Assalamualaikum dan salam jumaat semua!!!
Lama kan aku tak update Blog!
Haha tengah kering idea maka tak ada apa yang hendak aku paparkan disini. Tapi
hari ni aku ada benda hendak share kat ruangan Shopaholic haha. Setiap jumaat
pergi kerja dress down. Bila dah dress down apa lagi yang aku cari. Jeans!!
Haha tapi sejak dah bersaiz cute ni susah betul hendak cari size. Itu yang
lemah semangat. Sudahnya pakai jeans yang sama aje. Boring kan! Nak dapatkan
size yang cute cam aku ni kena pergi jenguk Mark & Spencer atau Dorothy
Perkins. Bukan hendak sangat shopping kat kedai-kedai macam tu pun, tapi oleh
kerana kat situ je yang ada size cute macam aku. Hampeh! Kalau Mark &
Spencer harga baju dan seluar jika pricetagnya tak cecah S$100 tak sah.
Terkejut-terkejuts aku tengok harga demo. Dorothy Perkins lak oklah harga tapi
still mahal bagi aku. Hehe yelah harap label aje tapi tak semua kualitinya
bagus. Jeans kat DP tidak semua materialnya/denimnya berkualiti. Tak semua
Ummmphhh! So-so aje.
Nak dijadikan cerita, satu jumaat
yang lalu..teman kerja Mardi pakai jeans. Cantik dan kemas sangat, materialnya
pun nampak bagus sangat. Maka aku pun compliment cakap jeans yang di pakai
cantik sangat, beli kat mana tu? Sebab Mardi ngan aku lebih kurang cute
jugaklah cuma aku lagi cute dibandingkan Mardi haha. Mardi kata dia beli jeans
dari butik Levis. What! Levis ada ke saiz cute macam kita ni? Aku tanya kat
Mardi. Katanya ada. Maka keesokan harinya, hari sabtu aku pun pergi lah singgah
butik Levis sebab dah semangat nak cari sepasang jeans Levis ni hah. Sampai
dengan semangat waja. Salesgirl kata size paling besar 14/32. What!!! Depa kata size untuk orang cute miut cam aku kena beli range 'curve'. Ceh tak
puas hati lagi tu maka dengan cekal hati aku pergi satu lagi butik kat
Checkpoint tanya depa ada size 16/33 tak?? Depa kata size kat Spore paling
besaq size 14/32. Hampa dan kecewa hati beta mendengarnya.
Aku ni orangnya kalau dah
berkenan memang tak akan stop kat situ aje..maka aku gatalkan tangan gi
internet cari Levis butik kat mana ada size aku..huhu..so aku berhenti kat
Levis US online. Tekan sana tekan sini..aku terus masuk ‘clearance sale’. Haha.
Kalau regular price mahal noh. Mula-mula biasalah aku suka add-add kat bakul
sebab bukan sahaja ada size yang aku cari, cantik gila noh original Levis lagi.
Kononnya nak beli tapi hati masih tak confident sebab takut kalau dah beli size
terkecik tak ke rugi aku. Tapi bila dah tenung lama-lama macam
memanggil-manggil lak jeans-jeans tu suruh aku beli. Haha maka dengan cekal
hatinya aku purchased sampai 4 pasang! Hah ambik kau! Tak agak2 sekali beli
sampai empat pasang. Satu hitam skinny jeans. Satu curve skinny jeans dan 2 pasang straight cut. Apa taknya harga nye setelah tukar mata wang di tolak dan
di bahagi sepasang dalam S$80+ tak ke best gitu. Banyak pilihan lagi noh! Kalau
kat Singapore koman-koman sehelai jeans levis S$160++ itupun tak banyak pilihan
untuk size cute. Ini rambang mata tengok sebab tu sampai terbeli 4 pasang.
Dalam hati berdoa dan tawakal moga dapatlah aku pakai jeans tu semua sebab
takut size terkecik atau terbesar.
Alhamdullilah setelah menunggu
hampir 2 minggu lamanya. Express juga, aku ingat dapat awal bulan 12. Tup-tup
dah sampai. Dengan berdebar-debar berserta bismillah aku bukak package Levis.
Minta-minta cantik dan aku boleh pakai. Alhamdullilah kesemua empat pasang tu
jeansnya cantik ler sesangat dan aku boleh pakai dan selesa.
Cakap tak guna meh tengok gambar.
Hehe.
No comments:
Post a Comment