Next action movie pilihan aku kali ini bertajuk "This Means War". Romantic + comedy + action. Combo yang paling aku suka sekali. Lebih-lebih lagi Reese Witherspoon adalah heroin dalam movie ini dan hero handsome favorite aku juga berlakon sama iaitu Chris Pine. Dalam movie ini dua orang lelaki merebutkan satu wanita. Gabungan Reese, Chris Pine dan Tom Hardy membuatkan cerita ini menarik..Dalam cerita ni Reese tidak seperti Angelina Jolie yang melakukan watak lasak. Karektor Reese dalam cerita ini lebih kepada girl next door. Filem ni diterbitkan pada tahun 2012. Menjadi salah satu favorite combo movie aku. Bila aku ter-feeling hendakkan movie romantik dan action dalam masa yang sama. Dan perlu diingatkan sekali lagi cerita omputeh ni tak lari dari adegan-adegan yang kanak-kanak di bawah umur tidak sesuai menonton cerita sebegini. Harap maklum.
Cerita this means war berbunyi begini:-
Franklin aka "FDR" Foster (Chris Pine) dan Tuck Hansen (Tom Hardy) merupakan teman baik dan juga seorang agent terbaik CIA. Mereka berdua ditugaskan untuk menumpaskan sindiket jenayah di Hong Kong daripada memperoleh senjata api. Misi mereka kali ini tidak seperti yang diharapkan kerana mereka tidak dapat menyelamatkan adik kepada Heinrich (penjenayah) dari terjatuh dari bangunan dan membuatkan Heinrich bersumpah untuk membalas dendam terhadap kedua-dua agent itu. Sekembalinya ke Amerika, bos mereka, Collins (Angela Bassett) menyalahkan mereka kerana melakukan kesilapan tersebut dan mereka digantung bekerja sebagai Spy dan mengarahkan mereka bekerja di pejabat.
FDR merupakan seorang lelaki kasanova, memilih profession kapten kapal pelayaran sebagai identity perlindungan, manakala Tuck, pula memilih profession sebagai agen pelancongan, seorang duda dan anak lelaki berusia 8 tahun. Selepas melihat iklan di TV mengenai agensi cari pasangan, Tuck memutuskan untuk mendaftar diri untuk mendapat kenalan wanita. Dan Lauren Scott (Reese Witherspoon), seorang eksekutif produk-ujian yang baru putus hubungan dengan bekas teman lelakinya dipaksa oleh teman baiknya, Trish untuk mendaftarkan diri di agensi yang sama. FDR menawarkan diri untuk menemani Tuck jika temujanjinya dengan Lauren tidak berhasil. Tuck memberitahu FDR bahawa dia dan Lauren sudah bertemu dan dia mahu berkenalan dengan Lauren.
FDR mengambil keputusan untuk ke kedai DVD untuk menyewa dan bertemu dengan Lauren yang kebetulan berada di dalam kedai DVD tersebut. FDR cuba berkenalan dengan Lauren, dan dia tidak tahu bahawa Lauren adalah 'Date' Tuck. Lauren mengatakan bahawa FDR seorang lelaki kasanova dan tidak melayan beliau. Merasa dirinya tercabar dengan kata-kata Lauren dan dia benar-benar ingin berkenalan dengan Lauren, FDR mengambil keputusan untuk ke tempat kerja Lauren dan memujuk Lauren agar memberinya peluang untuk keluar bersama dengannya. Sekali lagi FDR mengecewakan Lauren bila Lauren mengambil keputusan untuk keluar dari club kerana FDR adalah lelaki yang dikatakan. Mereka bertengkar di hadapan club, dan bila Lauren perasan akan bekas teman lelaki nya berjalan menuju kearah mereka. Dalam keadaan terdesak terpaksa berlakon di hadapan mereka bahawa FDR adalah teman lelakinya. Bekas teman lelakinya merasa cemburu melihat kemesraan Lauren dengan teman lelaki barunya. FDR meminta Lauren menerangkan kepadanya apa yang berlaku. Lauren menceritakan apa yang berlaku diantara dia dengan bekas teman lelakinya. Kemudian, Lauren merasa bersalah menjalinkan hubungan dengan dua orang lelaki pada masa yang sama, tetapi mengubah fikiran bila Trish mengatakan Lauren dapat membandingkan personality kedua-dua lelaki itu agar mudah dia membuat pilihan yang terbaik.
FDR dan Tuck mengambil keputusan untuk berkongsi maklumat mengenai wanita yang mereka kenali dan merasa terperanjat bila mengetahui bahawa mereka menjalinkan hubungan dengan wanita yang sama. Jadi dah dapat akan maksud 'This Means War'. Kedua-dua mereka mahu menunjukkan kehebatan masing-masing untuk memenangi hati Lauren. Mereka membuat perjanjian tidak akan menganggu 'Date' masing-masing dan berjanji tidak akan memberitahu Lauren bahawa mereka kenal antara satu dengan lain. Biar Lauren yang memutuskan untuk memilih siapa di antara mereka.
Ok lucu part..peraturan yang mereka buat tidak lagi efektif bila masing-masing mengambil keputusan untuk melanggar peraturan dan mengunakan khidmat teknologi CIA untuk mengintip pergerakan Lauren bertujuan untuk mensabotaj peluang mereka untuk mengenali Lauren. Pelbagai aksi lucu terjadi bila masing-masing cuba untuk menunjukkan siapa diantara mereka yang lebih hebat. Dan akhirnya tiba masa untuk Lauren membuat keputusan untuk memilih di antara mereka. Lauren menelefon Trish mengatakan dia akan menghubungi salah seorang dari mereka untuk bertemunya di restaurant.
Akhirnya, Lauren meminta Tuck untuk makan tengah hari, manakala FDR membuat penemuan bahawa Heinrich telah tiba di bandar untuk membalas dendam terhadap diri beliau. Dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tuck dan memberi amaran kepada Tuck bahawa Hendrick berada di sini namun Tuck tidak mempercayainya kerana menyangka ini adalah helah FDR untuk melihat hubungannya gagal dengan Lauren. Disebabkan salah faham mereka berkelahi dan mula bertumbuk di antara satu dengan lain, Lauren mendapati bahawa mereka berdua adalah sahabat dan mengenali di antara satu dengan lain. Merasa dirinya tertipu dia mengambil keputusan untuk keluar restaurant. Lauren dan Trish diculik oleh Heinrich, dan FDR dan Tuck mengejar Heinrich.
FDR dan Tuck cuba menyelamatkan Lauren dan mereka menjadi teman baik semula kerana mereka hebat bila bersama untuk menjalankan tugas. Semasa dalam agenda tembak menembak ketika kereta meluncur laju ke arah mereka bertiga. FDR dan Tuck mengambil keputusan untuk menembak lampu kereta setelah Lauren mengatakan bahawa kereta itu adalah kalis peluru dan jika hendak menumpaskan kereta tersebut mereka harus menembak lampu depan kereta tersebut. Lauren berlindung dengan FDR dan secara tidak langsung Tuck mengerti siapa pilihan hati Lauren. Mereka berjanji bahawa mereka tetap menjadi sahabat baik selama-lamanya walaupun Lauren memilih FDR. Dan Tuck rujuk semula dengan bekas isterinya.
Reese Witherspoon actress yang blondie terkenal lakonannya yang bersahaja. Dan Chris Pine pula seorang aktor yang versatile boleh melakonkan watak lucu dan serius. So kalau rasa hendak menonton cerita Romantic + comedy + action. Jangan lupa tonton cerita 'This Means War'.

No comments:
Post a Comment