Hati
Anisha tidak tenang sejak siang tadi. Walaupun dia bersama Amirul sepanjang
hari namun fikiran bercelaru memikirkan siapa Affendy yang sebenarnya. Anisha
sedar Amirul memberitahunya bahawa Affendy sudah pulang. Anisha tidak pernah
terserempak Affendy di rumah walaupun mereka tinggal serumah. Seolah-olah
Affendy sengaja tidak mahu dirinya di perkenalkan kepadanya sehinggalah pagi
tadi di mana Affendy tidak dapat lari bila Amirul menegurnya bila Affendy cuba
untuk meninggalkan kami sebaik sahaja kami ke tempatnya. Selama ini Anisha
tidak pernah memikirkan apa-apa kerana menyangka Affendy suka bersendirian dan
tidak mahu di ganggu. Tapi kejadian pagi tadi membuatkan Anisha merasakan
bahawa Affendy seperti menyembunyikan sesuatu dari mereka. Mungkinkah Affendy
abang longnya. Hati Anisha menjadi tidak menentu bila memikirkannya. Sedar
tidak sedar dia berada di luar pintu bilik Affendy. Anisha mengetuk pintu bilik
Affendy yang terdedah. Affendy sedang duduk dan tekun menulis sesuatu.
“Abg
long,” ujar Anisha.
Affendy
tidak menoleh.
“Abg
Fendy,” ujar Anisha lagi.
Affendy
menyahut seraya menoleh kea rah pintu.
“Nisa,
ada apa yang abg Fendy boleh bantu,” ujar Affendy agak terperanjat dengan
kunjungan Anisha. Dia segera bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju kea
rah pintu.
“Maaf
sekiranya Nisa bertanya, suara abg Fendy sama seperti suara orang yang Nisa
kenali dahulu, adakah abg Fendy orang yang sama,” soal Nisa berterus terang dan
tidak mahu berselindung lagi. Dia sudah nekad. Hatinya tidak tenteram sekiranya
dia tidak bertanya sendiri pada Affendy.
“Abg
Fendy rasa Nisa tersilap orang,” jawab Affendy perlahan seraya memandang wajah
ayu Nisa. Dia merasa berdosa kerana terpaksa berbohong kepada Anisha. Dia buat
ini semua demi kebahagian Nisa juga. Dia tidak mahu Nisa tahu siapa dia
sebenarnya. Biarlah ia menjadi rahsia hatinya. Dia redha dengan ketentuan
Allah. Anisha bukan jodohnya.
“Nisa
tidak pernah tersilap orang bang, mungkin dahulu Nisa buta tidak dapat melihat,
tapi Nisa dapat mengenali suara orang yang Nisa sayang,” ujar Nisa tidak puas
hati dengan jawapan yang diberikan Affendy. Dia benar-benar yakin bahawa
Affendy adalah abang longnya walaupun Affendy mengatakan tidak.
Affendy
menjadi serba salah walaupun tidak di tunjukkan kepada Anisha kerana khuatir
Anisha akan mengesyakinya dan mengetahui siapa dia sebenarnya. Affendy pasrah
walaupun hatinya bagai dihiris-hiris seperti sembilu melihat Anisha bersedih.
“Maaf
sekiranya Nisa bertanya lagi, adakah abang hanya akan mendiamkan dan menyaksikan kekasih abang berkahwin dengan
orang lain atau abang akan pertahankan cinta abang,” soal Anisha matanya mula
ditakungi air. Hatinya benar-benar sebak kerana di sudut hati kecilnya
mengatakan bahawa Affendy adalah abang longnya walaupun Affendy cuba
menafikannya.
“Apa
ertinya lagi soalan ini Anisha, orang yang mati tak akan hidup kembali,”ujar
Affendy sebak. Ingin sahaja Affendy mengesat air mata Anisha dan mengatakan
bahawa dia adalah abang longnya dan sememangnya dia cintakan Nisa dan mahu
membina hidup bersamanya. Tapi apakan daya dia tidak dapat berbuat demikian.
“Saya
tak cakap tentang orang yang telah mati, baiklah terima kasih di atas
penjelasan abang Fendy,” ujar Anisha air matanya mengalir laju.
“Maafkan
abang Fendy kerana tidak dapat membantu Anisha,” jawab Affendy perlahan.
Anisha
mengesat airmatanya perlahan seraya berlalu menuju kea rah biliknya. Dia tahu
Affendy cuba menafikannya kebenaran. Anisha percaya bahawa Affendy itu adalah
abang long, akan tetapi dia tidak mampu untuk membuktikan kesahihannya kerana dia
tidak tahu dan mengenali wajah abang long. Anisha memerlukan seseorang yang
pernah melihat abg long untuk mengesahkan bahawa Affendy itu adalah kekasih
hatinya.
“Eh
Nisa nak kemana puas Rul cari,”ujar Amirul bila dilihatnya Anisha tergesa-gesa
ingin menuju ke anak tangga.
Anisha
segera menyeka air matanya. Tidak mahu Amirul mengesyaki dia menangis.
“Kenapa
Nisa sedih, Nisa tak bahagia ke,” soal Amirul bila dilihatnya Anisha seperti sedang
menangis walaupun Anisha cuba menyembunyikan wajahnya dengan memandang ke arah
lain tanpa memandang ke arahnya.
“Nisa
bahagia Rul,” jawab Nisa cuba menyembunyikan perasaannya. Dia tidak mahu Amirul
tahu dia sedang bersedih.
“Jangan
hendak berbohong dengan Rul, gadis yang pernah memarahi Amirul terang-terangan dahulu,
kini tidak berani menatap wajah Rul, apa yang Nisa cuba sembunyikan dari Rul,”
ujar Amirul dia menyentuh dagu Anisha agar wanita itu memandang kepadanya.
“Tak
ada apa-apa,” jawab Nisa berdalih.
“Nisa
do you know that I love you so much, dan Rul tidak akan membiarkan Anisha
bersedih hati,”ujar Amirul seraya tersenyum.
Affendy
yang berada di biliknya dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas. Sebak
hati Affendy bila mendengar akan pengakuan Amirul mencintai Anisha kerana dia
terlebih dahulu mencintai Anisha. Tapi apakan dayanya dia tidak bisa melawan
takdir Anisha bukan jodohnya.
No comments:
Post a Comment