Alyssa
memandang wajah Arash yang kini dibaluti bandage yang mengikat di kepalanya
serta plaster menutupi luka-luka dimukanya. Wajahnya yang dahulu tampan kini di
penuhi oleh parut luka yang dalam. Sepatutnya setelah tahu Arash berjaya di
selamatkan dia harus menghubungi Tan Sri Farihin untuk memberitahunya akan
keadaan anak tunggalnya yang terlibat dengan kemalangan, tapi di tegah Shima.
Katanya jangan di beritahu dahulu. Apa tujuan Shima berbuat demikian. Dia
sendiri tidak pasti.
Alyssa membuka pintu setelah di
ketuk beberapa kali dari luar namun tiada jawapan yang di terima dari dalam bilik Arash. Dia tahu lelaki itu ada di dalam bilik kerana Jannah baru sahaja menyuruhnya ke bilik Dictator tu. Dia menjeling
meluat tatkala terpandang akan Arash yang sedang duduk meneliti sesuatu dari
fail. Arash mengangkat kepala ingin mengetahui siapa yang masuk ke biliknya.
Sebaik sahaja dia terpandang akan wajah Alyssa dia hanya buat tidak tahu sahaja
dan menyambung meneliti fail yang berada di hadapannya.
Tanpa dipelawa Alyssa duduk di salah
satu kerusi yang berada di hadapannya lalu meletak fail yang di pegangnya
sedari tadi di atas meja dengan kasar.
“Hmm, no manners,” ujar Arash sinis
tanpa memandang kearah Alyssa.
Alyssa tersenyum sinis bila Arash
berkata demikian. Dia sudah lali dengan ungkapan kesat yang keluar dari mulut Arash
dia tidak terasa hati lagi dengan komennya.
“Ada, tapi bukan untuk orang biadap
macam you,” ujar Alyssa berani.
Arash menutup fail yang di beleknya
tadi bila Alyssa berkata demikian. Dengan wajah serius dia mencapai fail yang
di bawa Alyssa ke pejabatnya lalu membaca isi kandungan document tersebut.
Alyssa senyum bila Arash agak
terperanjat bila dia berani mencabar egonya walaupun Arash tidak
menunjukkannya.
“Not complete,” ujar Arash lalu
menconteng document yang di bacanya dengan pen merah.
Bulat mataku bila Arash berkata
demikian. Apa maksudnya not complete. Dia juga yang approve draft yang diberi
tempoh hari hanya minor amendments dan Arash sendiri mengatakan report itu
sudah boleh di print. Tapi sekarang dia mengatakan report yang aku buat tidak
complete.
“I don’t get it, apa maksud you
report I tak complete, you yang approve semalam,” jawabku kasar tidak peduli
bahawa Arash adalah boss aku sendiri. Arash sudah melampau.
“Who’s the boss here, you or me, if
I say the report is not complete it means not complete,” jawab Arash dengan
wajah sinis.
“Ass@#!%,” ujarku lalu merampas fail
yang berada di mejanya lalu meninggalkan pejabat Arash.
“Puan
Alyssa, Encik Arash mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan berkemungkinan
dia mengalami gegaran di otaknya, jangan Puan Alyssa terperanjat sekiranya dia
tidak dapat mengingati apa-apa yang berlaku sebelumnya atau lebih tepat dia
akan mengalami amnesia,”terang doktor yang merawati Arash sejak di bilik
kecemasan.
Alyssa
hanya mendiamkan diri tanpa berkata sepatah apa pun. Dia tidak pasti samada dia
bermimpi ataupun ini adalah kenyataan. Serasanya baru semalam dia di herdik dan
dimarahi lelaki sombong itu. Sakit hatinya terhadap kelakuan Arash masih
terasa. Kalau ia benar-benar mimpi Alyssa tidak ingin terjaga dari mimpi kerana
selama ini dia sudah lama menunggu saat dimana dia dapat mengajar Arash anak
orang kaya yang biadap tu. Tapi kalau ini reality Alyssa tidak tahu. Apa yang
harus dilakukan terhadap Arash.
“Puan
Alyssa,”ujar doktor itu setelah tiada jawapan dari Alyssa.
“Baiklah
doktor, boleh saya melawatnya,”
“Boleh
tapi dia masih belum sedar lagi, Puan Alyssa kena banyak bersabar,”ujar doktor
itu dengan simpati, dia tahu Alyssa tentu bersedih hati bila melihat keadaan
suaminya sekarang.
Alyssa
melirik ke arah jam tangannya jarum jam menunjukkan tepat jam 11.30 malam. Alyssa
sudah mula resah. Esok hari Rabu dia terpaksa datang awal ke pejabat kerana ada
meeting di cawangan Stasia Enterprise di Shah Alam. Dia tidak sepatut berada di
sini, dia seharusnya pulang sebaik sahaja mengetahui Arash masih bernyawa. Dia
tidak ada kena mengena dengan lelaki bernama Arash. Dan dia tidak perlu bertemu
dengan dengan doktor dan berpura-pura mengaku bahawa dia adalah isterinya. Tapi
dia tidak sampai hati. Semarah dan sedendam mana pun dia terhadap Arash dia tidak
sanggup meninggalkan Arash begitu. Pintu bilik wad ICU di tolak dari luar Alyssa
menoleh sekilas ke arah pintu tersebut. Shima tersenyum kepadanya seraya menuju
ke arahnya perlahan.
“What
is his condition now,” soal Shima berbisik perlahan, dia menarik kerusi yang
tidak jauh darinya dan duduk berhadapan dengan Arash yang masih tidak sedarkan
diri. Shima menoleh ke arah tiub darah yang tergantung di sebelahnya menitik
perlahan ke dalam salur getah yang disalurkan didalam uratnya.
“Besar
kemungkinan dia mengalami selective amnesia,” jawab Alyssa tanpa mengalih
pandangannya dari terus memandang Arash. Arash yang dahulunya sihat dan sombong
kini terlantar tidak sedarkan diri di hospital.
“Selective
amnesia?”
“Ye
hilang ingatan, kenapa kau tanya lagi,” tanya Alyssa.
Shima
tersenyum sebaik sahaja Alyssa berkata demikian. Dia sepatutnya merasa kasihan terhadap
Arash tapi dia tidak merasa begitu. Dia masih teringatkan akan layanan Arash
terhadapnya di pejabat kelmarin. Lelaki itu tidak berperasaan
sewenang-wenangnya memarahinya di hadapan pekerja lain hanya kerana dia
terlewat sampai 5 minit. Shima meletak tangannya di atas peha Alyssa. Alyssa
menoleh ke arah Shima dengan penuh tanda tanya.
“Inilah
masanya untuk kita mengajar Arash, get even,” ujar Shima seraya tersenyum penuh
makna.
Alyssa
yang tidak faham dengan maksud Shima hanya memandang wajah Shima dengan penuh
tanda tanya apa yang dimaksudkan Shima dengan “get even”. Adakah Shima
benar-benar hendak melakukan sesuatu yang buruk terhadap diri Arash. Bisik Alyssa
dalam hati.
“Are
you nuts,” jerkah Alyssa apabila dia rasakan idea Shima tidak kena pada
masanya. Sungguhpun dia turut geram dengan Arash tapi dia tidak sanggup ambil
kesempatan ke atas dirinya dalam keadaan sebegini.
“Bukankah
plan kita hendak mengajar anak orang kaya tu,”ujar Shima cuba mengingatkan Alyssa
tentang layana n buruk Arash keatas
diri mereka.
“Yelah,
but look at him, aren’t you pity of his condition now, he is helpless can’t you
see,” jawab Alyssa tegas dia tidak setuju sama sekali dengan rancangan Shima.
“You
think I’m that crazy aren’t you,” jawab Shima dia tahu Alyssa tidak faham
dengan maksudnya yang sebenar.
“So
what the hell is it,”ujar Alyssa sedikit marah kerana Shima gemar membuatkan
dia berteka-teki. Sudahlah dia penat dari siang hingga ke malam berada di
hospital. Shima hendak berteka-teki dengannya pula.
Shima
memandang tepat ke wajah Alyssa yang sememangnya ingin tahu perkara yang
sebenarnya. Tiba-tiba Shima tersenyum seraya mengelengkan kepalanya.
“What,”
“Don’t
tell me you still don’t get it,”ujar Shima seraya tersenyum.
“Get
what, come on Shima enough already, tell me,”ujarnya tak sabar-sabar lagi.
“Maksud
aku, kau kata besar kemungkinan dia hilang ingatan, so jika benar dia hilang
ingatan maka senanglah kerja kita hendak mengenakannya,” ujar Shima sambil
matanya memandang ke arah katil Arash. Keadaannya masa seperti tadi. Tidak
bergerak hanya nafasnya sahaja yang kelihatan turun naik.
“Maksud
kau, kita cuba
mengubah cara hidupnya,”tanya Alyssa. Dia sudah mula berminat dengan rancangan
Shima.
“Pandai
pun kau, so balik nanti aku kena sibuk buat script untuk kau,”ujarnya seraya
tersenyum. Memang dia suka dengan perkara-perkara yang menyeronokan lebih-lebih
lagi perkara ini berkaitan dengan Arash.
“Wait
a minute, maksud kau aku kena berlakon, no way ini plan kita berdua maka kita
berdua yang kena berlakon, kenapa pula aku sorang,”ujar Alyssa lagi. Dia tidak
puas hati dengan rancangan Shima kerana berat sebelah.
“Kau
kan isteri dia,”
“Itu
tadi aku terpaksa cakap aku isteri dia, lepas ini tak ingin aku jadi isteri
dia,” ujar Alyssa membentak. Dia tidak suka berlakon sebagai isteri Arash
lebih-lebih lagi mengenangkan perangainya yang buruk siapalah yang ingin
menjadi isterinya. Simpang malaikat empat puluh empat.
“Come
on Alyssa, it’s a part of our plan-,”
“Maaf
Puan Alyssa, saya rasa Puan Alyssa kena beredar sekarang kerana pesakit tidak
boleh diganggu terlalu lama,”ujar seorang jururawat gadis awal 20an yang sedang
menatang dulang berisi tiub air yang perlu di ganti memandangkan tiub air yang
tergantung di sebelah katil Arash tinggal sedikit.
“O.k,
jaga suami saya baik-baik, jika perlu bagi ubat pada dia lebih-lebih biar cepat
baik,”ujar Alyssa sebelum berlalu.
Shima
disebelah mencubit lengan Alyssa kerana dia tidak sepatutnya berkata demikian
kerana ini menunjukan bahawa dia tidak suka akan suaminya. Jururawat itu hanya
menganggukan kepalanya lalu tersenyum.
To be continued...
No comments:
Post a Comment