Assalamualaikum…
Jumaat lalu aku join Wati and
gang lunch jauh sikit dari tempat biasa. Haha..diaorang kata nak makan di
Yellow Submarine..Wah!! Aku terus dengan tak malunya cakap nak join sama
haha..Masa temankan ngah pergi MUIS sebulan yang lalu aku stop kat Toa Payoh
Station sebab MUIS dari Toa Payoh kalau naik taxi dekat sikit. Dapat tahu
Yellow Submarine ada kat Toa Payoh jugak..tu yang kononnya nak gi sana sebab
tak pergi try makan kat Yellow Submarine. Tapi hajat tidak tercapai sebab tak
tahu mana Cafenya terletak..jadi bila Wati kata dia nak makan kat Yellow
Submarine aku pun tanyalah kat mana ada YS lagi selain dari Toa Payoh. Dia kata
ada kat Bugis. Hah! Tak tahu pun. Wah ni dah kira cantik. Bugis ngan opis aku
tak jauh dua station away je.
Aku dapat tahu tentang Yellow
Submarine pun bila ada teman post makan kat FB depa cakap Yellow Submarine
ala-ala Subway dan ianya ‘halal’. Wah best-best! Aku memang suka sangat makan
sandwich. Kat Singapore Subway tak halal jadi bila teringin nak makan Subway
terpaksalah ke JB dan outlet paling dekat kat City Square.
Jom kita tengok menu kat YS.
Menurut Yati dia suka Philly
sandwich dan menurut budak yang menjaga kaunter YS pun dia recommend Philly
sandwich. So aku pun order lah set meal YS. Iaitu Beef Philly sandwich yang
datang bersama cheese fries dengan soft drink. Kena dalam harga S$10++ sebab
aku pilih air minute maid orange.
Burp! Alhamdullilah..akhirnya
dapat juga merasa YS. So tiba masanya untuk beri review. Haha. Size YS sandwich
tidak sebesar Subway. Dan YS tak ada choice of bread seperti di SW. Yang
membezakan di antara SW dan YS. Subway kita boleh pilih sayur-sayur dan sos
untuk sandwich kita. YS tak! Pada aku YS sandwich rasanya ok-ok sahaja. Yang
aku suka adalah cheese friesnya.
No comments:
Post a Comment