“Kenapa
dengan kau ni Arash, you don’t look well,” tegur Dr. Harris sebaik sahaja dia melabuhkan
punggungnya di kerusi berhadapan dengan Arash. Arash kelihatan termenung
panjang sehingga kehadirannya tidak sedari. Apa yang membuatkan dia bermenung
begitu.
“Entahlah
Harris, aku tak tahu bagaimana hendak aku terangkan pada kau,” jawab Arash. Dia
mencapai cappuccino di hadapannya lalu meneguk perlahan. Pertemuannya dengan
Harris hari ini adalah secara santai kebetulan Harris tidak bertugas dan Harris
mahu bertemu dengannya di club. Arash menerima perlawaan Harris kerana dia
tidak mempunyai teman untuk dia berkongsi masalahnya.
Harris
tidak menjawab malah tersenyum. Dia sudah menganggap Arash seperti temannya.
Dia bersimpati dengan Arash. Dari hubungan pesakit dan Dr. kini hubungan mereka
semakin akrab. Arash sudah menjadi teman rapatnya. Sebagai teman, Harris banyak
memberi Arash semangat dan motivasi bahawa lambat laun Arash dapat
mengembalikan ingatannya insha allah. Arash perlu banyak bersabar.
“Pasal
Alyssa,”soal Harris sekadar menduga masalah Arash. Arash pernah mengadu
kepadanya bahawa isterinya Alyssa tidak pernah berbaik dengannya. Dan dia tidak
tahu apa sebabnya.
Arash
mengelengkan kepalanya.
“Aku
selalu di ganggu mimpi, dalam mimpi itu ada beberapa wajah orang yang tidak
pernah ku lihat, tapi seakan ada pertalian dalam hidupku,” ujar Arash mengeluh
kecil. Dia buntu. Setiap kali dia sedar. Dia cuba mengingati balik akan
wajah-wajah yang dilihat dalam mimpinya namun ia kelihatan samar-samar dan dia tidak
dapat mengingati siapa mereka.
“Susah
aku hendak membantu kau, kalau kau tidak dapat mengingati salah seorang dari
mereka,” ujar Harris. Dia mengalih pandangan ke arah swimming pool di mana anak
perempuannya sedang bermain air di tepi kolam mandi.
“Bagaimana
dengan budak perempuan yang kau temui di restoren kelmarin,”soal Harris
tiba-tiba.
Arash
tidak menjawab dia khayal melihat budak lelaki kecil yang sedang leka bermain
di tepi kolam. Budak perempuan itu berdiri terlalu dekat dengan kolam tersebut
sambil bermain air dengan kakinya.
“Arash,”
tegur Harris setelah menyedari Arash tidak mengambil perhatian dengan
pertanyaannya tadi.
“Sorry,
I was not paying attention, what was you asking just now,” ujar Arash. Setelah
menyedari pertanyaan Harris tidak di jawabnya.
Mereka
berdua tersentak mendengar jeritan budak perempuan kecil itu, dia tergelincir
jatuh ke dalam kolam. Arash bergegas ke arah kolam lalu terjun ke dalam kolam
mandi mendapatkan budak kecil itu. Dia berenang ke tepi dan menyerahkan budak
itu kepada Harris. Harris mendukung budak itu lalu di letakkannya di atas
kerusi. Budak kecil itu menangis teresak-esak kerana terperanjat.
“Are
you o.k. Aaliyah, don’t cry sweetheart daddy is here,” ujar Arash lalu mengusap
kepala anak kecil itu.
Harris
menoleh ke arah Arash dengan wajah hairan namun dia hanya membiarkan sahaja
Arash berbuat demikian. Harris menyerahkan tuala yang diberi pekerja Club untuk
membaluti badan anak kecil itu dari kesejukkan.
“Daddy,
I’m scare don’t leave me anymore,” ujar budak kecil itu lalu memeluk Arash
erat. Dia menangis lagi.
“I
won’t leave you, I promise,” balas Arash lalu menepuk bahunya perlahan. Harris
membiarkan sahaja Arash memujuk anaknya. Harris turut hairan bagaimana Arash
tahu nama anaknya sedangkan ini adalah kali pertama dia membawa anaknya bertemu
dengan Arash. Dan semasa dia sampai tadi dia belum memperkenalkan Aaliyah
kepada Arash kerana Aaliyah mahu bermain-main di tepi kolam tadi. Dan semasa Aaliyah
tergelincir ke dalam kolam. Harris turut bergegas untuk menyelamatkan Aaliyah.
Namun Arash terlebih dahulu terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan anaknya.
Dan kenapa Aaliyah memanggil Arash daddy?
“Thanks
for saving my daughter,”ujar Harris lalu menyerahkan tuala kering kepada Arash
yang basah kuyup.
“Your
daughter,” ujar Arash terperanjat. Apa yang dia tahu Harris baru mendirikan
rumahtangga dengan seorang wanita berbangsa eropah setahun yang lalu. Bagaimana
pula dia mempunyai anak perempuan berusia 6 tahun.
“My
step daughter,” Harris membetulkan ayatnya. Arash menganggukan kepalanya tanda
mengerti. Arash menuju kearah wash room untuk menganti pakaian sementara Harris
dan Aaliyah menunggunya di coffee house.
“Can I ask you something,” ujar Harris sebaik
sahaja Arash kembali semula di coffee house di mana dia dan Aaliyah menunggu.
“Sure,”
jawab Arash.
“Macamana
you tahu nama my daughter Aaliyah,” soal Harris.
“Did
I,” ujar Arash seakan lupa tentang kejadian tadi.
“Yeah,
even Aaliyah call you daddy,” soal Harris lagi. Dia ingin tahu apa pertalian di
antara Aaliyah dan Arash.
“I
don’t know, it come out so naturally, aku pun tak tahu macamana aku boleh
panggil your daughter Aaliyah, aku minta maaf sekiranya kau tersinggung dengan
tindakan aku tadi, it just my instinct,” ujar Arash. Sebagai seorang bapa sudah
tentu Harris tidak menyenangi anaknya memanggil orang lain adalah bapanya.
Harris
mendiamkan diri, dia sedang memikirkan sesuatu. Kalau Aaliyah memanggil Arash
“daddy” besar kemungkinan Arash adalah ayah kandung Aaliyah dan Amanda adalah
bekas isteri Arash. Tidak mungkin Aaliyah dapat mengingati wajah daddynya sedangkan
Amanda sudah pun bercerai dengan bekas suaminya ketika Aaliyah berusia 3 tahun.
Budak berusia tiga tahun di anggap terlalu muda untuk mengecam wajah daddynya.
Lagiupun dalam surat beranak Aaliyah hanya di
tulis nama Aaliyah Amanda Spring manakala nama dalam passportnya Nurul Aaliyah
Binte Harris. Amanda sengaja mahu ber binte Harris di belakang nama Aaliyah.
“Sorry
to ask you this silly question, but it’s really important to you,” ujar Harris
setelah mendiamkan diri seketika.
“Teruskan
sekiranya ia dapat membantu aku memulihkan ingatan ku,” ujar Arash tenang.
“Have
you married before,”soal Harris ingin tahu. Cuba melihat reaksi Arash.
“Yeah
Alyssa,” jawab Arash tanpa berfikir panjang tanpa memahami soalan yang
ditujukan kepadanya.
“What
I meant, you pernah bernikah dengan wanita lain sebelum Alyssa,”soal Harris lagi.
Dia tahu Alyssa adalah isterinya namun soalan yang di tujukan bukan mengenai Alyssa.
“You
must be out of your mind, kan aku dah beritahu Alyssa sahaja isteri aku, why
are you asking me this silly question, of course not, I won’t betrayed my wife,
I love her she my only wife dammit,” jawab Arash dengan nada suara marah. Dia
tidak sangka Harris menyangka dia menduakan Alyssa. Walaupun dia hilang
ingatan, dia tahu dia tidak pernah menduakan Alyssa dia sayangkan Alyssa walaupun
Alyssa tidak pernah melayan dengan baik.
“Sorry
Arash, I‘m trying to help you, I’m really sorry,” ujar Harris menyesal kerana
terlalu ghairah hendak membantu Arash dia tidak menyangka ianya menguris hati Arash.
Lebih-lebih lagi Arash mengaku bahawa dia amat menyayangi isterinya.
To be continue...
No comments:
Post a Comment