Dr.
Azman menatap wajah anak muda itu lama. Affendy menundukkan wajahnya. Dia tidak
dapat lari dari kenyataan bahawa Dr. Azman mengenali dirinya. Dengan Anisha dia
masih dapat mengelak kerana Anisha tidak pernah melihat atau mengenali
wajahnya. Dengan Dr. Azman dia tidak dapat berbohong. Affendy sendiri
terperanjat bila Dr Azman menegurnya semasa dia duduk sendirian di Café bila
Amirul sudah pergi meninggalkannya tadi. Dia tidak menyangka Dr. Azman dan
isterinya memilihara Anisha selepas pembedahan. Ini semua Allah sudah tentukan.
“Kenapa
Fendy tidak terangkan keadaan yang sebenar kepada Amirul,” tegur Dr. Azman
memandang kearah Affendy.
Affendy
mengeluh kecil.
“Macamana
saya hendak memberitahu Amirul, saya tidak sampai hati hendak mengecewakannya,”
jawab Affendy perlahan.
“Dengan
cara mendiamkan diri begini, Fendy bukan sahaja meracuni jiwa sendiri malah
tiga jiwa,” terang Dr. Azman. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak
menyelesaikan masalah Affendy. Affendy berdegil tidak mahu rahsianya terbongkar.
Dia mahu majlis perkahwinan Amirul dan Anisha berjalan dengan lancar. Sebelum
Ansiha tahu bahawa dia adalah abang longnya Anisha bahagia. Kebahagian Amirul
dan mamanya adalah penting buat dirinya. Dia banyak terhutang budi dengan
mereka. Mamanya yang menjaganya dari kecil. Mereka yang memberinya kasih sayang
dan memberinya nikmat hidup berkeluarga. Affendy tidak pernah lupa semua itu.
No comments:
Post a Comment