Assalamualaikum semua...
Hendak cerita sikit tentang cerita terbaru yang dapat di buat masa ini..MPO harap maaf still jam brek sebab masih belum dapat idea untuk menyambungnya bila tetiba dapat ilham cerita 'Jodoh Pasti Bertemu'. Jadi terpaksalah siapkan mana yang dapat idea dulu. 'JPB'. Macam lagu Afgan tu. Sedih kan kalau tengok video clipnya.
Karektor-karektor yang terdapat di "Jodoh Pasti Bertemu"
Natalia - Seorang pelajar wanita yang cerdik dan paling nakal pada zaman persekolahan dahulu.
Yana - Teman baik Natalia semasa sekolah. Partners in crime.
Eryan - Teman lelaki Natalia
Nik Faisal - Seorang pelajar lelaki yang disayangi guru dan juga Ketua Pengawas
Dania - Seorang pengawas dan juga Love interest Nik Faisal
Dr. Haidar Lorenzo - Doktor merawat Zara dan juga Love interest Zara Lia
Mari kita baca antara dialog yang terdapat dalam "Jodoh Pasti Bertemu".
Part 1
“Lia..tak
kan kau nak tengok sahaja si Nik tu! Kau tak geram dengan dia ke??? Dia yang
buat kita basuh tandas 3 hari berturut-turut. Eiii!!! Geram pulak aku tengok
muka dia tau!,” ujar Yana sambil memintal-mintal hujung tudungnya kerana merasa
geram teramat sangat.
Ikutkan hati mahu sahaja dia menyepak-yepak muka Nik Faisal kerana
Nik hidup mereka sengsara. Nik seorang ketua pengawas yang tidak boleh bertolak
ansur. Dia terlalu tegas.
Part 2
“Where are you Lia??,” ujar si pemanggil sebaik sahaja Lia menjawab telefon.
“I’m at Trevi Fountain, Uncle,” jawab Lia ringkas.
“Ok..don’t do anything foolish sweetheart…,”
“I can’t promise,” jawab
Lia tersenyum mendengar pesanan dari pakcik Firdausnya. Suara Uncle Firdausnya
berbaur kebimbangan. Dia benar-benar tidak dapat berjanji dengan Uncle
Firdausnya kerana dia tidak dapat mengawal diri dari melakukannya kerana tiada
orang yang dapat membantunya.
“Lia…,”
“Ok uncle I got to go see
you back home!,” ujar Lia lalu mematikan telefonnya. Hatinya merasa sebak
tiba-tiba. Namun dia tidak mahu menangis lagi. Sebab itu, dia membuat perkara
yang pelik-pelik untuk mengelakkan dirinya dari merasa sedih dan tertekan,
membuat perkara sebegitu seakan terapi buat dirinya. Tapi tidak pada orang lain
kerana pada mereka dia hanya mengundang masalah.
Itulah petikan dialogue yang terdapat di dalam JPB. Cerita ni hampir 70% siap. Jadi doakan supaya cerita ini dapat di siapkan ok Insha Allah..terima kasih banyak-banyak kepada peminat novella romantik seperti aku. Tanpa anda semua karyaku tidak bermakna.
Finally ada post baru. thanks sis.. Tak sabar nak baca..
ReplyDeleteZahread D'Zackrill
Port Klang
Alhamdullilah terima kasih sis Zahread..ni pun slow dan steady je idea keluar..masih dalam proses penulisan lagi..huhu
DeleteWelcome back linda..tk sabar menanti posting2 novel awak..jodoh pasti bertemu..
ReplyDeleteAlhamdullilah terima kasih sis Noorhasni..ni masih slow n steady menulis..haha
Delete