Nora meletak gagang telefon sebaik
sahaja perasan akan lelaki yang melintas mejanya tadi adalah bossnya Syairul.
Syairul jalan terus ke bilik pejabatnya. Syairul tidak menegurnya mungkin
kerana dia berada di talian. Apa kena dia balik office? Bisik Nora dalam hati.
Selalunya kalau dia kata cuti bermakna dia tidak akan ke office lagipun dia dah
block semua appointmentnya untuk
Iesya sahaja Chef kesayangannya.
“Nora,
please come and see me,” Syairul intercom.
Nora
tersentak sebaik sahaja interkomnya berbunyi. Hmm mesti ada yang tak kenalah
ni, kalau tidak jangan mimpi dia ada di office. Apa yang Iesya buat kali ini?
Nora
mengetuk pintu pejabat Syairul perlahan dan memulas tombol pintu dan menuju
kearah Syairul yang sedang duduk menyandarkan badannya di sofa dan bukan di
kerusi pejabat tempat dia selalu duduk.
“Order for me room service,” ujar Syairul
sebaik sahaja Nora duduk berhadapan dengannya.
Nora
mengerutkan dahinya. Spontan sahaja dia merlirik kearah jam di pergelangan tangannya.
Jarum jam menunjukkan hampir pukul 4.00 petang.
“For tea?,” ujar Nadia ingin kepastian
kerana Syairul jarang memesan tea melainkan dia punya tetamu.
“Nope lunch,”
Nora
tidak menjawab. For lunch! apa dah
jadi dengan lunch appointmentnya
dengan Iesya tadi. Pasti mereka tidak ke restaurant yang di reserved. Nora
tersenyum sendiri. Tahulah dia mengapa Syairul balik ke office rupanya dia mahu
berteman.
“I know it’s late for lunch, but I need to
eat proper food,” ujar Syairul lalu menyentuh perutnya yang sedang
berkeroncong. Dia banyak meneguk kopi semasa mereka bersama tadi kentang goreng
sekeping dua dan seketul Oreo tidak mengenyangkan perutnya.
“But I had my lunch already sir,” ujar Nora
sebenarnya sudah kenyang.
Dia arif
benar dengan perangai Syairul dia tidak suka makan seorang. Dia suka berteman.
Dan orang yang menemaninya itu harus makan bersama. Dan yang peliknya dia tidak
kisah siapa yang menemaninya makan. Yang selalu menjadi sasarannya Nora.
“Then you have-,” belum sempat Syairul
menyambung ayatnya.
Pintu
biliknya dibuka dari luar. Mereka berdua menoleh kearah pintu serentak.
“Syairul dear, Syairul where have you been?,”
ujar wanita yang secara tiba-tiba menyerbu
masuk ke biliknya tanpa appointment.
“Sorry sir, Maria cari you dari pagi tadi,
I didn’t expect her to come here,”
ujar Nora seakan berbisik. Dia tidak mahu wanita itu dengar dia mengadu pada bossnya.
“Meeting,” jawab Syairul pendek dia
mengurut dahinya perlahan. Dia tidak tahu kenapa kepalanya tiba-tiba pening. Mungkin
kerana kehadiran sepupunya Maria yang membuatkan dia sakit kepala kerana
terpaksa melayan karenahnya.
“Order for me the usual,” pesan Syairul
sebelum Nora keluar dari biliknya.
Maria
sudah pun duduk bersebelahan dengan Syairul.
“Order for me too,” ujar Maria. Dia tahu
Syairul menyuruh Nora memesan makanan dari room service. Dan dia tahu benar
Syairul suka makan berteman.
“Mana
you pergi, satu hari I call your office, Nadia kata you out tapi tak beritahu I
you pergi mana,” ujar Maria seraya menyelak majalah yang terdapat di atas meja
di hadapan.
Syairul
hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu kenapa sepupunya Maria tidak pernah
berputus asa untuk tidak menganggunya. Maria benar-benar thick skin. Sudah
beberapa kali dia menolak pelawaannya namun wanita itu tidak pernah putus asa.
“Syairul,”
tegur Maria bila Syairul seakan tidak mendengar keluhannya.
“Kan
ke I dah cakap ada meeting,” jawab Syairul. Dia bangkit dari sofa lalu menuju
kearah pantry yang terdapat di belakang meja pejabatnya. Dia menuang kopi panas
ke dalam cawan lalu menyerahkannya kepada Maria. Sungguhpun dia tidak berapa
suka akan kunjungan dari Maria. Namun dia masih memberi layanan yang baik
kepada Maria. Maria might be irritating
but she’s harmless.
Maria
memerhatikan Syairul dari atas hingga ke bawah.
“Yeah right, meeting dengan polo shirt and
jeans,” sindir Maria. Dia tahu Syairul berbohong. Matanya melirik ke arah
Syairul. Syairul berpakaian casual no
matter baju apa yang dipakai, he
still look good and charming to be precise.
Syairul
tidak menafikan. Dia melirik kearah sepupunya Maria. Wanita yang tidak kurang
cantiknya. Tapi Maria terlalu kebaratan. Suka memakai pakaian yang sendat dan terdedah
sana sini hingga menunjukkan asetnya. Dan sebagai seorang lelaki dia tentu merasa
seronok dapat mengadap asset Maria. Tapi tidak pada Syairul he love woman and
lady but not a tramp. Decent clothes tidak
terdapat di dalam dictionary Maria. Entah macamanalah pekerja lelaki di
syarikatnya dapat menumpukan perhatian sekiranya bekerja di bawah jagaan Mariah.
Syairul menuju kearah wardrobenya lalu mencapai salah satu jaket stand-by
sekiranya dia ada meeting atau perlu urgent out-station.
“Buat
apa ni,” ujar Maria terperanjat bila Syairul menyerah jaket kepadanya.
“Tak
sejuk ke,” sindir Syairul lalu kembali ke kerusinya.
Maria
menjeling. Dia tahu Syairul menyindirnya tapi dia suka. Sudah lama dia cuba
menawan hati Syairul namun Syairul buat tak endah sahaja. Semacam tidak ada
hati dan perasaan. Dan tidak seperti lelaki lain pasti akan melirik kea rah
assetnya bila dia memakai baju seksi. Syairul tidak. Belum pernah sekali Maria
menangkap mata lelaki itu memandang kearah assetnya.
“Rul,
kenapa you tak suka dengan I,” ujar Maria dengan suara manja. Dia mendekati
Syairul. Saranan Syairul untuk menyarung jaket ke atas tubuhnya langsung tidak
di hiraukan. Jaket itu di sangkutkan di belakang kerusinya. Dia jalan menuju
kearah Syairul lalu duduk di atas ribanya. Syairul tidak menegah dia tidak
menoleh kearah Maria langsung kerana Maria tidak makan saman.
“Kan
I dah cakap I ni gay, you tak ingat ke,” ujar Syairul selamba lalu tersenyum.
Dia hampir tergelak bila setiap kali Maria cuba mengodanya dia akan memberi
alasan yang sama. Dia tahu Maria tidak percaya dengan apa yang dikatakannya namun
Maria tidak dapat membuktikan bahawa Syairul seperti lelaki biasa. Yang sukakan
wanita bukannya lelaki. Kadangkala Maria hampir percaya sekiranya Syairul itu ‘Gay’.
Kerana selama ini jika dia menghadiri ke mana-mana majlis belum pernah dia
ditemani mana-mana wanita selain dirinya dan Nora Personal Assistantnya. Tidak
mungkin Nora itu kekasihnya kerana Nora sendiri mengaku bahawa Syairul seorang
majikan yang serius tidak suka mencampur adukkan urusan kerja dengan peribadi.
“Don’t try to fool me Syairul,” ujar
Maria. Tidak puas hati dengan alasan Syairul. Dia tahu Syairul
mempersendakannya. Syairul tidak menjawab malah tersenyum bila Maria berkata
demikian.
“Anyway
I datang sini hendak beritahu you, I
heard that you are getting a new chef for one of your new restaurant, so you
want me to write about it,” ujar Maria lalu kembali ke sofa dia malas
hendak mendesak Syairul. Tiada gunanya. Syairul tiada perasaan.
bersambung...
No comments:
Post a Comment