Arash
menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur. Hari ini dia sudah kembali segar
dan punya tenaga untuk bergerak. Selama hampir 3 hari dia tidak larat untuk
berbuat apa-apa selain dari terlantar di katil. Mujur Alyssa banyak membantunya
semasa dia sakit. Dia tahu Alyssa masih marah padanya namun dia tidak
menyalahkan Alyssa. Dia tahu Alyssa tidak akan marah jika dia tidak melakukan
kesilapan kerana isterinya itu seorang yang penyayang. Dia tidak tahu dan tidak
ingat apa yang berlaku di antara mereka berdua sehingga Alyssa benar-benar
menjauhkan diri darinya. Apa yang pasti dia tidak sampai ke tahap untuk
berpisah dengan isterinya kerana sungguhpun mereka berlainan bilik namun mereka
sebumbung ini bermakna mereka masih lagi suami isteri.
“Morning
sayang,”ucap Arash kepada Alyssa dan Shima berada di meja dapur sedang
menunggunya untuk bersarapan bersama.
Shima hanya tersenyum meleret
mendengar Arash berkata demikian sudah semestinya di tujukan kepada Alyssa.
Wajah Alyssa merona merah menahan malu dan tidak menyangka Arash akan berkata
demikian.
“Hai Arash, tujukan untuk your wife
aje,” sindir Shima lalu tersenyum.
“Eh apa pula I berat sebelah, kan ke
ucapan tu untuk you berdua,”ujar Arash bersahaja lalu menyuap roti yang sudah
di sapu jem ke dalam mulutnya. Dia mencapai kopi panas lalu menghirupnya
perlahan.
“Tapi you cakap morning sayang,
tentu untuk Alyssa seorang saja,” ujar Shima tidak mahu mengalah. Alyssa di
sebelah Shima hanya menjeling sahaja. Dia tidak tahu kenapa Shima suka menyakat
dia di depan Arash.
“Eh, tak kan I nak ucap, morning
sayang-sayang kan ke funny bunyinya,” jawab dengan wajah selamba.
Shima ketawa gelihati dengan lawak
spontan Arash. Wajahnya kelihatan bertenaga dan ceria setelah hampir tiga hari
terlantar di atas katil. Alyssa yang menjaganya sepanjang dua hari semasa dia
sakit. Alyssa menasihati Arash supaya jangan terlalu memaksa dirinya untuk
memulihkan ingatan hingga memudaratkan dirinya sendiri. Tak sangka Arash dapat
menerima tegurannya.
“So I pun you sayang jugalah,” usik
Shima lagi, naik seronok pula dia melayan Arash hilang semua tujuan hendak
membalas dendam terhadap Arash.
“Tentulah,”jawab Arash lalu meneguk kopinya
lagi.
“I nak ke rumah Dr. Harris, I hantar
you berdua ke office, tak kan
you berdua tergamak suruh I naik bas, kalau anak dara Datin Hafizah ngurat I,
siapa yang susah,”ujar Arash lalu tersenyum.
Aku yang berada di sebelah Arash pura-pura
tidak dengar akan komen Arash. Aku ingatkan selama ini Arash tidak perasan
bahawa anak gadis Datin Hafizah jiran sebelah mula hendak menarik perhatian Arash,
memang aku tidak menafikan Arash sememangnya jejaka kacak dan dia awet muda
sungguhpun usianya dalam lingkungan pertengahan 30an dia kelihatan seperti
lewat 20an tidak mustahil gadis 20an pun tertarik dengannya.
“Ala sweetnya boss kita tu eh, Lysa kau
betul tak berkenan pada dia, aku rasakan kalau aku tak ada Fahmy dah lama aku
tackle Arash, tidak menyangka Arash seorang lelaki yang baik,” ujar Shima lalu
mencuci cawan yang digunakannya tadi. Dia berani memberi komen sedemikian bila Arash sudah keluar menuju ke arah ruang tamu.
“Aku tidak ada menaruh perasaan
apa-apa pada dia,” jawabku selamba sambil membaca akhbar. Tidak berminat untuk
berbincang mengenai Arash ketika dia berada di rumah. Takut di dengari si
empunya diri.
“Oh really, habis tu yang kau risau
sangat tentang dia masa dia sakit dulu, tak ada perasaan apa-apa, pelik,” ujar
Shima. Dia tahu Alyssa ada menaruh perasaan pada Arash tapi dia sengaja
menafikannya.
“Sebagai manusia tentu aku kasihan
melihat keadaannya,”
“Yelah tu, aku tak terima alasan
kau, kalau kau tak sayangkan dia tak mungkin kau menangis malam itu melihat
keadaannya, Alyssa, kau boleh bohong aku tapi kau tidak boleh membohongi hati
kau, aku tahu kau sayangkan Arash kenapa kau tidak berterus terang padanya
sahaja,” hujah Shima lagak seperti seorang pakar cinta.
“Untuk apa, aku pasti Arash tidak
akan dapat memaafkanku sekiranya dia mengetahui bahawa selama ini dia hanyalah mangsa
permainan dendam kita terhadap dirinya, cuba kau fikir,” jawab ku selama ini aku
hanya endah tak endah sahaja dengan usikan Shima mengenai hubungan aku dengan Arash.
Kali ini aku berikannya alasan yang kukuh mengapa aku cuba membohongi diriku
bahawa aku tidak punya perasaan apa-apa pada Arash agar Shima sedar apa yang kita
harapkan tidak semestinya menjadi kenyataan.
Shima
terdiam mendengar penjelasan dari Alyssa. Memang benar apa yang di katakan oleh
Alyssa. Shima sendiri tidak dapat mengagak apa akan terjadi sekiranya semuanya
berakhir.
To be continue...
No comments:
Post a Comment