Assalamualaikum..Salam lebaran semua!! Maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa tersilap kata bila tulis di dalam blog ni..kira 0-0 ye. Dan kepada peminat 'How Can I Not Luv U'. Silalah baca edisi hari raya yang short and sweet ni..semoga terhibur..dan memandangkan baru mendapat idea beberapa hari sebelum raya maka edisi raya ni masih dalam proses penulisan lagi..be patience ye! harap-harap boleh habis secepat mungkin..
Adam
berjalan perlahan mendekati Era yang tidak sedar dan leka menyediakan sarapan
pagi buat dirinya. Isterinya yang tercinta itu tidak betah duduk diam sejak
menjadi Mrs. Salvatore. Sejak mereka berumahtangga kelmarin. Adam pernah bercadang
untuk mendapatkan Era pembantu rumah. Tapi Era tidak bersetuju buat masa ini,
katanya dia masih boleh menguruskan rumahtangga sendiri. Lainlah mereka
mempunyai anak. Dan mereka berpindah ke condo tempat Era pernah tinggal dahulu
kerana Era tidak mahu tinggal di rumah bachelor padnya di Urbane Penthouse.
Adam mengambil keputusan untuk membeli rumah baru dan buat masa ini mereka
tinggal di condo.
“Sayang buat apa?,” ujar Adam lalu memeluk isterinya
dari belakang. Isterinya Era terperanjat bila Adam memeluknya tiba-tiba. Era
sudah lali dengan perangai suaminya yang suka membuat kejutan itu.
“Tengah tumis sambal udang,” jawabku tersenyum lalu
menoleh ke wajah tampan Adam. Ingin melihat reaksinya. Yelah Adam tidak pernah
makan breakfast berat selama ini. Dia hanya mahu aku menyediakan toast bread,
cereal dan waffle. Sarapan orang putih. Dah naik jelak aku di buatnya. Hari ini
aku mahu Adam rasa masakan melayu pula. Dah dia kahwin dengan wanita melayu
maka dia harus pandai makan masakan orang melayu.
“Sambal tumis udang?? Kita breakfast apa hari ni
sayang?,” ujar Adam lalu duduk di atas cabinet granite memerhatikan Era
mengacau sambal udang. Aroma sambal tumis udang yang di sediakan Era begitu
menyelerakan. Dia masih teringat lagi akan asam pedas ikan pari yang pernah Era
sediakan dahulu. Sedap dan pedas. Pertama kali dia dapat merasa asam pedas ikan
pari kerana dia jarang sekali makan masakan melayu kerana tiada siapa yang
menyediakannya. Dia lebih cenderung kepada makanan barat dan pasta. Dan jika
dia menemani client dari Indonesia mereka hanya ke restaurant masakan
Indonesia.
“Nasi lemak,” jawabku ringkas lalu memindahkan
sebahagian sambal tumis udang ke dalam mangkuk corelle.
“Nasi lemak?? Wah dengar macam sedap aje,” jawab Adam
lalu turun dia mengekori Era menuju ke ruang makan. Tidak sabar ingin menjamu
selera. Di meja makan terdapat fried sunny egg, fried chicken wings, sambal
udang, nasi lemak, kacang tanah dan ikan bilis goreng berserta timun. Perutnya
terasa lapar. Dia menarik kerusi lalu duduk.
“You are going to make me fat,” jawab Adam jika Era
selalu menghidangkan makanan seperti ini selalu.
“Tak ada fatnya..you will burn the calories in no time
dear,” jawabku lalu tersenyum sinis bila Adam mengatakan dia akan menjadi gemuk
jika aku sajikan makanan begini selalu. Bukan aku tak tahu suami aku tu
self-conscious. Rajin ke gym dan pergi swimming. Tak sempat lemak nak melekat
di dagingnya dia sudah bakar semua lemak. Aku menyenduk sesenduk nasi lemak
lalu meletakannya di atas pinggan Adam.
“Ok..enough,” ujar Adam bila aku hendak menyenduk
sesenduk lagi nasi lemak ke atas pinggannya.
“One scoop of nasi lemak? Really??,” ujarku bila Adam
masih ambil sedikit dan tidak percaya dengan masakanku. Penat-penat aku masak
dia hanya makan sesenduk sahaja? Merajuk aku di buatnya. Apa dia ingat aku
tidak pandai masak ke?
“I cuba dulu..,” jawab Adam lalu tersengih.
“Ok,” jawabku ringkas lalu duduk di hadapannya.
Mata Adam melilau mencari sesuatu.
“Guna tangan sayang..,” ujarku lalu menghulurkan
mangkuk kecil berisi air untuk Adam gunakan untuk mencuci tangannya.
Adam tersengih bila Era berkata demikian. Dia sudah
biasa mengunakan sudu dan garfu. Tapi untuk tidak menghampakan kehendak Era dia
turutkan sahaja walaupun dia belum biasa lagi.
“Jemput makan..Bismillah,” ujarku lalu tersenyum.
Adam mengambil dua ekor udang sambal tumis dan meletak
sedikit sambal di nasi lemaknya begitu juga kepingan timun, kacang dan ikan
bilis, dan telur dia hanya ambil separuh.
Aku memerhatikan Adam makan mengunakan tangan. Walaupun
kelihatan agak kekok tapi Adam sudah pandai. Adam mencubit sedikit sambal udang
dan menyuapkan nasi ke mulutnya perlahan.
“Ermm nice dear..pandai you masak,” puji Adam lalu
menyenduk nasi lagi ke pinggannya. Adam makan begitu berselera sekali. Adam
tidak tersedak kerana kepedasan kerana sambal tumis aku memang pedas. Mungkin
Adam sudah biasa. Aku hanya mampu tersenyum bila Adam memuji masakan aku yang
tidak seberapa ini. Yelah setakat nasi lemak budak menengah pun boleh buat.
“Dear..kita pergi Japan next month for honeymoon ok?,”
ujar Adam lalu memandang wajah isterinya. Mereka tidak plan lagi untuk pergi ke
honeymoon kerana Adam sibuk dengan merger di syarikatnya sehingga tidak memberi
mereka peluang untuk merancang untuk pergi ke honeymoon.
“Pergi Jepun bulan depan for our honeymoon???
Serious??,” ujarku bila Adam memilih Jepun untuk destinasi bulan madu kami. Aku
tidak pernah pergi ke Jepun. Pendek kata destinasi jauh yang pernah aku jejak
Paris dan Nice itupun di atas ehsan Mr. Adam kita yang tunaikan permintaan aku
hendak bercuti ke Europe.
“Yah..kenapa?? you tak suka ke? If you have other
places in mind just let me know,” ujar Adam lalu memandang wajah isterinya. Dia
memilih destinasi Jepun kerana musim spring dan dia percaya Era suka melihat
keindahan bumi Jepun pada musim luruh kerana dapat melihat pohon Sakura yang
cantik di merata Osaka.
“Eh suka..tapi kan next month bulan puasa..macamana
nak enjoy honeymoon Mr. Adam..,” jawabku lalu tersenyum.
“Next month?? Puasa?? Fasting month? next month?? Eh
ok apa kita sambut puasa di Japan..satu kelainan,” ujar Adam dengan wajah
selamba. Tiada bezanya puasa di Malaysia dan di Negara orang lain. Di jepun
juga terdapat umat islam walaupun hanya segelintir sahaja. Dia pun tidak
teringat atau tidak tahu langsung yang bulan hadapan adalah bulan Ramadhan,
kalau isterinya tidak beritahu tadi. Dan seumur hidupnya dia tidak pernah
berpuasa al-maklum lah sebelum dia mengenali Era dia tidak pernah mempraktik
agama dan ajaran islam. Setelah bernikah dengan Era. Era banyak membimbingnya
dari segi agama dan dalam masa yang sama dia ada juga mendalami agama islam
dengan ustaz yang di minta mengajarnya di rumah.
What!! Am I wrong to say that..,” ujar Adam bila Era
memberinya pandangan sedemikian. Pandangan you-must-be-joking.
“You pernah berpuasa di Jepun..Mr. Adam,” soalku lalu
memandang wajah Adam bila dia kelihatan konfident dan bersahaja mencadangkan
agar kita berpuasa di sana.
“Err sayang..I tak pernah rasa nasi lemak sedap
begini..ini resepi you sendiri ke?,” ujar Adam tanpa menjawab soalan Era lalu
mengadap makanan di hadapannya. Malu bila Era mengajukan soalan sedemikian
padanya. Sebabnya dia tidak pernah berpuasa sebelum ini.
“Kenapa pucat Mr. Adam?,” soalku ingin tahu, kerana
Adam tidak memberi sebarang komen bila aku bertanya samada dia pernah berpuasa
di luar negara sebelum ini malah cuba menukar subject tiba-tiba.
“I tak pernah berpuasa sebelum ini,” jawab Adam mendatar
dengan wajah serious, dia merasa segan dengan Era. Pasti Era pengsan bila dia
mengatakan bahawa dia tidak pernah berpuasa selama ini.
“I know,” jawabku ringkas lalu bangkit dari kerusi.
Aku mengangkat pinggan kotorku lalu membawanya ke sinki.
“You know?? How do you know?,” soal Adam bila
isterinya kelihatan selamba dan tidak terperanjat bila dia mengakui bahawa dia
tidak pernah berpuasa sebelum ini apatah lagi menyambut hari raya kerana Adam
tidak mempunyai ramai teman melayu islam. Dan cara hidupnya selama ini
kebaratan.
“Mr. Adam Matin Salvatore..must I let you know how do
I know??,” ujarku lalu tersenyum. Aku tidak perlu bertanya kepada sesiapa
mengenai Adam kerana selama aku bersama dengannya 3 bulan dahulu aku sudah
cukup kenal akan diri Adam dan cara kehidupan yang sebenarnya.
“Sebab tu I nikah dengan you sayang..sebab my darling
wife begitu memahami diri I,” ujar Adam lalu tersenyum. Sejak dia berumahtangga
baru dia merasakan hidupnya lengkap dan terurus. Adam benar-benar bersyukur
ditemukan dengan wanita yang bernama Shah Era Mazuin yang dahulunya dia tidak
pernah pandang sebelah mata. Tapi setelah mengenali wanita itu dan mengenali
cinta dia tidak dapat hidup tanpa Era. Adam tinggalkan tabiat buruknya yang
lalu. Dari seorang lelaki yang kaki perempuan dan peminum. Adam tidak lagi
seperti dahulu dan dia merasa bahagia.
“Actually kan..not a bad idea kita berpuasa di Jepun,
satu kelainan,” ujar Adam tiba-tiba. Tidak semestinya harus berpuasa di negeri
sendiri. Puasa di negeri orang lain sama seperti negeri sendiri.
“Ermmm..apa kata kita raya sekali kat sana nak tak Mr.
Adam??..ok apa first day hari raya kita makan sushi dan udon,” ujarku lalu
tersenyum menyindir. Berharap bahawa Adam dapat menangkap akan sindiran yang
aku beri padanya. Apa gila raya makan sushi dan udon. Eii tak naklah aku. Aku
hendak makan ketupat lemang dan rendang. Apa classnya makan sushi dan udon.
“See!!..I know you like the idea..so I akan suruh Dian
check with the Directors whether they are using the Lear Jet next month,” ujar
Adam tersenyum gembira kerana Era tidak kisah mereka meneruskan bulan madu di
Jepun.
“Lear jet..seriously??? Wow!!,” ujarku tidak percaya
dengan apa yang Adam katakan. Seperti bermimpi pula bahawa Adam memiliki Lear
Jet.
“You tak tahu??,” soal Adam bila isterinya kelihatan
teruja bila dia mengatakan bahawa mereka ke sana tidak menaiki pesawat komersial
malah akan menaiki jet peribadi. Semasa dia membawa Era ke Europe jet
peribadinya di gunakan oleh salah satu Director untuk tujuan business trip dan
terpaksa menaiki pesawat komersial biasa.
Aku mengelengkan kepala perlahan menandakan aku tidak tahu
bahawa Adam memiliki jet peribadi dan juga kerana aku tidak percaya bahawa Adam
mengambil serious akan cadangan aku untuk menyambut hari raya di Jepun. Eii
memang tak lah! Lear Jet..tak Lear jet.
“Memang tak lah..nak berpuasa dan menyambut raya di Jepun..Mr
Adam oii!!, be realistic lah sikit..,” ujarku dengan wajah selamba cukup
membuatkan Adam tersengih menyedari akan kesilapannya.
bersambung...
selamat hari raya maaf zahir&batin kak.
ReplyDeleteThank you baby Mio..Selamat Hari Raya pada you and your family too.
Delete