Tuesday, 16 July 2013

Klassik Raya 2012







Haha sepatutnya dah lama post gambar ni tapi tidak punya kesempatan. Ini semua datangnya dari idea Shah Hida kita untuk kami tiga sekawan bergambar raya bersama sekeluarga. Bukan itu sahaja kami bertiga siap pilih kain dari jenis yang sama untuk di jadikan baju lebaran kami. Begitulah semangat setiakawan kami. Shah bercadang untuk kita mengambil package outdoor photography dengan 3tiga Studio. 3tiga studio hanya menyediakan sessi photography kepada pelanggan yang berminat akan tema retro atau klassik. Haha kebetulan kami bertiga sememangnya meminati tema berkenaan dan package yang disediakan juga amat berpatutan. Maka kami bertiga pun menetapkan hari untuk sessi photography outdoor kami. Hah ini hasilnya.

Gambar sebelum di make up. hehe





Gambar sudah di make-up dan tengah posing

 
Klassik Lebaran
Putera & Puteriku
 
Memandangkan kami hendakkan gambar klassik maka terdapatlah gambar hitam putih juga dalam album lebaran klassikku ini. 
 
 
Kalssik Lebaran
Aksi lincah Putera & Puteriku
 
Baju pula memang kami dah sepakat jahit baju kurung Pahang atau Riau orang sekarang kata. Kain eyelet kain kapas dahulu-dahulu kala menjadi pilihan kami. Feeling klassik lah katakan. Liza memilih maroon dan Shah pula pilih merah darah. Saya pula memilih warna cream kerana waktu membeli kain masa tu warnanya memang terhad. Tengok kain puteriku berpetak-petak. Klassik tak?

BFF ku bersama sang suami

Kebetulan Shah pergi bercuti di Jepun. Dia pun belilah kain kapas yang bercorak untuk di jadikan kain dan samping buat suaminya. Cantik kan ada kipas jepun tu.


BFF ku yang lagi satu bersama sang suami
Sesi pengambaran kami sepatutnya di jadualkan seminggu sebelum ramadhan. Tapi diatas sebab-sebab tertentu dan kesibukan masing-masing maka terpaksa melarat ke seminggu puasa. Haha bayangkanlah bagaimana kami bergambar ketika panas mentari di bulan ramadhan. Cubaan. Walaupun terpaksa berdiri di bawah mentari bersinar. Kami berpuas hati kerana dapat bersama-sama menjayakan sesi photography kami. Tengok aje muka kami act cool sahaja. Tapi tuhan sahaja yang tahu.

Hah ini gambar group kami yang berwarna

Dan ini pula gambar group hitam putih

3 sekawan

We really have so much fun semasa photography. Our photographer dan make up artist memang sportting dan kepala gila-gila. Dan kami pun memang dah semula jadi joker itu yang seronok sama kepala kan.

Kandid group photo

Bukan kita bertiga sahaja yang joker. Tidak sangka our hubbies pun boleh click dan sama sedap gilanya. So lihat sahaja gambar kandid mereka di bawah ni.

Hulubalang negara haha

Ok banyak2 gambar yang di rakamkan. My favourites are the 3 pics black and white pose dari kami. Klassik gitu.

This pose memang klassik tengok mangkuk tingkat tu

Haha pose nak balik beraya di kampung

Ni pose tengah nak ngurat


Sebenarnya banyak lagi gambar dalam koleksi klassik lebaran tapi saya tak muatkan semuanya di sini. Ini pic yang favorite sahaja.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment