Semua mata tertumpu kearah gadis cantik yang berpakaian serba
putih. Aroma dari dessert yang
disediakan mampu membuatkan sesiapa sahaja akan merasa kecur. Iesya menyirami
semi sweet coklat cair ke atas mini Royal chocolate caramel mousse dengan
tekun. Tangannya pantas mencapai sudu yang mengandungi gula icing dan digoyang perlahan
agar debu-debu icing itu jatuh cantik di atas mini mousse yang dihias dengan
beberapa butir raspberry bersama sos caramel dan daun pudina. Proses yang sama
Iesya ulangi pada setiap piring mini mousse tersebut yang terdapat dalam lebih
kurang 50 set. Semuanya Iesya lakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Irama lagu
instrumental dari dendangan Kenny G terus berkumandang di udara, sedikitpun
tidak menganggu konsentrasi Iesya. Tiada siapa yang berani menganggu Iesya
ketika dia melakukan tugasnya. Iesya melarang sesiapa yang tidak diperlukan
khidmatnya berada di dapur kerana ia akan menganggu konsentrasinya.
“Take it away,” ujar Iesya
memberi isyarat kepada assisstantnya setelah berpuas hati dengan mini Royal
Chocolate Caramel Moussenya. Iesya hanya memandang assistantnya membawa pergi
dessert yang disediakan khas untuk rehearsal majlis pekahwinan anak Dato
Iskandar. Iesya mengeluh lega. Dapur yang berselerakan di biarkan begitu sahaja.
Mujurlah dia tidak perlu membersihkan dapur. Iesya akan menetapkan syarat
kepada sesiapa yang memerlukan khidmatnya. Dan berharap syarat yang di tetapkan
itu di ambil serius. Syarat yang Iesya kenakan ialah dia tidak suka diganggu
semasa dia sedang menjalankan tugas. Irama instrumental pilihannya harus
diputarkan semasa dia berada di dapur. Bukan dia mengada-ada tapi itulah cara
dia berkerja dengan cara itu dia dapat menghasilkan mutu masakannya dengan
baik. Dia bukanlah chef biasa. Dia specialize in Pastry, cakes and chocolate.
Bukan bermakna sebagai culinary chef dia hanya pandai mencantikkan sesuatu
makanan sahaja, dia juga mampu membuatkan sesiapa yang pernah merasai hasil
kerja tangannya tidak akan dapat melupakan rasa masakannya sampai bila-bila.
Iesya tidak pernah mengambil remeh tentang kerjanya. Walaupun kerjayanya
sebagai chef artist hanya bersesuai dengan majlis perkahwinan mahupun majlis
korporat namun Iesya berpuas hati kerana jarang sekali anak berbangsa melayu
menceburi bidang culinary. Dan Iesya pernah memenangi award Gold Medal and Best
Centerpiece yang diadakan di Jacob Javits Convention Center di New York semasa
dia masih lagi menuntut di French Pastry School.
“Well done, you did it again,”
puji Dato Iskandar sebaik sahaja Chef Iesya mendekati mejanya. Iesya hanya
mampu tersenyum mendengar pujian dari Dato Iskandar. Sebagai seorang chef feedback
dari pelanggan amat dihargai. Tindak balas dari pelanggan diambil berat untuk
memastikan mutu kerjanya tidak terjejas.
Dato Iskandar merupakan pelanggan
pertamanya sejak dia pulang ke Malaysia. Perkenalan mereka adalah secara
kebetulan kerana Dato Iskandar menghadiri majlis perkahwinan anak sepupunya di
Paris di mana ketika itu Iesya ditugaskan untuk menyediakan menu hidangan
majlisnya. Dari situ Dato Iskandar bersungguh-sungguh inginkan khidmatnya
supaya menyediakan satu dessert khas untuk majlis perkahwinan anaknya di Kuala
Lumpur nanti. Pada awalnya Iesya menolak kerana dia belum terfikir lagi hendak
ke Malaysia kerana dia belum bersedia. Tapi diatas kesungguhan Dato Iskandar
itu dia berubah fikiran dan kembali ke Malaysia for good.
Setelah diperkenalkan kepada isteri
dan sahabat Dato Iskandar, Iesya duduk di sebuah meja yang tidak jauh dari dias
pengantin. Ramai yang memuji kelazatan dessert yang telah disediakannya tadi. Ada juga di kalangan
tetamu yang berminat untuk mendapatkan resepi dari Iesya. Apa yang mengkagumkan,
Iesya tidak pernah lokek berkongsi resepi kepada sesiapa yang berminat dia akan
berikan kepadanya. Ada juga yang bertanya tidak takutkah Iesya dengan memberi
resepi kerjayanya sebagai chef agak tergugat. Iesya tidak pernah berfikiran
negatif. Setiap seorang chef itu punya keistimewaannya yang tersendiri.
“Hi beautiful,”
Iesya menoleh ke arah pemuda yang
menyapanya tadi. Sebaik sahaja terpandang akan wajah lelaki yang menegurnya
tadi bibirnya mengukir senyum. Lelaki yang amat di kenalinya.
“Ah stop it Daniel, janganlah asyik
puji I tinggi melangit, lagipun I baru hendak dapatkan market di sini so
have to really work hard,” jawab Iesya bersungguh-sungguh. Iesya ambitious.
Dia mahu membuka restaurant sendiri dalam jangka masa 5 tahun. Dia akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjayakan cita-citanya.
Memang itu rancangan dan tujuannya
kembali ke tanah airnya setelah sekian lama berada di Paris. Kalau Iesya mahu
terus menetap di Paris dia tidak perlu hairan kerana Iesya punya ramai kenalan.
Tapi di Malaysia. Iesya masih lagi menapak. Dia perlukan exposure untuk terus berjaya.
Pasaran di Malaysia dan Paris tidak sama.
“You really nak settle down di
sini,” soal Daniel lalu memandang wajah ayu Iesya.
“Nampaknya begitulah,” jawab Iesya sambil
tersenyum lagi. Iesya mengalihkan pandangannya bila terdengar suara riuh di
meja berdekatan matanya tertumpu kearah meja VIP dimana beberapa kenalan Dato
Iskandar sedang asyik menyaksikan persembahan dari penyanyi terkenal yang turut
di jemput hadir.
Daniel mengangguk faham. Sebenarnya
sudah lama Iesya menyatakan hasratnya ingin menempah nama di Malaysia. Dia
ingin membuka sebuah restoren. Setiap chef mempunyai impian yang sama iaitu
mahu mempunyai restoren sendiri. Begitu juga Iesya. Dia dapat merasakan
peluangnya cerah disini. Dia lebih berpuas hati bekerja sendiri dan tidak
terikat dengan mana-mana kontrak.
“Lama di sini,” soal Iesya memandang
ke arah temannya Daniel. Temannya Daniel masih kelihatan segak dan kacak. Ramai
kenalan wanitanya tidak percaya bahawa jejaka tampan itu berusia 40 tahun
kerana dia kelihatan seperti lelaki yang berusia awal 30an. Iesya tidak
mengerti mengapa lelaki itu masih sendiri dan tidak berteman. Bukan tiada
wanita yang mahu berdampingannya dengannya ramai hanya Daniel yang tidak mahu
berteman. Iesya tidak pernah bertanya mengapa Daniel tidak mempunyai teman
wanita kerana dia tidak mahu menguris hati temannya itu. Dia sudah kenal Daniel
lama hampir ke 6 tahun. Daniel seorang teman yang baik. Selalu look out for
her.
“Nope, I got to fly back to Paris
tomorrow night, my column belum siap,”ujar Daniel lalu tersenyum.
“I’m going to miss you again,”
ujar Iesya seraya menyentuh tangan Daniel.
Daniel tersenyum lagi. Iesya memang
manja. Perkenalannya dengan Iesya sudah lebih 5 tahun. Kalau pasangan yang
sedang bercinta pasti sudah berkahwin. Tapi hubungan Iesya dengan Daniel
berlainan. Mereka bukanlah pasangan yang sedang hangat bercinta. Hubungan
mereka lebih kepada teman rapat kerena Iesya tidak pernah terfikir akan hidup
bersamanya.
“Alah mesti dapat penganti yang baru
tak percaya tengoklah nanti dalam sikit masa, you don’t even remember me,” usik
Daniel.
“Danny,
you know I don’t fall in love easily, my
career comes first,” jawab Iesya tersenyum bila temannya itu mengusik. Daniel
tahu dia pentingkan kerjaya dari bercinta. Main focus Iesya hendak membuka
restaurant dalam masa 5 tahun dan setelah berjaya baru dia fikirkan tentang masa
depannya. Love can wait. Itu motto Iesya yang di pegangnya sehingga kini.
bersambung...
No comments:
Post a Comment