Thursday, 21 January 2016

ZL colleqzion!!



Salam alaik semua..lama betul tak update blog kan..pagi ni terasa macam hendak buat lawak semasa dengan kedua-dua teman yang aku sayangi sebab dah lama tak mengusik mereka berdua ni..jadi sebelum mula buat kerja tu. Aku sibuk menaip email untuk mereka berdua. Aku ni angan memanglah banyak..hendak jadi penulis novel lah, hendak jadi usahawan lah..tapi satu pun tak dibuat haha. Mungkin hendak jadi penulis tu kata orang masih belum ada rezeki lagi kan..so rilek one corner..bab nak jadi usahawan tu pulak..idea memanglah banyak dah buat design dan ada orang nak melabur semua tapi entahlah aku belum bersedia untuk commit kot. Belum ada quality hendak jadi writer atau CEO haha!
 
Disebabkan aku pernah berangan dan ceritakan kepada 2 orang teman aku tu dulu..mereka pun ingat aku betul-betul lah nak menrealisasikan angan aku itu. Depa ingat aku tengah dok kumpul maklumat dan buat research. Aku ni pulak jenis orang yang tak berapa betul! Haha maksud aku tak betul sebab jika aku suka satu benda tu..aku akan jadi mengila tak sudah! Contohnya masa time aku tengah gila shawl Naelofar..banyak gila kot aku kumpul tudung Naelofar masa awal-awal dia launch shawl cotton basic. Bila dah banyak shawl dari jenama lain aku dah tak beli Naelofar lagi dah gila lain lak.
 
Cer..teka aku tengah mengila apa pulak? Aku ni sekarang tengah gila mengumpul telekung pulak hehe. Nak yang cantik dan selesa kalau ada orang invent telekung yang beraircon mungkin aku beli kot. Sebab sekarang tengah musim panas sejuk. Hehe. Dan kerana berkenankan corak dan material telekung tu iaitu cotton. Aku siap beli sampai 10 helai. Gila tak?? Gila kan! Tapi bukan semuanya untuk aku. (Yang sebenarnya kalau ikutkan hati memang nak semua pun sebab cantik lah sangat) Tapi aku tak hendak orang kata tak betul lah pulak maka terpaksalah aku pilih mana yang berkenan barang sepasang dua dan selebihnya aku ingatkan hendak jadikan sebagai gift hari lahir untuk teman rapat dan yang sewaktu dengannya. Ok kan hadiahkan telekung.

Aku pun saja lah menaip email pada si teman-teman. Bunyi emailnya begini...siap ada Iconnya sekali..

Assalamualaikum..Selamat Pagi Datinz…
Saya hendak mempromosi seleksi exclusive sulung dari BooTique ZL
 
Soft launch…Bukan shawl instant! Bukan jubah! yang menjadi pembuka rasmi ZL.
Akan tetapi????
Telekung yang menjadi pilihan perasmian ZL
 
Ianya Simple…elegant…chantique!!!!! Jika tidak Cool..chic..classique bukanlah tema kami..
Dan juga bukan keuntungan sahaja yang dicari ZL. ZL juga memberi keuntungan dan kepuasan memiliki seleksi exclusive kami untuk para pelanggan yang kami sayangi, kerana telekung yang dipilih adalah hand pick dari team ZL.
Yelah jika kita keluar dating pasti kita akan memakai baju yang cantik2 untuk membuat sang kekasih atau para suami merasa senang hati.
 
Begitu juga jika kita mengerjakan solat…kita juga harus memakai telekung yang bersih dan cantique.  Ye Tak?
Telekung dari kain jenis cotton Jepun, Paris dan Rayon menjadi pilihan…bukan sahaja cooling..design juga Chic dan Clasique…..
Jadi jangan tunggu lagi nanti ketinggalan rebutkan peluang untuk memilikinya sekarang selagi stok masih ada!!!!!
Siapa ZL?? Siapa ZL???? Oh! ZL Colleqzion barulah chantique! Hugs!!
 
 
 
Hantar sahaja email member terus reply "Alhamdullilah Congrats!!!" Aku tahan ketawa bila lihat wajah member bersungguh-sungguh ketika ucapkan tahniah. Kebetulan aku ada bawak 2 pasang telekung sebab dah janji nak tunjuk kat kawan tempat kerja telekung yang aku kata cantik sangat. Aku kata pada Liza, aku cuma bergurau je masa hantar email tu bukan wujud pun butik ZL tu. Last-last dia dok berkenan nak beli, mintak kita jual kat dia pulak. Hehe. Aku dah agak dah! Kalau aku kata barang cantik mesti cantik nye tak tipu. Last-last depa siap mengecek mintak aku jual kat dia. Hissh. Tak jual kesian lak sebab dia dah tunjuk muka kucing zorro dalam cerita 'Shrek' tu. Dia siap kata jangan malu-malu nak jual. Ler..memang aku tak nak jual telekung 10 helai tu, sebab itu koleksi aku untuk beri gift bday kat teman-teman atau sedara mara. Memang tak de niat nak jual pun sebab bila pikir kalau jual aku terpaksa mark-up harga tinggi untuk sehelai telekung. S$50 gitu. Pada aku lah, mahal sebab orang tu jual harga biasa bukan harga wholesale dengan aku. Sedar tak sedar 4 orang berkenan nak beli. Lihat kesungguhan dan wajah kesian depa maka koleksi aku yang 10 helai tu tinggal 6 sahaja. Itupun 2 set untuk aku, so tinggal 4. Hehe takpe. Alhamdullilah dapat gak jadi usahawan walaupun 5 minit je. Jadilah kan! Hehe.
 
 
 
 









 

No comments:

Post a Comment