Showing posts with label Novel Ku. Show all posts
Showing posts with label Novel Ku. Show all posts

Monday, 22 February 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 1




 



2001, Tempat di Malaysia

                        NATALIA meletak jambangan bunga segar di atas bangku yang di terima dari kekasih hatinya. Eryan memberinya bunga sempena meraihkan keputusan cemerlang yang di perolehi Lia di dalam peperiksaan SPM tempoh hari. Guru-guru dan pengetua sekolah semua mengucapkan tahniah kepadanya begitu juga rakan-rakan sekelas. Hari ini mood Lia benar-benar baik.

Dia memanjat pagar batu lalu berdiri perlahan. Cuba mengimbangi badannya. Setelah dapat berdiri dengan stabil. Lia berjalan perlahan-lahan ke sana kemari. Dia menumpukan perhatian sepenuhnya untuk mengimbangi badannya agar dia tidak terjatuh ke dalam laut.

Eryan duduk di bangku memerhatikan Natalia berbuat begitu dengan wajah bersahaja. Dia sudah masak dengan perangai Natalia yang suka membuat perkara yang pelik-pelik sebegitu dan ini bukanlah percubaannya yang pertama sudah banyak kali. Dia sudah biasa dengan perangai Natalia yang sukakan cabaran dan Lia lain dari wanita biasa.

                        “So lepas ni you dan family hendak berhijrah ke London?,” tanya Eryan sambil memandang kearah Natalia.

                        “Looks like it! I love London!!!…Mungkin I nak sambung study di sana!,” jawab Natalia lalu tersenyum. Dia berjalan perlahan mundar mandir mengimbangi badannya. Dia mula merasa seronok pula.

Sesekali dia melirik ke arah bawah. Berkira-kira sendiri, jika dia tersilap langkah pasti dia akan terjatuh ke dalam laut. Dan belum tentu nyawanya terselamat jika ianya terjadi. Namun Natalia seperti tidak takut malah makin seronok.

Siang tadi dia ke sekolah untuk mendapatkan keputusan SPMnya. Alhamdullilah! Keputusan SPMnya cemerlang sekali. Dia seorang sahaja pelajar di sekolahnya yang mendapat markah tertinggi.

Daddy dan Mummynya benar-benar gembira dengan keputusan SPM yang Natalia perolehi. Mereka mahu Natalia menyambung pengajiannya di London nanti.

Natalia suka dan tidak sabar untuk melanjutkan pelajarannya di London. Dia tidak sabar ingin menjadi wanita dewasa. Dia mahu menjadi wanita yang berjaya dalam pekerjaan dan juga memperolehi keluarga yang bahagia bersama lelaki yang dia cintai, Eryan. Lia sudah plan dan atur perjalanan hidupnya dengan baik.

“Jadi!! Hubungan kita bagaimana??,” ujar Eryan lalu memandang wajah Natalia. Dia merasa tidak selesa bila Natalia kelihatan bersahaja dan tidak risaukan tentang hubungan mereka.

Dia tidak sepintar Natalia. Keputusan SPMnya hanya sekadar cukup makan. Dan dia tidak ambitious seperti Natalia yang punya cita-cita tinggi. Dia tidak perlu khuatir tentang masa depannya kerana keluarganya punya bisnes sendiri. Dan papanya sudah memberitahunya dia akan bekerja di Syarikat keluarga mereka. Jadi masa depannya settled.

“Hubungan kita?? I don’t know..you tell me!,” ujar Natalia dengan wajah selamba lalu duduk di atas batu setelah penat berjalan ke sana ke mari. Dia memandang tepat ke wajah Eryan yang duduk di bangku hadapan.

“Lia! You know I love you..How can you leave me and go!,” ujar Eryan bila Natalia selamba sahaja seperti tidak kisah mereka berpisah. Natalia cintakan dia atau tidak?

“I love you too dear..we can still keep in touch right?? Or you sambung study di London??,”

“You know I malas nak sambung belajar lagi…I penat hendak mengadap buku lagi,” jawab Eryan merasa tidak puas hati kerana dia terpaksa berpisah dengan Natalia. Dia memang tidak berminat lagi untuk belajar.

“Then how??? You malas belajar..and I have to migrate di London..then kita putus sahaja lah,” ujar Natalia lalu bangun dan berdiri di atas batu semula.

Dia sayang dan cintakan Eryan. Namun Eryan seorang lelaki yang tidak suka berusaha sendiri. Eryan suka cara mudah dan tidak ambitious sepertinya.

“Sayang!!!,” jerit Eryan kuat kerana merasa terperanjat dan tidak percaya dengan jawapan Natalia yang begitu bersahaja. Perbuataannya itu telah memeranjatkan Natalia sehingga menyebabkan Natalia hilang pertimbangan.

“Eryan help me!!…I can’t balance…, Yan!!!!,” jerit Natalia tergelincir jatuh ke dalam laut.

“LIA!!!!!!,” Eryan bangkit lalu berlari ke pagar batu bila Natalia jatuh ke dalam laut. Ia berlaku begitu pantas sehingga dia tidak sempat hendak menarik Natalia agar dia tidak tergelincir.

Eryan menjadi panik dan tidak keruan kerana dia tidak dapat hendak menyelamatkan Natalia kerana dia sendiri tidak pandai berenang. Eryan menoleh kearah kiri dan kanan mencari-cari jika ada orang yang dapat membantunya. Dia terus berlari mendapatkan seorang lelaki yang kebetulan sedang berjalan perlahan tidak jauh dari tempatnya.

“Tolong girlfriend aku terjatuh dalam laut!!! Aku tak pandai berenang!,” ujar  Eryan dengan suara cemas wajahnya kelihatan panic.

Lelaki itu mencampak bag galasnya di bangku dan menanggalkan jaketnya lalu terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan wanita yang terjatuh bila lelaki yang kelihatan panic itu mengatakan teman wanitanya terjatuh di dalam laut.

Eryan berlari di batu pagar itu semula lalu memandang ke bawah berharap Natalia timbul di permukaan air. Dia yakin Natalia pasti pandai berenang. Namun, bila Natalia masih tidak timbul dia semakin panik.
 
 
 
 
bersambung....
 

 
 
 

Tuesday, 6 January 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 1





 
 
 
 
   “We are so not having this conversation right now, Lieza!!..,” ujar Teuku Erhan Daniel Budi kasar tanpa menoleh kearah PAnya kerana PAnya mengingatkannya tentang Lasindah. Dia tahu itu bukan salah Lieza. Lieza hanya melakukan tugasnya mengingatkan dirinya mengenai pesanan dari mamanya. Malah dia tidak pernah ambil peduli. Dia tidak suka akan rancangan mamanya untuk menemukannya dengan Lasindah.

 



                              Lieza terkedu bila di herdik oleh majikannya. Dia tahu Erhan tidak suka bila setiap kali dia menyebut nama wanita itu. Benci benar Erhan pada nama itu. Dia tidak punya pilihan dan terpaksa melaksanakan tugasnya seperti yang di suruh. Sebagai setiausaha Erhan dan secara tidak langsung juga PA kepada Gusti Ayu Indahputri. Lieza terpaksa akur kepada perintah Gusti Ayu Indahputri.

 
 
 

                              “I can’t believe she still want me to meet her!!, does she know how that woman behave,” marah Erhan seraya mengurut kepalanya perlahan. Pening setiap kali mamanya menyebut nama yang di bencinya itu selalu. Tidak kah mamanya mengerti dia tidak mahu punya apa-apa hubungan langsung dengan wanita itu.

 



                              “Sorry sir, I’m just doing my job,” jawab Lieza terkedu bila di herdik begitu. Sebaik sahaja dia menyampaikan pesanan dari Gusti Ayu, dia melangkah perlahan menuju kearah pintu. Dia tidak mahu menitiskan airmata di hadapan Erhan jika dia berada lebih lama di pejabat Erhan.

 
 
 

                              “Lieza.., I’m sorry for yelling at you, I’m having a bad day today, please forgive me,” ujar Erhan perlahan dengan wajah bersalah. Dia tahu dia tidak sepatutnya melepaskan kemarahannya pada Lieza, kerana bukan salah Lieza. Dia tidak tahu kenapa darahnya akan menyirap bila setiap kali mendengar nama wanita itu disebut.

 
 
 

                              Lieza tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepala tanda faham. Walaupun dia hampir sahaja mahu menitiskan air mata bila di herdik Erhan tadi. Namun dia cuba kuatkan hatinya agar tidak menangis di hadapan Erhan. Dia tahu majikannya, Erhan baik orangnya. Cuma Erhan seorang lelaki yang panas baran dan garang bila sesuatu yang dia tidak disukai diingat-ingatkan selalu.

 
 
 

                              “Err…Lieza, you dah postkan surat yang I serahkan pada you semalam??,” ujar Erhan lalu memandang wajah Lieza seolah-olah dia sudah lupa bahawa dia marahkan Lieza tadi kerana intonasinya sudah berbalik kepada lembut semula. Begitulah mood majikannya Erhan. Hot and cold.

 
 
 

                              “Sudah Encik Erhan,” jawab Lieza lalu menganggukkan kepalanya perlahan.

 
 
 

                              “Terima kasih Lieza,” jawab Erhan lalu membuahkan senyuman kepada Lieza.

 

 

 

****

 

 

                              Aku menuruni anak tangga menuju kearah hall. Rumah kelihatan sunyi sepi tanpa teman serumah juga merangkap teman baik ku Salena. Itulah Salena mengajak aku pergi company retreat di Genting Highlands aku tak hendak. Sebab aku tidak berapa suka Genting. Sekarang rasa bosan sendiri. Boring to the max!!

 
 
 

                              “So much of having fun..!!,” keluhku lalu menghempas punggungku di atas sofa empuk berwarna putih. Aku mencapai shawl lalu membalut tubuhku. Terasa sejuk pula. Hujan masih kelihatan lebat di luar. Mesti Genting pun hujan juga kan! Aku mencapai novel dari Beverly Brandt berjudul “Matching Date” dari coffee table lalu membuka ke muka surat terakhir yang aku baca dahulu. Aku memang suka membaca novel romance. Teman-temanku selalu melabelkan aku ‘Hopeless romantic’ gal. Haha apa taknya aku suka pada perkara-perkara yang romantic. Bila tiap kali kawan baikku Salena bertanya kenapa aku begitu sukakan perkara yang romantic. Jawapanku sama sahaja, ‘Kerana aku tidak dapat merasa pengalaman romantis seperti di dalam cerita-cerita buku yang ku baca’. Yeah aku memang romantic freak. Aku menutup buku novel lalu meletakkannya kembali ke atas meja. Entah mengapa malam ini aku seperti tidak ada mood untuk membacanya mungkin kerana aku masih tidak dapat melupakan pertemuan aku dengan Encik Haiqal siang tadi di pejabat.

 
 
 

Sudah hampir 3 tahun aku bekerja di syarikat penerbitan majalahnya namun Encik Haiqal tidak pernah memberi aku peluang untuk menulis akan perkara yang aku suka. Katanya aku belum bersedia. Siapa kata aku belum berpengalaman dan bersedia? Apa 3 tahun masih kurang berpengalaman lagi? Aku sudah bosan menulis tentang trend fashion terkini. Aku mahu menulis tentang reality kehidupun orang yang berjaya dan perkara-perkara tentang kehidupan. Aku mahu menjadi seperti penulis idolaku ‘ED’. Walaupun ED bukanlah penulis tetap dan hanya penulis bebas namun aku suka akan tulisannya. ED menulis ruangan ‘Bagaikan mimpi’ tentang perkahwinan dan juga pengalaman mengenai percintaan seseorang. Adakala pengalaman yang ditulis menyedihkan dan ada juga yang mengembirakan. Setiap tulisannya di majalah mahupun di akhbar aku kerat dan simpan di dalam kotak. Begitu obsessnya aku dengan ED. Tiada siapa yang tahu siapa ED kerana ED tidak pernah meletak gambarnya di setiap penulisannya. Hanya diberi initial ‘ED’.

 
 
 

Aku tersentak bila kedengaran dentuman kuat berserta petir kilat sabung menyabung diluar jendela. Nasib baik aku tidak ikut Salena ke Genting. Cuaca hujan lebat dan sejuk begini sesuai untuk duduk di rumah dan tidur. Namun mataku masih belum mengantuk dan aku tidak tahu hendak berbuat apa? Aku bangkit dari sofa lalu menuju kearah pintu. Siang tadi lupa pula aku hendak membuka ‘letter box’. Aku mencapai kunci dan payung lalu keluar dari rumah. Macamlah tak boleh tunggu waktu siang hari untuk membuka peti surat kan? Tapi oleh kerana tahap kebosanan aku sudah memuncak. Aku buat kerja gila itu malam ini juga.  Tidak kisahkan hujan lebat dan petir kilat di luar. Manalah tahu dalam peti surat itu ada brochure ‘Sale’ boleh juga aku tengok-tengok untuk menghilangkan rasa bosan. Aku membuka peti surat lalu mencapai surat-surat yang terdapat di dalam peti. Wah!! Banyaknya!! Baru pindah rumah sebulan dah ramai peminat hantar surat. Macam real! Peminat apanya? Aku mengibas surat yang terkena air hujan dan cepat-cepat masuk ke dalam rumah.

 
 
 

Aku mencampak surat-surat itu di atas meja lalu kembali duduk di sofa. Aku mencapai hot cocoa yang ku bancuh tadi lalu menghirup hot cocoa yang masih berwap perlahan-lahan. Sekeping biscotti yang ku letak di sebelah mug ku capai lalu ku masukkan ke dalam mulut. Mataku melirik kearah beberapa surat yang hampir lencun akibat terkena air hujan. Aku membelek setiap sampul surat yang berada di tanganku..Kebanyakkannya surat dari pihak bank dan bil bulanan. Aku mengasingkan surat Salena..! Salena..! Marsha..! Marsha..! Salena…! Aku berhenti menyebut nama yang tertera di sampul surat itu kerana dakwatnya kabur kerana basah terkena dek hujan. Salena?? Atau Marsha??..Aku mengecilkan mataku agar aku dapat melihat dengan jelas akan nama yang tertera di sampul surat tersebut. Salena? Atau Marsha? Haizz!! Susah betul lah!

 
 
 

Aku mencampak surat itu di atas meja lalu mencapai mug. Setelah meletak mug di atas meja aku kembali membelek-belek sampul surat berwarna beige itu dengan penuh minat. Dakwat biru yang di gunakan benar-benar kelihatan ‘smudge’ basah terkena air hujan. Alamat yang tertera di sampul itu betul dan tidak silap. Surat ini untuk Salena? atau Marsha Insyirah? Aku meneliti sampul surat itu lagi. Dari siapa agaknya?? Tulisannya kelihatan begitu kemas dan cantik. Aku jarang sekali menerima surat yang sampulnya tidak di taip kerana surat yang selalu aku terima dari pihak bank dan juga bil-bil. Lagipun mana ada orang hantar surat lagi di zaman sekarang?? Semua main hantar email, watsapp etc. Old school kan hantar surat-surat ni? Aku tersenyum sendiri. Yang sebenarnya, aku pun tidak suka menerima surat dari email. Kerana melalui email tidak ada sentuhan peribadi. Jika surat kita boleh menyimpannya dan satu hari nanti kita boleh membacanya semula. It’s sentimental value. Itu kalau kekasih hati beri surat lagilah. Wah so romantic! I loike! Aku merasa teruja sendiri. Surat itu masih lagi berada di tanganku. Aku membalikkan sampul surat itu. Tertera alamat si pengirim. Sekali lagi aku kerutkan dahi kerana alamat yang tertera tidak familiar di mataku kerana si pengirim mengunakan alamat PO Box. Sampul surat itu ku kipas perlahan. Tengah berkira-kira samada mahu membukanya atau biarkan sahaja tunggu sehingga Salena balik dari Genting, mana tahu surat ini surat nya? Aku meletak sampul surat itu di atas meja lalu mencapai mug hot cocoa namun mataku tidak lepas dari memandang kearah sampul surat berwarna beige itu. Seolah-olah ia memanggil-manggil aku supaya membuka dan membacanya. Isskk..ini tak boleh jadi! Ah buka ajelah!! Kalau surat itu untuk Salena aku pass kat dia nanti. Aku mencapai surat itu lalu membukanya dengan penuh hati-hati agar surat yang basah itu tidak terkoyak dan rosak.

 
 
 

3 lembar surat yang di lipat kemas itu ku buka perlahan kerana aku khuatir surat itu akan terkoyak jika aku tidak membukanya dengan penuh hati-hati.

 



Salam Lasindah…

 
 
 

                              “Lasindah…!!!,” Siapa Lasindah??? Bisikku dalam hati. Dalam rumah ni tiada seorangpun yang bernama Lasindah. Salena adalah! Ohh mungkin Lasindah penyewa rumah yang dahulu. No wonder! Sepertimana yang aku katakan pada awal tadi, aku dan Salena tidak pernah menerima surat selain dari surat-surat yang aku sebut. Jadi aku tidak tersengaja terbuka surat penyewa lama. Sebaik sahaja mengetahui bahawa surat itu bukan untuk aku mahupun Salena. Aku melipat surat itu semula dan memasukkan surat itu kembali ke dalam sampul surat dalam beberapa minit sebelum hatiku terdetik untuk menyambung membaca isi kandungan surat tersebut kembali. Naughty me..

              
 
 

Marsha kau dah buat kesilapan membuka surat yang bukan milik kau! Kenapa kau nak buat kesilapan yang kedua dengan membaca isi kandungannya pula! Bisik hati kecilku.

 
 
 

Alah dah tak sengaja terbuka apa salahnya aku cakap aku tak sengaja terbaca! Lagipun tulisannya agar kabur kerana dakwatnya merata. Bukan aku tak amanah.

 
 
 

Perlukah aku memulangkan semula surat ini kepada si pengirim kerana orang yang bernama Lasindah tidak lagi tinggal di rumah ini? Aku pasti orang yang menghantar surat kepada Lasindah ini tidak tahu bahawa dia sudah berpindah rumah. Aku mengerutkan dahi memikirkan sesuatu. Surat itu ku kipas perlahan. Tengah berkira-kira samada aku mahu pulangkan surat ini kepada pengirimnya atau biarkan sahaja. Dan sekiranya kami terima lagi surat untuk Lasindah baru aku pulangkan balik kepada pengirimnya. Ok kan macam tu!

 
 
 

Aku meletak sampul surat itu di atas meja semula lalu mencapai mug hot cocoa, namun mataku tidak lepas dari memandang kearah sampul surat itu. Read me! Read me! Isskk!!..tak salahkan aku baca lagipun surat ni dah rosak pun. Aku mencapai surat itu lalu membukanya.

              



Sayang…abang tak sabar hendak mengabarkan berita gembira kepada mama dan papa mengenai kesudian sayang menerima lamaran abang. Sepertimana yang abang janjikan pada sayang dahulu. Abang akan menyayangi sayang hingga ke hujung nyawa insya allah. Abang akan cuba tunaikan permintaan sayang.

 
 
 

Wahdu Tijah..surat cinta rupanya!! Romantiknya! Err…siapa nama ‘abang’ ni? Aku buka ke lembar terakhir mencari nama si pengirim surat..Ah Erhan Daniel!! Emo pulak aku bila membaca surat cinta Lasindah dari kekasih hatinya. Aku mengesat air mataku perlahan kerana tidak dapat menahan rasa syahdu bila membaca surat luahan hati Erhan kepada Lasindah si kekasih hati. Sungguh touching! Hatiku benar-benar tersentuh kerana aku dapat merasakan bahawa Erhan benar-benar cinta dan begitu menyayangi Lasindah. Beruntung sungguh Lasindah mendapat lelaki yang benar-benar cinta dan menghargainya. Dari apa yang aku baca dan fahami, Erhan sanggup memberi dan mengadakan apa yang diimpikan oleh Lasindah kerana terlalu menyayangi kekasih hatinya itu.

 
 
 

Tapi!! Surat ini tidak sampai ke tangan Lasindah kerana Lasindah tidak lagi tinggal di rumah ini! Aku mencapai tisu lalu mengelap air mataku. Oh No! Then how???!! Lasindah tidak tahu akan rancangan Erhan untuk melamarnya dan Lasindah tidak tahu isi hati Erhan. But then again..mustahil Erhan tidak tahu cara untuk menghubungi Lasindah kan? Mesti mereka ada phone number untuk berhubung? Aku melirik kearah tarikh yang tertera di atas surat tersebut. 2013!!??? What!!! Last year!!! Aiik..surat yang di tulis setahun lalu, baru sampai tahun ni? Betul ke tidak ni? Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal. Merasa pelik kerana selama ini aku tidak pernah nampak surat ni di dalam peti surat sebelum ini. Tak kan lah surat ni terselit dalam peti surat selama setahun dan disebabkan itu juga Lasindah tidak perasan akan surat itu. Harus ke aku ‘return to sender’?

 
 




bersambung.....









Thursday, 31 July 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 1)

 
 
 
 
Assalamualaikum..Salam lebaran semua!! Maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa tersilap kata bila tulis di dalam blog ni..kira 0-0 ye. Dan kepada peminat 'How Can I Not Luv U'. Silalah baca edisi hari raya yang short and sweet ni..semoga terhibur..dan memandangkan baru mendapat idea beberapa hari sebelum raya maka edisi raya ni masih dalam proses penulisan lagi..be patience ye! harap-harap boleh habis secepat mungkin..
 
 
 
 
 
               Adam berjalan perlahan mendekati Era yang tidak sedar dan leka menyediakan sarapan pagi buat dirinya. Isterinya yang tercinta itu tidak betah duduk diam sejak menjadi Mrs. Salvatore. Sejak mereka berumahtangga kelmarin. Adam pernah bercadang untuk mendapatkan Era pembantu rumah. Tapi Era tidak bersetuju buat masa ini, katanya dia masih boleh menguruskan rumahtangga sendiri. Lainlah mereka mempunyai anak. Dan mereka berpindah ke condo tempat Era pernah tinggal dahulu kerana Era tidak mahu tinggal di rumah bachelor padnya di Urbane Penthouse. Adam mengambil keputusan untuk membeli rumah baru dan buat masa ini mereka tinggal di condo.
 
 
 
“Sayang buat apa?,” ujar Adam lalu memeluk isterinya dari belakang. Isterinya Era terperanjat bila Adam memeluknya tiba-tiba. Era sudah lali dengan perangai suaminya yang suka membuat kejutan itu.
 
 
 
“Tengah tumis sambal udang,” jawabku tersenyum lalu menoleh ke wajah tampan Adam. Ingin melihat reaksinya. Yelah Adam tidak pernah makan breakfast berat selama ini. Dia hanya mahu aku menyediakan toast bread, cereal dan waffle. Sarapan orang putih. Dah naik jelak aku di buatnya. Hari ini aku mahu Adam rasa masakan melayu pula. Dah dia kahwin dengan wanita melayu maka dia harus pandai makan masakan orang melayu.
 
 
 
“Sambal tumis udang?? Kita breakfast apa hari ni sayang?,” ujar Adam lalu duduk di atas cabinet granite memerhatikan Era mengacau sambal udang. Aroma sambal tumis udang yang di sediakan Era begitu menyelerakan. Dia masih teringat lagi akan asam pedas ikan pari yang pernah Era sediakan dahulu. Sedap dan pedas. Pertama kali dia dapat merasa asam pedas ikan pari kerana dia jarang sekali makan masakan melayu kerana tiada siapa yang menyediakannya. Dia lebih cenderung kepada makanan barat dan pasta. Dan jika dia menemani client dari Indonesia mereka hanya ke restaurant masakan Indonesia.
 
 
 
“Nasi lemak,” jawabku ringkas lalu memindahkan sebahagian sambal tumis udang ke dalam mangkuk corelle.
 
 
 
“Nasi lemak?? Wah dengar macam sedap aje,” jawab Adam lalu turun dia mengekori Era menuju ke ruang makan. Tidak sabar ingin menjamu selera. Di meja makan terdapat fried sunny egg, fried chicken wings, sambal udang, nasi lemak, kacang tanah dan ikan bilis goreng berserta timun. Perutnya terasa lapar. Dia menarik kerusi lalu duduk.
 
 
 
“You are going to make me fat,” jawab Adam jika Era selalu menghidangkan makanan seperti ini selalu.
 
 
 
“Tak ada fatnya..you will burn the calories in no time dear,” jawabku lalu tersenyum sinis bila Adam mengatakan dia akan menjadi gemuk jika aku sajikan makanan begini selalu. Bukan aku tak tahu suami aku tu self-conscious. Rajin ke gym dan pergi swimming. Tak sempat lemak nak melekat di dagingnya dia sudah bakar semua lemak. Aku menyenduk sesenduk nasi lemak lalu meletakannya di atas pinggan Adam.
 
 
 
“Ok..enough,” ujar Adam bila aku hendak menyenduk sesenduk lagi nasi lemak ke atas pinggannya.
 
 
 
“One scoop of nasi lemak? Really??,” ujarku bila Adam masih ambil sedikit dan tidak percaya dengan masakanku. Penat-penat aku masak dia hanya makan sesenduk sahaja? Merajuk aku di buatnya. Apa dia ingat aku tidak pandai masak ke?
 
 
 
“I cuba dulu..,” jawab Adam lalu tersengih.
 
 
 
“Ok,” jawabku ringkas lalu duduk di hadapannya.
 
 
 
Mata Adam melilau mencari sesuatu.
 
 
 
“Guna tangan sayang..,” ujarku lalu menghulurkan mangkuk kecil berisi air untuk Adam gunakan untuk mencuci tangannya.
 
 
 
Adam tersengih bila Era berkata demikian. Dia sudah biasa mengunakan sudu dan garfu. Tapi untuk tidak menghampakan kehendak Era dia turutkan sahaja walaupun dia belum biasa lagi.
 
 
 
“Jemput makan..Bismillah,” ujarku lalu tersenyum.
 
 
 
Adam mengambil dua ekor udang sambal tumis dan meletak sedikit sambal di nasi lemaknya begitu juga kepingan timun, kacang dan ikan bilis, dan telur dia hanya ambil separuh.
 
 
 
Aku memerhatikan Adam makan mengunakan tangan. Walaupun kelihatan agak kekok tapi Adam sudah pandai. Adam mencubit sedikit sambal udang dan menyuapkan nasi ke mulutnya perlahan.
 
 
 
“Ermm nice dear..pandai you masak,” puji Adam lalu menyenduk nasi lagi ke pinggannya. Adam makan begitu berselera sekali. Adam tidak tersedak kerana kepedasan kerana sambal tumis aku memang pedas. Mungkin Adam sudah biasa. Aku hanya mampu tersenyum bila Adam memuji masakan aku yang tidak seberapa ini. Yelah setakat nasi lemak budak menengah pun boleh buat.
 
 
 
“Dear..kita pergi Japan next month for honeymoon ok?,” ujar Adam lalu memandang wajah isterinya. Mereka tidak plan lagi untuk pergi ke honeymoon kerana Adam sibuk dengan merger di syarikatnya sehingga tidak memberi mereka peluang untuk merancang untuk pergi ke honeymoon.
 
 
 
“Pergi Jepun bulan depan for our honeymoon??? Serious??,” ujarku bila Adam memilih Jepun untuk destinasi bulan madu kami. Aku tidak pernah pergi ke Jepun. Pendek kata destinasi jauh yang pernah aku jejak Paris dan Nice itupun di atas ehsan Mr. Adam kita yang tunaikan permintaan aku hendak bercuti ke Europe.
 
 
 
“Yah..kenapa?? you tak suka ke? If you have other places in mind just let me know,” ujar Adam lalu memandang wajah isterinya. Dia memilih destinasi Jepun kerana musim spring dan dia percaya Era suka melihat keindahan bumi Jepun pada musim luruh kerana dapat melihat pohon Sakura yang cantik di merata Osaka.
 
 
 
“Eh suka..tapi kan next month bulan puasa..macamana nak enjoy honeymoon Mr. Adam..,” jawabku lalu tersenyum.
 
 
 
“Next month?? Puasa?? Fasting month? next month?? Eh ok apa kita sambut puasa di Japan..satu kelainan,” ujar Adam dengan wajah selamba. Tiada bezanya puasa di Malaysia dan di Negara orang lain. Di jepun juga terdapat umat islam walaupun hanya segelintir sahaja. Dia pun tidak teringat atau tidak tahu langsung yang bulan hadapan adalah bulan Ramadhan, kalau isterinya tidak beritahu tadi. Dan seumur hidupnya dia tidak pernah berpuasa al-maklum lah sebelum dia mengenali Era dia tidak pernah mempraktik agama dan ajaran islam. Setelah bernikah dengan Era. Era banyak membimbingnya dari segi agama dan dalam masa yang sama dia ada juga mendalami agama islam dengan ustaz yang di minta mengajarnya di rumah.
 
 
 
What!! Am I wrong to say that..,” ujar Adam bila Era memberinya pandangan sedemikian. Pandangan you-must-be-joking.
 
 
 
“You pernah berpuasa di Jepun..Mr. Adam,” soalku lalu memandang wajah Adam bila dia kelihatan konfident dan bersahaja mencadangkan agar kita berpuasa di sana.
 
 
 
“Err sayang..I tak pernah rasa nasi lemak sedap begini..ini resepi you sendiri ke?,” ujar Adam tanpa menjawab soalan Era lalu mengadap makanan di hadapannya. Malu bila Era mengajukan soalan sedemikian padanya. Sebabnya dia tidak pernah berpuasa sebelum ini.
 
 
 
“Kenapa pucat Mr. Adam?,” soalku ingin tahu, kerana Adam tidak memberi sebarang komen bila aku bertanya samada dia pernah berpuasa di luar negara sebelum ini malah cuba menukar subject tiba-tiba.
 
 
 
“I tak pernah berpuasa sebelum ini,” jawab Adam mendatar dengan wajah serious, dia merasa segan dengan Era. Pasti Era pengsan bila dia mengatakan bahawa dia tidak pernah berpuasa selama ini.
 
 
 
“I know,” jawabku ringkas lalu bangkit dari kerusi. Aku mengangkat pinggan kotorku lalu membawanya ke sinki.
 
 
 
“You know?? How do you know?,” soal Adam bila isterinya kelihatan selamba dan tidak terperanjat bila dia mengakui bahawa dia tidak pernah berpuasa sebelum ini apatah lagi menyambut hari raya kerana Adam tidak mempunyai ramai teman melayu islam. Dan cara hidupnya selama ini kebaratan.
 
 
 
“Mr. Adam Matin Salvatore..must I let you know how do I know??,” ujarku lalu tersenyum. Aku tidak perlu bertanya kepada sesiapa mengenai Adam kerana selama aku bersama dengannya 3 bulan dahulu aku sudah cukup kenal akan diri Adam dan cara kehidupan yang sebenarnya.
 
 
 
“Sebab tu I nikah dengan you sayang..sebab my darling wife begitu memahami diri I,” ujar Adam lalu tersenyum. Sejak dia berumahtangga baru dia merasakan hidupnya lengkap dan terurus. Adam benar-benar bersyukur ditemukan dengan wanita yang bernama Shah Era Mazuin yang dahulunya dia tidak pernah pandang sebelah mata. Tapi setelah mengenali wanita itu dan mengenali cinta dia tidak dapat hidup tanpa Era. Adam tinggalkan tabiat buruknya yang lalu. Dari seorang lelaki yang kaki perempuan dan peminum. Adam tidak lagi seperti dahulu dan dia merasa bahagia.
 
 
 
“Actually kan..not a bad idea kita berpuasa di Jepun, satu kelainan,” ujar Adam tiba-tiba. Tidak semestinya harus berpuasa di negeri sendiri. Puasa di negeri orang lain sama seperti negeri sendiri.
 
 
 
“Ermmm..apa kata kita raya sekali kat sana nak tak Mr. Adam??..ok apa first day hari raya kita makan sushi dan udon,” ujarku lalu tersenyum menyindir. Berharap bahawa Adam dapat menangkap akan sindiran yang aku beri padanya. Apa gila raya makan sushi dan udon. Eii tak naklah aku. Aku hendak makan ketupat lemang dan rendang. Apa classnya makan sushi dan udon.
 
 
 
“See!!..I know you like the idea..so I akan suruh Dian check with the Directors whether they are using the Lear Jet next month,” ujar Adam tersenyum gembira kerana Era tidak kisah mereka meneruskan bulan madu di Jepun.
 
 
 
“Lear jet..seriously??? Wow!!,” ujarku tidak percaya dengan apa yang Adam katakan. Seperti bermimpi pula bahawa Adam memiliki Lear Jet.
 
 
 
“You tak tahu??,” soal Adam bila isterinya kelihatan teruja bila dia mengatakan bahawa mereka ke sana tidak menaiki pesawat komersial malah akan menaiki jet peribadi. Semasa dia membawa Era ke Europe jet peribadinya di gunakan oleh salah satu Director untuk tujuan business trip dan terpaksa menaiki pesawat komersial biasa.
 
 
 
Aku mengelengkan kepala perlahan menandakan aku tidak tahu bahawa Adam memiliki jet peribadi dan juga kerana aku tidak percaya bahawa Adam mengambil serious akan cadangan aku untuk menyambut hari raya di Jepun. Eii memang tak lah! Lear Jet..tak Lear jet.
 
 
 
“Memang tak lah..nak berpuasa dan menyambut raya di Jepun..Mr Adam oii!!, be realistic lah sikit..,” ujarku dengan wajah selamba cukup membuatkan Adam tersengih menyedari akan kesilapannya.
 
 
 
 
bersambung...