Guess kenapa aku namakan tajuk
pelik kali ini? List things to do dan target perkara yang hendak di buat di KL.
Insha allah.
Kidszania
Yes. Cuti kali ini walaupun tak
jauh mana setakat KL sahaja (actual plan hendak ke Bangkok lepas tu ke KL) tapi Mr.
Sam kata tak payah pergi sebab susah nak kawal budak 2 orang itu kalau ke
Bangkok. Lucky tak jadi pergi sebab sekarang Thailand tengah ada demonstration.
Macam tahu aje Mr. Sam ni. Oleh kerana tahun ini aku tidak bercuti kemana-mana
pun selain dari balik kampungku di Batu Pahat. Jadi untuk cuti sekolah kali ini,
aku plan untuk membawa Mikhail and Maya ke Kidszania. Menurut teman sekerja yang
pernah ke kidszania kata mereka their kids really have fun di sana. Maka aku
rajin masuk youtube tengok video mengenai kidszania dan tunjukkan kepada dua
beradik tu. Bagi mereka hint apa yang ada kat Kidszania jadi mereka tidaklah blur
tak tahu apa yang hendak di buat di sana nanti. Sedikit sebanyak mereka
mendapat idea apa yang mereka boleh buat kat sana. Masa di Bandung dulu aku
pergi ke indoor themepark. Mikhail happy sebab banyak ride yang boleh dia naik
manakala maya kesian tak banyak ride
yang boleh dia enjoy. So this time round Maya can enjoy most of the
establishment di Kidsznia.
Marche (The Curve)
Sementara bebudak tu enjoy-enjoy
kat dalam kidszania. Daddy dan mummy pulak enjoy jalan-jalan shopping kat
Curve. My main intention hendak makan kat Marche. Hehehe sebab di Singapore tak
‘halal’ maka aku hendak balas dendam kalau pergi ke Curve nanti. Macam-macam
hendak ku cuba. Rosti, pizza, pasta, steak you name it, ice cream movenpick,
crepe dan waffle. Dah tak sabar rasanya.
HRC
Berniat hendak singgah ke HRC.
Dah lama tak pergi bukan kerana nak beli merchandise HRC. Hamba tak berminat.
Tujuan ke HRC kerana hendak makan lamb ribs di sana. Sebelum kenal Tony Romas
dan Chillis. Aku dan Mr. Sam selalu mengambil peluang untuk dining kat HRC
dahulu. Then bila dah kenal Tony Romas dan Chillis lepas tu kita banding-bandingkan
ribs mana yang enak dan lazat. So sekarang kita hendak balik semula ke HRC pula sebab
Tony Romas the last visit dah pergi.
Krispy Kreme
Kekeke macamlah Spore tak ada Krispy
Kreme eh? Sebab di spore queue selalu panjang and harganya mak oii mahal tu.
Seketul kecil donut glaze berharga S$2.60. Boleh beli nasi ayam kat GS dengan
harga seketul donut. Yana kata since kita stay kat Furama Hotel yang
bersebelahan dengan Berjaya Times Square tu dan dia juga kata Krispy Kreme ada
kat Berjaya. Belilah dalam sedozen dua buat ole-ole teman kerja. Ah ye sebelum
sampai opis agaknya kotak kripsy kreme je tinggal.
Tengah countdown ni hehe.
No comments:
Post a Comment