Tuesday, 19 November 2013

Sweet Revenge - Part 13


“Dah lama tak dengar khabar, kalau tidak selalu-selalu call,” usik Farah setelah sudah lama juga dia tidak di ganggu Alyssa. Kalau tidak hampir saban hari dia menerima panggilan telefon dari Alyssa.

 

Alyssa turut ketawa mendengar usikan Farah. Walaupun dia belum pernah bertemu mahupun mengenali setiausaha Tan Sri Ibrahim secara peribadi namun mereka mesra kerana selalu berurusan melalui telefon seolah sudah berkenalan lama.

 

“Biasalah Farah, si kepala angin tu tak ada, tenteram sikit jiwa I,” ujarku sambil ketawa kecil.

 

“Your boss mana pergi vacation?,” tanya Farah. Farah kenal dengan boss Alyssa dia selalu berkunjung ke pejabatnya dan bertemu dengan Tan Sri Ibrahim, kerana Tan Sri Ibrahim kenalan lama Tan Sir Farihin ayah Arash. Lagipun syarikat milik Tan Sri Farihin dan kini menjadi milik anak tunggalnya Arash banyak berurusan dengannya mengenai bisnis.

 

“Taklah business trip, tak tahu bila balik, tak balik pun tak apa, aman office ni,”ujarku lagi menunjukan aku lebih selesa Arash tidak berada di pejabat. Semuanya berjalan dengan lancar. Bukan aku sahaja merasa senang malah semua pekerja yang selalu di herdik dan di maki Arash merasa sebegitu. Kerja kami lebih productive tanpa si Arash the trouble maker.

 

“Eh, you tak miss ke muka charming dia, nasib baiklah boss I dah tua lagi tak hensem, kalaulah boss I muda dan kacak macam boss you, hari-hari I datang kerja tak ambil cuti pun tak apa,” gurau Farah sambil ketawa kecil. Setiap kali Arash ke pejabatnya dia tidak pernah jemu memandang wajah Arash yang kacak walaupun jejaka itu tidak pernah membuahkan senyuman kepadanya kerana menurut Alyssa dia terkena sumpahan tidak boleh senyum namun dia masih kelihatan kacak dan bergaya.

 

“Kalau perangainya cantik tak apa Farah, ini kasi darah up aje, sebelum darah kita di hisapnya tak dapat boss hensem pun tak apa asal baik,” jawabku. Apalah yang ada pada wajah kacak kalau perangai nauzubillah mu zalik. Issh tak nak aku.

 

“Speaking of your boss, dia ada depan mata I sekarang,” ujar Farah seakan terperanjat. Dia ternampak kelibat Arash dari reception. Arash berpakaian casual dia tidak mengenakan suit sepertimana selalu dia berkunjung ke officenya.

 

“Farah you jangan buat I heart attack, I baru nak tarik nafas lega kerana dan 3 minggu dia tidak masuk office, you dah buat lawak,” ujarku tahu Farah bergurau denganku. Aku pasti Farah hendak mengenakan aku. Farah tahu bahawa aku sememangnya tidak berkenan dengan Arash kerana perangai buruknya.

 

“Serius Alyssa, I’m not joking dia ada duduk di sofa depan I ni, lain pula dia hari ini, nampak lebih charming, I think he did something to his hair, I like his new hair style dia nampak lebih fresh,” ujar Farah terus menerus.

 

“Farah, be serious o.k. I think sekarang dia berada di Jepun, meeting dia belum habis,”ujar aku terpaksa berbohong untuk menutup helah. Arash berada di pejabat Tan Sri Ibrahim? Apa dia buat kat sana dan apa urusannya.

 

“Eh kenapa pula dia tidak terus ke tempat I, selalunya dia call untuk appointment ini tidak, eh dia macam tak cam I aje, o.k.lah Alyssa I got to entertainment him, sebelum I kena lecture dengan Tan Sri, I call you later, bye,” ujar Farah tergesa-gesa lalu mematikan telefon.

 

“Farah-,” belum sempat aku hendak meminta kepastian lanjut darinya, Farah sudah meletak gagang telefon. Aku mendial nombor telefon rumah. Tiada orang menjawab panggilan. Tentu Fairul dan Fairuz belum balik lagi. Aku mula panik. Khuatir Arash sudah dapat mengembalikan memorinya.

 

“Heh, kenapa pucat aje muka kau,” sergah Shima bila Alyssa kelihatan pucat semacam kalau di toreh pisau tak berdarah.

 

“Arash ada di pejabat Farah,” ujarku perlahan namun dapat di dengar oleh Shima dengan jelas. Shima terperanjat bila Alyssa berkata demikian.

 

“Sure,”

 

Aku tidak menjawab hanya menganggukan kepala. Tanpa berfikir panjang Shima terus mendial nombor telefon Farah. Lama juga Farah hendak menjawab panggilannya.

 

“Hello,”

 

“Farah, Arash ada di office you,” tanya Shima sebaik sahaja Farah menjawab panggilan telefon.

 

“Dia baru keluar dari office bila I cakap Tan Sri Ibrahim out-station sampai lusa, he look so strange, as if dia tak kenal I dan cakap terlalu formal, I nak bergurau dengan dia pun tak berani,” terang Farah tanpa di minta.

 

“Dia tanya pasal Tan Sri Ibrahim saja,” soal Shima direct.

 

“Ah bila I cakap dia out-station, dia kata terima kasih lepas tu balik, dia tak sihat ke, dia nampak kurus sikit,” tanya Farah sekadar ingin tahu.

 

“Tak adalah, dia tu kan angin kadang-kadang dengan kita pun tak bertegur,” bohong Shima setelah yakin Arash tidak berjumpa dengan Tan Sri Ibrahim.

 

“Angin ye dia,”

 

“You tak kenal dia sangat Farah, dia banyak angin, angin barat daya, angin monsun semua ada,” ujar Shima lalu ketawa kecil.

 

“Is it, teruklah macam gitu,” Farah turut ketawa mendengar karenah Arash.

 

“O.k.lah Farah sorry ganggu you, I call you for coffee someday, o.k. bye, ”ujar Shima lalu meletak gagang telefon ke tempat asalnya.

 

Aku memandang wajah Shima ingin tahu apa yang di bualkan bersama Farah tadi.

 

“Nothing to be panic, dia tak dapat jumpa Tan Sri cause Tan Sri out-station,” ujar Shima lalu menuju ke arah mejanya. Aku mengeluh lega. Hilang semangat aku sekejap. Kalau Arash dapat bertemu dengan Tan Sri Ibrahim pasti dia merasa hairan melihat kelakuan pelik Arash yang tidak mengenalinya pasti Tan Sri sudah menghubungi temannya Tan Sri Ibrahim.



To be continue...

No comments:

Post a Comment