Filem romantic komedi koleksiku yang
seterusnya berjudul The Wedding Planner. Lakonan pelakon seksi yang terkenal
dengan suara merdu iaitu Jeniffer Lopez membawa watak seorang Wedding Planner berbakat
dan layak menjadi salah seorang partner di firma wedding planner tempat dia
bertugas.
Sejak kecil lagi Mary (JLo) sudah
bercita-cita mahu menjadi wedding planner. Mary seorang yang bercita-cita tinggi, bekerja keras, sangat kemas dan teratur, dan dia berbakat
dalam bidang yang diceburinya. Setiap majlis perkahwinan yang di tugaskan
kepadanya, Mary cekap mengendalikannya dengan begitu mudah dan confident. Semua
pelanggan yang pernah mendapat khidmatnya begitu kagum dengan hasil kerja Mary.
Hasil kerja Mary itu mendapat perhatian seorang jutawan
yang mahukan Mary mengendalikan majlis buat anak perempuannya Fran Donolly.
Mary dengan senang hati menerima tawaran tersebut kerana ianya menjaminkan dia
menjadi pertner di firma tempat dia bertugas yang sudah lama diimpikannya.
Mary diselamatkan oleh seorang Doktor pakar kanak-kanak
semasa dia terlibat dengan kemalangan. Mary dapat merasakan dia sukakan Dr.
Steve (Matthew McConaughey). Kekecohan mula berlaku bila Mary mendapati bahawa
pengantin lelaki pelanggannya adalah Dr. Steve atau di kenali Eddie oleh
tunangnya Fran. Mary merasa tertipu kerana menyangka Steve turut suka padanya di
awal perkenalan. Dalam masa yang sama ayah Mary cuba menjodohkan Mary dengan
Massimo lelaki pilihan ayahnya. Mary tidak cintakan Massimo namun dia menerima
lamaran Massimo kerana ayahnya. Mary tidak dapat mengelak dari bertemu dengan
Eddie. Dia terpaksa bekerjasama dengan Eddie untuk menjayakan majlis perkahwinannya
kerana pengantin perempuan iaitu Fran sibuk dengan tugasnya. Hubungan Mary dan
Dr. Steve menjadi lebih akrab dari hari ke sehari. Dr. Steve yang pada awalnya
hanya menganggap Mary sebagai kenalan biasa mula jatuh hati pada kecantikan dan
keperibadian Mary yang sederhana.
Mary sengaja memilih tarikh perkahwinannya sama hari
dengan perkahwinan Dr. Steve. Seperti cerita-cerita romantik yang berakhir
dengan suspen The Wedding Planner tidak kurang dengan suspennya apa yang pasti
ia berakhir dengan happy Ending. Selamat Menonton.
No comments:
Post a Comment