“Miss Fariesya Wahyuni. I’m Nora PA
to Mr Syairul calling from Bahrain Hotel. Kindly return my call at 6336 8028
soonest possible. Thank you,” Iesya tersenyum kali ini sudah masuk empat
kali Iesya mendapat pesanan yang sama di tinggalkan di telefon rumahnya. Iesya masih
belum ada kesempatan untuk menghubungi Nora. Dia baru sahaja pulang bercuti
dari Langkawi. Sejak job pertamanya menjayakan dessert untuk majlis rehearsal
Dato Iskandar. Dia sibuk menguruskan pemindahannya dia Kuala Lumpur. Urusan
apartment dan peribadi amat meletihkan. Habis mengerjayakan semua dia terus
pergi bercuti di Langkawi. Dia baru pulang semalam. Keletihan dari balik
bercuti masih bersisa. Dia mendapat tahu telefonnya sarat dengan message dari
pelbagai restoren dan hotel untuk melamarnya.
Iesya tersenyum lebar. Dia dapat
merasakan peluang untuknya memperkenalkan diri kepada market di Malaysia sudah mendapat
sambutan yang baik. Ini bermakna peluangnya cerah. Setidak-tidaknya dia sudah
mendapat beberapa pesanan dari sebuah Hotel terkemuka di sini. Bukan Bahrain Hotel
sahaja yang menghubunginya malah Hotel Istana turut berminat ingin bekerja sama
dengannya. Entahlah Iesya masih belum membuat pilihan lagi. Dia perlukan masa
untuk memikirkannya.
Iesya menekan piping bag yang berisi cream
cheese icing ke atas lava chocalate cup cake dengan berhati-hati. Selepas itu
dia menabur kekacang badam yang sudah di hiris ke atas cream cheese icing cup tersebut.
Dia mengambil piping beg yang bersaiz kecil yang sudah diisi melt cooking
chocolate lalu membentukkan zig zag dan mengulangi proses yang sama kepada
cupcake yang berada di hadapannya. Setelah selesai. Iesya membiarkan cupcakenya
di atas meja. Sementara dia membersihkan tangannya yang terkena sisa cream
cheese dan coklat.
Iesya kembali ke kaunter lalu mencapai
mug berisi coffee yang dibiarkan sejuk sedari tadi. Dia tersenyum. Hampir
sebulan dia berpindah di Apartment Amara. Selama sebulan itu dia tidak
berpeluang berkenalan rapat dengan jirannya. Selalu juga mereka bertembung
namun mereka hanya bertukar senyuman. Apa yang Iesya tahu jiran terdekatnya
adalah seorang suri rumah. Baru hari ini dia berkesempatan untuk menghadiahkan
buah tangan iaitu chocolate lava cupcake untuk jirannya.
Syairul menekan keyboardnya kasar. Dia
memeriksa schedule yang terpampang di hadapannya. Dia berharap Nadia sudah
membuat temujanji dengan chef yang disebutnya tempoh hari. Syairul mendengus kurang
senang bila mendapati schedule minggu ini tidak tertulis temujanji telah di
buat untuk Chef tersebut.
“Nora,
you haven’t fix the appointment with that chef,” ujar Syairul serius.
“I’m
sorry Mr Syairul, till now she didn’t return my call,” jawab Nora. Dia tahu
majikannya panas baran orangnya. Syairul terkenal dengan kegarangannya. Dia
mahukan pekerjanya efficient seperti dirinya.
“What
do mean by she, you mean the chef is a woman,” soal Syairul terperanjat
bila Nora mengatakan Chef itu adalah wanita. Di akhbar tersebut tidak ada
menyebut nama Chef yang di maksudkan. Dan dia tidak menyangka Chef yang
terkenal itu adalah seorang wanita.
“Yes
Sir,” jawab Nora ringkas.
“Never
mind, please come in,” arah Syairul lalu meletak gagang telefon.
Dia mengerutkan keningnya. Chef yang
dimaksudkan adalah seorang perempuan. Syairul mendengus kecil.
“Yes
Sir,” ujar Nora sebaik sahaja berdiri dihadapan Syairul.
“Call her again tell her I want to
meet her personally at Café Vienna on Sat at 3.00 p.m. sharp,” terang
Syairul.
Nora mencatat segala pesanan bossnya
di buku kecilnya.
Iesya mengenakan tank top berwarna cream dan dipadankan
dengan skirt sutera satin berwarna sedondon. Iesya mengenakan Mary Jane pearl
platform shoes dari Jimmy Choo bersama clutch YSL putih. Rambutnya yang ikal
separas bahu di biarkan lepas. Dia mendapat pesanan buat kali ketiga dari PA
pengurus Bahrain Hotel untuk bertemu dengannya di Café Rienna. Sengaja Iesya
tidak menelefon mereka kembali kerana dia mahu melihat kesungguhan Hotel
tersebut.
“Table
for two, please,” ujar Iesya kepada penyambut restaurant.
“Any reservation
madam,”
“No,”
jawab Iesya lalu tersenyum. Dia sempat melirik ke arah jam tangannya. Kurang
setengah jam ke pukul 3.00 petang. Sengaja Iesya datang lebih awal.
“Excuse me,
boleh beritahu saya dimana meja Cik Iesya, boleh tempatkan saya berdekatan dengan
mejanya, I’m her big fan,” jawab Iesya tersenyum lagi.
“You mean
the Chef Fariesya,”
Iesya
mengangguk laju.
“Baiklah,”
“Thanks,”
Iesya di
bawa ke meja bersebelahan dengan meja yang sudah di reserved khas. Ternyata
Syairul masih belum sampai lagi. Iesya duduk sambil meneliti menu yang telah
disediakan. Kenapa dia berbuat demikian. Entahlah menurut sumber dan kenalannya
pengurus dari Bahrain Hotel ini very difficult person to handle. Jadi Iesya hendak
tengok sejauh mana difficultnya pengurus muda tersebut.
Syairul mendengus
kecil bila dilihatnya meja yang sudah direserved khas itu masih kelihatan kosong.
Dia menghampiri meja tersebut lalu duduk. Matanya melirik ke arah pergelangan
jam tangannya 3.30 petang. Namun bayang chef yang dinanti masih belum kunjung
tiba. Dia tidak suka late comers. Baginya masa itu emas. Dia tidak suka masanya
terbuang begitu sahaja. Tidak productive. Iesya tersenyum sambil menyedut fresh
orange yang di pesannya tadi. Memang betul lah apa yang di katakan Nora tempoh
hari Syairul orangnya memang difficult. Dia tidak menyangka pula Syairul begitu
muda. Umurnya mungkin dalam lingkungan pertengahan 30-an. Syairul menutup
folder kulit yang berupa fail yang dibawanya sama tadi. Dia sudah hilang sabar
kerana hampir setengah jam lamanya dia menunggu. Dia melambai kearah salah
seorang waiter yang bertugas.
“Mana cik Fariesya, tolong hubungi telefon bimbitnya katakan
saya sudah menunggunya sudah hampir setengah jam,” pesan Syairul dengan suara
tegas. Waiter tersebut hanya menganggukan kepalanya tanda faham seraya berlalu
pergi.
Sekali lagi
Iesya tersenyum. Syairul menoleh ke arah kiri mejanya dia membuah senyum sebaik
sahaja pandangan wanita jelita itu bertaut dengannya. Iesya turut membalas
senyumnya.
Tak sampai 5
minit waiter itu hampir ke meja Syairul lalu membisikkan sesuatu. Syairul hanya
tersenyum puas.
“Maaf Encik
Syairul kerana menunggu lama,” ujar seorang wanita gempal yang berpakaian chef
duduk di hadapannya. Wanita gempal itu kelihatan kurang selesa duduk di kerusi
empuk yang telah di sediakan.
Syairul
tersenyum. Inikah chef yang disebut-sebut selalu. Betulkah tangan gempalnya
berjaya menghasilkan dessert yang begitu lazat sehingga ramai pengurus Hotel
berlumba-lumba inginkannya ia berkhidmat untuk restoren mereka.
“Encik
Syairul,” ujar chef tersebut bila Syairul hanya mendiamkan diri sebaik sahaja
terpandang akan wajahnya.
“Sorry,
let’s get into business,” ujar Syairul seraya berdehem kecil. Dia membuka
folder kulit di hadapannya lalu meneliti profile Chef tersebut.
“Saya
percaya sejak nama Cik Fariesya tersiar di akhbar tempoh hari membuatkan ramai
pengurus hotel dan restoren seperti saya ingin menghubungi cik Fariesya,”
Iesya dapat
mendengar dengan jelas akan setiap butir bicara yang keluar dari mulut Syairul.
Tidak sangka Syairul pandai berbicara. Tidak hairanlah dia berjaya dalam
kerjayanya. Tengok dari penampilannya sahaja Iesya sudah dapat mengagak Syairul
seorang pemuda yang berkarisma dan business adalah bidangnya.
“Hotel kami
memerlukan seorang Chef yang berbakat seperti Cik Fariesya,” ujar Syairul lagi
sambil melirik ke arah wanita jelita yang duduk bersendirian sedari tadi.
“Jadi saya
harap cik Fariesya dapat memberikan kata putus kepada saya samada cik Fariesya
berminat bekerja dengan saya, saya sudah membaca profile cik Fariesya, di
petikan akhbar tempoh hari cik Fariesya ada mengatakan bahawa cik Fariesya
ingin mencari capital sebelum membuka Restaurant cik Fariesya sendiri, ini
adalah jalan yang baik untuk cik Fariesya mencapai cita-cita cik Fariesya
dengan bekerja sama dengan Hotel kami,” ujar Syairul panjang lebar.
Iesya hanya
menjungkitkan keningnya. Impress dengan cara Syairul. Syairul membuat homework
sebelum bertemu dengannya.
“Akan saya
fikirkan tawaran Encik Syairul,”
“Kami
tawarkan RM180k per annum sebagai gaji permulaan cik Fariesya sekiranya cik
Fariesya berminat untuk menandatangani kontrak dengan kami, kami berikan cik
Fariesya masa untuk memikirkan tentang tawaran kami, sekiranya cik Fariesya
berminat sila hubungi saya,” ujar Syairul seraya menyerahkan business kad kepada
chef yang duduk dihadapannya.
Mata Chef
gempal itu bersinar sebaik sahaja Syairul menyatakan tawaran yang dianggap
lumayan baginya. Dia mencapai card yang di hulurkan Syairul lalu menyimpan ke
dalam poket bajunya.
“Give me an
answer soonest possible,” ujar Syairul lalu berdiri. Dia menghulurkan tangannya
untuk bersalaman dengan Chef di hadapannya. Like he always do. Dia akan sampaikan
apa yang di hajatkan dan tidak akan membuang masa. Chef tersebut menyambut lalu
meninggalkan meja. Syairul menuju kearah meja wanita cantik yang duduk tidak
jauh dari mejanya tadi.
“And for
you too, my fair lady, call me when you are ready,” ujar Syairul tersenyum lalu
menyerahkan business kadnya kepada Iesya.
Iesya yang
sedari tadi tersenyum dan agak impress dengan tawaran yang dinyatakan oleh
Syairul tersentak bila jejaka kacak itu tiba-tiba duduk dihadapannya lalu
menyerahkan business kad kepadanya.
“Excuse
me,” jawab Iesya pura-pura tidak mengerti kerana terperanjat bila Syairul
tiba-tiba duduk di hadapannya.
“Nice to
meet you,” ujar Syairul seraya menghulurkan tangannya. Lambat-lambat Iesya menyambut
huluran tangannya dia tidak dapat lari lagi. Tangan mereka bertaut. Syairul
bangun dari tempat duduknya lalu meninggalkan Iesya yang masih lagi terkejut
dengan tindakannya tadi.
bersambung...
Best nak lagi boleh.
ReplyDelete