak sentuh langsung OMB dengan MPO. Pun di atas sebab yang sama, belum ada ilham. Huhu. Ok pasti ada yang tertanya kenapa tetiba aku letak gambar Erwin Shah Dawson kat sini. Haha. Tak de ahad lepas aku pergi jemputan kahwin di Choa Chu Kang Blk 130. Aku jarang sekali pergi majlis orang kahwin ni. Almaklum lah teman sekolah aku semuanya di Malaysia. Dan aku memang tak de teman banyak di Singapura. Kalau ada pun anak-anak depa masih kecik-kecik lagi. Jadi majlis yang aku hadir ni teman sekolah kakak aku. Kakak aku Liza lak, depa tak dapat mai sebab ada hal lain. Jadi kakak aku ngah (juga kenalan emak si pengantin) paksa aku pergi sebab aku di jemput sama. Aku memang malas nak keluar rumah hari ahad. Haha alasan aku berikan selalu sebab Monday kena kerja dan aku hanya mahu mengirim wang sumbangan pada ngah sahaja. Haha. Tapi setelah ngah kata dia akan fetch dan hantar aku balik. Hendak tak hendak terpaksa pegi jugak sebab dah ada transport.
 
 
Ok sampai jek..ramai betul tetamu di majlis pengantin tu..yang tak bestnya warna baju tema untuk keluarga pengantin warna hijau. Aku lak pakai baju dress hijau. Dalam hati berkata-kata. Janganlah ada orang pakai baju yang sama macam aku. Haha. Memang ada pun. Tapi nasib baik makcik tu dok kat jauh sudut. Hehe. Selamat satu perkara. Ah lantaklah sama baju ke tak. Buat muka selamba je lah. Ok masa jalan-jalan cari meja kosong tu lalu lah kat karaoke station majlis tu. Tetiba mata aku tertancap pada seorang teruna yang berdiri di situ bersama seorang gadis jelita. Dan dia sedang pose tangkap gambar. Biasalah di majlis begini memang ramai orang tangkap gambar kan. Tapi wajahnya itu macam pernah ku lihat sebelum ini. Tapi di mana ya?. Aku pun berbisik pada Mr. S. Aku cakap kat dia cuba tengok muka budak lelaki tu macam pelakon Isteri separuh masa kan? Haha. Aku dan Mr. S bosan tak ada movie orang putih yang best dan terkini hendak ditonton maka aku ajak dia nonton cerita ISM sebab feeling nak nonton cerita drama melayu.
 
Mr. S kata bukanlah you salah orang. Tak kanlah pelakon nak datang majlis ni. Lagipun yang berlakon dalam ISM tu pelakon Malaysia katanya. Tapi aku tak puas hati dengan jawapan Mr. S. Aku ni jarang sekali memandang dan melihat-melihat orang terutama sekali di majlis atau tempat-tempat yang ramai orang haha. Serious! Aku ni pemalu dan pendiam orangnya. First impression orang pandang aku akan mengatakan aku ni seorang yang sombong dan tak mesra alam. Ini ramai orang yang kata – dapat feedback dari teman-teman aku. Tapi bila depa sudah menjadi teman aku, mereka akui aku sebenarnya tidak sombong. Aku seorang yang pemalu dan pendiam. Tapi bila dah kenal mereka kata aku ni kelakar seram orangnya. Hahaha. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.
 
Hatiku masih belum puas dengan jawapan Mr. S. Balik dari majlis, tak tunggu lagi dalam kereta aku dah start google nama barisan pelakon ISM. Haha. Aku spot nama seseorang Erwin Shah Dawson. Masih tak tahu lagi siapa ESD tu sebab tak de gambar kat situ. So aku google nama ‘ESD’. Sah! Lelaki yang aku nampak tu ESD. Sebab aku tak tahu yang ESD tu anak kelahiran Singapore. Haha. Ketinggalan zaman aku ni yek. Mungkin majlis itu adalah majlis kenalannya.
 
Tapi aku tak stop kat situ. Aku cari FB dan instagram dia. Bukan stalker eh! Cuma nak proof pada Mr. S yang aku tidak silap orang. Haha memang betul dia ada kat situ. Sebab dia pose gambar yang di ambil di photo booth majlis bersama orang yang aku nampak kat majlis. Barulah hatiku merasa puas kerana aku jarang silap bila recognize wajah seseorang terutama sekali celebrity.
 
 
 
 
 
 

Monday, 27 April 2015

Work In Progress...!!

 
 
Assalamualaikum...dan 'Selamat Pagi' kepada semua..ni nak cerita sikit kepada sesiapa yang tidak sabar menanti sinambungan MPO dan OMB kena bersabar lagi..maaf ye..sebab sekarang ni aku tengah sibuk meng-edit cerita-cerita novel  yang aku post kat blog ni tapi tak edit di blog hanya edit di soft copy hamba..harap maaf ye novel yang di post di sini memang final, cuma bila dah start edit tu, pasti ada tambah dan tolak sikit. Buat pembetulan bahasa dan sebagainya. Maklumlah hamba ni budak baru belajar maka banyak kesilapan yang tidak dapat di elakkan. Sebab aku edit cerita semula kerana hendak print dan jadikan booklet untuk koleksi peribadi dan permintaan seseorang itu haha. Tak dapat nak terbitkan novel-novelku maka aku print untuk diri sendiri. Kesian kan..
 
Maka sibuk kerana itu aku tidak dapat menyambung MPO dan OMB buat masa ini. Sabar ye. Sabar itu separuh daripada iman. Ye tak...Senyum selalu...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Sunday, 29 March 2015

Oh My Butler! cover pic..



Assalamualaikum dan selamat pagi..cerita SAKD sudah dapat di siapkan. Alhamdullilah..Sekarang tengah mencari idea untuk cerita terbaru bertajuk Oh My Butler! atau OMB. Hmm cerita ni masih long way to go so don't get too excited eh..sabar menanti ok..jadi aku hendak meminta jasa baik pengunjung dan pembaca blog aku yang budiman sekiranya dapat membantu aku memilih cover pic untuk cerita OMB ni..
 
So bantu aku ok...which pic suits the best for OMB...No. 1, 2, 3 or 4 eh..thank you many2.
 
 
 
 
 
OMB No. 1
 
 
 

OMB No. 2
 
 
 

OMB No. 3
 
 
 

OMB No. 4
 
Haha but my personal preference this pic below..tapi tak boleh dijadikan cover pic..siapa kenal lelaki yang berada di gambar bawah..
 


 

 
 






 

 
 
 




 

Friday, 20 March 2015

Teman Lelaki Upahan vs MPO - Coincidence???

 
 
 






                             Assalamualaikum..hehe tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni terasa macam malas nak tulis apa-apa kat blog..jadi sekarang tengah rajin baca blog orang lain yang selalu upload drama-drama baru kat TV. Sekarang ni tengah musim malas belum ada mood hendak tonton drama melayu lebih-lebih lagi yang bersiri. Haha. Aku ni sikit lah rajin..kalau tengok drama yang ‘dragging’ mulalah hilang minat untuk menontonnya. Jangan salah faham..drama bersiri yang berjaya aku tonton hingga selesai..Mr. Arrogant Romi cinta Julia dan Teduhan Kasih. Yang lain-lain semua sekerat jalan..Hehe..sowey. Kalau telemovie atau filem masih boleh layan lagi. Itupun kalau review dari teman-teman yang sudah tonton cakap cerita bagus baru aku tengok kalau tak dengar cerita dari diaorang aje.



                             Ok macam dah terlari tajuk pulak kan..so tengah mood kemarau ni..suka baca blog Azwan Azmy..dia selalu muat naikkan drama terkini di blognya. Banyak juga drama bersiri aku ‘pass’. Tapi bila Azwan Azmy tulis drama terbaru yang di tayangkan di TV bertajuk ‘Teman Lelaki Upahan’. Tak silap drama itu dari adaptasi Novel. Tak hegeh-hegeh lagi aku terus baca sinopsisnya. Hehe bukan apa perasan tak tajuk drama itu lebih kurang sama dengan MPO kan? Sebab sebelum tajuk asal ditukar kepada MPO. Tajuk nya Man for Rent – Teman lelaki upahan. Then bila baca sinopsisnya ada 3 persamaan??? Haha..ini betul-betul kebetulan. Persamaan yang pertama tajuknyan hampir sama. Kedua, dalam TLU heronya bernama Ezwan Lufti. Dalam MPO main karektor juga bernama Lutfi. Ketiga..Hafiez seorang pemilik restaurant dan juga pandai memasak. Dan hero dalam TLU itu seorang chef. Nasib baiklah jalan ceritanya tak sama kan..kalau tidak, silap hari bulan boleh dituduh mencuri idea orang pulak kan. Sesungguhnya aku tidak tahu menahu langsung tentang jalan cerita TLU. Ini semua adalah kebetulan. Harap maklum..