Assalamualaikum wbt..
Time-time cuti sekolah ni yang
buatkan para ibu bapa pening memikirkan tempat mana hendak di bawa anak-anak
keluar berjalan betul tak???..Untuk orang macam aku yang menjadi bendahari di
rumah maka aku di tugaskan untuk memplan semua yang berkaitan dengan financial.
Haha..kita hendak pergi bercuti atau beriadah tapi berbudget camne eh??? Lebih-lebih
lagi aku ni dok kat Singapore..rasa-rasanya ada ke tempat yang berbudget dan
fun??? Kalau ada tempat yang tak yah berbayar lagi aku suka..tapi sedihnya di
Singapore ni semua berbayau..kalau tempat yang berbayau tu murah tak pe lah
jugak kan..ini tidak aku bukan kedekut tapi berbudget ok..lagipun masa aku
kecik-kecik dahulu mak dan abah tak suka manjakan kami sangat..so aku pun
teruskan parental guidance dari mereka..katanya biar anak kita berdikari dan tidak
suka meminta-minta..sesekali beri tak apa jangan selalu..ok gak cara mereka tu
kan..aku dulu kalau nak apa-apa kumpul duit dari duit saku sekolah tak suka
menyusahkan mak bapak..ada duit beli tak ada diam tak banyak bunyi..
Dok di Singapura ni tak boleh
ponah duit ikut sesuka hati kerana sana sini gunakan duit kat sini tak de nye
yang percuma..
Kalau di BP..aku dah cadang dan
plan macam-macam kat kakak aku. Buat BBQ kat rumah ke? Pergi piknik kat air
terjun ke? biar bebudak yang duduk di konkrit jungle merasa air terjun dan alam
semulajadi tak ler depa jakun. Tapi bulan Nov dan Dec pulak tengah time monsoon.
Karang tak paisai2 piknik bukan dengan air terjun je nanti. Maka terpaksa kena
scrap niat hendak buat piknik..Haizz..kesian pulak tengok muka comel-comel yang
kesayuan bila depa terpaksa dok kat rumah time cuti sekolah. Tak sampai hati
lak..
Then one Saturday..Mr. ‘S’ kata
terpaksa kerja dan aku pula boring dok rumah tak buat apa. So aku ajak ler
budak berdua tu keluar jalan-jalan makan angin. Dan di sebabkan aku kata tengah
musim monsoon tak dapat ler bawak mereka ke Jurong Swimming Complex untuk mandi
manda. Tempat mana lagi hendak bawak bebudak tu??? Fikir punya fikir aku ambil
keputusan untuk ke Jurong juga ‘JCube’ baru teringat kat situ ada ice rink!
Hehe..nasib ada walaupun harga admission tu mahal sikit tapi tak pe sesekali.
Pada awalnya dua beradik tu
takut-takut juga sebab mereka tidak pernah skate apatah lagi ice skating. Tapi
teruja hendak skate sebab tengok orang yang boleh skate seronok
berpusing-pusing kat rink tu. Mula-mula tu Mikhail skate kat tepi sebab dia nak
tempat berpaut kerana takut jatuh. Adiknya Maya aku sewakan penguin. Adiknya
Maya berani sikit berbanding abangnya tu. Banyak kali juga dia jatuh-jatuh tapi
semangat masih kental jugak nak teruskan skate. Lama-lama dua-dua dah berani
walaupun skate perlahan dan asyik jatuh je.
Wajah-wajah excited dua beradik..
No comments:
Post a Comment