Aku
membuka pintu menoleh ke kiri dan ke kanan. Ruang tv kelihatan gelap ini
bermakna Arash berada di dalam biliknya. Yes. Aku menuju kearah ruang TV lalu
duduk di sofa. Tanganku mencapai remote lalu menekan on. Suara tv ku kecilkan
kerana tidak mahu menganggu Mr. Big Shot kita berehat. Aku melirik kearah jam
di dinding. Hampir ke pukul 10 malam. Mana pergi budak Faries tak tahu hendak
pulang awal. Report kat ayahnya baru tahu. Hujan di luar masih lebat dari
petang tadi masih belum reda. Bosan pula tidak ada teman berbual. Hendak tidur
mata masih belum mengantuk lagi. Shima pula dah pengsan puas aku mengejutnya
untuk makan bersama katanya sudah kenyang kerana makan banyak masa lunch dengan
Tan Sri Farihin. Nasib baiklah Arash tidak banyak rewel masa makan tadi. Aku
sengaja melayannya endah tidak endah kerana aku mahu Arash benar-benar percaya
bahawa sebelum dia kemalangan kami sememangnya tidak sefahaman atau perang
dingin. Aku duduk di atas sofa lalu menekan-nekan butang remote untuk mencari
rancangan yang menarik untuk kutonton untuk menghilangkan rasa bosan. Sedang aku
leka menyaksikan siri sitcom Friends. Pintu bilik Arash dibuka. Ah sudah belum
tidur lagi si mamat ni?
“Lysa belum tidur,”tegur Arash lalu
melabuhkan punggungnya di sofa duduk bersebelahan denganku. Ok nasib baik sofa
itu panjang kalau muat-muat untuk dua orang aku bangun cepat-cepat. Issh tak
nak aku duduk rapat-rapat dengan dia.
Aku tidak menjawab atau menoleh ke
arahnya. Hanya mengelengkan kepala perlahan untuk menjawab soalannya. Aku
menjeling kearah Arash ingin melihat reaksi seterusnya. Wajah Arash sungguh
bersahaja seolah-olah dia tidak merasa sakit hati diberi layanan begitu. Uiik
pelik. Penyabar sungguh. Betul ke ni Arash? Atau kita dah culik salah orang.
Arash dulu jangan kata boleh sabar. Silap haribulan dia campak barang kat muka aku
bila kita bersikap kurang ajar dengannya.
“Boleh abang tengok sama,”ujar Arash
cuba menarik perhatian Alyssa.
“Sure,” jawab aku selamba. “Abang”
sejak bila pula dia sudah pandai ber’abang’ ni. Selalunya ‘you’ dan ‘I’. Aku
mula merasa tidak sedap hati.
Minat aku hendak menonton siri
sitcom Friends tiba-tiba terbantut bila Arash join sama kerana tidak selesa
bila kami berdua sahaja ada bersama. Lagipun aku tidak biasa berada berduaan
dengan Arash. Canggung rasanya bila Arash duduk bersebelahan dengan aku. Aku
benar-benar tidak suka pada Arash. Sungguhpun Arash sekarang berbeza dengan Arash
yang dahulu, aku percaya sekiranya ingatannya kembali. Arash akan berkelakuan
seperti dahulu. Lelaki sombong dan ego. Aku tidak berkenan dengan perangai
buruk Arash yang sering membuatkan aku geram dan benci padanya. Arash di
sebelahku tidak bersuara sedari tadi mungkin dia serik hendak berbual kerana
aku tidak melayannya tadi. Dia menonton siri sitcom Friends dengan penuh minat.
Sesekali dia tersenyum gelihati dengan gelagat pelakon siri sitcom itu. Ikukan
hendak sahaja aku bangun meninggalkan sofa sebaik sahaja Arash duduk di sebelah
ku. Tapi aku batalkan niat kerana ia akan kelihatan ketara sangat yang aku
tidak sukakannya. Aku mencapai gelas yang sudah kosong yang berada di meja lalu
menuju kearah dry kitchen. Sempat aku menjeling ke arah Arash untuk melihat
reaksinya bila aku berbuat demikian. Bosankah dia bila aku melayannya begitu.
Hendak juga tengok Arash marah-marah seperti dahulu. Arash kelihatan selamba
dan begitu asyik menyaksikan siri sitcom itu dan tidak perasan aku mencuri
pandang ke arahnya. Sangkaku, Arash sengaja hendak mencari peluang untuk bersamaku
sebab itu dia sengaja menonton televisyen bersama. Rupa-rupanya tidak, selamba
sahaja wajahnya tidak merasa pelik bila aku sengaja mengelak darinya. Ok good.
Aku berjalan menuju kearah bilik perlahan. Aku berharap Arash akan menegurku
bila aku berbua demikian. Seperti tadi Arash tidak bersuara atau menegurku.
Awal-awal lagi aku sudah bangun.
Semua ahli dalam rumah belum bangun lagi. Entah apa angina ku tiba-tiba terasa
terlebih rajin untuk menyajikan sarapan pagi hari ini. Selalunya aku ambil
ringkas aje hidangkan roti dan butter tapi pagi ini aku menyediakan nasi goreng
kampung. Air panas dituangkan ke dalam teko yang berisi serbuk milo. Aku
mengacau milo perlahan agar sebati lalu meletak teko berkenaan di atas meja
yang sudah siap di hidang dengan nasi goreng. Aku berjalan melintasi bilik Arash
untuk mengejut Shima dan anak saudaraku Faries. Arash? Hmm tak perlu pandailah
dia bangun sendiri. Aku berhenti melangkah bila menyedari pintu bilik Arash
terbuka sedikit daun pintu ditutup tidak rapat. Aku menghampiri pintu bilik
Arash. Senyap. Aku memegang tombol pintu ingin masuk ke dalam. Aku segera melepaskan
tangan bila menyedari akan kesilapanku.
“Gila aku ini, buatnya dia tengah
pakai baju atau apa-apa tak ke naya,” bisikku dalam hati sambil tersenyum
gelihati. Tapi hatiku begitu teringin untuk masuk ke dalam bilik Arash. Kerana
selama 3 minggu Arash disini aku tidak pernah mengemas atau membersihkan
biliknya kerana tidak teringat langsung haha. Dia ingat aku ni maid dia ke
hendak bersihkan bilik untuknya. Kalau tinggal dihotel sekurang-kurangnya
berbayar. Dia percuma sahaja tinggal di sini. Makan pakai semua di tanggung. Jadi
pandai-pandailah kemas bilik sendiri. Tak kan itu pun tak boleh? Tapi bukan ke
aku yang membawanya ke sini? That’s beside the point. Apa yang aku cuba hendak
tekankan. Arash anak orang kaya. Dia hanya mengharapkan pembantu untuk
membersihkan biliknya.
“Ahh
biasalah mana ada anak orang kaya bangun awal, kalau matahari tak atas kepala
tak mungkin dia bangun tidur,” bisikku dalam hati.
Aku
menolak daun pintu perlahan sedikit demi sedikit. Akhirnya pintu bilik Arash
Berjaya ku buka seluasnya. Hmm orangnya tak ada di bilik. Mana perginya?
Sengaja aku membiarkan pintu biliknya terbuka luas. Sekiranya Arash berada di
dalam kamar mandi sempat aku berlari keluar nanti agar agenda yang tidak
diingini berlaku. Bilik Arash kelihatan terang berderang kerana langsir yang
menutupi pintu sliding door ke balkoni sudah diselak dan penghawa dingin sudah
dimatikan hanya angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang menerpa masuk. Aku memeluk
tubuh kerana kesejukan. Aku menjungkitkan keningnya kerana tidak menyangka
bilik Arash begitu bersih dan teratur. Sebelum Arash tinggal di bilik ini aku
hanya sempat kemas ala kadar sahaja kerana tidak mempunyai cukup masa untuk menghiasi
bilik tetamu. Aku kagum melihat bilik Arash yang dihias dengan caranya yang
tersendiri. Kebanyakan perabot atau barang-barang yang di atur oleh aku dan
Shima sudah di tukar posisinya. Aku tersenyum sambil mengelengkan kepala. Aku
menoleh ke arah meja solek. Terdapat sehelai kain pelikat berserta sejadah di
atas meja solek. Setahu aku, aku tidak pernah menyediakan sejadah kepada Arash.
Kerana aku tidak teringat untuk menyediakannya. Ah mungkin ada tersimpan di
dalam almari pakaian. Disebelah sejadah tersebut ada buku doa seharian. Aku
melangkah keluar dan menutup pintu biliknya dan berlalu menuju ke arah bilik Faries
untuk mengejutkannya bangun tidur.
“Wah
apa mimpi kau hari ini, bukan main rajin lagi masak nasi goreng untuk breakfast,
kalau tidak jangan harap kau nak bangun pagi-pagi siapkan nasi goreng, eh Lysa
kan ke bagus kalau mood rajin kau hari-hari macam ni tak payahlah breakfast kat
cafĂ© save sikit duit,” giat Shima Tangannya ligat menceduk nasi goreng yang
masih berwap ke pinggannya.
Aku
tidak menjawab kerana malas hendak melayan Shima.
“Prince
Charming dah bangun,” soal Shima.
“Dah,
tapi tak tahu kemana dia pergi,” jawabku acuh tak acuh.
“Aiik
lain macam aje jawapannya, kau gaduh dengan Arash ke,” tanya Shima.
“Shima
aku nak tanya kau sampai bila kita hendak simpan Arash di sini? Buatnya ingatan
dia tidak pulih langsung bagaimana? Tak kan lah kita hendak menyimpan dia
selamanya di sini? Aku dah bosan dengan plan kita ni, apa kata kita berterus
terang sahaja pada Arash senang cerita,” Yelah masa buat plan hendak mengenakan
Arash kami tidak terfikir sampai bila.
“Kau
gila hendak memberitahu Arash perkara yang sebenar? Kau dah puas hidup ke? Kau
dah kenapa?, Arash tidak ada memberi masalah sepanjang dia duduk dengan kita
lagipun Tan Sri ada kata yang anaknya itu memang tabiatnya suka menghilangkan
diri, kenapa pula kau nak menarik diri, aku belum puas nak kenakan si Arash,” terang
Shima.
“Aku,
bosanlah kalau dia duduk sini tak ada privacy langsung,” ujarku tidak berpuas
hati. Mula-mula tu memang seronok lama kelamaan rasa rimas pula. Aku tidak tahu
kenapa sejak kebelakangan ini aku merasa tidak sedap hati membiarkan Arash
berada di sini lama-lama. Tak tahulah kenapa.
Shima
hanya tersenyum meleret. Dia tahu bukan sebab tak ada privacy. Sebab yang lain.
Tapi Shima tak pasti apa sebabnya.
“Kenapa
kau tak selesa Arash duduk rumah ni, kalau dia ada kacau kau, beritahu aku, aku
marahkan dia,” ujar Shima cuba mengorek rahsia yang Alyssa cuba sembunyikan
dari pengetahuannya.
“Aku
serius Shima, apa jiran kata nanti,”jawab ku mendatar kerana Shima tidak faham
akan maksudku yang sebenar.
“Hai
dah nak masuk tiga minggu baru kau cakap takut orang mengata, hei ini Shimalah
bukan budak 2 tahun yang kau boleh percaya dengan cakap kau, ni mesti ada yang
tak kena, cuba cerita dengan aku sikit,” desak Shima sambil menghirup milo. Tak
sabar mendengar penjelasan dari Alyssa.
“Nanti
aku cerita pada kau kat kerja sini susahlah,” jawabku sambil tersenyum.
“Lah
kat kerja lagi susah nak cerita nanti satu dunia tahu yang kita kidnap anak Tan
Sri Farihin,” ujar Shima tak mahu mengalah dia seboleh-boleh hendak tahu apa
sebabnya.
“Nanti
buatnya si-,”
“Si
Prince Charming dengar, dia dah pagi-pagi cabut pergi hospital untuk further
check-up,” celah Shima.
“Aku
tak tahu pun,” jawabku terkejut, aku orang pertama yang bangun pagi tadi. Lepas
solat subuh aku terus ke dapur menyediakan sarapan pagi. Masakan aku tidak
dengar langsung Arash keluar tadi.
“Aiik
ni yang pelik, aku ingatkan dia beritahu kau tadi, hmm kau berdua ni merajuk
macam laki bini lah,” ujar Shima lalu menyuap sisa nasi goreng ke dalam
mulutnya.
“Laki
bini tak ada maknanya,” jawabku menjeling kurang senang dengan komen Shima. Banyaklah
dia punya laki bini.
“Ahh
kenapa pulak kau risau, selalunya tak macam gini sejak bila pulak kau pandai
ambil berat tentang PC tu, selalunya kau buat tak peduli,” usik Shima. Dia
perasan perubahan ke atas diri Alyssa sejak akhir-akhir ini dia banyak
menyembunyikan perkara yang selalu di kongsi bersamanya.
“Siapa
pula ambil peduli tentang dia, biarlah dia nak telentang ke terlunkup ke bukan
masalah aku, lagipun bukan laki aku apa aku kisah,” jawabku geram. Geram benar
dengan Shima suka sangat menyakatku.
“Kau
benar-benar benci pada Arash eh? Aku tengok kau selalu mengelak bila dia cuba
berbual dengan kau?,”
“Memang
aku benci dengan Arash, kau lupa ke plan kita hendak mengenakan dia bukan
hendak sukakan dia,” jawabku dengan wajah serius. Kenapa pula aku harus suka
pada lelaki bongkak itu. Ini masa dia tidak ingat. Kalau dia sudah ingat pasti
dia kembali kepada perangai asalnya.
Shima
terdiam bila Alyssa berkata demikian. Ada benarnya apa yang di katakana Alyssa
sampai bila kami hendak melakonkan sandiwara semasa ni. Dan sekiranya kita
berterus terang kepada Arash. Bukan menyelesaikan masalah menambah masalah lagi
ada. Silap-silap haribulan kami berdua di penjarakan. Arash bukan boleh di bawa
berbincang.
To be continue..
No comments:
Post a Comment