Arash
duduk menanti gilirannya seperti hari-hari biasa dia ke hospital untuk rawatan
lanjut. Hari ini dia mengenakan polo shirt berkolar berwarna kuning cair di
padankan dengan jeans biru gelap. Sebelum ke hospital dia sempat menyinggah ke
salon untuk memotong rambutnya. Penampilannya nampak lebih kemas dan bergaya
kerana stylish berkenaan pandai memotong kena dengan wajahnya. Arash nampak
lebih kacak dan berkeyakinan. Walaupun dia memiliki wajah dan tubuh yang
sempurna tapi jiwanya kosong dia tidak dapat mengingati siapa dirinya yang
sebenar. Sebahagian besar memorinya terpadam sejak kemalangan sebulan yang
lalu. Dia tidak mengetahui siapa ibunya dan siapa bapanya, apa pekerjaannya dan
yang paling penting apakah punca pergaduhannya dengan Alyssa hingga Alyssa
selalu mengelak dari berbual dengannya. Dia sayangkan Alyssa. Sebab itu dia
tidak pernah lupa appointmentnya dengan Doktor Harris. Dia ingin memulih
ingatan cepat agar segala kekusutan dan kesilapannya dapat di ketahui. Dia mahu
membaiki kesilapannya dan sekiranya dahulu dia tidak menghiraukan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Arash akan menjaga rumahtangganya
dengan baik dan tidak akan melukakan hati Alyssa kerana dia terlalu sayangkan Alyssa
namun dia tidak berdaya melakukan apa-apa. Alyssa terlalu dingin dan tidak mahu
berbual dengannya.
“Encik
Arash,”
“Encik
Arash,” laung jururawat di kaunter.
Arash
tersentak dia segera bangkit dari kerusi dan menuju kearah jururawat yang
memanggilnya tadi.
Arash
hanya mendiamkan diri, menanti keputusan dari Doktor Harris, setelah hampir satu
jam dia menjalani terapi dan dia ingin sekali mendengar keputusan positif dari
Doktor Harris. Pintu bilik Doktor Harris di ketuk seseorang.
“Masuk,”
ujarnya.
Tombol
pintunya di pulas dari luar. Seorang jururawat menyerah beberapa fail kepada
Doktor Harris. Dia menoleh ke arah Arash yang duduk berhadapan dengan Doktor
Harris lalu membuahkan senyum.
Arash
membalas senyumannya.
“Awak
dah telefon, pejabat Kementerian Perdagangan dan bercakap dengan
setiausahanya," tanya Doktor Harris setelah di periksa fail berkenaan.
“Nombor
telefonnya tidak ada dalam fail Dr. Harris,” ujarnya perlahan tapi jelas.
“Kalau
tidak silap saya nombornya 4318526,” ujar Arash spontan.
Dr.
Harris dan jururawat berkenaan agak terperanjat apabila Arash tiba-tiba sahaja
memberi nombor telefon berkenaan.
Dr
Harris tersenyum, kerana Arash sudah mula mengingati nombor telefon yang
berkemungkinan dia selalu berurusan dengan pihak Kementerian Perdagangan kalau
tidak masakan dia dapat mengingati nombor tersebut.
“Baiklah
saya cuba telefon,”ujar jururawat berkenaan sudah bersedia hendak beredar dari
bilik Dr. Harris.
“Awak
gunakan telefon saya,” ujar Dr Harris sambil menyerahkan gagang telefonnya.
Jururawat berkenaan tidak mengerti mengapa Dr. Harris menyuruhnya mengunakan
telefon dari pejabatnya namun di turutkan sahaja lalu mendial nombor yang di
beri oleh Arash tadi.
“Hello,
ini pejabat kementerian Perdagagan,” ujar Azura setelah taliannya di sambut.
“Boleh
sambungkan saya pada setiausaha Tan Sri Ibrahim tak silap saya nama dia Farah,”
ujarnya seraya merujuk kepada fail yang di pegangnya.
“Ye,
saya cik Farah,”
“Ini
nombor telefon direct cik Farah,” soal Azura ingin kepastian.
“Ya,”
“Azura
awak boleh transfer call tersebut ke meja awak,”ujar Dr. Harris sebaik sahaja
Azura memberi kepastian bahawa dia dapat menghubungi Farah.
Azura
menekan butang extension lalu meminta diri untuk ke mejanya.
“So
Arash, macamana awak boleh ingat nombor telefon direct Farah setiausaha Tan Si
Ibrahim, awak selalu berurusan dengannya,” soal Dr. Harris berminat ingin tahu bagaimana
Arash boleh mengetahui nombor telefon tersebut. Adakah kerana dia benar-benar
tahu akan nombor itu kerana pernah berurusan dengan pejabat perdagangan atau
ternampak di mana-mana sebelum ini.
Arash
sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh teringat nombor tersebut. Spontan sahaja
nombor itu keluar dari mulutnya. Dia cuba sedaya upaya cuba mengingati apa
pekerjaannya sebelum ini sehingga dia berurusan dengan setiausaha Tan Sri
Ibrahim. Semakin dia cuba, semakin berdenyut-denyut sakit kepalanya kerana dia
terlalu memaksa.
Arash
mengeluh lalu mengelengkan kepalanya setelah usahanya tidak berjaya.
“Tak
apa Arash, sekurang-kurangnya awak dapat mengingati nombor telefon Farah, it’s
a good sign, dua minggu nanti awak berjumpa saya lagi,” ujar Dr Harris lalu
tersenyum. Usia doktor muda itu lebih kurang sebaya dengannya.
“Terima
kasih doktor,” ujar Arash lalu bangun dari tempat duduknya dia bersalaman
dengan Dr. Harris lalu meminta diri untuk pulang.
To be continue...
No comments:
Post a Comment