Melihatkan Anisha tidak
berapa ceria sejak kebelakangan ini Amirul membuat kejutan untuk Anisha. Dia
mengajak Anisha untuk menonton wayang kerana Anisha pernah berkata dia tidak
pernah ke panggung wayang sebelum ini. Amirul tidak memberitahu Anisha kemana
mereka hendak pergi. Sangka Anisha, Amirul hanya mahu keluar jalan-jalan sahaja
kerana selepas makan malam Amirul menyuruhnya bersiap-siap. Sejak dia bersemuka
ddengan Affendy. Affendy tidak lagi makan malam bersama kami. Ada sahaja alasan
yang diberikan. Amirul dan mama tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka tidak
mendesak Affendy mungkin Affendy jarang makan bersama semasa dia tinggal di
sini. Entahlah Anisha tidak dapat fikir lagi. Ikutkan dia tidak punya mood
untuk keluar malam ini. Namun dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati
tunangnya. Amirul yang beria-ia mahu mengajaknya keluar. Anisha tidak menyangka
Amirul membawanya ke bandar untuk menonton wayang. Anisha memegang pop corn dan
air ice lemon tea yang baru di beli Amirul. Dia sepatutnya merasa teruja kerana
ini merupakan kali pertama dia berpeluang untuk menonton di pawagam. Moodnya
untuk menonton memang tiada.
“Cerita apa kita nak
tengok ni Rul,” ujar Nisa sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas
kerusi pawagam. Anisha memandang kearah screen yang terbentang luas di depan
matanya. Pawagam kelihatan hampir penuh. Ramai yang datang berpasangan. Ada juga yang
datang sendirian.
“Cerita Lake House,” ujar
Amirul separuh berbisik.
“Siapa pelakonnya,” soal
Anisha ingin tahu.
“Heroinnya Sandra Bullock
dan heronya Keanu Reeves,” terang Amirul. Dia tahu Anisha bukan tahu nama-nama
yang disebutnya tadi kerana Anisha tidak gemar menonton tv apatah lagi ke
pawagam.
“Keanu Reeves, macam
pernah dengar nama tu,” bisik Anisha. Dia ingat-ingat lupa. Tapi dia pernah terdengar nama hero yang di sebut
Amirul tadi.
Anisha menumpukan sepenuh perhatian kearah layar perak. Wajah wanita yang
Anisha rasa heroin filem tersebut terpampang luas di depan matanya. Pelakon
wanitanya cantik. Anisha terpegun bila seorang lelaki lagi muncul di layar
perak..
“Itu siapa,” soal Anisha.
“Ah, Itulah hero dia Keanu Reeves,” terang Amirul seraya menyuap popcorn ke
dalam mulutnya.
Wajah Affendy saling tak tumpah seperti hero dalam cerita yang ditontonnya.
Anisha cuba mengingati di mana dia pernah terdengar nama hero tersebut namun
tidak berhasil. Walaupun jalan ceritanya bagus dan romatik namun Anisha tidak
dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada cerita tersebut kerana cuba
mengingati dimana dia pernah terdengar akan nama hero tersebut.
“Macamana best tak cerita Lake House
tadi,” ujar Amirul. Sebaik sahaja keluar dati panggung wayang.
“Ok, cuma Anisha tidak berapa faham akan jalan ceritanya,” jawab Anisha
kerana dia tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada cerita tersebut.
“Tak faham, sebenarnya cerita Lake House asalnya dari garapan cerita
Korean, mengenai seorang wanita menyewa rumah paya yang cantik, setelah dia
mendapat perkerjaan di kota dia terpaksa berpindah ke rumah yang berdekatan
dengan tempat kerjanya, oleh kerana dia sayangkan rumah itu, dia meninggalkan
nota untuk penyewa baru supaya menjaga rumah itu dengan baik, penyewa lelaki
yang tinggal di rumah itu membalas surat wanita itu mengatakan bahawa rumah itu
tidak pernah di sewa kerana rumah itu rumah keluarganya yang di hasilkan
sendiri oleh ayahnya,
“Lagi Anisha tak faham, kalau lelaki itu kata rumah itu tidak pernah di
sewa bagaimana pula wanita itu menyewanya,” soal Anisha masih lagi tidak
mengerti akan ceritanya.
“Kerana wanita itu from the future dan
lelaki itu from the past,” ujar Amirul seraya tersenyum.
“Ok, lagilah pelik, tapi menarik jadi mereka berhubungan melalui surat
menyurat,” soal Anisha.
“Sebenarnya mereka pernah bertemu tapi tidak berkesempatan untuk mengenali
antara satu dengan lain, mereka mengenali hati masing-masing melalui surat
menyurat, ujar Amirul lalu tersenyum.
Anisha hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Walaupun dia tidak dapat
menumpukan sepenuh perhatian pada jalan cerita tersebut. Anisha suka pada satu
babak di mana heroin tersebut pergi ke firma arkitek untuk mendapatkan khidmat
untuk rumah barunya. Di bilik mesyuarat tersebut tergantung beberapa gambar
lukisan yang cantik dan salah satu lukisan tersebut adalah gambar gambar rumah
paya yang pernah di diami. Heroin tersebut mendapat tahu lukisan tersebut
adalah hasil lukisan lelaki yang berhubungan dengannya melalui surat menyurat
dan firma tersebut adalah firma milik lelaki tersebut dengan adik lelakinya.
Tetapi bila di tanya di mana dia boleh bertemu dengan abangnya. Adik kepada
firma tersebut mengatakan bahawa abangnya sudah meninggal setahun yang lalu
terlibat dengan kemalangan. Setahun yang lalu iaitu jatuh pada hari yang sama
dia tidak dapat bertemu dengan lelaki tersebut setelah berjanji mahu bertemu
dengannya dahulu di sebuah restaurant.
“Assalamualaikum, kak Nisa,” sapa seseorang dari belakang cukup membuatkan
Amirul dan Anisha terkejut.
Anisha menoleh. Dia mengutum senyum bila mengenali sangat akan gadis yang
menegurnya.
“Waalaikumsalam Fiza, apa khabar, lama benar kita tak jumpa ya,” ujar
Anisha ceria bila dapat bertemu kembali dengan Fiza. Sejak dia tinggal dengan
Dr. Azman mereka tidak lagi bertemu.
Amirul dan Fikri berjabat tangan.
“Rul kenalkan ini adik angkat I, Fiza dan itu tunangnya Fikri,” Nisa
perkenalkan Amirul kepada adik angkatnya.
“Ehem, abg Amirul ni mata air kak Nisa ke,” usik Fiza cukup membuatkan
Anisha tersipu malu. Fiza tidak berubah masih seperti dahulu suka mengusiknya.
“Tak adalah, abg Amirul ni bakal suami kak Nisa,” jawab Amirul seraya
tersengih.
“Betul ke ni, syukurlah,”
“Fikri jom kita ke sana, biar orang perempuan ni berbual dahulu, kita
pekena teh tarik lagi best,”
Fikri hanya menurut kehendak Amirul mereka menuju kearah kedai kopi
berhampiran dengan pawagam. Manakala Anisha dan Fiza duduk di atas bangku di
hadapan pawagam.
“I’m happy for you kak Nisa, Fiza tengok abg Amirul betul-betul sayangkan
kak Nisa,” ujar Fiza sebaik sahaja kedua-dua pemuda itu berlalu meninggalkan
mereka.
“Alhamdullilah,” jawab Anisha tersenyum.
“Wah tak sangka kak Nisa suka tengok lakonan Keanu Reeves eh, kak Nisa
masih ingatkan abg long lagi ke,” usik Fiza seraya ketawa. Dia yakin Anisha sudah
dapat melupakan kisah silamnya dan menempuh hidup baru. Kalau tidak masakan dia
bersetuju berkahwin dengan Amirul. Amirul pun tidak kurang hebat juga orangnya.
Punya ciri-ciri seperti abang long cuma Amirul happy go lucky dan keanak-anakan
dari abg long. Abg long matured.
Anisha tersentak. Dia
tidak faham maksud Fiza.
“Abg long, apa kena
mengena abg long dengan Keanu Reeves,” soal Nisa ingin tahu bila Fiza berkata
demikian. Kenapa tiba-tiba Fiza menyebut nama abang long.
“Lah kak Nisa tak ingat
ke, dulu sebelum kak Nisa dapat melihat, kak Nisa pernah bertanya pada Fiza wajah
abang long iras siapa, kan ke Nisa cakap wajah abg long iras Keanu Reeves,”
terang Fiza panjang lebar.
Jantung Nisa seperti direntap bila Fiza berkata demikian. Jadi benarlah Affendy itu abg long. Tetapi hatinya tidak puas selagi
tidak mendapat kepastian dari orang yang pernah mengenali abg long.
Anisha mengambil
kesempatan untuk memberi tahu Fiza akan dilemma yang dia hadapi sekarang dan
meminta jasa baik Fiza untuk membantunya. Anisha tahu dia tidak sepatutnya
menoleh ke belakang kerana masa depannya sekarang hanya dengan Amirul. Tapi
hatinya tidak akan tenang selagi tidak tahu siapa Affendy sebenarnya. Pada
awalnya Fiza agak terperanjat dengan kenyataan Anisha bahawa abang long masih
hidup. Dan Amirul dan Affendy mempunyai pertalian persaudaraan. Kalau betul lah
Affendy itu abang long Anisha bagaimana? Fiza agak keberatan kerana dia tidak
mahu Anisha di dalam situasi telan mati emak diluah mati bapak. Tapi kalau dia
tidak membantu, Anisha akan tenang selagi tidak tahu akan jawapannya. Puaskah
hati kak Anisha jika dia mendapat tahu bahawa Affendy itu adalah abang longnya.
Sanggupkah dia bernikah dengan Amirul manakala hatinya hanya pada abang long.
Dapatkah Anisha memilih di antara cinta dan kasih. Fiza faham akan dilemma yang
dihadapi oleh Anisha. Dan dia juga tahu cinta pertama Anisha adalah insan yang
hanya dikenali dengan panggilan abg long. Hanya Fiza yang dapat membantunya
ketika ini kerana Fiza mengenali abg long. Anisha banyak mendiamkan diri
sepanjang perjalanan pulang ke rumah Amirul. Amirul pula seperti tidak sedar akan perubahan
Nisa selepas bertemu dengan Fiza.
To be continue..
No comments:
Post a Comment