Monday, 20 October 2014

Gone crazy...










Assalamualaikum semua..hehe jangan terperanjat eh bila terbaca title Gone crazy ok!..aku masih waras lagi..cuma sekarang ni aku merasa otak aku di bahagi kepada 3 bahagian haha..sebab kenapa aku berkata demikian. Kerana aku terpaksa menyiapkan 3 cerita dalam satu masa..haha sebab tu lah dah senoneng sikit kepala ini..bukan tamak haloba..tapi oleh kerana ketiga-tiga cerita ni datang dalam satu masa maka terpaksa kena buat juga kerana takut idea lari..lagi susah hendak menyambungnya..silap hari bulan boleh makan tahun lamanya untuk mendapat idea yang baru..jadi bila dah tak dapat fokus pada satu cerita tu yang buat cerita tergendala sebentar...kalau nak tahu tajuk cerita apa yang tengah aku buat sekarang..selain dari 'My Plus One'..aku tengah buat cerita 'Oh My Butler!' dan juga 'Sayang apa khabar denganmu!'. Haha..Tu dia...excited sendiri kan..kalau lah ada mesin yang boleh terjemahkan idea di fikiran ku lalu menaip sendiri kan senang ye tak? Tak ler penat jari jemari untuk menaipnya..tak ada error spelling and etc...
 
Kalau di dalam mrt tu kalau ada kenalan yang ternampak aku tersenyum-senyum sendiri tu bukan kerana aku tak betul ok..sebab aku mendapat idea untuk menyambung ceritaku..hehe ok better stop nanti orang kata aku ni nak kena makan ubat lak kan..so wish me all the best supaya aku dapat menyiapkan ketiga-tiga cerita ini dengan baik ok...Insha Allah..seperti Arnie dari terminator kata I'll be back...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment