Sepanjang
perjalanan ke bandar dengan papanya. Anisha meluahkan segala yang terbuku
dihatinya. Dia menceritakan kepada papanya mengenai Affendy. Dia percaya bahawa
Affendy itu adalah abg longnya. Papanya tidak pernah bertemu dengan Affendy
abangnya Amirul kerana mereka tidak pernah di perkenalkan. Anisha pula tidak
mahu dia ke rumah Puan Hasnah kerana dia tidak mahu Affendy dan Amirul tahu
akan kedatangannya.
“Betul
ke Affendy tu abg long kamu Nisa,” soal Dr Azman kurang yakin kerana setahunya
abg long sudah meninggal. Benarkah Affendy dan Amirul bersaudara. Adakah ini
hanya kebetulan. Betulkah abang long Anisha masih hidup. Pelbagai persoalan
timbul di benak fikirannya. Kalau betul abang long Anisha masih hidup kemana
dia menghilang selama 7 bulan.
“Naluri
hati Anisha mengatakan bahawa Affendy, adalah abg long Nisa, pa,” ujar Anisha
cuba menyakinkan papanya.
“Kenapa
harus Nisa ungkitkan kisah lama, bukankah Nisa sudah dapat menerima Amirul dan
akan bernikah dengan Amirul tidak lama lagi, Amirul sayangkan Nisa bukan,” soal
Dr. Azman kurang mengerti kenapa tiba-tiba Anisha beria-ia mahunya mengenal
pasti pemuda yang dianggap abg longnya.
“Nisa
tidak akan bahagia sekiranya Nisa masih lagi dibelenggu kenangan lama Pa,
sekiranya sangkaan Nisa salah Nisa janji tidak akan menoleh ke belakang lagi,”
Dr
Azman hanya mengeluh kecil. Tidak sampai hati hendak melukakan hati Anisha.
Anisha sudah puas menderita. Kehadiran Amirul sedikit sebanyak memberinya
lembaran baru.
Amirul
ada mengatakan bahawa dia hendak keluar meluangkan masa bersama abang Fendynya,
kerana mereka jarang dapat meluangkan masa bersama. Amirul akan mendirikan
rumahtangganya tak lama lagi, jadi dia mengambil kesempatan untuk meluangkan
masa bersama Affendy kerana tidak tahu bila mereka akan dapat bertemu lagi.
Affendy sudah membuat keputusan untuk berhijrah ke Australia selepas majlis
perkahwinannya nanti. Anisha tidak membantah lagipun hatinya tidak akan merasa tenteram
selagi dia tidak mendapatkan kepastian dari papanya. Hanya papanya sahaja yang
dapat membantu meleraikan kekusutan di fikirannya. Kerana papanya pernah
melihat abg long. Sudah tentu dia dapat mengecam akan wajah abg long. Anisha
berjalan laju menuju kearah café yang Amirul memberitahu kepadanya semasa Anisha
bertanya kemana mereka pergi semasa Anisha menelefonnya. Mata Anisha liar
mencari kelibat mereka. Matanya terpaku kearah Affendy yang mengenakan polo
berwarna blue black sedang berbual dengan Amirul. Mereka tidak perasan akan
kehadiran Anisha kerana Anisha tidak masuk ke dalam Café tersebut dia hanya
melihat dari luar.
“Cuba
papa lihat pemuda yang berbaju polo berwarna biru tua tu,” ujar Anisha seraya
menunjukkan papanya kea rah pemuda yang dimaksudkan.
Dr.
Azman memandang kearah wajah pemuda yang ditunjukkan oleh Anisha. Lama dia
memerhatikan pemuda itu. Pandangannya tidak salah. Memang itu abg long Nisa.
Dia cukup cam wajah anak muda itu.
“Itu
abg long Nisa kan Pa,” ujar Nisa ingin kepastian dia benar-benar terdesak.
“Papa
belum pernah lihat pemuda itu sebelum ini,” jawab Dr Azman seraya mengelengkan
kepalanya perlahan.
“Betul
ke Pa, papa pasti itu bukan abg long Nisa,” soal Nisa tidak puas hati. Dia mahu
papanya pasti bahawa lelaki itu bukanlah abang longnya.
Berat
mulut Dr. Azman untuk berbohong dengan Nisa. Namun apakan daya dia tidak mahu
Anisha kecewa dan bersedih lagi. Kebahagian Anisha penting.
“Papa
pasti Nisa,” ujar Dr Azman seraya berlalu dia menarik lengan Anisha untuk
menuju kea rah kereta.
To be continued...
No comments:
Post a Comment