Wednesday, 31 July 2013

Serendipity

Next filem pilihan rom.com aku iaitu Serendipity (2001). Filem lakonan Kate Beckinsale dan John Cusack. Heroin versatile pernah memainkan watak Vampire di filem underworld melakonkan watak Sara di dalam filem tersebut. Makna Serendipity “pleasant surprise” atau dalam bahasa melayu ialah kejutan yang menyenangkan. Cerita romantik Serendipity lebih kurang sama dengan filem Only You. Akan tetapi plotnya agak berbeza.
 
Menjelang hari natal ketika semuanya sibuk membeli-belah di New York City, Jonathan Trager (John Cusack) telah bertemu dengan Sara Thomas (Kate Beckinsale) kerana mereka berdua cuba berebut untuk membeli sepasang sarung tangan kasmir hitam yang hanya tinggal sepasang di Bloomingdale. Mereka tertarik hati di antara satu dengan lain walaupun hakikatnya mereka sudah punya pasangan masing-masing. Dari bualan biasa mereka menjadi mesra dan akhirnya mereka singgah ke restaurant Serendipity untuk memakan ais krim. Di situ mereka mengucapkan selamat tinggal. Setelah meninggalkan Serendipity mereka menyedari bahawa mereka tertinggal barang di restaurant tersebut dan kembali mengambilnya dan bertemu lagi di restaurant itu. Memandangkan ini petanda baik. Jonathan membawa Sara ke skate ais di Rink Wollman di Central Park.
Jonathan menerangkan kepada Sara mengenai bintang Cassiopeia, dengan mengatakan bahawa freckles yang terdapat pada lengan Sara sepadan dengan corak bentuk bintang Cassiopeia itu. Pada akhir malam, sebelum mereka berpisah Jonathan mencadangkan agar mereka bertukar nombor telefon. Sara menulis nombor telefonnya di atas sekeping kertas namun kertas itu ditiup angin dan terbang jauh. Sara mengatakan ianya petanda bahawa mereka tidak harus berhubungan. Jonathan tidak menyetujui teori Sara. Sara meminta note 5 dollar dari Jonathan dan meminta Jonathan menulis nombor telefonnya di atas duit note tersebut. Jonathan menurut lalu menyerahkan note tersebut kepada Sara seperti yang di pinta. Manakala Sara menulis nombor telefonnya di dalam buku cinta bertajuk “Love in the Time of Cholera”. Tanpa melihat akan nombor tersebut Sara membeli sesuatu dan membayar mengunakan note tersebut. Jonathan terperanjat bila Sara berbuat demikian kerana dia tidak faham mengapa Sara berbuat demikian. Sara menerangkan kepada Jonathan sekiranya mereka ada jodoh untuk bersama, Jonathan akan mendapat nombor telefon Sara yang terdapat di dalam buku tersebut dan Sara akan mendapat nombor telefon Jonathan yang terdapat di note 5 dollar. Jonathan tidak berpuas hati dengan alasan Sara dan meminta agar mereka ke sebuah hotel yang mempunyai 28 tingkat dan bercadang mereka menaiki lif bertentangan untuk melihat sama ada kedua-dua mereka memilih tingkat yang sama. Mereka masing-masing mengambil sarung tangan sebelah dari pasangan yang mereka dibeli. Mereka kedua-dua memilih tingkat yang sama 23, akan tetapi kanak-kanak yang berada di dalam lif bersama dengan Jonathan menekan semua butang, jadi ia adalah terlalu lewat untuknya sampai ke lantai 23. Kedua-dua percaya mereka telah kehilangan satu sama lain untuk selama-lamanya.
Beberapa tahun kemudian, Jonathan bercadang untuk mendirikan rumahtangga dengan Halley Buchanan tunangnya (Bridget Moynahan). Pada hari yang sama, di San Francisco, Sara dilamar kekasihnya Lars Hammond (John Corbett), seorang pemuzik yang terkenal. Menyedari tarikh perkahwinan mereka semakin hampir. Masing-masing merasakan mereka harus melakukan sesuatu sebelum ianya terlambat. Sara mengambil keputusan untuk kembali ke New York dalam usaha untuk mencari satu sama lain lagi.

Jonathan kembali ke Bloomingdale dalam usaha untuk mencari Sara. Beliau bertemu dengan seorang jurujual (Eugene Levy) dan akhirnya dengan bantuan jurujual dan rakan baik Jonathan Dean Kansky (Jeremy Piven) Jonathan berjaya mendapat alamat tempat tinggal Sara. Selepas penyelidikan tambahan, Jonathan dan Dean bertemu seorang artis yang mengimbas kembali bahawa Sara pernah hidup dengan dia untuk masa yang singkat selepas dirujuk oleh sebuah syarikat penempatan, yang mengenal pasti sebagai yang terletak di kedai sebelah Serendipity. Jonathan dan Dean pergi ketempat yang di maksudkan akan tetapi kecewa bila mendapati agensi yang di cari telah berpindah lokasi dan bekas kedai tersebut kini menjadi kedai pengantin. Jonathan mengambil ini sebagai tanda bahawa dia sepatutnya berhenti mencari Sara, dan berkahwin dengan Halley.
Sara mengajak teman baiknya Eve (Molly Shannon) ke New York, di mana beliau melawat tempat pernah dia pergi bersama Jonathan dengan harapan nasib yang akan membawa kembali Jonathan. Meraikan hari jadi Eve, Sara dan Eve pergi ke restaurant Serendipity. Wang yang dikembalikan kepada Eve disimpan di dalam dompet. Di Waldorf Astoria, Eve terjumpa kawan lamanya Halley yang akan mengadakan perkahwinannya pada hari berikutnya. Halley menjemput Eve dan Sara untuk menghadiri perkahwinannya tanpa menyedari menyedari pengantin lelakinya adalah Jonathan. Sara kembali ke bilik hotel beliau, di mana beliau mendapati Lars menjejaknya hingga ke New York. Sara mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Lars kerana dia tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia tidak cintakan Lars.
Pada malam sebelum perkahwinan mereka, Halley memberi Jonathan salinan buku cinta bertajuk “Love in the Time of Cholera” sebagai hadiah kepadanya, menyedari Jonathan seringkali mencari buku tersebut setiap kali mereka berada di kedai buku. Ia adalah salinan yang Sara telah menulis nombornya di dalam, dan Jonathan mengambil keputusan untuk ke rumah Sara untuk mencarinya. Setelah tiba di rumah Sara, Jonathan mendapati Sara intim bersama seorang lelaki. Jonathan mengambil keputusan untuk pulang ke New York untuk mengawini Halley.
Sara mengambil keputusan untuk tidak menyertai Eve dan pulang ke rumah. Di dalam kapal terbang, Sara mendapati bahawa dompet beliau bertukar tangan dengan Eve. Dia dalam dompet tersebut dia mendapati note 5 dollar yang terdapat nombor Jonathan tertulis diatasnya. Sara kembali menelefon Jonathan dan jirannya memberitahu bahawa Jonathan akan berkahwin pada hari itu. Sara bergegas ke hotel setibanya di sana hanya terdapat seorang lelaki membersihkan ruang ballroom dan mengatakan majlis itu sudah berakhir. Beliau sedih sehinggalah lelaki itu mengatakan perkahwinan itu dibatalkan. Sara kemudian teringat bahawa dia tertinggal jaket beliau di taman semasa dia bersama dengan Lars.
Jonathan yang ketika itu berjalan di sekitar Central Park terjumpa akan jaket di bangku tempat dia pernah duduk bersama Sara. Jaket itu dia gunakannya sebagai bantal untuk dia berbaring di atas rink. Sedang dia memandang ke arah langit ketika salji mulai turun, dia terpandang Sara. Mereka memperkenalkan diri antara satu dengan lain secara rasmi buat pertama kali. Filem ini diakhiri dengan Sara dan Jonathan di Bloomingdale, menikmati champagne pada ulang tahun mereka di tempat yang sama di mana mereka pertama kali bertemu.

No comments:

Post a Comment