Assalamualaikum…ni lah dilemma
orang perempuan ni kan?? Pantang nampak benda-benda yang cantik mesti nak beli
kan..kan..kan!! Angguk kepala kalau setuju! Macam aku lah..once dah hook there’s
no way to turn back..
Itu hari gila cari kasut kat
online..sekarang ni aku tengah gila cari selendang dan dress pula..ini semua gara
Puan Wati kita lah..aku sebenarnya tak lah suka melawa ke tempat kerja sebelum
ni..aku ni jenis wanita yang sempoi orang kata..haha sampai orang tak percaya
bila aku kata aku kerja kat opis..haha apa tak nya apparel macam orang kerja
kat gerai..oppss no offence jangan ambik hati noh..ntah2 orang kerja kat gerai
lebih fashionable dari aku. Senang kata tak suka orang notice aku lah..hehe ‘under
the radar’ kata Yana tentang diri aku ni hah. Sejak si Wati promote hijab dan
baju dari kedai kawan dia..sedikit sebanyak aku termakan juga ngan promosi dia..support
kawan belilah selendang barang sehelai dua..selendang tu bawak balik rumah
simpan kat satu corner..tak de maknanya aku hendak guna..
Wati selalu ngomel cakap aku tak
stylish??..tak fashionable lah?? Dressing macam makciklah sebab aku selalu
pakai tudung empat segi biasa. Aku masih leh buat muka toya bila dia komen
begitu..sebabnya satu..aku malas! Yes malas hendak melawa. Haha dia tak tahu
bila time aku tengah rajin nanti jeles pula dia nanti..hehe ini bukan
perasan..ini kenyataan..aku ni ada mood..kalau mood nak melawa..aku really
dress up from head to toe! Semua nak matching-matching..bag dan kasut pun nak
kena match sama warna..Haha itu lah aku, kalau nak tahu..jangan fikir orang
berbadan ‘cute’ macam aku ni tak ada styled..tunggulah sampai mood stylo milo
aku dah mai..gigit jari aku di buatnya. Sebab budget mesti lari nye..bulan ni
aje dah banyak selendang aku beli dan dress dari Bella Hijab..hehe promote
sikit kedai kawan si Wati tu..kalau nak tengok tu singgahlah kat FB dia.
Cuma sekarang ni aku tengah ‘Aim’
hendak shopping sakan kat Bella Ammara haha!! Hampir kesemua dress dan koleksi telekung yang di jual
di butik Bella Ammara aku berkenan le sesangat..nasib baiklah hang tu jauh
Bella. Kalau tidak aku leh bukak buku tiga 5 kat kedai hang dan jadi pelanggan tetap haha..Sebenarnya Bella ada website..tapi aku jenis suka tengok dan rasa material nye orang..haha maka setakat tengok kat komputer tak puas..hehe cerewet lah pulak... Insha Allah bulan Dec nak singgah kat Butik Bella Ammara bila aku
ke KL nanti..
Aku suka sangat dengan telekung
basic XL dan Tiara jubah..sungguh cool. chic and classic. Eh macam penah dengar
aje slogan tu..hehe..meh kita mencuci mata tengok koleksi jubah dari Bella
Ammara dan beberapa online boutique yang menjadi kegemaran aku di tika dan kala
ini..sayang sekali jubah koleksi dari LisaAdam tak dapat hendak di tunjukkan di sini kerana dia tak ada website..nak kena add dia dalam FB atau instagram..
Koleksi dari Bella Ammara
No comments:
Post a Comment