
Bahan2
250gm mentega
120gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar kecil esen vanilla
200gm tepung cookies premix (kalau tak ada boleh gunakan tepung jagung)
300gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk coklat atau koko
*1 bar toblerone putih (di potong
kecil)
1 paket coklat chips putih untuk
hiasan
Cara2
1. Pukul mentega dengan gula
sehingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanilla,
pewarna merah dan pukul lagi.
3. Masukkan serbuk coklat dan milo
4. Tepung gandum
dan tepung premix yang sudah di ayak masukkan sedikit demi sedikit di dalam
adunan sehingga sebati.
5. Gaulkan toblerone putih ke dalam
adunan.
6. Terap doh mengikut bentuk yang
anda suka dan letakkan coklat chips putih sebagai hiasan.
7. Bakar pada suhu 200 degrees
selama 5 hingga 10 mins. Ataupun agak2 biskut dah masak jangan sampai white coklatnya hangus pulak tak cantik nanti.
*Toblerone hanya
bahan tambahan sebab aku sukakan nougat yang terdapat di dalam coklat putih
toblerone improvise sikit, sekiranya tidak ada boleh di ganti dengan coklat
chips putih sahaja.
DIY. Senang
sahaja. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment