Syairul mengurut dahinya perlahan.
Kepalanya terasa berdenyut-denyut lagi bila Nora meninggalkan pesanan bahawa daddynya
akan datang melawatnya besok. Bukan kerana dia tidak suka akan kedatangan daddynya
itu. Suka. Malah mereka sudah 3 bulan tidak bertemu. Maklumlah daddynya itu
tinggal di Dubai, jarang sekali Syairul melawatnya melainkan dia dikehendaki
out-station. Tapi kedatangan daddynya kali ini tanpa ditemani ibu tirinya,
Sophia. Meaning he’s here alone. Apa
yang memeranjatkannya lagi lawatannya kali ini not about business, purely holiday dan hanya mahu menemui Syairul.
Itu yang membuatkan Syairul bertambah pening kepala. Dia tidak kisah sekiranya daddynya
datang dengan ibu tirinya Sophia dan bertujuan hendak membincangkan soal
bisnes. Dia benar-benar tidak kisah. Sekurang-kurangnya ibu tirinya itu dapat
melayan karenah daddynya.
Syairul
menekan butang intercom.
“Nora,
ada Tuan Bahrain kita beritahu berapa lama dia bercuti kali ini,” soal Syairul
lemah. Dia tak nak babysit daddynya kerana dia banyak kerja yang perlu di
uruskan. Lebih-lebih lagi restaurant barunya. He’s a bit anxious.
“About
3 weeks katanya,” jawab Nora.
“3
weeks, apa dia nak buat kat sini lama-lama,” ujar Syairul terperanjat.
“Mungkin
dia rindukan you sir, maklumlah you kan anak tunggal dia,” usik Nora. Nora tahu
Syairul paling lemah kalau daddynya mahu ke Malaysia hanya untuk bertemu
dengannya. Nora pernah beberapa kali bertemu dengan Tuan Bahrain. Dia seorang
yang baik dan peramah. Tuan Bahrain masih kelihatan tampan walaupun usianya sudah
hampir ke 60-an. Segak dan bergaya. Masih kelihatan charming, kalau nak
disamakan dengan bintang Hollywood. Dia
boleh digandingkan dengan pelakon James Bond, Liam Neeson. Wajahnya sama macam
tuan muda Syairul but older version. Like father like son. Both charming.
“Yeah miss me, miss me a lot,” ujar Syairul
tersenyum tawar.
Nora
tersenyum bila mendengar komen bossnya.
“Iesya
ada buzz I,”soal Syairul. Dia tidak mahu memikirkan soal daddynya.
“Hmm
tak ada Mr Syairul, I think dia dah mula sibuk di kitchen,” ujar Nora. Dia
sedar bossnya itu sejak Iesya bekerja dia tidak senang duduk di office. Ada
sahaja yang hendak di ambil tahu. Iesya ada call tak? Ada message dari Iesya
tak?. Entahlah mungkin tuan Syairulnya itu sudah mabuk kepayang dengan chef
jelita itu. Nora tersenyum gelihati. Bossnya yang dikenalnya dahulu belum
pernah dia sekalut sekarang. Bossnya yang dahulu ramai wanita cantik yang
terkejar-kejar malah sanggup buat apa sahaja untuk membuatkan bossnya itu
membalas cinta mereka, tiada seorang pun dia ambil peduli. Ada yang sanggup bertunggu
tangga di pejabatnya. Namun Syairul tidak pernah melayan.
“Hah
apa yang buatkan awak senyum dari tadi,” tegur Syairul bila Nora tidak perasan
bahawa dia sudah berada di hadapannya sedari tadi.
Nora
tersentak bila di sergah Syairul. Nora memandang wajah kacak bossnya. Dia tidak
mengenakan jaket seperti selalu. Rambutnya tidak berapa terurus. Tali lehernya
di longgarkan. Lengan bajunya di lipat. Kenapa boss kelihatan stress? Sebab
Tuan Bahrain hendak datang?
“Tak
ada apa sir,” jawab Nora seraya tersenyum lagi. Begitulah keadaan Syairul bila
dia terlalu boring. Wajahnya selamba sahaja.
“Hmm okay,
I nak pergi tengok Iesya, siapa-siapa call cakap I ada meeting,” ujar Syairul
seraya berlalu.
“Ok
sir,” jawab Nora ringkas lalu tersenyum. Boss rindu pada buah hati rupanya.
Syairul
berpatah balik ke meja Nora.
Nora
merasa hairan? Apa pula yang dia tertinggal kali ini.
“Do you want anything from the kitchen,”
ujar Syairul.
“No sir, thanks,” jawab Nora tersenyum
lagi.
“Are you sure?,” soal Syairul ingin
kepastian.
“Yes sir, thanks for asking,” jawab Nora
cuba menahan diri dari terus tersenyum.
Syairul
menganggukkan kepalanya seraya berlalu. Nora mengelengkan kepalanya tersenyum
gelihati. Dia tidak berani senyum di hadapan Syairul tadi khuatir bossnya akan merasa
tersinggung. Dia tahu kenapa Syairul berbuat begitu, kerana dia baru dikenakan
Iesya pagi tadi. Ha baru Tuan Syairul sedar siapa yang boss sekarang.
bersambung....
bersambung....
No comments:
Post a Comment