Wajah Alyssa masam mencuka sebaik
sahaja keluar dari bilik pejabat Arash Zakuan atau panggilan singkatnya Arash.
Sejak kehadiran Arash Zakuan di dalam syarikat Stasia Enterprise wajah Alyssa
tidak lagi seceria dahulu, bukan dia sahaja bersikap demikian malah pekerja
lain juga. Hendak tak hendak terpaksa mereka menurut sahaja kehendak boss
barunya. Boss yang di maksudkanya adalah anak tunggal Tan Sri Farihin sendiri.
Selama Tan Sri Farihin mengendalikan syarikatnya tidak pernah Alyssa di herdik
dan dimaki sedemikan rupa Tan Sri tidak seperti anaknya yang sombong dan
bongkak itu. Malah tidak keterlaluan jika dia mengatakan Arash tidak memiliki
peribadi sebaik bapanya.
“Hah
kenapa dengan kau, muka masam aje,” tegur Shima sebaik sahaja terpandang akan wajah
Alyssa yang tak ubah seperti tapai basi. Muncung sedepa. Hilang seri wajahnya
yang sememangnya ayu.
Tanpa
menjawab Alyssa menghempas file akaun di atas mejanya. Lalu dia menjeling ke
arah Shima yang sudah biasa dengan perangainya bila setiap kali dia berjumpa
dengan Arash.
“Ada
ke muka aku senyum macam dulu sejak si jan tut tu jadi boss kita, ada tak,” jawab
Alyssa selamba tanpa menoleh kiri kanan. Dia tidak peduli akan orang di
sekelilingnya. Lantaklah. Sakit hati benar dia dengan Arash.
Shima
tidak terperanjat mendengarnya kerana memang sejak kebelakangan ini perkataan
itu yang sering keluar dari mulut mereka. Dia tidak tahu kenapa perangai Arash
Zakuan sedemikian rupa. Harap muka sahaja kacak. Tapi perangai nauzubillah. Datang
bulan sepanjang tahun. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Apa
sebenarnya masalah anak tungal Tan Sri Farihin ni. Sehinggakan Tan Sri tidak
tahu bagaimana hendak membetulkan perangai Arash. Sakit otak barangkali.
Alyssa
merentap pensil dari container dengar kasar. Semua pensil dan pennya bertaburan
di atas meja. Tanpa menghiraukan mejanya yang berselerakan pantas jarinya menulis
memperbetulkan angka-angka yang dianggap salah di mata Arash. Shima hanya
mengelengkan kepalanya, dia tak dapat hendak membantu Alyssa kerana dia sendiri
menjadi mangsa Arash. Perbuatan Arash yang melampau itu hingga membuatkan Alyssa
dan Shima pernah terfikir hendak mengajarnya suatu hari nanti.
“I
wish he would die, kena langgar lori,” gerutu Alyssa menyumpah Arash menjadi
penyebab hidupnya di office ceria dahulu kini menjadi tegang sejak kehadirannya.
Arash,
ya Arash yang dimaksudkan oleh Shima dan Alyssa. Sejak kali pertama mereka di
perkenalkan oleh Tan Sri Farihin, mereka sudah menjangkakan the worst nightmares
begin. Kerana dari segi physical Arash sememangnya perfect. Memiliki wajah yang
kacak. Sesiapa sahaja terpandang akan wajahnya sahaja bisa mencairkan hati sang
wanita. Sehinggakan makcik yang membersihkan pejabat turut mengaku Arash sememangnya
seorang jejaka yang kacak. Selama ini Tan Sri tidak pernah membawa anaknya ke
pejabat kerana menurutnya Arash berada di oversea dan tidak berminat untuk
mengendalikan syarikat perusahaan ayahnya kerana alasan yang di berikan Arash,
dia tidak menuntut jurusan business studies dan dia tidak tahu akan selok belok
dunia perniagaan. Tapi entah bagaimana pula dia berubah fikiran untuk
mengantikan tempat ayahnya.
“Jan,
kenapa kau menangis,” sapaan Shima cukup membuat Alyssa menoleh ke arah Jannah
yang sedang menangis tersesak-esak. Wajahnya kelihatan sugul.
Jannah
yang diselubungi emosi tiba-tiba meluru ke arah Shima seraya mendakapnya erat.
Shima tersentak bila Jannah berbuat demikian, namun begitu dia cuba menenangkan
Jannah dan mengusap belakangnya perlahan.
“Jannah
don’t cry kenapa ni dah..dah jangan nangis,”pujuk Shima mengusap belakang
Jannah.
Alyssa
menghampiri Shima lalu menyerahkan sekotak tisu kepada Jannah.
“What
happen,”
“Arash,”
“That’s_
sonof,” cemuh Alyssa tidak terperanjat kenapa Jannah menangis.
Shima
menjegilkan biji matanya kearah Alyssa. Alyssa menjeling meluat bila mendapat
tahu akan sebab mengapa Jannah menangis. Sebab siapa lagi kalau tak jantan otak
separuh masak tu.
Tangisan
Jannah mula reda. Namun bahunya masih terhenjut-henjut menahan sendu. Alyssa menyerahkan
sehelai tisu kepadanya. Jannah mencapai lalu mengesat air matanya berjuraian
sedari tadi.
“Arash
dia, marahkan Jannah pasal there a few spelling mistake dalam minutes mesyuarat
tempoh hari, Jannah tak sempat hendak check pasal dia hendakan minutes
mesyuarat tu dalam masa setengah jam so I overlooked, dia marahkan Jannah….,”
Jannah tidak meneruskan kata-katanya mungkin merasa sebak kerana dimarahi
majikannya. Dia menarik sehelai tisu dari kotak lalu mengesat air matanya yang
mula mengalir lagi.
“Pasal
itu aje,” ujar Alyssa seraya mencekak pinggang. Bengang dengan perangai Arash.
Gila nak mampus barangkali jantan tu. Dia tahu Arash sengaja mencari pasal
dengan pekerjanya. Masakan kesilapan yang kecil hendak di marah seperti mereka
kerugian projek bernilai berjuta-juta. Tidak masuk akal.
“Dia
kata kalau muka lawa tapi bodoh tak guna, dan dia tak memerlukan pekerja yang
cuai dalam syarikatnya,”terang Jannah kali ini dia tidak dapat menahan
airmatanya dari mengalir laju benar-benar terharu dicaci oleh majikannya.
Wajah
Alyssa merah padam bila mendengarnya begitu juga Shima dia mengetap bibirnya
menahan geram. Kalau tidak memikirkan kebaikan Tan Sri Farihin sudah lama dia memberi
notice 24 hours untuk berhenti kerja, di mana dia dapat rasakan bahawa Arash
tidak akan teperanjat dengan tindakan mereka. Mungkin memang itu tujuan Arash
agar pekerjanya meletak jawatan. Habis kalau semua letak jawatan dia hendak
membuat kerja sendiri. Otak tak center.
Alyssa
memandang wajah Jannah dengan perasaan simpati. Selama dia bekerja sebagai
setiausaha Tan Sri Farihin, Jannah tidak pernah di herdik malah Tan Sri
melayannya dengan baik. Memang Alyssa perasan akan perubahan pada diri Jannah,
selama ini dia tidak pandai bergaya. Tapi sejak kehadiran si jantan tot…tu
ramai pekerja wanita di syarikat kami sudah mula pasang badan silap-silap
pandang sudah semacam studio modelling pulak, Jannah tidak ketinggalan. Hanya Alyssa
dan Shima tidak kuasa mengikut jejak mereka. Tidak ada gunanya layan jantan tut..tu..Entah-entah
gay, siapa tahu masa di overseas dulu dia pernah terlibat..Eii selisih malaikat
empat-puluh empat. Alyssa mengelengkan kepalanya berkali-kali.
“Dah
Jannah jangan layan si jantan gila tu, buat bodoh aje,”pujuk Shima.
Jannah
menganggukan kepalanya mengakui kebenaran kata-kata Shima. Bukan pertama kali
dia di marahi Arash. Sudah acap kali. Arash tidak pernah menunjukkan
tanda-tanda bahawa dia akan berubah. Fail minutes mesyuarat di dakapnya erat
lalu menuju ke arah mejanya.
Shima
memandang ke arah Alyssa. Alyssa hanya mampu mengelengkan kepalanya. Tidak
kuasa dengan kelakuan Arash. Nasib baik dia tidak ada share dalam Syarikat
Stasia Height kalau tidak dah lama dia sack Arash. Yang nyata Shima dan Alyssa
memang tidak berkenan langsung dengan Arash. Kalau ada licence to kill dah lama
dia tembak si Arash tu. Eeii betul. Perempuan malang mana yang boleh kawin dengan dia.
Dengan perangainya tak ubah macam tut…
No comments:
Post a Comment