Aku duduk
menikmati minum petang di terrace Suite yang mengadap Menara Eiffel. Panorama
yang mempersonakan. Maklumlah selalunya aku hanya melihat kecantikan Eiffel
Tower melalui lukisan dan dari petikan gambar dari majalah sahaja. Bila dapat
melihat dengan mata kepala sendiri seronok rasanya. Hai berangan aku sekejap.
Lebih menyeronokan sekiranya aku bercuti di sini bersama orang yang tersayang.
Kota Paris kota romantica. Nasib tidak berapa baik terpaksa bercuti dengan si
Vampire yang bukan orang tersayang. But thanks to him impianku menjadi
kenyataan kerana aku dapat juga merasa melancong kemari. Seperti yang di kata
Adam tujuan dia membawa ku menemaninya ke mari kerana business trip. Hari
pertama aku di Paris aku menghabiskan masa di dalam Suite mewah kami kerana
Adam terpaksa menghadiri meeting seharian. Walaupun dia benarkan aku keluar
bersiar atau shopping sendiri. Aku belum punya keberanian untuk keluar
menjelajah kota Paris sendirian. Yelah kalau sesat naya aku di buatnya. Dahlah
nak sebut sesuatu dalam bahasa mereka susah terbelit-belit lidahku di buatnya. Aku
suka perhatikan Adam berbicara dalam bahasa peranchis dengan Public relation
officer di Hotel semalam. Adam cukup fasih dalam bahasa itu. Cemburu
juga aku bila reception wanita itu cuba
flirt dengan Adam. Walaupun aku tidak mengerti sepatah haram apa yang mereka
bualkan tapi aku dapat mengagak bahawa wanita itu cuba
mengoda Adam. Apa taknya tanpa segan silu menyentuh bahu dan tangan Adam
berkali-kali. Dan Adam, hmm dia memang pantang kalau wanita macam tu dia tidak
akan melepaskan peluang. Malah dia mencium tangan wanita itu sebelum menuju kea
rah lif lobby.
Aku mencapai writing pad berlogo Hotel
Plaza Athenee lalu menulis sesuatu di atasnya. Checklistku.
List of things to do:-
1.
Mencari teman lelaki kaya
2.
Menikmati cara hidup orang kaya
3.
Melancong ke Eropah/Paris
4.
Mencuba makanan yang tidak pernah
ku rasai
5.
Menghadiri konsert
6.
Drive fast car
Aku berhenti
menulis bila I-phone ku berdering nyaring minta di angkat. Aku menekan butang
On.
“Era, kau kat mana?,”
ujar Nadia dengan suara cemas.
Oh gosh. Kerana
terlalu excited sangat aku terlupa hendak meninggalkan pesanan buat Nadia
sebelum aku terbang ke Paris. Pasti berbakul aku di maki Nadia.
“Promise kau tak
marahkan aku, kalau aku beritahu kau aku kat mana sekarang,” ujarku panic.
“Tak marah, kau
kat mana kenapa dah 3 hari kau tak balik,” soal Nadia lagi.
“Aku sekarang
berada di Paris,” ujarku perlahan tapi jelas.
Talian senyap
tiada respond dari Nadia.
“Nad, kau dengar
tak?,” soalku.
“Paris, Eiffel
Tower,” jawab Nadia.
“Ah ha,” jawabku
teragak-agak.
“What, Era are you out of your mind,
kau pergi dengan Adam,”
Aku menganggukkan kepala tanpa menjawab
soalan Nadia macamlah Nadia boleh nampak aku berbuat demikian. Kecut perutku
bila Nadia naik angin mengalahkan mak tiri.
“Era, kau pergi dengan siapa Adam?,”
soal Nadia tegas.
“Ah, kau jangan marah aku ok, aku lupa
nak bagitahu kau, Adam bagitahu last minute, dia kata dia ada business trip kat
Paris dan mahu aku temankan dia,” terangku panjang lebar. Menyesal pula kerana
tidak memberitahu Nadia segera akan plan Adam membawaku ke Paris .
Kesian Nadia pasti dia risaukan aku.
“That’s son of b****, he’s trying to be
funny is it,” marah Nadia tiba-tiba.
Aku mengerutkan dahi kurang faham akan
maksud Nadia. Adam trying to be funny. Sejak bila pulak kerana jejaka itu tidak
kelakar langsung.
“Aku tak faham maksud kau Nadia,”
“Last week dia jumpa aku, tiba-tiba
interested wants to know about dating him for 3 months, he’s trying to dig some
information from me, of course aku tak beritahu dia pasal that’s not part of
the deal,” terang Nadia kepadaku.
Aku mengeluh perlahan. Baru aku tahu
kenapa Adam mengumpanku ke Paris .
Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Dia hendak mengetahui rahsia di sebalik
date 3 bulan aku dengannya. Too bad kerana aku tidak akan memberitahunya walau
dia membawaku ke bulan sekalipun.
“That won’t happen, kalau dia tak nak
teruskan contract yang tinggal lagi sebulan dia harus bayar ganti rugi to me,
in a way aku tak rugi apa-apa cuma impian aku di cut short ” jawabku perlahan.
Aku tidak menyangka Adam selicik itu.
“Sure kau boleh handle Adam, anything
just call me ok,” pesan Nadia.
“I will, thanks Nadia,” jawabku seraya
mematikan talian.
Aku mengetap bibir menahan geram. Licik memang licik. Sekarang aku harus membuat sesuatu yang akan membuatkan Adam benar-benar marah padaku. Mentang-mentanglah dia kaya dia ingat dia senang membeliku. Apa yang aku musykil kenapa tiba-tiba dia ingin tahu. Apa motivenya. Aku mencapai I-phone lalu speed dial number seseorang.
“Hi Fahmy, It’s me Era, are you free today?, oh great, see you at my lobby in an hour,” ujarku lalu mematikan telefon. Aku bangkit dari kerusi seraya menuju kea rah bilikku untuk bersiap-siap. Aku mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar di kota Paris bersama Fahmy.
To be continue..
No comments:
Post a Comment