Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Friday, 5 February 2016

Jelly Heart Cheesecake!

 
 
 
 

Assalamualaikum…lama betul tak buat entry DIY ni..aku tak berani nak letak label resepi sebab aku ni bukanlah pandai memasak dan tidak pro..so letak nama DIY (Buat sendiri..haha) lebih kena kot..ok dah lama benar aku tak buat dessert untuk putera puteri dan big boss kat rumah. So aku pun pegilah tengok Pinterest..cari resepi dessert yang mudah untuk orang rajin cam aku ni hehe..bila tengok cake dan dessert cantik dan mengiurkan aku pun dah semangat..aku suka makan cheesecake haha..so beria-ia cari cheesecake yang mudah lagi senang yang tak yah bakar.

Itu hari, aku ada merayau dekat area opis aku masa time lunch..terjumpa lah kedai cake jelly heart. Wah sedap ke jelly heart ni? Tengok macam cantik je..macam sedap je. So aku pun gi search kat pinterest..eh ada yang buat kata senang..so apa lagi aku pun trylah membuatnya..maka aku berpuas hati kerana memang sodap cheesecake jelly heart ni..tak caya buat lah sonang gila hendak membuatnya.

Jelly Heart Cheesecake

Bahan2 untuk base cheesecake:-

1 paket biskut digestive (dihancurkan)

1 blok mentega (dicairkan)

Bahan2 untuk cheesecake:-

2 blok phidelphia creamcheese (atau yang sewaktu dengannya)

120gm gula castor

1 sudu kecil esen vanilla

Secawan cecair agar-agar (ni digunakan untuk mampatkan cheesecake sebab saya tak guna gelatin..unless ada gelatin yang halal maka guna satu sudu makan dan larutkan dengan air)

Bahan2 untuk Jelly:-

1 paket jelly kunikoniya perisa strawberi

Buah strawberry segar

Cara2 membuatnya:-

Step One

Biskut digestive yang telah di hancurkan itu digaulkan bersama mentega cair hingga sebati. Make sure biskut tak berderai. Dah sebati tu mampatkan biskut tu kat atas dulang. Dah siap masukkan ke dalam peti sejuk biarkan keras.

Step 2

Sementara menunggu biskut tu keras. Pukul creamcheese dan gula sehingga kembang. Dah kembang masukkan esen vanilla dan cecair agar2. Keluarkan dulang biskut tu. Tuangkan ke atas dulang ratakan. Lepas tu masukkan ke dalam peti sejuk biarkan keras.

Step 3

Potong buah strawberi dan buat bentuk seperti hati. Ni guna creativity sendiri yek..lepas tu cairkan serbuk jelly strawberi jangan terlalu banyak air agak2 berapa besar bekas cheesecake supaya jelly tidak terlalu cair dan berair. Dah tu apa lagi susunkan buah strawberi kat atas cheesecake yang telah di sejukkan. Dah susun tuangkan jelly di atas cheesecake dan ratakan. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam peti ais sekali lagi biarkan jelly anda beku dan cantik. Alhamdullilah..dah siap dessert yang persis dan setaraf café but DIY..harga di luar S$47 dolar. Buat sendiri lagi muai kan3. Tapi pic yang di atas tu kawan keje beli maka kelihatan cantik dan pro..hehe yang aku buat tidaklah secantik yang di atas tu maklumlah first time membuatnya. Tak pe practice makes perfect! Pasti akan jadi serupa kek atas tu. Selamat mencuba!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Monday, 9 December 2013

Roti Kirai/Jala/Kari Daging & Salad Telur

Mr. Sam dah start tanya bila nak masak lagi dah 3 minggu dapur rehat. Jadi sabtu yang lepas aku sibuk menjala roti sebab dah lama tak makan. Kalau di kedai beli sepaket sahaja dan S$4 dollar. Itu untuk makan sekali aje kalau buat sendiri boleh round berkali-kali ye tak? Jimat dan muai. Lagipun jarang sekali beli roti jala kat luar dipadankan dengan kari daging. Dan kalau beli kat kedai tak ada salad telur betul tak? Menurut Chef ngah. Kalau makan roti jala mesti ada salad telur baru complete. Haha betul ke. Bila buat research kat internet memang betul ada salad telur tapi sos saladnya yang di gunakan hanya sos cili atau sos tomato. Hmm. Masa kecik-kecik dulu aku ingat lagi mak kalau buat roti jala ada salad telur tapi sosnya kacang sedap you. Aku pun apa lagi aku refer to Chef ngah yang arif memasak. Dapatlah resepi sambal kacang buat salad telur tu. Tapi sebelum tu meh kita buat adunan untuk roti jala. Kita pakai acuan biasa je, kat internet nengok acuan cantik-cantik belaka dan berwarna. Kita stick to classic jala aje.

Bahan-bahan
1kg tepung gandum
1 tin susu cair
2 biji telur
Air dan garam (garam kita bancuh ngan air sekali sonang)
Pewarna kuning

Cara-caranya
Campurkan bahan-bahan semua tadi hingga sebati, letak pewarna kuning ikut suka mana, bila dah sebati tu masukkan ke dalam blender agar texturenya menjadi lebih halus dan senang hendak mengirainya nanti. Jangan terlalu cair lak agak-agak.
Kari daging untuk roti kirai/jala aku suka kari daging yang kuahnya pekat dan pedas tapi tak suka letak santan atau susu cair. Ini resepi dari kawan kak ngah aku camne nak pekatkan kuah kari tanpa letak santan atau susu cair. Meh kita tengok bahan-bahan2.

Bahan-bahan kari
1kg daging kari (direbus awal-awal supaya cepat empuk)
Bawang besar
Bawang kecil              
Halia
3 bahan di atas dikisar/blend
2 sudu kecil serbuk cili (haha kata nak pedas sampai berasap telinga)
Serbuk kari daging
Sedikit badam & gajus (dikisar/blend) – kalau nak tahu nilah trick untuk memekatkan kuah daging nanti
Daun kari
Kentang & Tomato buah
Sedikit air
Rempah 3 sekawan (buah pelaga/bunga lawang/kulit kayu manis)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun ketumbar (buat hiasan)

Cara-caranya
Setelah minyak sudah di panaskan masukkanlah rempah 3 sekawan, daun kari dan bahan yang sudah di kisar/serbuk cili/serbuk kari yang sudah di jadikan paste tu sehingga garing dan naik bau. Kacau sesekali agar bahan tumis tadi tidak hangus. Bila dah masukkan paste badam/gajus tadi kacau rata. Bila rempah dah pecah minyak tu masukkanlah daging dan kacau rata biar sebati dengan rempah yang telah di tumis tadi. Tambahkan sedikit air pastu masukkan kentang agar empuk. Bila kentang dah empuk tu masukkan tomato lak lepas tu masukkanlah garam serta perasa. Hiaskan dengan daun ketumbar untuk menaikan aromanya. Siap sedia untuk di hidangkan.
Last sekali meh kita buat sos untuk salad telur lak ye.
Bahan sos salad
Telur (direbus dan dikupas kulitnya)
Sayur salad (pilihan hati sayur salad mana yang berkenan ok)
*Lada Kering
Bawang putih               
Belacan
Kacang tanah
4 bahan di atas tadi hendaklah di goreng dan dikisar
Sos tomato
Gula & garam secukup rasa

Cara2nya
Gorengkan Lada kering, bawang putih, belacan. Then kisarkan bersama sedikit air suam. Setelah blend masukkan kacang yang telah di goreng tadi. Blend sekali lagi jangan sampai kacang hancur sangat nanti tak best nak kunyah-kunyah. Akhir sekali tambahkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa.

Susunkan daun salad di piring dan telur yang sudah di potong. Tuangkan sos di atasnya. Siap untuk dihidangkan.
*Bagi yang tak suka pedas sangat boleh gantikan Lada kering kepada cili biasa.


Selamat mencuba

Friday, 8 November 2013

Sauteed Potato

Bahan2

Kentang bersaiz kecil (di basuh dan di rebus setengah masak dan di belah dua)
Minyak zaitun

Garam
Serbuk lada hitam

Daun rosemary
Sedikit serbuk paprika


Cara menyediakannya
Tuangkan minyak zaitun di atas kuali. Setelah minyak panas, susunkan kentang di atas kuali, permukaan kentang yang  rata supaya ia kelihatan keperang-perangan bila di masak. Bila kentang dah masak. Masukkan garam, serbuk lada hitam, serbuk paprika dan daun rosemary. Gaulkan rata. Setelah sebati kentang dengan bahan. Matikan air dan hidangkan. Itu sahaja mudah kan. Gambar sila rujuk pada Meatloaf.

 

Chicken Plum Sauce Salad

Bahan2

Daun salad (ikut citarasa sendiri daun apa yang anda suka)
Plum sos

Ayam disiat-siat (Kalau nak mudah beli roasted chicken lepas tu siat2kan lebih ayam tu boleh di buat chicken wrap haha)
Kulit wanton (Kalau besar di potong empat lepas tu goreng)


Cara2
Bilas daun salad dan tos pastikan daun kering (tak ada air nanti layu pulak daun salad bila digaulkan nanti)

Dalam mangkuk besar atau mangkuk salad. Masukkan daun salad, bersama sos plum, daging ayam. Gaulkan rata sehingga sos sebati dengan salad dan ayam. Sos nye jangan banyak sangat ye. Tak nak lah sosnya jadi kuah pulak. Salad haruslah kering gitu. Asalkan sosnye sebati dengan daun salad dah memadai. Bila nak hidang tu gaulkan kulit wanton yang telah digoreng (kalau gaul awal bersama salad tadi nanti tak garing dan lodoh). Siap untuk di hidang. Maaf sebab tak sempat nak ambil gambar untuk salad. Kalau hendak tahu bagaimana rupanya sila rujuk resepi Meatloaf.

Meatloaf

Setengah mengatakan Meatloaf is healthy betul ke? Maybe kerana cara menyediakannya hendaklah di bakar di dalam oven. Di atas permintaan Mr. Sam. Sebab dia yang beria-ia mencari resepi untuk menyediakan meatloaf di internet dan resepi pilihannya Jamie Oliver. Maka aku pun menunaikan hajat dia yang nak sangat makan meatloaf tu. Maka hari sabtu lepas kami bertiga sibuk membeli bahan-bahan yang hanya terdapat di Cold Storage. Lepas tengok cerita “Thor 2”. Aku dan Mikhail dan Mr. Sam ke cold storage mencari bahan2 meatloaf.

Bila sudah siap di bakar aku pun tunjukkanlah kepada Mr. Sam meatloaf yang sudah dimasak. Dia kata “Ini aje mana kenyang” yelah kerana meatloaf serupa bantal roti kecil tu katanya belanjanya untuk menyediakan meatloaf agak mahal tapi bila dah masak “Ini je, tak patut”. Hehe. Memang lah kalau setakat Meatloaf gitu aje manalah cukup. Nasib baiklah aku ni kreatif sikit. Aku sediakan chicken salad with plum sauce dan sautĂ©ed potato untuk di jadikan kawan meatloaf tu. “Hah ini baru betul,” kata Mr. Sam bila aku sediakan Meatloaf yang sudah dipotong itu bersama salad dan sautĂ©ed potato.
Ok kepada sesiapa yang teringin hendak menyediakan makanan omputeh ni saya share kat sini resepi Jamie Oliver meatloaf yang telah di ubah suai seperti biasa.

Bahan2 untuk meatloaf
1 kg daging cincang
12 keping biskut lemak Jacob (di hancurkan)
3 sudu besar serbuk roti
2 biji bawang besar (di cincang)
2 sudu kecil serbuk jintan
2 sudu kecil serbuk ketumbar
3 sudu kecil serbuk oregano
3 sudu besar dijon mustard
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak zaitun (untuk menumis)
2 biji telur
12 atau lebih keeping beef bacon slices
3 biji telur rebus
Garam secukup rasa
2 batang daun rosemary

Bahan2 untuk sauce Meatloaf
1 ½ biji bawang di cincang kasar
4 biji bawang kecil di hiris
2 biji lada di hiris
4 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil serbuk paprika
4 sudu besar Worcestershire sauce
500gm kacang kuda (direbus dan tos)
5 biji tomato (direbus setengah masak dan di potong dadu besar)
Minyak zaitun (untuk menumis)
3 sudu besar balsamic vinegar
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat meatloaf
Gunakan dalan 2 sudu minyak zaitun, tumiskan bawang yang telah di dadu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan sehingga bawang layu dan bahan sebati. Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
Panaskan oven.
Di dalam mangkuk yang berisi bahan di tumis tadi masukkan biskut jacob yang telah di hancurkan, serbuk roti, oregano, mustard dan daging cincang. Pecahkan telur, masukkan garam dan sedikit serbuk lada hitam. Gunakan tangan bersih untuk gaul rata sehingga bahan sebati. Kalau berani cuba rasa samada cukup garam ke tidak, kalau tak nanti dagingnya tawar lak.
 
Letakkan setengah daging yang telah sebati itu di atas pinggan. Buatkan bentuk seperti sebantal roti. Susunkan telor tiga biji yang telah rebus itu atas daging dan belen daging itu untuk menutup telor tersebut. Sapukan sedikit minyak zaitun. Jangan banyak sangat. Selepas itu kepingan beef bacon tadi di susun di permukaan daging tadi (macam terdapat dalam gambar) susun lapikkan di antara satu dengan lain supaya bila di bakar ia tidak merekah. (hehe aku tak susun rapat maka macam tu lah rupanya bila sudah di bakar, so kalau nak cantik susun lapikkan antara satu dengan lain). Sesudah itu masukkan daging ke dalam bekas pembakar (aku gunakan yang berbentuk loaf dah nama pun meatloaf kan)
 
Sementara menunggu daging bakar tu masak. Kita sediakan pula saucenya. Tumiskan bawang bersama minyak zaitun, garam, serbuk lada hitam, cili kisar. Tambahkan bawang putih, cili dan serbuk paprika biarkan masak selama 7 minit dan kacau rata sehingga cili kisar garing dan masak. Sesudah itu tambahkan worcestershire sauce, kacang kuda rebus (di tos airnya), tomato rebus dan balsamic vinegar, biarkan mendidih dalam 10 minit. Tambahkan garam, gula dan perasa jika perlu. Sebelum di matikan api. Taburkan daun rosemary di atas sos tersebut. Siap untuk di hidangkan.
 
 
Bila hendak di hidangkan tu potong Meatloaf setebal sekeping roti. Dan tuangkan sos di atasnya. Siap untuk di makan.
Hehe..kan aku dah kata kalau setakat Meatloaf sahaja tak best sebab togel. Jadi aku padankan dengan salad dan sauteed potato. Selamat mencuba.

Tuesday, 29 October 2013

Sup Tulang Merah (Bone Steak)

Yum..yum..memang suka pun makan sup tulang merah..kalau bulan ramadhan Mr. Sam rajin mencari sup tulang merah di bazaar ramadhan woodlands untuk dijadikan hidangan berbuka. Aku di tugaskan untuk membeli French loaf untuk di cecah. Best. Best. Apa yang best sangat tentang tulang merah ni. Bukannya ada isi sangat hanya tulang je. Haha. Betul tak banyak isi akan tetapi kalau pandai membuat sup tulang merah. Cecah supnya dengan roti peranchis tu dah sedap sehingga mengilat jari haha. Menurut Mr. Sam yang dia cari dalam tulang adalah tulang som som nya. Slurrp sedap gitu. Ok memandangkan ada tulang kat dalam ice box dan kalau di biarkan lama alamat tak di masak. So aku ringankan jari mendial kak ngah kita. Chef bakat terpendam. Hehe kak ngah kita ni memang champion bab masak memasak. Kalau apa yang aku tak tahu nak masak. Refer aje kat dia. Jadinya aku tanya kat dia pernah masak tulang merah. Dia kata alah senang sesangat. Uikk senang sesangat. Berapa senang tu. Maka aku pun cubalah membuatnya..hehe disebabkan kak ngah aku ni chef bakat terpendam maka resepi yang di bagi pun main agak-agak. Katanya pandai-pandailah merasa sendiri. Issk boleh gitu. Nasib baiklah aku ni dah biasa makan tulang merah. Jadi tahulah rasa tulang merah tu camne.
 
Bahan2
2kg Tulang kambing (direbus dahulu air rebusan pertama di buang, rebus lagi sekali air rebusan kedua jangan di buang untuk di jadikan stok)
Sebiji bawang besar di hiris

Bawang besar (di kisar)

Bawang kecil (di kisar)
Halia (di kisar)

Lada kering (di kisar)
Haha tengok tu dia tak bagi sukatan. Sebabnya dia kata agak-agak sendiri kalau tulangnya banyak. Banyaklah rencahnya kalau tulang sikit. Sikitlah rencahnya. Hmm mencabar minda ni. Maklumlah aku ni jarang sekali ke dapur. Tak pelah mulakan dengan “Bismillah” dan selawat 3 kali insha allah sedaplah masakan anda tu.
 
Tomato, kentang & carrot (hendaklah di rebus dan di kisar untuk pekatkan kuah sup tu)
Kobis (di hiris untuk di jadikan perhiasan)

Rempah bone steak (kata kak ngah rempah 876 sedap tapi kalau tak de tu belilah apa-apa jenama rempah bone steak)
Sos tomato

Sos cili
2 sudu besar Tomato puri (jangan letak banyak sangat karang masam lak)

Kicap manis
Gula

Garam secukup rasa

Cara-caranya
Air rebusan kedua tulang yang sudah di rebus 2-3 jam tu biarkan di jerang lagi di atas api. Bila dah mendidih tu. Masukkan hirisan bawang besar, bawang, bawang putih, halia, cili yang telah di kisar ke dalam periuk. Lepas tu masukkan kentang, tomato dan karot yang di kisar. Lepas tu masukkan rempah bone steak tu, tomato puri, sos tomato, sos cili dan kicap manis. Gaulkan dan biarkan dia mengelegak dan sebati dan rempah menyerap kat tulang tu. Agak-agak bila sup tu dah tak berapa cair. Cubalah rasa apa yang kurang gula ke sos ke jadi pandai-pandailah tambah kicap manis, sos tomato dan garam. Rasanya macam manis pedas gitu. Siap. Senangkan tak yah menumis semua main lebur aje hehe. Masa hendak di hidangkan tu taburkanlah kobis yang telah di hiris tu. Gambar sisipan tak ada kobis sebab masih kat dalam periuk. Hehe.
 
Happy masaking!
 
 

Monday, 28 October 2013

Bread Pudding with Vanilla sauce

Last saturday aku pergi JB. Jadi ingatkan minggu ni tak ler main masak-masak sebab penat meronda JB seharian hari sabtu rasa macam lepak gitu. Maklumlah kita tak berkereta jadi turun naik bus tu sudah cukup drain energy kami bertiga. Hehe. Mr. Sam cakap this weekend dapur rest. Tu yang memula rasa macam best leh tengok drama kat internet lepak-lepak tengok tv. Tapi kan macam boring lak tak ada project nak buat satu hari suntuk ni. Semalam masa gi JB singgah kat MPH. Pergi cooking section. Haha macam2 buku resepi ada kat sana. Bestnya. Haha ikutkan hati macam nak beli semua. Wat kelakar kan. Yelah ada resepi cupcake yang beraneka. Resepi pasta beraneka dan resepi dessert. Hmm last-last aku pilih dessert cook book. Sebab ada bermacam-macam resepi dessert yang boleh buat leleh air liur bila melihatnya. Yang bestnya dia tunjukkan gambar cara-cara membuatnya. Bukan setakat tulis how to do. Memang sesuai buat orang macam aku ni. Jadi pagi ahad tu belek-beleklah buku resepi yang ku beli tu. Ada resepi crème brulee, chocolate soufflé, lemon meringue dan lain-lain. Wah best bangat. Dessert favorite aku tu..iskk issk..tetiba teringat dessert makan kat Carousel. Tak delah fancy sangat dessert yang aku teringat dan terasa-rasa sampai sekarang ni..dessert yang aku maksudkan ialah..Bread pudding with vanilla sauce..haha perasaan hendak makan Bread pudding with vanilla sauce tu tetiba membuak-buak. Lama tak makan tu..so apa lagi gi selak-selak buku dessert yang ku beli semalam. Ada tak resepi bread pudding. Hampa tak de. Chet. So aku pun cari kat internet..biasalah macam-macam version yang dapat bila mencari di internet tu. Tengok dari bahan-bahan ada yang best ada yang tak best. Maka seperti biasa aku improvise resepinya. Apa lagi misi membuat bread pudding pun bermula. Aku cakap dengan Mr. Sam. Nak pergi marsiling cari bahan buat bread pudding. Member terperanjat jap sebab dia kata aku tak penat ke? Penat tapi bila dah terbayang bread pudding tu penat tiba-tiba hilang. Semangat nak buat ada so apa lagi.
 
Bahan-bahan pudding
10 keping atau lebih roti putih di toast sedikit (ikut berapa banyak nak buat)
(dari tenet diaorang kata nak sedap guna French bread atau stale bread..haha mana nak dapat French bread..stale bread erk tak nak lah..ada juga yang mengatakan kalau tak ada kedua-duanya guna aje roti putih biasa lepas tu di toast sikit lepas tu siat-siatkan kalau nak cantik tu potong lah cube)
3 biji telur
1 ½ cawan gula pasir

2 sudu besar gula perang (light brown sugar)
½ sudu kecil serbuk kayu manis (ground cinnamon)

¼ cawan butter yang telah di cairkan
3 cawan susu kotak (full cream)

½ sudu kecil esen vanila
1 kotak kecil kismis perang

Cara-caranya
Panaskan oven terlebih dahulu.

Ambil mixing bowl, pukul 3 biji telur, gula, gula perang, serbuk kayu manis, butter, susu dan esen vanilla. Setelah sebati masukkan kismis dan roti yang telah di siat atau di cube. Tekan-kan roti agar serap dengan bahan yang telah di kacau tadi. Setelah itu masukkan di dalam loyang pembakar. Tuangkan air di tray letakkan loyang di atas tray dan masukkan di dalam oven. Agak-agak pudding dah setengah masak ambil aluminium foil tutupkan permukaan loyang supaya roti tidak terbakar atau terlalu kering. Biarkan dalam 15-20 minit. Bila permukaan pudding kelihatan lembab tanggalkan aluminum foil biarkan bakar selama 10 minit. Bila dah kering sejukkan.

Bahan-bahan sauce vanilla
½ cawan gula pasir

3 sudu besar gula perang (light brown sugar)
1 sudu besar tepung kastad

½ sudu kecil serbuk all spices
1 biji telur

3 sudu besar butter cair
1 kotak kecil whipping cream

3 cawan susu kotak (full cream)
1 sudu besar esen vanilla

Cara-caranya
Pukul 8 bahan pertama di dalam periuk kecil. Gunakan whisk aje senang. Hidupkan api sederhana. Kacau sehingga bahan-bahan masak dan menjadi pekat seperti sauce. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau rata. Siap.
 
Alhamdullilah percubaan pertama membuat Bread pudding dan vanilla sauce ini menjadi dengan suksesnya. Sedap bangat gitu lor. Tak yah tunggu nak makan kat Carousel lagi. Wah tu yang semangat nak try recipe lain pulak..hehe..Selamat mencuba..
 
 

Wednesday, 23 October 2013

Rosti cheese

Bangun tidur hari sabtu lepas tetiba je tekak ni mengidam nak makan rosti..cam best gitu kan sebab dah lama tak makan..so apa lagi cari resepi di internet seperti biasa terdapat pelbagai method dan bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan rosti..so aku ambil yang simple nye..biasalah improvise sendiri.

Bahan
1kg kentang Russet/USA (dikupas kulit direbus setengah masak sahaja)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam

Mix herb

Chives kalau takde daun ketumbar pun bole (dihiris)

Mozarella cheese (optional)

Cheddar Cheese (optional)

Garnish
Sour cream & Chives (optional)

Cara2nya
Kentang yang setengah masak yang telah disejukkan itu di parut. Pastikan kentang yang diparut itu kering dan tidak basah. Masukkan serbuk lada hitam, garam, mixed herbs dan hirisan daun ketumbar. Kalau nak kick lagi tambahkan mozarrela cheese dan cheddar cheese.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Taburkan kentang yang sudah sebati itu di atas kuali. Biarkan sehingga kentang kelihatan kekuning-kuningan dan garing jangan telalu garing pulak nanti macam makan keropok. Nak texture yang garing di permukaan tapi lembut di dalam. Dapat merasa keenakkan kentangnya. Siap.
Kalau hendak plain rosti boleh di makan bersama sour cream sahaja. Tapi kalau rasa terlalu plain. Rosti boleh di makan bersama sausage dan telur ikut suka hati nak makan dengan apa. Sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi. Cubalah sedap you.


Brownie Ice cream

Mari kita membuat brownie sendiri..haha kan dah kata tengah rajin so brownie ni aku jadikan dessert buat lasagna yang dibuat tadi..yay yay..bukan kanak-kanak sahaja suka..mak budak dan bapak budak pun suka..


Bahan2
250gm unsalted butter
200gm dark coklat good quality (70% cocoa solids) pecah2kan
50gm kacang hazelnut/walnut yang telah dicincang (optional)
65gm tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil baking powder
80gm serbuk koko
360gm gula castor
4 biji telur besar

Cara2
Panaskan oven 180c. Sediakan loyang pembakar. Sapukan sedikit butter di loyang tersebut. Dalam mangkuk gunakan kaedah double boil cairkan butter dan dark coklat. Gaulkan rata. Tambahkan kacang dan kacau sebati.

Didalam mangkuk berasingan masukkan serbuk koko, tepung, baking powder dan gula dan campurkan coklat yang telah dicairkan tadi dan kacau adunan sehingga sebati. Masukkan telur kacau lagi sehingga texture adunan menjadi lembut dan silky.
Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang pembakar dan bakar brownie selama 25 minutes. Jangan bakar terlalu lama kerana hendak mengekalkan moist yang terdapat di dalam brownie.

Biarkan brownie sejuk dan potong bebentuk chunky squares. Kalau nak menyedapkan lagi brownie tambahkan ice cream dan coklat. Yummylicious.

Beef Lasagna

Minggu Italiano, sejak mood tengah rajin memasak ni banyak juga resepi dah ku cari di internet. Itu hari aku try buat Shepherd Pie..alhamdullilah menjadi..then aku mencuba pulak buat lasagna..alhamdullilah menjadi juga oleh kerana aku terlebih mood baik hari tu aku buatkan brownie untuk dessert ditambah dengan napoleon ice cream yang 3 perisa dan chocolate almond bar. Ah heavenlah jawabnya. Mr. Sam pun happy bila aku rajin buat-buat ni semua maklumlah orang pemakan.

Buat Lasagna ni ada leceh sedikit berbanding membuat Shepherd Pie. Kerana Lasagna kita dikehendaki membuat sos putih. Alhamdullilah menjadi juga sos putih yang dimaksudkan. Oh ye recipe ni aku ambil dari Cik Epal blog..so kalau hendak tengok bahan, rupa dan cara menyediakannya silalah ke blog cik epal sebab aku baru try pertama kali jadi concentrate habis kat resepi tak menyempat nak tangkap gambar. Ada gambar pun gambar yang Lasagna dah menjadi..
Bahan2 pasta & topping

Satu kotak Pasta lasagna segera (pasta berbentuk keping-kepingan) di celur dan letak minyak sedikit agar pasta tidak melekat di antara satu ngan lain
Keju Parmesan (bahagian topping)
Keju Mozarella (bahagian topping)

Bahan-Bahan Inti
1 labu bawang besar kuning (chef onion) (dicincang)
6-7 ulas bawang putih
1 tin sos prego (1 tin)
1 tin cendawan butang (dicincang)
500gm (daging cincang)
Serbuk blackpepper dan oregano
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Bahan2 Sos putih

3-4 sudu besar tepung gandum
Butter (setengah blok)
Setengah paket Keju Cheddar (yang sudah diparut)
600ml Susu segar
Garam secukup rasa

Cara memasak Inti
Tumis bawang dan bawang putih sehingga naik bau, pastu masukkan daging cincang, garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan oregano. Pastu masukkan cendawan butang dan 2 sudu besar sos cili. Gaul rata. Siap dan ketepikan.

Cara memasak sos putih

Hidupkan api kecil. Cairkan butter setelah cair masukkan susu 600ml tadi. Masukkan 3-4 sudu besar tepung gandum setengah keju cheddar, garam dan gaulkan. Kacau terus jangan sampai sosnya bergentel-gentel. Bila sos dah agak pekat. Matikan api.

Ok masa untuk main buat kek lapis haha. Sebelum membuat lasagna ni aku tak guna Loyang besar sebab tak suka nanti dicuit-cuit belen tak cantik kalau tak habis dimakan. Jadi aku beli aluminum foil yang bersaiz lasagna macam kat Pizza Hut tu. Jadi boleh dapat dalam 3 set.

Lapisan pertama letak inti daging kerana menurut cik epal kalau letak pasta dulu nanti dia melekat kat base. So inti daging - kepingan lasagna - inti daging – sos putih..faham so ulang proses yang sama sekali lagi..kalau nak lagi tebal tambah satu lagi itu pun kalau daging cukup ok..heheh then last sekali taburkan lah cheese parmesan dan mozzarella cheese.

Pastikan oven sudah dipanaskan dahulu sebelum membakar lasagnanya ok. Maka lasagna siap untuk di bakar sehinggalah cheese yang di taburkan itu menjadi cair. Siap untuk di hidangkan kepada keluarga. Yay.
Macam nilah rupanya lasagna aku yang sudah siap dibakar. Selamat menjamu selera.

Monday, 7 October 2013

Shepherd Pie

Last friday, tetiba tekak ni terasa hendak makan shepherd pie. Jadi pergilah mencari online shepherd pie delivery. Menu yang disediakan memang terliur lah. Ada rendang, original recipe shepherd pie dan lain-lain lagi..tapi yang tak bestnya harga dia mak oii..macam tak berbaloi je..termasuk delivery je dalam S$35++ (rumah kat hujung tanjung tu yang harga delivery mahal). Ceh hilang semangat nak mengordernya. Fikir-fikir buat sendiri lagi muai kan. Disebabkan nak makan shepherd pie lah juga. Maka aku berhempas pulas mencari resepi di internet. Banyak version yang terdapat di internet. Maka aku ambik yang mudah dan tak banyak modal sebab aku terlebih rajin. Bak kata Mr. Hubby. "My wife only cooks when the cow starts to fly". Haha so mean person. Apa nak buat aku ni bukannya pandai memasak. Sebab malas ke dapur bila mak ajar memasak dulu. Huhu. Sekarang dah mula rasa menyesal lah pulak kan. Hehe. So berbalik kepada cerita shepherd pie tadi. So dapatlah jugak resepi gabungan satu blog ni dan tukang masak jamie oliver dan recipe juga telah di ubah suaikan oleh aku chef yang dapur selalu tak berasap. Hehe.
 
So, yes. Tengah mood rajin nak ke dapur tak boleh lah di tunda-tunda. Kalau di tunda alamat tak jengah dapur langsung lah gamaknya. Maka hari sabtu pagi tu semangat pegi pasar dan ntuc untuk mencari bahan2 untuk menyediakan shepherd pie. Maka aku mulakan operasi membuat shepherd pie pada petang sabtu yang lepas. Alhamdullilah menjadi dengan suksesnya shepherd pie dari dapur chef yang selalu tak berasap. hehe ada toko juga aku ni (ceh masuk bakul picit lif sendiri) hehe.
 
Tak susah rupanya buat shepherd pie ni..lebih2 lagi jika mood tengah rajin dan happy..pada yang sesiapa berminat hendak mencubanya di rumah aku kongsi recipe yang tak seberapa ni ha. Tapi rasanya lazat dah macam pie yang aku beli. Itu yang penting kan..kan..kan..
 

Bahan2 untuk pie
1kg kentang Russet/USA
Susu fresh cream
2 sudu butter
Sedikit lada sula
Sedikit mix herbs
Sedikit garam

 
Cara2 membuat pie
Ketang dikupas kulit direbus dan ditos. Lenyekkan kentang macam nak buat begedel tu. Tuangkan susu fresh cream sedikit demi sedikit gaulkan rata sehingga texture kentang tadi seperti kentang pusar KFC tu tapi jangan terlalu cair sangat nanti tak best. Agak2 ye. Lepas tu campurkan 2 sudu butter bersama lada sula, mix herbs dan garam secukup rasa. Siap ketepikan.

 
Bahan2 untuk inti
Butter
Bawang bombay (dicincang)
Daging cincang
Sos prego mushroom atau original ikut citarasa anda
Mix herbs
Serbuk lada hitam
(Kalau nak meramai-ramaikan inti haha, tambahkan mix veggie ke, mushrooms button ke, apa-apalah ye)

 
Cara2 membuat inti

Panas minyak berserta 2 sudu butter. Tumiskan bawang setelah bawang layu masukkan daging cincang dan setelah daging sudah matang, masukkanlah sos prego mushroom tadi, kacau rata lepas tu masukkanlah serbuk lada sula dan mix herbs dan kalau tawar tambahkan sedikit garam. Siap ketepikan.

 
Untuk hiasan pie

Daun parsley (dicincang)
Grated atau shredded cheese mozarella [atau mana cheese yang berkenan di hati] (optional)

Fuh beres sudah main masak-masak. Sekarang time main bakar-bakar ler puloks. Hehe

Ok. Sediakan mangkuk aluminium. Mangkuk aluminium ni sengaja aku beli dua saiz hehe. Satu yang saiznya macam lasagne (untuk Mr. Hubby ikut saiz perutnya) dan satu lagi saiz cupcake (untuk my two darlings). Jadi yang di sertakan di sini adalah size utk lasagne.

Jadi masukkan inti daging tadi dalam 3 suku penuh. Lepas tu letakkan kentang di atasnya ratakan. Dah seal inti tadi. Taburkan daun parsley dan sedikit mix herbs (jangan banyak sangat ye nanti kill the taste pulak). Akhir sekali taburkan shredded cheese tadi. Pastikan oven sudah di panaskan terlebih dahulu. So apa lagi bakarlah. Siap sudah Shepherd pie. Bolelah di hidangkan buat minum petang. Selamat mencuba.

 
Next time hendak mencuba shepherd pie fusion lak..hehehe..ketemu lagi dalam rancangan "My wife only cooks when the cow starts to fly".

Monday, 5 August 2013

Hazelnut Chocolate cookies

Tiap-tiap tahun aku pasti buat biskut Coklat Almond London. Bukan apa aku ni cerewet sikit. Sebabnya bila selalu beli biskut almond London seringkali berdukacita kerana rasanya tidak seperti yang aku harapkan. Samada coklatnya terlalu manis atau almondnya sudah lemau. Itu yang turn off bila setiap kali makan Chocolate Almond London. Sebab tu malas macamana sekali pun aku terpaksa buat Almond London sendiri. Akan tetapi tahun ni aku skip buat Almond London dan cuba Hazelnut Chocolate cookies lak. Resepi ikut Almond London, cuma aku improvise sikit supaya ada kelainan sikit biskut Hazelnut ni. Puas hati buat sendiri kan. Bukan sahaja fresh from the oven, sedap, hazelnutnya rangup dan muai. Siap sahaja sudah hampir separuh biskut aku di bedal my baby Maya dan abangnya. Huhu.

Bahan2
250gm mentega
120gm gula halus

1 biji telur
1 sudu besar kecil esen vanilla

200gm tepung cookies premix atau tepung jagung
300gm tepung gandum

1 paket kecil serbuk hazelnut
1 paket kacang hazelnut (dibakar sehingga garing atau digoreng tanpa minyak)

1 blok coklat masakan (jenama tulip)
Rainbow beats sebagai hiasan

Cara2
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

Masukkan telur, esen vanilla dan pukul lagi. Masukkan serbuk hazelnut.

Tepung gandum dan tepung premix yang sudah di ayak masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan sehingga sebati.
Ambil sedikit adunan untuk di jadi kan bebola kecil dan sumbatkan kacang hazelnut dan bakar. Bakar pada suhu 200 degrees selama 5 hingga 10 mins. Biarkan biskut sejuk seketika. Cairkan coklat masakan mengunakan kaedah double boil. Setelah coklat cair boleh di celup dan letakkan di paper cup. Taburkan rainbow beats sebagai hiasan. Biarkan coklat beku dan simpan di dalam bekas kedap udara.
 Siap sudah Hazelnut coklat cookies. Yum. Yum.

M&Ms chocolate rice cookies

Mummy make cookies nice!. Perkataan itu yang keluar dari mulut mongel puteri kesayanganku yang berusia 5 tahun. Bila kita buat kuih dia pun sibuk hendak membantu. Dan dia juga di jadikan mangsa food tasting bahan experiment aku setiap kali membuat kuih raya yang aku improvise sendiri. Hehe. Sian anak mummy. Tapi dia kata sedap oklah tu. Yang penting biskut kuih raya yang aku buat habis dimakan oleh putera dan puteriku. Di atas permintaan puteri dan putera ku yang suka makan coklat M&M maka aku buatkanlah kuih raya Mini M&M coklat rice cookies buat mereka. Ini resepinya.
 
Bahan2
250gm mentega
120gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar kecil esen vanilla
200gm tepung cookies premix atau tepung jagung
300gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk coklat Hershey/van houten/koko
1 sudu besar milo
1 paket kecil coklat rice
Mini M&Ms separuh di adun sama dan separuh untuk dijadikan hiasan

Cara2
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang
Masukkan telur, esen vanilla dan pukul lagi.
Masukkan serbuk coklat dan milo
Tepung gandum dan tepung premix yang sudah di ayak masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan sehingga sebati.
Gaulkan coklat rice dan mini M&Ms ke dalam adunan.
Gunakan sudu mengikut kaedah drop cookies (macam stail famous amos) atas tray. Letakkan M&Ms di atas doh sebagai hiasan.

Bakar pada suhu 200 degrees selama 5 hingga 10 mins.
Happy M&Ms'ing!
 

Red Velvet Cookies versi 3Cs

Raya datang lagi..yay..yay..so project kali ni tak berapa kreatif sangat..hanya mencuba resepi biskut raya baru yang telah di improvise oleh aku sendiri. hehe. Aku suka makan kek red velvet. Maka aku jadikan nya biskut untuk lebaran. Bab yang improvise tu aku memadai tambah toblerone coklat. So beginilah rupa biskut red velvet ku setelah di bakar. First time mencubanya. Biskutnya sedap kerana terasa toblerone coklat dan terasa sedikit coklat di sebabkan perisa dari serbuk coklat dan milo tadi. Kalau nak lebih rasa coklat tu bubuh lebih serbuk coklat atau milo ikut suka anda. So nak cuba buat tak raya ni. Resepinya seperti berikut.
 
Bahan2
250gm mentega
120gm gula halus
1 biji telur
 
1 sudu besar kecil esen vanilla
 
200gm tepung cookies premix (kalau tak ada boleh gunakan tepung jagung)
300gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk coklat atau koko

1 sudu besar milo
1 botol kecil pewarna merah tanpa perisa (jgn takut akan warna merah menyala krn red velvet harus berwarna merah birat)
*1 bar toblerone putih (di potong kecil)
1 paket coklat chips putih untuk hiasan
Cara2
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanilla, pewarna merah dan pukul lagi.
3. Masukkan serbuk coklat dan milo
4. Tepung gandum dan tepung premix yang sudah di ayak masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan sehingga   sebati.
5. Gaulkan toblerone putih ke dalam adunan.
6. Terap doh mengikut bentuk yang anda suka dan letakkan coklat chips putih sebagai hiasan.
7. Bakar pada suhu 200 degrees selama 5 hingga 10 mins. Ataupun agak2 biskut dah masak jangan sampai white coklatnya hangus pulak tak cantik nanti.
*Toblerone hanya bahan tambahan sebab aku sukakan nougat yang terdapat di dalam coklat putih toblerone improvise sikit, sekiranya tidak ada boleh di ganti dengan coklat chips putih sahaja.
DIY. Senang sahaja. Selamat mencuba!

Sunday, 21 October 2012

Lampu buluh lip lap

Hmm project tak dapat balik beraya di kampung aku kali ini..lampu diperbuat dari buluh aku beli dari Wiharja 3 tahun lepas tu aku ubah suai kerana lampu tu sudah berhabuk tidak pernah digunakan..nak buang sayang pulak kan..so suatu hari ahad tu 3 hari sebelum raya dan tengah mood rajin tu aku suruh Mr. Sam pergi kedai belikan tin spray warna putih matte. Dia cakap nak buat apa. Aku cakap nak buat project raya..
 
Barang yang perlu:-
 
Lampu buluh
Lampu lip lap lama
Bunga lilit
 
So firstly aku spray lampu buluh tu warna putih.
 
 
Sudah kering aku lilitkan lampu buluh tu dengan bunga lilit yang aku beli tahun lepas dari Air Hitam yang aku tak tahu kenapa aku beli..hanya satu sebab aje..pasal bunga tu cantik..bila dah beli tak tahu nak letak mana..jadi ini gunanya..lepas aku dah lilit bunga akhir sekali aku lilit pulak lampu lip lap kecil yang macam cili padi..
 
 
ini hasilnya..cantik tak..