“Nora, how
come dia tahu siapa I,” ujar Iesya sebaik sahaja telefonnya di jawab oleh Nora.
Dia merasa tidak berpuas hati bila Syairul caught her off guard. Bagaimana
Syairul tahu bahawa dia adalah Iesya. Di akhbar tidak terdapat gambarnya kerana
Iesya tidak mengizinkan mereka merakam gambarnya. Jadi dari mana Syairul tahu?
“I tak tahu,
I have no idea macamana dia tahu itu you, and
I can say that he likes you a lot, kalau tidak jangan harap perangainya
baik macam tu,” terang Nora seakan berbisik. Sebenarnya dia tidak tahu menahu langsung
akan rancangan Iesya hendak menduga bossnya. Dia tidak menyangka Iesya akan
buat demikian. Sepertimana yang dia katakan tadi nasib baik Syairul sukakan
Iesya kalau tidak dia tidak akan sebaik itu. Jika dia mendapat tahu Chef itu
mahu menduganya pasti dia tidak akan meneruskan temuduganya dengan Iesya. Dia
sanggup mencari Chef baru.
“Really,
hmm macamana you boleh tahan bekerja dengannya,” soal Iesya ingin tahu. Menurut
Nora perangai Syairul tidak akan sebaik itu bila dia mengetahui akan
rancangannya untuk menduga Syairul. He’s ‘No
Nonsense’ type of guy according to some people. Tapi kenapa Syairul masih
boleh menerima nonsensenya? Pelik. Syairul boleh mencari Chef yang lebih
berpengalaman darinya. Tapi kenapa Syairul memilih dia?
“He pays
me well, actually in person dia tu ok kalau mood dia baik,” ujar
Nora lalu tersenyum. Sudah hampir 3 tahun dia bekerja dengan Syairul. Betul
Syairul seorang majikan yang garang dan tegas kerana dia mahu semuanya berjalan
dengan lancar dan sempurna.
“Tak
terpikat ke dengan dia, what I know he’s still single,” usik Iesya. Dia
sendiri tidak tahu bagaimana dia begitu cepat mesra dengan setiausaha Syairul
walaupun mereka belum pernah bertemu.
“Hmm tak
berani lah, dia tu garang macam harimau,” jawab Nora lalu ketawa kecil.
Syairul
berdehem kecil. Nora tersentak bila menyedari Syairul sudah berdiri di
hadapannya. Bila ketika? Dia tidak perasan langsung.
“Yes, Mr
Syairul,” soal Nora sambil menutup gagang telefon dengan telapak tangannya.
“Tell
Iesya be in my office at 12.00 noon,” ujar Syairul lalu melirik kearah jam
di pergelangan tangannya. Dia berdiri memandang ke wajah Nora, tangan kanannya
menyeluk saku seluarnya.
“Yes sir,”
jawab Nora. Dia sangka Syairul segera beredar dari mejanya sebaik sahaja
berkata demikian. Tidak, kerana jejaka itu masih lagi tercegat di depannya
seperti menanti sesuatu.
“Anything
else sir?,” ujar Nora bila dilihatnya Syairul seperti tidak mahu berganjak
dari mejanya. Mungkin ada lagi perkara yang Syairul hendak dia buat selain dari
menelefon Chef Iesya.
Syairul
memandang tepat ke wajah Nora. Dia membuahkan senyum kepadanya. Dia memberi
isyarat supaya gagang telefon itu diberikan kepadanya. Hendak tak hendak
terpaksa juga Nora menyerahkan gagang telefon tersebut kepada bossnya.
“Hi
dear, can you make yourself free to see me in the office at 12.00 so that we
can talk about the contract?,” ujar Syairul sambil mengenyitkan matanya
kepada Nora yang terperanjat dengan reaksi bossnya.
Nora
menelan air liur bila majikannya Syairul berbuat demikian. Syairul tahu dia
berbual dengan siapa? Oh gosh pasti Chef Iesya menyangka dia memberitahu
Syairul. Sedangkan dia sendiri terperanjat bila Syairul tahu dia berbual dengan
Iesya.
“Ok, see
you, thanks dear,” ujar Syairul lalu menyerahkan kembali gagang telefon
tersebut kepada Nora yang kelihatan terperanjat. Dia beredar ke biliknya.
“Iesya, I’m
sorry ok, I have no choice but to pass him the phone, I don’t expect him to know that it
was you that I had been talking to,” ujar Nora meminta maaf kepada Chef
Iesya. Dia tidak mahu Iesya tersalah sangka. Syairul mungkin berada di hadapannya
kurang 5 minit ketika dia memusingkan belakang mencari dokumen untuk meeting
jam 10.00 pagi nanti. Dan mana mungkin Syairul dapat tahu dengan siapa dia
bebual dalam masa yang singkat.
“Your
boss really a pain in the ass, masuk ni dah kali kedua dia caught me off
guard, kita jumpa nanti ok bye,” jawab Iesya lalu meletak gagang telefon.
Geram dengan perangai President Bahrain Hotel. He thinks he’s cute by doing that.
Iesya
mendengus kecil. Dia kurang senang dengan cara Syairul. Dia mesti lakukan sesuatu.
Bukan cara Iesya bekerja mengikut telunjuk orang. Dia suka bekerja dengan
caranya tersendiri mungkin Syairul belum kenal siapa dirinya.
“Syairul you wait and see,” ujar Iesya
lalu tersenyum dia tahu bagaimana hendak mengajar Mr. smart pants seperti Syairul.
Iesya
melangkah masuk ke ruang penyambut tetamu di temani seorang lelaki muda. Dia
mengenakan dress berwarna light turquoise bersama belt off white tipis
berjenama Salvatore Ferragamo. Dia mengenakan platform off-white Louboutin
dipadankan dengan bag kulit Miu Miu warna yang sama. Iesya memang pandai
bergaya dan fashionista. She’s immaculate.
Bila dia tidak mengenakan uniform orang tidak akan percaya bahawa wanita cantik
itu kerjayanya adalah seorang Chef. Orang akan menyangka bahawa Iesya seorang
model atau seorang pengarah editor di majalah fashion terkemuka.
“I have an appointment with Mr Syairul at
12.00,” ujar Iesya sebaik sahaja berada di front desk hotel. Dia menjeling
kearah jejaka yang berdiri tidak jauh darinya lalu tersenyum. Jejaka itu
membalas senyumannya.
Penyambut
tetamu tersebut mencapai gagang telefon lalu menelefon PA Syairul untuk memberitahunya
akan kedatangan tetamu appointment jam 12.00nya.
“His PA will be fetching you in a while,
please be seated thanks,” jawab pegawai front desk lalu tersenyum.
“Ok, thank you,” jawab Iesya lalu duduk
di atas sofa bersebelahan dengan jejaka tadi.
Sepertimana
yang di katakana pegawai front desk tadi. Seorang gadis tinggi lampai berkulit
sawo matang mendekati mereka dengan senyuman yang tidak lekang dari
bibirnya.
“Fariesya,”
ujarnya tersenyum lagi.
“Yes, Nora bertemu juga kita akhirnya, well kenalkan ini peguam I, Azhar,” ujar
Iesya ramah lalu memperkenalkan jejaka yang duduk di sebelahnya kepada PA
Syairul, Nora. Mereka bersalaman.
“Iesya, dia
cuma expect you seorang sahaja yang datang,” bisik Nora kepada Iesya. Mereka
berjalan menuju kearah pintu lif khas yang menuju terus ke pejabat management.
“Ya I know,
sebab tu I sengaja suruh my lawyer represent me,” ujar Iesya selamba lalu tersenyum.
Dia tahu Syairul mungkin sudah buat arrangement for lunch appointment
dengannya. Tujuan Syairul mahu bertemu dengannya hari ini more to informal
meeting kerana dia belum memberi kata putus kepada Syairul samada dia mahu
bekerja dengannya. Tapi Iesya mahu tahu sejauh mana kesungguhan Syairul mahu
dia bekerja dengannya. Sanggupkah Syairul terima akan syarat-syarat yang bakal
di bentangkan nanti. Iesya sudah berbincang dengan peguamnya Azhar akan
syarat-syarat yang dia akan tetapkan sekiranya dia bersetuju bekerja dengan
Syairul. Dengan ini dia tidak perlu banyak berbicara, kerana dia sudah
mewakilkan Azhar bercakap bagi pihaknya.
bersambung...
No comments:
Post a Comment