Aku berjalan pantas menuju kearah
ambulance dimana Arash sudahpun di tempatkan di katil sorong untuk di masukan
kedalam perut ambulance. Aku mendapatkan salah seorang paramedic dan
memberitahunya bahawa aku mengenali si mangsa. Paramedic tersebut itu
menyuruhku mengekori ambulance mereka dari belakang memandangkan aku turut
memandu. Otakku seperti tidak dapat berfungsi dengan baik. Mungkin kerana
terperanjat bila menyedari bahawa mangsa kemalangan itu adalah orang yang ku kenali.
Sepanjang perjalanan fikiran ku hanya tertumpu kepada Arash. Dapatkah dia
diselamatkan? Hatiku menjadi tidak menentu. Walaupun hakikatnya aku teramat
benci akan Arash namun sebagai seorang insan sebenci manapun hati siapa yang
tidak tersentuh melihat keadaannya yang terlantar lemah.
Aku
mengacu penumbuk ke arah bilik Arash setelah menutup pintu biliknya dan kembali
berjalan menuju ke arah Shima yang dari jauh tersenyum memerhatikan
kelakuannya.
“Apa
lagi si jan tu buat pada kau,” tegur Shima seraya membetulkan cermin matanya
yang agak melurut.
“Macam
bab- aku buat amendment penat-penat, sikit pun dia tak tengok lepas tu suruh
buat report lain, tak ke macam bab- tu,” jawab Alyssa melepaskan geram merah
padam muka dia setiap kali keluar dari bilik Arash.
Shima
hanya tersengih bukan sekali dua dia mendengar keluhan Alyssa sudah acap kali.
Malah dia sendiri tidak tahan dengan perangai Arash yang melampaui batas.
“Habis
tak kan kau acu penumbuk kat pintu bilik dia aje,” usik Shima kerana dia juga
senasib dengan Alyssa. Arash tidak kira siapa. Pekerja lelaki atau perempuan
kalau perkara yang tidak menyenangkan dia tidak teragak-agak untuk memarahi
mereka. Begitu sadisnya perangai dan kelakuan Arash Zakuan yang tidak
bertimbang rasa itu.
“Eh
bukan itu saja, aku cabar dia buang aku kalau dia tak puas hati,” ujar Alyssa
lagi dia tersenyum puas gembira melihat reaksi Arash apabila dia mencabar akan
meletak jawatan 24 jam.
“Oh
really,” jawab Shima seraya menekup mulutnya. Tidak percaya Alyssa sanggup
berbuat begitu. Kerana padanya tak ada guna melayan jan tot..tu dah memang
perangainya mengalahkan anjing gila.
“Apa
kau ingat aku boleh tolerate dengan perangai ego dia, no way, ini Lysalah aku
tak akan tunduk dengan telunjuknya, kalau dia nak sack aku fine, aku boleh cari
kerja lain namun hendak berlutut dengannya sorrylah malam sikit,” jawab Lysa
lagi.
“O.klah
aku nak keluar nak beli pistol automatik mana tau terdesak boleh juga aku
lepaskan sedas dua pada si jan tot..tu,”ujar Shima seraya ketawa. Lysa yang
mencuka turut ketawa gelihati mendengar lawak spontan Shima. Kebetulan Arash
lalu di hadapan mereka makin kuat lah ledakan tawa mereka tanpa mempedulikannya.
Arash hanya mendengus marah kerana dia pasti kedua-dua pekerjanya itu sedang
memperkatakan tentang dirinya. Dia tahu kedua-dua pekerjanya itu tidak
menyenangi dirinya. Ikutkan hati hendak sahaja dia memberhentikan kerja mereka.
Tapi dia tidak dibenarkan berbuat demikian di atas permintaan papanya yang
sayangkan kedua-dua pegawai akaun dan pegawai juruteranya. Sebab itu Arash
tidak membagi muka kepada mereka. Arash tetap dengan egonya tidak akan bertolak
ansur dengan mereka kerana tidak mahu di pandang lemah di depan mata
pekerja-pekerja yang lain.
Setelah
kelibat Arash tidak kelihatan. Mereka tersenyum gembira kerana mendapat
maklumat dari Jannah bahawa dia akan ke Jepun selama seminggu untuk projek
terbesar dari syarikat Jepun. Sudah tentu selama seminggu officenya dalam
keadaan tenang dan aman tanpa kehadirannya.
“Lysa
kau ingat tak dengan joke kita,”ujar Shima secara tiba-tiba.
“Yang
mana, kan ke kita ni banyak joke,”
“The
one yang kita khaskan untuk jan tot..tu,” Shima cuba mengingatkan Lysa tentang
joke yang di reka khas buat insan bernama Arash.
“You
mean licence to kill,”ujar Alyssa
No comments:
Post a Comment