Mr. Sam dah start tanya bila nak
masak lagi dah 3 minggu dapur rehat. Jadi sabtu yang lepas aku sibuk menjala
roti sebab dah lama tak makan. Kalau di kedai beli sepaket sahaja dan S$4
dollar. Itu untuk makan sekali aje kalau buat sendiri boleh round berkali-kali
ye tak? Jimat dan muai. Lagipun jarang sekali beli roti jala kat luar
dipadankan dengan kari daging. Dan kalau beli kat kedai tak ada salad telur
betul tak? Menurut Chef ngah. Kalau makan roti jala mesti ada salad telur baru
complete. Haha betul ke. Bila buat research kat internet memang betul ada salad
telur tapi sos saladnya yang di gunakan hanya sos cili atau sos tomato. Hmm.
Masa kecik-kecik dulu aku ingat lagi mak kalau buat roti jala ada salad telur
tapi sosnya kacang sedap you. Aku pun apa lagi aku refer to Chef ngah yang arif
memasak. Dapatlah resepi sambal kacang buat salad telur tu. Tapi sebelum tu meh
kita buat adunan untuk roti jala. Kita pakai acuan biasa je, kat internet
nengok acuan cantik-cantik belaka dan berwarna. Kita stick to classic jala aje.
Bahan-bahan
1kg tepung
gandum1 tin susu cair
2 biji telur
Air dan garam (garam kita bancuh ngan air sekali sonang)
Pewarna kuning
Cara-caranya
Campurkan
bahan-bahan semua tadi hingga sebati, letak pewarna kuning ikut suka mana, bila
dah sebati tu masukkan ke dalam blender agar texturenya menjadi lebih halus dan
senang hendak mengirainya nanti. Jangan terlalu cair lak agak-agak.
Kari daging
untuk roti kirai/jala aku suka kari daging yang kuahnya pekat dan pedas tapi
tak suka letak santan atau susu cair. Ini resepi dari kawan kak ngah aku camne
nak pekatkan kuah kari tanpa letak santan atau susu cair. Meh kita tengok
bahan-bahan2.
Bahan-bahan kari
1kg daging
kari (direbus awal-awal supaya cepat empuk)Bawang besar
Halia
3 bahan di atas dikisar/blend
2 sudu kecil serbuk cili (haha kata nak pedas sampai berasap telinga)
Serbuk kari daging
Sedikit badam & gajus (dikisar/blend) – kalau nak tahu nilah trick untuk memekatkan kuah daging nanti
Daun kari
Kentang & Tomato buah
Sedikit air
Rempah 3 sekawan (buah pelaga/bunga lawang/kulit kayu manis)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun ketumbar (buat hiasan)
Cara-caranya
Setelah minyak sudah di panaskan masukkanlah
rempah 3 sekawan, daun kari dan bahan yang sudah di kisar/serbuk cili/serbuk
kari yang sudah di jadikan paste tu sehingga garing dan naik bau. Kacau
sesekali agar bahan tumis tadi tidak hangus. Bila dah masukkan paste
badam/gajus tadi kacau rata. Bila rempah dah pecah minyak tu masukkanlah daging
dan kacau rata biar sebati dengan rempah yang telah di tumis tadi. Tambahkan
sedikit air pastu masukkan kentang agar empuk. Bila kentang dah empuk tu
masukkan tomato lak lepas tu masukkanlah garam serta perasa. Hiaskan dengan
daun ketumbar untuk menaikan aromanya. Siap sedia untuk di hidangkan.
Last sekali meh kita buat sos untuk salad
telur lak ye.
Bahan sos saladTelur (direbus dan dikupas kulitnya)
Sayur salad (pilihan hati sayur salad mana yang berkenan ok)
*Lada Kering
Bawang putih
Belacan
Kacang tanah
4 bahan di atas tadi hendaklah di goreng dan dikisar
Sos tomato
Gula & garam secukup rasa
Cara2nya
Gorengkan Lada kering, bawang putih, belacan.
Then kisarkan bersama sedikit air suam. Setelah blend masukkan kacang yang
telah di goreng tadi. Blend sekali lagi jangan sampai kacang hancur sangat
nanti tak best nak kunyah-kunyah. Akhir sekali tambahkan sos tomato, gula dan
garam secukup rasa.
Susunkan daun salad di piring dan telur yang
sudah di potong. Tuangkan sos di atasnya. Siap untuk dihidangkan.
*Bagi yang tak suka pedas sangat boleh
gantikan Lada kering kepada cili biasa.Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment