Tuesday, 23 September 2014

Shoes..shoes more shoes..





 
Assalamualaikum...lama bebenor tak update ruangan shopaholic ni..hehe sejak dua menjak ni tengah gila kasut pulak..hehe aku tak berapa suka akan kasut yang ber heel..almaklumlah tak reti hendak berjalan lemah gemalai seperti wanita melayu terakhir..sudah menjadi kebiasaan jalan laju gitu..kerana tiap-tiap hari asyik nak kena rush kerana mrt lah ni tak boleh diharapkan sangat lembab mengalahkan siput..jadi kasut pilihan aku lebih kepada kasut flats..hehe favorite gitu..bila time free masa lunch tu aku pun sibuk mencari kasut di online..Puan Shah kita kata dia selalu beli kasut online dari Zappos..nak juga mencuba beli kasut dari online. Maka dengan confident dan cekal hatinya aku pun gi lah website Zappos. Hah kau..rambang mata oden dibuatnya kerana tersangat lah banyak flats yang cute-cute dan cantik belaka..brand kasut yang di jual di Zappos pun best-best jugak..ada Calvin Klein..Melissa..Tory Burch...Ralph Lauren..Ted Baker..Kate Spade etc..etc kalau nak yang up-market Salvatore Ferragamo pun ada noh..menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai dan review orang-orang yang pernah beli kasut dari Zappos ni mereka kata kasut Zappos semuanya original..so tak perlu khuatir atau pertikaikan keaslian kasut tersebut. Ini yang buat lebih confident untuk membelinya kerana harga kasut di Zappos boleh tahan bagus juga kerana harganya murah berbanding beli dari butik jenama itu sendiri. Murah tu tak lah murah sampai 50% nya discount. Tapi kalau bernasib baik ketika niat hendak membeli tengah time musim clearance ah tu dah kira rezeki andalah. Kebetulan masa niat nak shopping kasut tu tengah clearance sales Zappos so apa lai seronok mengadap Zappos mencari kasut yang berkenan di hati. Hehe angan-angan tu nak beli flats Ferragamo tapi bila masa clearance kasut flat tu berharga US300 lebih terencat hamba hendak membelinya dan terpaksa matikan niat hendak memiliki kasut SF ni..tak mampu nak membelinya huhu..tak apalah mimpi pakai kasut tu dalam tidur pun jadilah..aku ni memang suka window shopping haha konon-konon nak beli itu ini..then tiba masa aku tak beli haha sebab sayang nak bazir duit atau keinginan aku tu tinggi dan aku tak mampu memilikinya hehe..so dapat tengok atau mimpi pun jadilah..hehe

Ok back to kasut flat yang aku beli dari Zappos..Hati ni dah berkenan pada flats Coach berwarna hitam..tapi mata plak tak lepas dari menjeling pada flats Ralph Lauren..hmm aku budget tak hendak spend more than S$200, ini harga termasuk shipping tau. So all-in aku tak hendak spend lebih dari S$200. Hehe. Hendak kan quality tapi harga yang tak buat kocek aku berlubang..ok kan..

Akhirnya aku pilih Ralph Lauren sebab kasut kulit dan cute sangat manakala Coach hanya canvas mana lebih berbaloi hehe..so bila dah decide..buat lah conversion gitu gini. Molek sangatlah sebab harga Ralph Lauren yang discount harga tu bila dah convert to SGD tak sampai 70 dolar..wah ade chance untuk tangkap satu lagi flat haha..naik juling mata memilihnya..mana yang berkenan di hati aku semuanya harga over budget hissh sedih betul..

 
 
Bila terasa nak give up...tertiba mataku terpaut pula pada kasut yang berjenama Jack Rogers..tak penah dengar pulak sebelum ni..tapi kasut tu macam cute je..macam comel je dan harga dia pun macam cantik je..maka aku pun purchased kedua-dua kasut tu. Iaitu Ralph Lauren dan Jack Rogers..dan alhamdullilah setelah 2 minggu menunggu akhirnya kedua-kedua kasut tu tiba. Aku memang berpuas hati dengan kasut yang aku beli dan juga berpuas hati dengan customer service Zappos mereka memang efficient bila aku purchased terus dapat email confirmation dari mereka. Dan disebabkan aku tersalah tulis biling address Customer Service mereka menghantar email on the spot untuk aku clarify atau buat pembetulan..very good..dalam hati tu ada sikit cuak lah sebab colleague aku pernah beli kasut Melissa kat online then bila tiba kasut tu terbesar saiz pulak..dah melayang duit kawan tu 160 dollar tu..aku takut kasut terkecik atau terbesar pulak..nervous beli kasut yang tak boleh try on ni..tapi alhamdulilah aku sungguh berpuas hati kerana kedua-dua kasut itu aku boleh pakai..dan yang penting sekali aku suka sekali kasut2 tu..hehe very cute...




 
 
Lah ni aku baru dapat tahu bahawa Zappos ada adik syarikat..dengar-dengar harga kasut di situ lagi murah dari Zappos kerana harga outlet..kalau hati teringin nak beli lagi aku hendak singgah syarikat adik Zappos tu.. sesiapa yang hendak beli kasut online gi lah lelaman adik Zappos.. 6pm.com tak caya gi lah..

Selamat bershopping!!!
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment