Sekali lagi aku
terpesona dengan keindahan Hotel Du Cap Eden Roc yang bakal kami diami selama 2
malam di French Riviera. Hotel yang pada awalnya ku sangka istana kerana tidak
punya rupa hotel, dari luar semacam bentuk mansion atau istana lama. Tapi bila
di dalam terlopong aku seketika melihat betapa grand hotel tersebut. Perhiasan
dalaman kelihatan simple namun grand berlantaikan batu marmar putih mutiara
manakala sofanya berwarna kuning keramat dan putih. Tiba-tiba aku terasa bahawa
aku tidak layak ke tempat-tempat gah seperti ini. Terasa benar-benar janggal seperti
rusa masuk kampong. Kirakan aku beruntung dapat juga merasa melancong ke France
dan mendiami di Hotel-hotel ternama.
“Are you ok, kenapa you senyap aje dari tadi,” ujar Adam
bila sebaik sahaja dia mendapatkan aku yang sedang duduk menunggunya di sofa
lobby tadi.
“This
place amazing, I cuba
menghargai keindahan Hotel ini,” ujarku lalu tersenyum. Spontan sahaja aku
merangkul lengan Adam. Adam pula tidak membantah malah menyenangi perbuatanku.
Ah sesekali aku nak romantic sikit dengan Adam apa salahnya. Aku kan ke kekasihnya
walaupun kami hanya kekasih olok-olok. Tapi kalau sudah berada di tempat ini
tak banyak sedikit pun pasti menaikan mood romantic kan .
“Don’t
get too excited, you belum tengok lagi biliknya,” jawab Adam cuba menahan
tawa bila dilihatnya Era kelihatan teruja akan Hotel tersebut. Setahun sekali
Adam pasti ke France
untuk bercuti dan dia tidak pernah terlupa untuk singgah ke Nice. Selama ini
dia tidak pernah membawa sesiapa menemaninya bercuti ke Eropah. Inilah kali pertama dia membawa teman. Dan dia tidak
menyangka Era merupakan wanita pertama yang begitu di senangi di bawa bercuti
bersama. She’s funny and innocence dan tidak pernah malu menunjukkan
keterujuaannya dalam satu perkara.
“I
think you have to blindfold me,” jawabku seperti budak kecil yang tidak sabar
mendapatkan sesuatu.
“Serious,” jawab
Adam lalu memandang kea rah ku.
“You
ni percaya aje apa I cakap, you think I gila, oh yeah maybe I am pasal dating
dengan billionaire like you,” jawabku lalu tersenyum hilang cool aku bila
berada di Eropah. Selalunya aku pandai mengawal perasaanku bila tiap kali
bersama dengan Adam. Terutama sekali bila Adam membawaku ke tempat-tempat posh
atau ke boutique mahal di KL. Aku masih boleh lagi berlagak cool seolah-olah
tiada apa yang hendak ku herankan. Tapi di sini. Aku kalah. Perangai gilaku
mula datang. Lantaklah Adam bukan matair aku yang sebenar so aku tak perlu
control anggun biar dia tahu perangai aku yang sebenarnya.
Adam ketawa kecil bila Era berkata demikian. Era lucu dan
jujur. Era berbeza dengan wanita yang di kenalinya 2 bulan lalu.
“Don’t laugh at me ok, I tahu I jakun, but what the heck
siapa yang tak jakun bila datang ke mari,” ujarku lalu mengambil kad kekunci
dari tangan Adam bila Adam menyerahkan kepadaku untuk membuka Suite yang Adam
sewa.
Aku menolak dan menarik kad kekunci tersebut. Kedengaran
beep bila aku menarik kad tersebut.
“Bismillahirahman ni rahiim,” ujarku lalu menolak pintu
tersebut. Aku membuka mata benarlah apa yang di kata Adam biliknya lebih cantik
dari lobby yang ku lihat di bawah tadi. Perhiasan dalaman dan perabot semuanya
berwarna putih. Walaupun tidak semuanya putih bersih. Ada putih off white dan
putih mutiara biliknya di hias dan di reka klasik mempengaruhi French pada awal
kurun 18an. Bilik kami terletak di bangunan utama hotel tersebut dan menurut
Adam dia sengaja memilih bilik yang mempunyai terrace menghadap laut Juan-les-Pins. Oh my, kalaulah aku kaya raya aku akan
dirikan sebuah rumah di Nice. Boleh tenang fikiran ku melihat keindahan bandar
ini.
Pandangan aku kelam tiba-tiba. Badanku terasa
melayang-layang seolah-olah aku kini berada di atas kapal yang sedang di landa
ombak besar. Aku memaut birai pintu terrace untuk mengelak dari terjatuh.
“Are you alright,” ujar Adam segera menyelamatkan aku
sebelum aku terjatuh ke lantai. Dia mendukung ku ke arah sofa berdekatan. Dia
membaringkan aku di atas sofa tersebut lalu menyelak anak rambut yang menutupi
mataku.
“Sorry, I felt dizzy,” jawabku memandang ke arah Adam.
Adam melirik ke arah jam di tangan.
“Sharks,” ujarnya lalu menuju ke arah telefon mendial room
service.
Aku mengerutkan dahi bila pertama kali aku terdengar Adam mengunakan perkataan itu. Sayup-sayup aku terdengar suara Adam berbual berbahasa peranchis dengan seseorang di telefon. Mataku tiba-tiba terasa mengantuk teramat sangat.
Aku mengerutkan dahi bila pertama kali aku terdengar Adam mengunakan perkataan itu. Sayup-sayup aku terdengar suara Adam berbual berbahasa peranchis dengan seseorang di telefon. Mataku tiba-tiba terasa mengantuk teramat sangat.
No comments:
Post a Comment