Showing posts with label ShoPaHoLic. Show all posts
Showing posts with label ShoPaHoLic. Show all posts

Friday, 5 February 2016

Anna Nucci jelly shoes

 
 
 

 
 
 
Tadi dah post Jelly Hearts! Kali lah post another jelly tapi jelly ini tidak boleh di buat makan hanya dibuat pakai! Haha..Anna Nucci Jelly Shoes..ala-ala cinderella gitu cuma cinderella pakai kasut kaca. Anna Nucci terkenal dengan pilihan kasut untuk brides sebab kasutnya banyak pilihan bling! bliing! Haha..dan aku di kategorikan yang minat benda yang bling bling..tapi tak semua lah bling..aku beli sebab cantik sangat kasut ni! Hehe dan yang penting tidak gigit kaki.
 
Pernah juga try jenama kasut Jelly Bunny tapi tak berapa suka sangat sebab jellynya agak keras sedikit dan mengigit kaki. Itu pada aku lah mungkin sebab kaki aku sensitive kot. Pada yang ok tu teruskan beli kasut kat Jelly Bunny. Banyak kasut yang cute2 dan cantik terdapat di sana. Pada yang nak lebih quality. Belilah kasut dari Melissa kerana Melissa banyak pilihan kasut jelly. Tapi kalau nak up lagi sila beli Ferragamo! Haha..so choose mana yang berkenan di hati. As for me..setakat ni Anna Nucci masih ok lagi. Cantik dan reasonable price! Bukan sahaja boleh di pakai masa santai dan weekend. Untuk majlis pun sesuai kerana apa sebab bling2....CANTIKKKKK!!!!! Ada beberapa warna tapi aku pilih hitam sebab tak terlalu jarang kot. Dan kasut jelly aku bukan seperti di atas. Tapi di bawah. Cantik tak??? Hehehe.
 
 
 
 
 
 

Michael Kors bucket bag





 

Kenapa wanita perlu banyak bag dan kasut?? Itu soalan yang seringkali di ajukan oleh kaum Adam kepada kaum Hawa. Kenapa perlu banyak bag? Kenapa perlu banyak pasang kasut? Kenapa?? Kenapa??

Awak tanya kenapa eh? Hah sekarang kita nak jawab bagi pihak kaum hawa yang suka simpan koleksi bag dan kasut macam aku..hehe. Sebabnya setiap bag digunakan pada masa berbeza. Masa berbeza? Contohnya macam aku ni ada 3 kategori bag. Pertama..bag basahan buat pergi kerja, Kedua…Weekend Bag, dan Ketiga..Bag majlis rasmi seperti jemputan kahwin, dinner atau raya. Hah tulah sebabnya kaum Hawa suka bertukar-tukar bag kan? Tak kan nak bawak bag Gucci pergi pasar kan? Tak sesuai langsung. Yelah harga bag jenama tu sudahlah mahal mana mungkin kita hendak bawak bag tu ke dalam pasar.
Ingat lagi Tote bag Marc Jacobs yang aku post kat blog sikit masa dahulu. Hah bag itu aku kategorikan sebagai bag weekend..bag hujung minggu. Sesuai di padankan dengan jeans dan waktu keluar bersantai seperti shopping atau jalan-jalan dengan keluarga.

Ok sebelum aku terkeluar subject yang sebenar ada baiknya aku cerita sikit tentang bag Michael Kors. Selain dari Tory Burch, Marc Jacobs, Kate Spade dan Coach..Michael Kors juga merupakan designer dari US yang kini semakin popular. Aku memang sukakan bag-bag yang cantik dan cute pada pandangan mata aku. Haha. So aku tak really beli sesuatu bag itu sebab ianya designer brand, dan aku juga beli ikut kemampuan diri sendiri.
So tengah boring dan bosan tak de kerja kat opis aku pun masuklah App ‘Reebonz’. Belek-belek bag yang terjual di sana. Aku memang sudah lama berkenankan bucket bag. Nak beli yang mahal-mahal tu rasanya tidak mampu lah kot hehe. So aku tengok Micheal Kors ada bucket bag dan nampak cute pulak tu dan yang paling best sangat harga dia less than S$400. Siapa tak suka ye tak? So tak hegeh-hegeh lagi aku pun terus purchased Michael Kors bucket bag. Hehe. Bag ni aku kategorikan untuk basahan kerja.

Material bag bucket Michael ni memang aku suka. Ia kulit lembut dan details dia pula kaler silver. Elok sangat lah tu. Sebab aku tak ada bag hitam yang details kaler silver.




 
 
Comel Kan!



 


 
 
 
 

Thursday, 21 January 2016

ZL colleqzion!!



Salam alaik semua..lama betul tak update blog kan..pagi ni terasa macam hendak buat lawak semasa dengan kedua-dua teman yang aku sayangi sebab dah lama tak mengusik mereka berdua ni..jadi sebelum mula buat kerja tu. Aku sibuk menaip email untuk mereka berdua. Aku ni angan memanglah banyak..hendak jadi penulis novel lah, hendak jadi usahawan lah..tapi satu pun tak dibuat haha. Mungkin hendak jadi penulis tu kata orang masih belum ada rezeki lagi kan..so rilek one corner..bab nak jadi usahawan tu pulak..idea memanglah banyak dah buat design dan ada orang nak melabur semua tapi entahlah aku belum bersedia untuk commit kot. Belum ada quality hendak jadi writer atau CEO haha!
 
Disebabkan aku pernah berangan dan ceritakan kepada 2 orang teman aku tu dulu..mereka pun ingat aku betul-betul lah nak menrealisasikan angan aku itu. Depa ingat aku tengah dok kumpul maklumat dan buat research. Aku ni pulak jenis orang yang tak berapa betul! Haha maksud aku tak betul sebab jika aku suka satu benda tu..aku akan jadi mengila tak sudah! Contohnya masa time aku tengah gila shawl Naelofar..banyak gila kot aku kumpul tudung Naelofar masa awal-awal dia launch shawl cotton basic. Bila dah banyak shawl dari jenama lain aku dah tak beli Naelofar lagi dah gila lain lak.
 
Cer..teka aku tengah mengila apa pulak? Aku ni sekarang tengah gila mengumpul telekung pulak hehe. Nak yang cantik dan selesa kalau ada orang invent telekung yang beraircon mungkin aku beli kot. Sebab sekarang tengah musim panas sejuk. Hehe. Dan kerana berkenankan corak dan material telekung tu iaitu cotton. Aku siap beli sampai 10 helai. Gila tak?? Gila kan! Tapi bukan semuanya untuk aku. (Yang sebenarnya kalau ikutkan hati memang nak semua pun sebab cantik lah sangat) Tapi aku tak hendak orang kata tak betul lah pulak maka terpaksalah aku pilih mana yang berkenan barang sepasang dua dan selebihnya aku ingatkan hendak jadikan sebagai gift hari lahir untuk teman rapat dan yang sewaktu dengannya. Ok kan hadiahkan telekung.

Aku pun saja lah menaip email pada si teman-teman. Bunyi emailnya begini...siap ada Iconnya sekali..

Assalamualaikum..Selamat Pagi Datinz…
Saya hendak mempromosi seleksi exclusive sulung dari BooTique ZL
 
Soft launch…Bukan shawl instant! Bukan jubah! yang menjadi pembuka rasmi ZL.
Akan tetapi????
Telekung yang menjadi pilihan perasmian ZL
 
Ianya Simple…elegant…chantique!!!!! Jika tidak Cool..chic..classique bukanlah tema kami..
Dan juga bukan keuntungan sahaja yang dicari ZL. ZL juga memberi keuntungan dan kepuasan memiliki seleksi exclusive kami untuk para pelanggan yang kami sayangi, kerana telekung yang dipilih adalah hand pick dari team ZL.
Yelah jika kita keluar dating pasti kita akan memakai baju yang cantik2 untuk membuat sang kekasih atau para suami merasa senang hati.
 
Begitu juga jika kita mengerjakan solat…kita juga harus memakai telekung yang bersih dan cantique.  Ye Tak?
Telekung dari kain jenis cotton Jepun, Paris dan Rayon menjadi pilihan…bukan sahaja cooling..design juga Chic dan Clasique…..
Jadi jangan tunggu lagi nanti ketinggalan rebutkan peluang untuk memilikinya sekarang selagi stok masih ada!!!!!
Siapa ZL?? Siapa ZL???? Oh! ZL Colleqzion barulah chantique! Hugs!!
 
 
 
Hantar sahaja email member terus reply "Alhamdullilah Congrats!!!" Aku tahan ketawa bila lihat wajah member bersungguh-sungguh ketika ucapkan tahniah. Kebetulan aku ada bawak 2 pasang telekung sebab dah janji nak tunjuk kat kawan tempat kerja telekung yang aku kata cantik sangat. Aku kata pada Liza, aku cuma bergurau je masa hantar email tu bukan wujud pun butik ZL tu. Last-last dia dok berkenan nak beli, mintak kita jual kat dia pulak. Hehe. Aku dah agak dah! Kalau aku kata barang cantik mesti cantik nye tak tipu. Last-last depa siap mengecek mintak aku jual kat dia. Hissh. Tak jual kesian lak sebab dia dah tunjuk muka kucing zorro dalam cerita 'Shrek' tu. Dia siap kata jangan malu-malu nak jual. Ler..memang aku tak nak jual telekung 10 helai tu, sebab itu koleksi aku untuk beri gift bday kat teman-teman atau sedara mara. Memang tak de niat nak jual pun sebab bila pikir kalau jual aku terpaksa mark-up harga tinggi untuk sehelai telekung. S$50 gitu. Pada aku lah, mahal sebab orang tu jual harga biasa bukan harga wholesale dengan aku. Sedar tak sedar 4 orang berkenan nak beli. Lihat kesungguhan dan wajah kesian depa maka koleksi aku yang 10 helai tu tinggal 6 sahaja. Itupun 2 set untuk aku, so tinggal 4. Hehe takpe. Alhamdullilah dapat gak jadi usahawan walaupun 5 minit je. Jadilah kan! Hehe.
 
 
 
 









 

Thursday, 11 June 2015

Shawl Instant


Assalamualaikum…dah lama tak update shopaholic ni..bukan kerana tak bebelanja tapi macam malas nak tangkap gambar haha..masa aku dah mula pandai mengenakan shawl panjang dan bukan tudung empat segi lagi. Aku gila-gila mengumpul pelbagai warna shawl panjang. Selendang dari Zawara, Humaira, tudung people dan Sugarscarf semua aku terjah.






Tapi semenjak tudung segera sudah di perkenalkan di pasaran..aku mengila borong tudung instant dan semi instant pulak. Naelofar dan Shawl House antara tudung favorite instant aku hehe..bukan apa mudah ler sesangat. Masa pegi kerja aku suka pakai tudung instant sebab mudah hendak ambil wudhuk kat opis. Tarik tudung lepas tu sarung balik. Tak ke senang bunyinya. Tak yah nak belit sana belit sini. Pin sana. Pin sini. Nak kena lincah dan pantas. Malas nak dok lama mengadap cermin kat tandas membetulkan selendang. Silap mengayakan selendang dah tak senonoh jadinya ‘bad shawl day’ huhu. So, aku sibuk mengumpul Shawl instant dari Shawl House dan yang terkini aku dapat tahu ada tudung 2 muka, tak tahu siapa yang invent tudung 2 muka tu tapi Masha Allah best ler sesangat. Yippeee!!! Bukan sahaja labuh, mudah untuk dipakai dan selesa..dan tak nampak macam aku pakai tudung instant..Two thumbs Up!! Aku main order kaler mana yang aku berkenan, samada matching dengan baju ke tak itu belakang cerita yang penting aku ada lain-lain kaler buahahahaha..
2 muka yang aku beli ada dua jenis material iaitu chiffon lembut dan shimmer. Tapi yang kat gambar aku pakai material 'shimmer' plain warna hitam..memang best pakai shawl ni tak jarang tak perlu pakai inner ninja..kalau hendak kelihatan kemas. Pinkan sahaja brooch di kiri dan kanan. Kalau tak nak pun boleh sebab tudung ni memang labuh.. Hee..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 28 November 2014

Levi's!!!


 
 




Assalamualaikum dan salam jumaat semua!!!

Lama kan aku tak update Blog! Haha tengah kering idea maka tak ada apa yang hendak aku paparkan disini. Tapi hari ni aku ada benda hendak share kat ruangan Shopaholic haha. Setiap jumaat pergi kerja dress down. Bila dah dress down apa lagi yang aku cari. Jeans!! Haha tapi sejak dah bersaiz cute ni susah betul hendak cari size. Itu yang lemah semangat. Sudahnya pakai jeans yang sama aje. Boring kan! Nak dapatkan size yang cute cam aku ni kena pergi jenguk Mark & Spencer atau Dorothy Perkins. Bukan hendak sangat shopping kat kedai-kedai macam tu pun, tapi oleh kerana kat situ je yang ada size cute macam aku. Hampeh! Kalau Mark & Spencer harga baju dan seluar jika pricetagnya tak cecah S$100 tak sah. Terkejut-terkejuts aku tengok harga demo. Dorothy Perkins lak oklah harga tapi still mahal bagi aku. Hehe yelah harap label aje tapi tak semua kualitinya bagus. Jeans kat DP tidak semua materialnya/denimnya berkualiti. Tak semua Ummmphhh! So-so aje.

Nak dijadikan cerita, satu jumaat yang lalu..teman kerja Mardi pakai jeans. Cantik dan kemas sangat, materialnya pun nampak bagus sangat. Maka aku pun compliment cakap jeans yang di pakai cantik sangat, beli kat mana tu? Sebab Mardi ngan aku lebih kurang cute jugaklah cuma aku lagi cute dibandingkan Mardi haha. Mardi kata dia beli jeans dari butik Levis. What! Levis ada ke saiz cute macam kita ni? Aku tanya kat Mardi. Katanya ada. Maka keesokan harinya, hari sabtu aku pun pergi lah singgah butik Levis sebab dah semangat nak cari sepasang jeans Levis ni hah. Sampai dengan semangat waja. Salesgirl kata size paling besar 14/32. What!!! Depa kata size untuk orang cute miut cam aku kena beli range 'curve'. Ceh tak puas hati lagi tu maka dengan cekal hati aku pergi satu lagi butik kat Checkpoint tanya depa ada size 16/33 tak?? Depa kata size kat Spore paling besaq size 14/32. Hampa dan kecewa hati beta mendengarnya.
 
 

Aku ni orangnya kalau dah berkenan memang tak akan stop kat situ aje..maka aku gatalkan tangan gi internet cari Levis butik kat mana ada size aku..huhu..so aku berhenti kat Levis US online. Tekan sana tekan sini..aku terus masuk ‘clearance sale’. Haha. Kalau regular price mahal noh. Mula-mula biasalah aku suka add-add kat bakul sebab bukan sahaja ada size yang aku cari, cantik gila noh original Levis lagi. Kononnya nak beli tapi hati masih tak confident sebab takut kalau dah beli size terkecik tak ke rugi aku. Tapi bila dah tenung lama-lama macam memanggil-manggil lak jeans-jeans tu suruh aku beli. Haha maka dengan cekal hatinya aku purchased sampai 4 pasang! Hah ambik kau! Tak agak2 sekali beli sampai empat pasang. Satu hitam skinny jeans. Satu curve skinny jeans dan 2 pasang straight cut. Apa taknya harga nye setelah tukar mata wang di tolak dan di bahagi sepasang dalam S$80+ tak ke best gitu. Banyak pilihan lagi noh! Kalau kat Singapore koman-koman sehelai jeans levis S$160++ itupun tak banyak pilihan untuk size cute. Ini rambang mata tengok sebab tu sampai terbeli 4 pasang. Dalam hati berdoa dan tawakal moga dapatlah aku pakai jeans tu semua sebab takut size terkecik atau terbesar.

Alhamdullilah setelah menunggu hampir 2 minggu lamanya. Express juga, aku ingat dapat awal bulan 12. Tup-tup dah sampai. Dengan berdebar-debar berserta bismillah aku bukak package Levis. Minta-minta cantik dan aku boleh pakai. Alhamdullilah kesemua empat pasang tu jeansnya cantik ler sesangat dan aku boleh pakai dan selesa.

Cakap tak guna meh tengok gambar. Hehe.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, 20 October 2014

Hijabs...jubahs..oh my!!




Assalamualaikum…ni lah dilemma orang perempuan ni kan?? Pantang nampak benda-benda yang cantik mesti nak beli kan..kan..kan!! Angguk kepala kalau setuju! Macam aku lah..once dah hook there’s no way to turn back..

Itu hari gila cari kasut kat online..sekarang ni aku tengah gila cari selendang dan dress pula..ini semua gara Puan Wati kita lah..aku sebenarnya tak lah suka melawa ke tempat kerja sebelum ni..aku ni jenis wanita yang sempoi orang kata..haha sampai orang tak percaya bila aku kata aku kerja kat opis..haha apa tak nya apparel macam orang kerja kat gerai..oppss no offence jangan ambik hati noh..ntah2 orang kerja kat gerai lebih fashionable dari aku. Senang kata tak suka orang notice aku lah..hehe ‘under the radar’ kata Yana tentang diri aku ni hah. Sejak si Wati promote hijab dan baju dari kedai kawan dia..sedikit sebanyak aku termakan juga ngan promosi dia..support kawan belilah selendang barang sehelai dua..selendang tu bawak balik rumah simpan kat satu corner..tak de maknanya aku hendak guna..

Wati selalu ngomel cakap aku tak stylish??..tak fashionable lah?? Dressing macam makciklah sebab aku selalu pakai tudung empat segi biasa. Aku masih leh buat muka toya bila dia komen begitu..sebabnya satu..aku malas! Yes malas hendak melawa. Haha dia tak tahu bila time aku tengah rajin nanti jeles pula dia nanti..hehe ini bukan perasan..ini kenyataan..aku ni ada mood..kalau mood nak melawa..aku really dress up from head to toe! Semua nak matching-matching..bag dan kasut pun nak kena match sama warna..Haha itu lah aku, kalau nak tahu..jangan fikir orang berbadan ‘cute’ macam aku ni tak ada styled..tunggulah sampai mood stylo milo aku dah mai..gigit jari aku di buatnya. Sebab budget mesti lari nye..bulan ni aje dah banyak selendang aku beli dan dress dari Bella Hijab..hehe promote sikit kedai kawan si Wati tu..kalau nak tengok tu singgahlah kat FB dia.

Cuma sekarang ni aku tengah ‘Aim’ hendak shopping sakan kat Bella Ammara haha!! Hampir kesemua dress dan koleksi telekung yang di jual di butik Bella Ammara aku berkenan le sesangat..nasib baiklah hang tu jauh Bella. Kalau tidak aku leh bukak buku tiga 5 kat kedai hang dan jadi pelanggan tetap haha..Sebenarnya Bella ada website..tapi aku jenis suka tengok dan rasa material nye orang..haha maka setakat tengok kat komputer tak puas..hehe cerewet lah pulak... Insha Allah bulan Dec nak singgah kat Butik Bella Ammara bila aku ke KL nanti..

Aku suka sangat dengan telekung basic XL dan Tiara jubah..sungguh cool. chic and classic. Eh macam penah dengar aje slogan tu..hehe..meh kita mencuci mata tengok koleksi jubah dari Bella Ammara dan beberapa online boutique yang menjadi kegemaran aku di tika dan kala ini..sayang sekali jubah koleksi dari LisaAdam tak dapat hendak di tunjukkan di sini kerana dia tak ada website..nak kena add dia dalam FB atau instagram..
 
Koleksi dari Bella Ammara

 
 


 
 
 
Dari koleksi selendang pula..aku suka dari butik tudungpeople
 
Koleksi dari Butik TudungPeople
 

 
So siapa tak geram kan tengok jubah..selendang dan telekung yang cute to the max kan!
 
 
 
 
 

 

Tuesday, 23 September 2014

Shoes..shoes more shoes..





 
Assalamualaikum...lama bebenor tak update ruangan shopaholic ni..hehe sejak dua menjak ni tengah gila kasut pulak..hehe aku tak berapa suka akan kasut yang ber heel..almaklumlah tak reti hendak berjalan lemah gemalai seperti wanita melayu terakhir..sudah menjadi kebiasaan jalan laju gitu..kerana tiap-tiap hari asyik nak kena rush kerana mrt lah ni tak boleh diharapkan sangat lembab mengalahkan siput..jadi kasut pilihan aku lebih kepada kasut flats..hehe favorite gitu..bila time free masa lunch tu aku pun sibuk mencari kasut di online..Puan Shah kita kata dia selalu beli kasut online dari Zappos..nak juga mencuba beli kasut dari online. Maka dengan confident dan cekal hatinya aku pun gi lah website Zappos. Hah kau..rambang mata oden dibuatnya kerana tersangat lah banyak flats yang cute-cute dan cantik belaka..brand kasut yang di jual di Zappos pun best-best jugak..ada Calvin Klein..Melissa..Tory Burch...Ralph Lauren..Ted Baker..Kate Spade etc..etc kalau nak yang up-market Salvatore Ferragamo pun ada noh..menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai dan review orang-orang yang pernah beli kasut dari Zappos ni mereka kata kasut Zappos semuanya original..so tak perlu khuatir atau pertikaikan keaslian kasut tersebut. Ini yang buat lebih confident untuk membelinya kerana harga kasut di Zappos boleh tahan bagus juga kerana harganya murah berbanding beli dari butik jenama itu sendiri. Murah tu tak lah murah sampai 50% nya discount. Tapi kalau bernasib baik ketika niat hendak membeli tengah time musim clearance ah tu dah kira rezeki andalah. Kebetulan masa niat nak shopping kasut tu tengah clearance sales Zappos so apa lai seronok mengadap Zappos mencari kasut yang berkenan di hati. Hehe angan-angan tu nak beli flats Ferragamo tapi bila masa clearance kasut flat tu berharga US300 lebih terencat hamba hendak membelinya dan terpaksa matikan niat hendak memiliki kasut SF ni..tak mampu nak membelinya huhu..tak apalah mimpi pakai kasut tu dalam tidur pun jadilah..aku ni memang suka window shopping haha konon-konon nak beli itu ini..then tiba masa aku tak beli haha sebab sayang nak bazir duit atau keinginan aku tu tinggi dan aku tak mampu memilikinya hehe..so dapat tengok atau mimpi pun jadilah..hehe

Ok back to kasut flat yang aku beli dari Zappos..Hati ni dah berkenan pada flats Coach berwarna hitam..tapi mata plak tak lepas dari menjeling pada flats Ralph Lauren..hmm aku budget tak hendak spend more than S$200, ini harga termasuk shipping tau. So all-in aku tak hendak spend lebih dari S$200. Hehe. Hendak kan quality tapi harga yang tak buat kocek aku berlubang..ok kan..

Akhirnya aku pilih Ralph Lauren sebab kasut kulit dan cute sangat manakala Coach hanya canvas mana lebih berbaloi hehe..so bila dah decide..buat lah conversion gitu gini. Molek sangatlah sebab harga Ralph Lauren yang discount harga tu bila dah convert to SGD tak sampai 70 dolar..wah ade chance untuk tangkap satu lagi flat haha..naik juling mata memilihnya..mana yang berkenan di hati aku semuanya harga over budget hissh sedih betul..

 
 
Bila terasa nak give up...tertiba mataku terpaut pula pada kasut yang berjenama Jack Rogers..tak penah dengar pulak sebelum ni..tapi kasut tu macam cute je..macam comel je dan harga dia pun macam cantik je..maka aku pun purchased kedua-dua kasut tu. Iaitu Ralph Lauren dan Jack Rogers..dan alhamdullilah setelah 2 minggu menunggu akhirnya kedua-kedua kasut tu tiba. Aku memang berpuas hati dengan kasut yang aku beli dan juga berpuas hati dengan customer service Zappos mereka memang efficient bila aku purchased terus dapat email confirmation dari mereka. Dan disebabkan aku tersalah tulis biling address Customer Service mereka menghantar email on the spot untuk aku clarify atau buat pembetulan..very good..dalam hati tu ada sikit cuak lah sebab colleague aku pernah beli kasut Melissa kat online then bila tiba kasut tu terbesar saiz pulak..dah melayang duit kawan tu 160 dollar tu..aku takut kasut terkecik atau terbesar pulak..nervous beli kasut yang tak boleh try on ni..tapi alhamdulilah aku sungguh berpuas hati kerana kedua-dua kasut itu aku boleh pakai..dan yang penting sekali aku suka sekali kasut2 tu..hehe very cute...




 
 
Lah ni aku baru dapat tahu bahawa Zappos ada adik syarikat..dengar-dengar harga kasut di situ lagi murah dari Zappos kerana harga outlet..kalau hati teringin nak beli lagi aku hendak singgah syarikat adik Zappos tu.. sesiapa yang hendak beli kasut online gi lah lelaman adik Zappos.. 6pm.com tak caya gi lah..

Selamat bershopping!!!
 
 
 
 
 
 

Saturday, 22 February 2014

Pandora

 
Pandora meh aku ceritakan sedikit mengenai makna di sebalik nama Pandora tu. Menurut mitologi greek. Pandora adalah nama kepada seorang manusia yang di beri tugas untuk menjaga kotak yang di beri oleh Zeus dan Pandora tidak di benarkan untuk membuka kotak tersebut dia ditugaskan untuk menjaganya sahaja. Dan kerana Pandora ingin tahu apa yang terkandung di dalam kotak tersebut maka kotak itu dibuka dan dia telah melepaskan kesemua kejahatan selain daripada malapetaka dan penyakit, yang terdapat di dalam kotak itu dan hanya meninggalkan kebaikan iaitu Harapan di dalam kotak tersebut sebaik sahaja dia telah menutupnya.
 
  
 
Jadi bila teman sekerjaku membeli bracelet Pandora aku bertanya padanya samada dia tahu akan makna di sebalik Pandora. Ternyata dia clueless. Jarang sekali bila kita membeli sesuatu kita ingin tahu akan origin, makna atau sejarah disebalik produk atau barang tersebut betul tak? Nampak cantik dan berkenan di hati ikut bujet beli. Tapi bila temanku bertanya apa yang aku faham dan tahu mengenai Pandora aku ceritakan kepada dia tentang di atas. Terdapat beberapa versi mengenai Pandora. Ada yang mengatakan Pandora adalah nama kotak yang berisi perkara-perkara yang jahat mengikut classical greek mitologi. Jadi aku sedikit musykil kenapa barang-barang cantik seperti charms di beri nama Pandora. Mungkin itu daya tarikannya.
 
So last Thursday sudah terlanjur berada di Raffles Link aku dan Liza singgah ke butik Pandora. Pada awalnya hanya hendak tengok-tengok apa yang big deal sangat tentang Pandora ini. Di dalam kaca display yang terdapat di dalam butik Pandora itu kami jenguk-jenguk charms dan juga bracelet. Okay baru aku mengerti mengapa wanita begitu teruja bila terpandang akan keunikan dan kecantikan charms yang terdapat di butik Pandora.
 
 
 
 
 
Setiap charms yang terdapat di bracelet menceritakan tentang si pemakai. Teman sekerjaku menunjukkan aku akan charms yang terdapat di Pandora braceletnya menyuruh aku meneka akan maksud di sebalik charms yang di beli atau di perolehi. Aku dapat menekannya hampir tepat. Di braceletnya terdapat charms berbentuk bunga, dress, kad valentine, bentuk hati dan murano beads berwarna pink. Aku mengatakan bahawa bunga itu menyatakan bahawa dia sukakan bunga begitu juga dress dan kad valentine dan bentuk hati adalah pemberian dari suami sempena hari kasih sayang dan charm berbentuk hati tanda cinta suaminya pada isterinya dan murano beads menyatakan bahawa warna kegemarannya adalah warna pink.
 
 
 
 
 
 Jadi bila aku berada di Pandora hati mula berkenan pada charms unik yang terdapat di sana. Harga silver bracelet Pandora sahaja S$124.00. Dan harga setiap charms dan accessory seperti clip dan decorative chain diantara S$50 hingga $300 ke atas. Jadi jika hendak memenuhkan gelang itu harus bebelanja lebih kurang dalam seribu. Wow..aku dan Liza mengatakan kami terpaksa membeli satu charm setiap bulan untuk melengkapkan koleksi pada bracelet kami kerana hendak beli sekaligus tak mampu. Hehe. Buat masa ni hanya boleh cuci-cuci mata tengok kecantikan dan keunikan Pandora charms bracelet. Bagi yang tidak begitu meminati memakai gelang emas tapi mahu kelihatan elegent dan mahu memakai accessory boleh mendapatkan Pandora. Pasti anda teruja melihatnya lebih-lebih lagi kepada peminat charms bracelet.
 
Alhamdullilah akhirnya dapat juga gelang Pandora yang aku idam-idamkan selama ini. Pilihan warna yang aku pilih light blue..ikut bulan lahir aku. Dan aku rasa koleksi charms yang aku ada sudah mencukupi tak perlu di tambah lagi. Ni pun makan belanja hampir 3k. Kalau Mr. Sam tahu pasti dia pekik kat aku. Hehe. Kalau nak tambah jugak aku hanya perlu beli murano glass beads warna lain jika aku gatal hendak padankan dengan baju yang aku pakailah. Hehe.

 








 
 
 

Marc Jacobs nylon tote bag

Setiap kali anak saudara aku Ria travel tempat jauh seperti Europe atau US. Pasti dia akan memberitahu aku jika aku hendak kirim belikan barang dari sana. Hehe kalau ada rezeki untuk aku belanja lebih time dia tanya tu. Aku tidak lepaskan peluang mengirimnya. Yelah tak kan hendak kirim pakai mulut aje tapi tak beri duit kan? Mesti ada ongkosnya baru berani hendak mengirim. Betul tak? Jadi bila dia kata minggu ni dia akan terbang ke New York aku dan bujet aku ada pula. Maka dengan tidak berlengah lagi aku menyuruhnya belikan aku Marc Jacobs nylon tote bag. Hehe. Macam koleksi bag aku kat rumah tak cukup kan. Maklumlah orang perempuan bag mesti bermacam dan beraneka. Pelbagai saiz mengikut keadaan dan tempat yang kita hendak pergi. Bila aku cakap kat kak ngah suruh anak dia beli bag MJ. Dia kata bag apa lagi kali ni aku nak beli. Aku cakap aku nak weekend bag. Haha. Tu dia. Kan ke aku cakap bag mesti sesuai dengan hari yang hendak aku gunakan. Bag untuk kerja lain, bag untuk wedding dan hari raya lain, bag weekend pun lain. So far bag weekend yang aku ada Naraya, kipling, Le Sport Sac, various Coach tote bag dan Coach Hampton sling bag dan my precious Prada tote bag sebab lobang kocek aku hendak mendapatkan Prada tu so tak boleh selalu ku gunakan sayang. Naraya, kipling, Le Sport Sac more to sporty bag. Dan yang elegant sikit Coach Hampton sling bag. Jadi aku tidak ada weekend bag yang boleh ku gunakan untuk weekend bila feeling-feeling hendak pakai weekend bag yang agak berjenama seperti Marc Jacobs haha.
 
Sebelum tu aku pergilah survey kat Butik Marc Jacobs tengok saiz apa yang ada dan berapa harganya di sini. Last Thursday Liza ajak aku keluar after work sebab dia dah mengidam sangat nak makan waffle kat Gelare. Since kita pergi ke Raffles Link. Aku ajak dia pergi MJ Butik kat sana dan kita singgah juga kat Pandora..haha ni nanti aku cerita kejap lagi. Sekarang ni kita focus kat MJ. Jadi aku tanya salesperson MJ. Ada berapa saiz untuk tote bag yang aku berkenan tu. Di display ada plain MJ yang aku rasa saiznya besar dan yang bercorak aku rasa saiz medium. Dan memandangkan aku tak hendak bag terlalu besar dan hendak yang sedang-sedang maka aku tanya salesperson tu yang plain saiz apa dan yang bercorak saiz apa. Dia kata yang plain saiz medium dan yang bercorak saiz kecil. Okay besarnya saiz medium dia jadi aku dah tahu saiz apa yang aku hendak boleh beritahu Ria nanti. Dan harga size kecil MJ nylon tote bag itu S$300.00. Semua dah aku inform kat Ria, kerana menurut Ria bag berjenama US seperti MJ, Michael Kors, Tory Burch dan Kate Spade boleh di perolehi dengan harga murah dari Singapore. Maka aku suruh dia belikan untuk aku hehehe. Insha allah ada rezeki aku dapatlah bag yang aku hajatkan. Amin.
 
So meh tengok bag MJ yang aku teringin nak beli tu.
 
 


 


Aku suruh Ria belikan bag yang seperti di atas warna dark grey supaya senang hendak match dengan warna baju. Haha tapi kalau ikutkan hati macam nak beli warna lain-lain tu juga.