Sunday, 7 July 2013

"How Can I Not Love U" - Part 26


Aku tersentak terperanjat bila siren keretapi berbunyi nyaring. Aku mengosok mataku perlahan. Memandangkan Adam tidak ada plan untuk ke Nice sewaktu di Paris dan dia hanya membuat keputusan untuk ke Nice semalam. Jadi dia tidak dapat menempah First Class Private Double Night Train Compartment untuk kami berdua. Terpaksalah kami menaiki seat train biasa. Nasib baik travel malam. Kami berlepas dari station Paris Austerlitz jam 10.25 malam dan di jangka tiba di Nice Ville jam 8.54 pagi. Aku melirik kearah jam di tanganku. Jarum jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Dah nak dekat sampai.

 

“Good morning sunshine,” ujar Adam tersenyum lalu menyerah gelas Styrofoam berisi coffee. Aku menyambut lalu meletakkannya di atas meja kecil di hadapan ku. Sempat juga aku mencuri pandang kearah kasanova di sebelahku. Yelah nak tengok juga muka bangun tidur dia, kacak ke tidak kerana selama ini tidak pernah aku lihat dia kelihatan tidak terurus atau selekeh. Oh gosh. How come? Pagi-pagi lagi he look so dashing. Wajahnya kelihatan segar bugar seperti orang baru lepas mandi. Dia tak tidur ke? Bisik ku dalam hati.

 

“Morning, dah sampai ke,” soalku seraya mengeliat kecil malu juga dengan keadaan aku sekarang. Yelah tidur tak remove make-up lagi. Pasti rambut aku macam Esah gila. Make up jangan cakaplah ntah-ntah mata aku sekarang dah macam beruang Panda. Sengaja aku memalingkan muka kearah tingkap takut si Adam kena heart attack pula bila tengok muka aku yang tak berapa senonoh. Aku menyisir rambutku agar kelihatan kemas. Adam menghulurkan wet towel kepadaku seakan tahu aku mengelak dari memandang ke arahnya.

 

“Belum lagi sejam, tapi kalau you tak nak miss the view, I suggest you jangan sambung tidur lagi,” jawab Adam.

 

“Oh ok,” ujarku ringkas sambil menyapu wajahku perlahan dengan towel basah itu. Terasa lega dan segar mataku dapat mengelap wajahku nikmat sungguh. Ok. sekarang aku perlukan cermin untuk menempel wajahku dengan make-up yang di beli Adam. Kalau tak jejaka itu tidak akan senang kerana teman wanitanya tidak kelihatan presentable dan cantik. Aku membuka tas tangan Prada sewaan ku untuk mencari cermin. Aku meraba-raba kocek tas tanganku.

 

“Cari apa,” soal Adam bila dilihatnya Era beria-ia mencari sesuatu di dalam tas tangannya.

 

“Mirror,” jawabku ringkas masih lagi mencari cermin kecil yang aku rasa aku ada bawa sebelum berangkat ke Paris. Seperti yang aku katakan aku ni bukannya minah make-up. Aku pandai make-up sekarang pun bila kena paksa dengan Adam. Aku tidak berapa kisah sangat orang nak kata apa tentang penampilanku. Jadi tidak mustahil kalau aku terlupa bawa cermin.

 

“Why do you need mirror,” soal Adam.

 

“To put on make-up, without mirror macamana I nak nampak, duh,” jawabku sinis bila Adam menyoal soalan bodoh. Hissh sekeh kang kepala baru tahu. Menyusahkan orang betul. Nasib baiklah aku kena dera 3 bulan aje. Lepas 3 bulan I can say bye-bye to make-up.

 

“You don’t need mirror,” ujar Adam lalu mencapai tuala lembab dari tanganku. Aku menoleh kearah Adam bila dia berbuat demikian. Dia memandang wajahku dengan satu pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Pandangan prihatin, pandangan jelek, pandangan simpati. Tapi apa yang jelas tiada satu pun tekaan ku itu kurasa tepat kerana hanya Adam sahaja yang tahu akan pandangan yang dilemparkan kepadaku.

 

“Could I,” ujarnya bila di lihatnya aku seperti orang terperanjat bila dia berbuat demikian.

 

“Oh ok,” jawabku menelan air liur bila mendapat kesempatan mengamati wajah Adam secara dekat. He’s so damn good looking. Kalau actor sebelum diaorang shooting mesti kena make-up dulu kan tak banyak pun powder dan lip gloss but for Adam Matin Salvatore. Tak perlu itu semua. He’s natural good looking with sharp features and pinkish kissable lips. Ok no doubt orang kaya macam dia mesti pergi facial dan punya personal trainer untuk mendapatkan badan seperti man hunt. Aku rasa lepas balik dari unforgettable Europe trip ni aku nak batalkan kontrak dengan AMS. Aku tak rasa aku dapat menipu diriku bahawa aku sebenarnya sudah jatuh hati dengan AMS. Aku baru merasainya bila kami terpaksa bersama ke mana sahaja di Europe. Tak pernah rengang kecuali semasa dia meeting pada hari pertama kami di Paris. Selepas kejadian aku breakdown depan dia, dia tidak pernah meninggalkan aku sendirian kecuali bila time tidurlah. Korang ni pun. Aku belum gila ke tahap itu ok.

 

“Heh, relax you look so tensed,” ujar Adam bila Era masih lagi kelihatan seperti orang tertelan biji kopi.

 

“Sorry,” jawabku cuba tidak mahu tersenyum.

 

Tangan kiri Adam memegang daguku agar aku tidak bergerak. Manakala tangan kanannya menyapu wajahku perlahan dengan tuala basah tersebut. Mukanya betul-betul dekat dengan wajahku kerana aku dapat merasa hembusan nafasnya. Aku memejamkan mata sambil menahan nafasku. Gulp. Sekali lagi aku menelan air liur perlahan. Adam lakukannya dengan cermat. Disapunya kelopak mataku perlahan untuk membersihkan sisa-sisa eyeliner dan mascara.

 

“Excuse me, can I have more hot towel, please thanks,” ujar Adam pada seseorang. Aku membuka mata sebelah cuba kepo dengan siapa Adam bercakap. Aku cepat-cepat menutup mataku semula bila jejaka itu tersenyum bila aku berbuat demikian.

 

“Here you go sir,”

 

“Thanks,” jawab Adam.

 

Aku tidak membuka mata membiarkan sahaja Adam membelai wajahku. Sedap pula kan macam facial. Aku membasahkan bibirku bila aku dapat mengagak bahawa Adam akan mengesat sisa lipstick di bibirku sebaik sahaja dia membersihkan kedua belah pipiku. Adam menyapu bibirku perlahan dalam proses dia berbuat demikian aku ada juga tercium jari jemarinya. Bukan sengaja ok.

 

“Done, tak perlu pakai make-up, you cantik tanpa make-up,” jawab Adam perlahan lalu meletak 3 tuala lembab ke dalam bakul yang di sediakan.

 

“Thanks, great job,” ujarku selamba sengaja berbuat demikian. Sebenarnya aku dengar yang Adam memujiku cantik tapi sepertimana yang aku katakan aku tidak mahu terjerat bercinta dengan AMS.

 

“Kenapa you suka buat begitu,” soal Adam.

 

“Buat apa,” soalku pura-pura tak tahu.

 

“Nevermind, I hope you enjoy the view,” ujarnya lalu menolak langsir yang menutup tingkapku. Wow cantiknya. Terkebil-kebil mataku melihat keindahan alam ciptaan allah. No wonder orang selalu kata kalau berada di Europe travel dengan train. Baru aku tahu mengapa. Pemandangannya sungguh cantik. Terdapat beberapa rumah yang berwarna-warni didirikan berhadapan dengan laut. Patutlah Adam mahu ke Nice kerana tempatnya sama cantik dengan Italy dan Nice terletak berdekatan dengan sempadan Italy. Ah susah nak terangkan. Kalau kau orang tengok cerita Mr Bean the Holiday dimana endingnya dia dapat juga sampai ke Cannes. Ah situlah tempatnya.
 
To be continue..

No comments:

Post a Comment