Thursday, 12 November 2015

Hallmark Channel 'movies'


 
 
 


  
Assalamualaikum...lama betul kan aku tak update Romantika DeAmor, so tengah ''Love is in the Air' mood, cuti Deepavali lepas aku pergi ke Youtube mencari romcom movies. Kebanyakan movies yang terdapat di youtube dalam genre romcom sudah ada dalam koleksi DVD aku. Aku hendak menonton movies yang tidak ada dalam koleksi DVD aku. Teringat pula pada masa zaman remaja dahulu, tahun 90an. Aku ada menonton sebuah movie bertajuk 'If The Shoe Fits' cerita yang ala-ala Cinderella gitu, tapi DVD itu tidak dapat di mana-mana, kalau ada pun versi Italian hahaha bukan versi English. Tapi kerana hendak sangat menonton cerita itu, aku tengok juga yang versi Italian walaupun tidak faham sepatah haram apa yang mereka bualkan. Tapi sesiapa yang berjiwa romantik seperti aku ni, pasti tahu akan cerita Cinderella kan, so layan kan aje. Italian pun Italianlah! Lepas tu aku suruh Mr. 'S' download kan cerita 'Ghost' Demi Moore sebab tengah mood hendak menonton cerita 90s. Suruh Mr. 'S' carikan movie 'Blast From the Past' lakonan Brendan Fraser dengan Alicia Silverstone katanya not available. Boring!
 
Then aku type romcom kat Youtube tertiba keluar movies dari 'Hallmark'. Mula-mula tu macam malas hendak tonton sebab pelakon-pelakon Hallmark bukan pelakon yang aku minati. Hehe. Tapi bila tengok tajuk-tajuk movies Hallmark quite interesting, aku pun cuba tonton satu movie bertajuk Accidentally Love! Bila dah tonton first 15 minutes tu rasa cerita ni not bad. So teruskan menonton and guess what?? Terus hooked dengan movies dari Hallmark! Haha siap marathon 4 movies satu hari. Movies yang aku tonton Accidentally Love! I Married Who?, Stranded in Paradise and Bridal Fever!
 
One thing good about Hallmark romantic movies atau rom.com ni, tidak terdapat banyak adegan-adegan yang biasa kita selalu tonton filem Hollywood romantic terlalu banyak kissing scene and whatnot! *Rolleyes Haha. Hallmark terlalu minimal dan almost tak ada scene whatnot! itu yang membuatkan aku seronok menonton movies Rom.com Hallmark! Dan next Hallmark movie that I'm gonna to watch 'Looking for Mr. Right'. Like what they always said, lets have a Hallmark moments!!











 

No comments:

Post a Comment