Sunday, 7 July 2013

Sepasang Kurung Biru - Part 5

                      What a day. Aku benar-benar merasa gembira sekali. Hampir sepanjang hari Amsyar bersama denganku. Dari satu tempat ke satu tempat kami jelajah. Amsyar tidak pernah jemu menerangkan aku setiap cerita di sebalik nama dan sejarah Cameron Highlands. Amsyar anak jati Cameron Highlands. Sedikit sebanyak aku dapat mengenalinya secara lebih dekat lagi. Amsyar tidak pernah suka tinggal di kota. Dia sanggup berulang alik ke kota namun hendak berhijrah masih belum terfikir lagi. Oh ye! Amsyar adalah seorang landscape designer. Amsyar ada membawaku ke tempat pelanggannya yang pernah mendapat khidmat professional darinya. Aku kagum dengan hasil kerja Amsyar. Ternyata Amsyar seorang yang berbakat. Aku merasa terpegun seketika bila berada di taman hasil buatannya. Seolah-olah aku berada di taman fantasi. Bunga-bunga kelihatan segar dan cantik sekali. Di tengah-tengah taman tersebut terdapat sebuah telaga kecil di kelilingi bunga-bunga yang tidak pernah aku lihat sebelum ini dan juga kenali namanya. Tak sangka bunga ni banyak species. Yang aku tahu aje bunga rose. Almaklumlah bila tiba Valentie bunga yang paling laku bunga rose. Jadi terus terang ku katakan aku ni buta tuli bila bab bunga-bunga ni. Aku seakan berkhayal bila Asmyar menerangkan setiap bunga punya maksud yang berbeza. Tidak satu pun perkataan yang keluar dari mulutnya mengambil perhatianku kerana aku leka memerhatikan wajah tampannya dan matanya yang bundar dan berwarna hazel bisa membuatkan aku mabuk kepayang.
 

“Sarah,” ujar Amsyar bila di perhatikan wanita cantik itu seakan berkhayal.

 

“Oh yes,” jawabku tersentak dari angan yang panjang.

 

“You tak beritahu I buat apa you di sini seorang,” soal Amsyar seraya duduk bersebelahan denganku.

 

“Oh I tengah mengarang script,” jawabku ringkas.

 

“You script writer,” ujar Amsyar dengan wajah yang bercahaya.

 

Aku tidak menjawab malah menganguk kan kepala mengiyakan tekaannya.

 

“Oh wow that’s interesting,” ujarnya seraya menganggukan kepalanya berkali-kali.

 

“Penulis biasa sahaja taklah sehebat penulis di sini,” jawabku merendah diri. Tiada apa yang hendak aku megahkan kerana aku hanya penulis tempatan biasa dan tidak sehebat penulis-penulis di sini yang jauh lebih pengalaman dan karyanya benar-benar bermutu.

 

“I selalu juga ke Singapura hanya semata-mata untuk menonton pementasan dari local writer, my favourite “Aku seorang wanita” dari Maisarah, I wish I can meet her one day, karyanya absolutely brilliant” terang Amsyar panjang lebar. Partnernya yang berada di Singapura yang kenalkan dia pada pementasan tulisan Maisarah. Dari situ dia mula mengikuti perkembangan teater tempatan Singapura. Dia memang gemar pada dunia teater. Padanya penulis Maisarah seorang yang tidak kurang kreatif. Ideanya juga bernas dan senang dihayati terutama sekali buat dirinya yang tidak berapa suka akan pementasan yang terlalu berat dan begitu mendalam maksudnya. Pening kepalanya untuk mentafsirkan pementasan demikian. Maisarah tidak mengunakan bahasa sastera. Dia lebih kepada bahasa santai yang senang di fahami.

 

Aku tersentak bila dia berkata demikian kerana akulah penulis script yang di sebutkan oleh Amsyar. Aku tidak menyangka Amsyar mengenali dan mengikuti hasil karyaku selama ini.

 

Amsyar menoleh kearah Sarah yang kelihatan terperanjat.

 

“Wait a minute, don’t tell me you the same person who wrote these play,” ujarnya ghairah dan seakan tidak percaya dia bersama dengan orang terpenting menjayakan pementasan ‘Aku seorang wanita’. Amsyar memang meminati karyanya. Dia sanggup ke Singapura hanya untuk menonton teater pementasan dari penulis script pujaannya Maisarah. Amsyar tidak sama sekali menyangka penulis script itu semuda dan secantik wanita di sebelahnya. Dia benar-benar kagum dengan Sarah.

 

Aku menganggukan kepala sekali lagi. He knows me. He actually knows me. Wow that’s great. Aku tidak sangka sama sekali orang luar boleh mengenali dan menghargai karyaku.

 

“You brilliant, I never thought Maisarah seorang yang muda, cause your script really good not that I memandang rendah pada you, no you really amazing” ujar Amsyar tidak putus-putus memujiku.

 

“Yeah, so I kemari hendak siapkan manuscript untuk pementasan selepas raya ini, so I memilih Cameron sebagai lokasi untuk I mencari ilham, I tak sangka dapat bertemu dengan you,” terangku pada Amsyar.

 

“Apa pula tema pementasan you kali ini,” soal Amsyar penuh minat.

 

“Cinta,” jawabku ringkas.

 

“Interesting, sebelum ni you belum pernah buat cerita mengenai cinta, orang sekreatif you mesti senang membuat manuskrip tentang cinta,” usik Amsyar.

 

“Cinta monyet adalah,” jawabku seraya tersengih. Malu pun ada. Tentu Amsyar menganggap aku berbohong. Masakan wanita berusia 27 tahun tidak pernah bercinta.

 

“Susah nak percaya, selama ni you tak pernah bercinta ke,” soal Amsyar lagi. Dia menuju kea rah bunga ros lalu memetik bunga yang segar dan sedang mekar.

 

Aku mengelengkan kepala. Boleh ke aku anggap bercinta tidak sampai 3 bulan sebagai cinta.

 

“Belum sempat nak mengenali apa itu cinta, cinta I dah musnah,” jawabku tanpa mengulas panjang.

 

“Kenapa, dia cari lain ke,” soal Amsyar lalu menyerahkan bunga ros berkenan kepadaku. Aku menyambutnya seraya tersenyum.

 

“You petik bunga ni, pemiliknya tak marah ke,” jawabku tanpa menjawab soalan asal Amsyar. Tiada gunanya membuka luka lama yang sudah berparut.

 

“Tak marah kalau I beri bunga itu pada wanita cantik macam you,” jawab Amsyar seraya tersenyum.

 

Tergugat iman aku di buatnya bila Amsyar membuahkan senyum. Ikutkan hati hendak saja aku memeluk lalu mencium pipinya. Geram. Kenapalah dia terlalu charming sangat. But control Sarah. Jangan menjatuhkan martabat wanita. Hehehe.

 

Telefon bimbit Amsyar tiba-tiba berdering. Amsyar tersentak. Dia segera menyeluk saku seluarnya lalu memandang kea rah skrin.

 

“Hah tak sangka kat sini ada reception pulak, excuse me, I have to take this call,” ujarnya seraya menuju kea rah kerusi yang tidak jauh darinya.

 

Sure,” jawabku seraya berjalan seorang diri menuju kea rah kolam ikan yang cantik di penuhi bunga-bunga teratai. Sesekali aku menoleh kea rah Amsyar yang sedang sibuk berbual di telefon. Amsyar kelihatan senang sekali menerima panggilan tersebut. Amsyar kelihatan begitu mesra berbual di telefon walaupun aku tidak mendengar sepatah apapun yang dia bualkan. Aku sengaja berjalan jauh darinya kerana hendak memberinya privacy. Amsyar memandang ke arahku yang kebetulan aku sedang memerhatikannya. Dia membuahkan senyuman bila setiap kali mata kami bertaut. Aku membalas senyumannya dan kembali memandang ke arah bunga seri pagi yang tumbuhnya merata dipagar. Bunga itu tidak kembang. Ia hanya kembang di waktu pagi sahaja memang indah taman ini. Pandai sungguh Amsyar menghidupkan suasana romantis di taman ini. Aku percaya pemilik taman ini begitu senang dengan hasil kerja Amsyar. Dan aku percaya pemilik taman ini adalah seorang wanita.

 

Sorry to keep you waiting,” teguran Amsyar membuatkan aku tersentak dari lamunan.

 

Hmm I’ll think we better go, dah lama kita kat sini nanti kena tangkap susah pulak kan,” saranku. Yelah sudah hampir 2 jam kami berada di taman milik pelanggan Amsyar. Kalau di tangkap menceroboh susah juga dibuatnya.

 

“Tangkap basah ke,” usik Amsyar.

 

“You ni nak sangat ke, tak pasal-pasal kena kahwin free, sungguhpun I bukan orang sini, I tahu juga undang-undang kat sini, maksud I kena tangkap pasal menceroboh taman orang,” jawabku lalu tersenyum.

 

Hailah Amsyar kau nak kahwin dengan aku ke? Selamba aje kau cakap tangkap basah.

 

“I saja aje nak usik you, ya I pun nak kena balik, boleh tak kiranya you hantar I balik,”

 

“Don’t worrylah lagipun memang I nak tahu you tinggal mana, manalah tahu kalau gula habis ke, beras habis ke atau kalau blackout I boleh tidur rumah you, sebab I ni takut gelap,” ujarku selamba. Aku tidak tahu mengapa dengan Amysar aku begitu cepat mesra dengannya. Mungkin kerana layanan dari Amsyar begitu santai membuatkan aku berasa selesa.

 

Amsyar tersenyum lebar bila aku berkata demikian.

 

“Jangan risau I akan menjaga you sepanjang you tinggal di sini, I akan bertanggungjawab ke atas diri you, jangan kata gula habis atau beras habis, you nak minta pertolongan apa sekalipun I sanggup bantu,” jawab Amsyar seraya tersengih lagi. Seperti yang ku katakan tadi senyumannya itu bisa mengugat imanku.

 

“Jangan Am, nanti I betul-betul buat macam tu, I takut you larikan diri pulak,” ujarku seraya membuka pintu kereta.

 

“Hmm Am, belum pernah orang memanggil I Am, ok juga kan nick tu,” ujar Amsyar tanpa menjawab soalan ku.

 

Wajahku merona merah bila menyedari aku memanggilnya dengan panggilan “Am” sahaja. Bukan aku sengaja. Namanya panjang sangat Amsyar. Kalau panggil Am kan senang.

 

“Sorry, kalau you tak suka, I panggil you Amsyar,” ujarku sebaik sahaja aku mengenakan tali pinggang keledar.

 

“Eh jangan, panggil saja Am, I suka,” jawab Amsyar seraya tersenyum lagi. Dia menghidupkan enjin kereta lalu menolak gear satu. Aku tersenyum gembira kerana setidak-tidaknya hari ini aku tidak merasa bosan mengelilingi Bukit Cameron seorang. Aku sibuk memandang ke kiri dan kanan jalan, walaupun tiada apa yang dapat aku nikmati melainkan kegelapan malam dan di kiri dan kanan hanya kelihatan lereng-lereng bukit yang penuh dengan kebun teh dan strawberry. Akhirnya aku terlelap sendiri.

 

“Sleeping beauty, kita dah sampai,” bisik Amsyar perlahan. Amsyar menyelak anak rambut Sarah yang menutupi wajahnya. Sarah masih tidak sedar. Dia kelihatan selesa menyandarkan kepalanya di bahu kirinya.

 

“Hello, gorgeous dah sampai,” bisik Amsyar lagi.

 

Aku tersenyum bila mendengar seseorang memanggilku gorgeous seperti dalam mimpi pula. Aku membuka mata perlahan. Amsyar memandang ke arahku lalu tersenyum. Oh gosh. Aku tertidur, dan senang-senang bahu sasa milik Amsyar ku jadikan bantal, memang aku bermimpi. Aku merasa malu sendiri. Apa pula kata Amsyar nanti. Minah singapore memang gatal. Baru kenal dah berani tidur di bahunya. Cepat-cepat aku bangun seraya menyelak anak rambut yang menutupi mataku. Rambutku yang berselerak ku ikat pantas.

 

“Sorry, dah lama ke sampai,” ujarku malu. Entah macamana agaknya rupa aku ketika tidur tadi. Minta-mintalah ok. Harap-harap tidak ternganga atau terkeluar air liur. Hissh jauhkanlah. Kalau tidak malu aku di buatnya. Sudahlah aku terlalu berkenan dengan Amsyar. Sesiapa yang melihatkan wajahnya pasti akan angau manakan tidak wajahnya persis Hero Idaman.

 

Ada lebih kurang 5 minit,” jawab Amsyar tersenyum lagi.

 

“Kenapa tak kejutkan I,” ujarku seraya mengalihkan pandangan kearah rumah yang tersegam indah di sebelah kiriku.

 

“Suka tengok you tidur,” usik Amsyar.

 

“Am, you suka usik I, kalau I sukakan you macamana,” jawabku jujur. Yelah. Aku tidak mahu merana atau patah hati bila menyedari yang Amsyar hanya suka melayan karenah ku yang suka flirt. Aku tak sanggup.

 

“Baguslah, kerana I pun sukakan you,” jawab Amsyar tersengih lagi.

 

“Am,” gerutuku kurang senang kerana aku tahu dia bergurau.

 

“Ya,” jawab Amsyar manja.

 

Hai boleh cair aku di buatnya bila Amsyar jawab begitu. Sudah-sudah aku tidak seharusnya terlalu mengikut perasaan. Aku tahu Amsyar seorang yang cepat mesra seperti diriku.

 

“Thanks again, hmm memandangkan tadi you tidur sepanjang perjalanan ke rumah I dan you tak tahu nak cari jalan pulang, I kena hantar you balik pulak,” ujar Amsyar seraya tersenyum.

 

“Oh yeah, sorry, habis kalau you hantar I balik, sapa nak hantar you balik pulak,” soalku seperti orang kebingungan. Yelah, bukankah keretanya di workshop. Kalau dia hantar aku balik, macamana dia hendak balik. Naik teksi, di Cameron bukannya macam di singapura. Berlambak teksi hingga ke pagi, di Cameron jarang sekali aku lihat teksi di jalan raya. Aku yakin rata-rata warga Cameron punya kenderaan sendiri agar senang mereka kemana-mana.

 

“I ada motor, erm sorry I tak boleh jemput you masuk, pasal-,”

 

“Takut kena tangkap basah,” ujarku pantas memintas ayatnya.

 

“Hmm, actually bukan tu alasan I, tapi-,”

 

“Am, you tak perlu explain apa-apa pada I, anyway tak manis kalau perempuan macam I ni berada di rumah you, I tahu budaya orang sini tak semodern singapura, don’t worry I tak kecil hati,” terangku panjang lebar tanpa ku sedari aku menepuk lembut tangannya.

 

Am tidak menjawab malah tersenyum. Mungkin terasa lega bila dia tidak perlu memberi penjelasan kepada diriku.

 

“Tunggu sekejap ok, I won’t be long, jangan lupa lock pintu, takut orang kidnap pulak minah singapura yang cantik ni,” usik Amsyar sebelum menutup pintu.
 

Sekali lagi aku tersenyum bila Amsyar terus-terusan dengan sikap flirtingnya. Aku merasa sunyi seketika bila Amsyar pergi meninggalkan aku sendirian. Aku memandang kea rah rumahnya yang begitu cantik pada pandangan mataku. Rumah yang sederhana besar ala-ala cottage ku pandang dengan penuh kagum. Di halaman rumahnya di penuhi dengan pelbagai jenis bunga-bunga segar dan cantik. Amsyar memang pandai menjaga persekitaran rumahnya. Aku memandang kea rah tingkat dua cottage tersebut dimana kelihatan asap-asap tipis keluar dari bumbung rumahnya. Aku tidak merasa terperanjat sekiranya Amsyar punya chimney. Yelah waktu siangnya sahaja sudah sejuk inikan pula pada waktu malam. Pasti Amsyar menyalakan unggun api di Chimneynya. Sambil berehat membaca buku dia memikmati teh Earl Grey hasil dari bumi Cameron. Wow, seronoknya. Rileks dan tak hectic seperti di bandar-bandar besar. Aku memang sukakan suasana yang santai dan rileks. Sebab itu setiap kali aku mencari ilham untuk skrip pementasan aku memilih destinasi yang rileks seperti Cameron. Tidak sangka lelaki sehebat Amsyar gemarkan lokasi seperti ini. Aku dapat mengagak-agak sendiri berapa agaknya usia Amsyar. Mungkin dalam pertengahan 30an. Selalunya lelaki sepertinya sukakan kehidupan di Bandar. Aku menjadi musykil sendiri. Jangan-jangan Amsyar sudah berumahtangga. Mana ada lelaki yang seperti Amsyar sukakan tempat begini melainkan dia sudah beristeri. Aku menoleh kea rah rumah milik Amsyar. Rumahnya kelihatan benar-benar bersih dan teratur. Teori pertama bersih, teratur dan terjaga. Mana mungkin Amsyar punya masa untuk melakukan itu semua sendiri. Kedua, Amsyar memilih Cameron sebagai tempat tinggalnya. Mana mungkin lelaki single sehebat Amsyar mahu tinggal di tempat yang terceruk seperti ini. Ketiga, Amsyar agak keberatan mempelawa aku masuk ke rumahnya. Oh gosh, besar kemungkinan Amsyar suami orang. Hanya lelaki yang sudah berumahtangga sahaja yang tahu treat a lady in a proper way. Because most of them are charming and gentleman. Oh no, kalau benarlah apa yang aku sangkakan. Aku tidak ingin melibatkan diri dengan suami orang apatah lagi menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Amsyar.  Tapi aku sudah mula menyukainya. Bagaimana sekiranya teori yang aku fikirkan sebentar tadi itu tidak benar. Mungkin Amsyar satu dalam seribu tidak seperti lelaki lain. Sukakan kehidupan yang laid back dan tidak hectic. Dia memang seorang yang gentleman dan tidak punya isteri. Kalau benar Amsyar sudah beristeri mana mungkin dia seberani sekarang. Memberhentikan keretaku di hadapan rumahnya.

 

Amsyar mengetuk tingkap kereta. Aku terlompat terperanjat kerana benar-benar tidak sedar Amsyar sudah pun berada tercegat di luar pintu keretaku. Aku menekan butang membuka tingkap.

 

“Sorry, I don’t mean to scare you, are you ok, why you so jumpy,” ujar Amsyar seraya tersengih. Dia merasa hairan kerana Sarah masih lagi di tempat duduk penumpang dan bukan di tempat duduk pemandu.

 

“Tak ada, I memang macam ni suka terperanjat-terperanjat,” ujarku menutup malu sempat mataku menjeling kea rah penampilan Amsyar. Amsyar sudah menyalin baju kepada sweat shirt dan track pants. Rambutnya kelihatan basah. Aku dapat terhidu wangian dari Aftershave colognenya. 

 

“Hmm you ni misteri betul ye tak padan dengan gadis singapura, I thought kebanyakan gadis singapura macam open book,” ujar Amsyar.

 

“Tak semua ok, I lain dari yang lain, you yang misteri man,” sindirku dalam baik.

 

Amsyar tidak menjawab. Dia hanya mampu tersenyum bila aku berkata demikian.

 

“Shall we go now,” ujarnya tanpa menjawab soalan ku.

 

“Sure,” jawabku sedikit hampa bila Amsyar tidak mengulas panjang. Aku tahu, aku tidak sepatutnya mendesak Amsyar. Lagipun hubungan kami baru setakat kenalan. Terlalu awal untuk aku menyentuh hal peribadinya. Dan lagi aku tidak mahu di cap perempuan kepo yang suka menjaga tepi kain orang. Kalau Amsyar mahu berahsia dengan diriku. Apa yang boleh aku buat.

 

Aku memandu mengekori motor yang ditunggang oleh Amsyar dari belakang. Tidak sangka Amsyar memiliki motor berkuasa tinggi. Mataku sempat menoleh sekali lagi kea rah rumah Amsyar, bilik di tingkat dua yang di nyalakan Amsyar ketika dia di rumah tadi tiba-tiba di padamkan. Dan seketika kemudian aku ternampak bayang-bayang seseorang menutup langsir biliknya rapat.
 
To be continue..

No comments:

Post a Comment