Friday, 26 July 2013

"How Can I Not Luv U" - Part 32


Aku tersenyum sambil memandang ke arah mereka berdua dengan penuh minat. Apa istimewanya Adam sehingga wanita-wanita tidak dapat menahan diri dari berbual dengannya. Kali ini aku percaya mereka berbual dalam bahasa Italian kerana wanita yang duduk di sebelah kami tidak bertutur bahasa peranchis ketika memesan makanan dengan waiter tadi. Dia berbahasa ingerris. Mungkin dia merasa gembira bila ada seseorang yang boleh bertutur bahasanya.

 

“No, lei non sa che la amo, ho paura di dirle che la amo,” jawab Adam lalu tersenyum melirik ke arah ku. (No, she doesn't know that I love her, I'm afraid to tell her that I love her)

 

“Davvero non perché, hai paura che lei non ti ama?,” (Really why not, are you afraid that she didn't love you?) jawab wanita itu seraya memandang wajahku dengan wajah hairan.

 

Aku mengerutkan dahi bila wanita itu seakan terperanjat bila Adam menjawab soalannya. Adam pula kelihatan selamba memandang ke arahku lalu tersenyum. Apa yang mereka bualkan.

 

“Non ho mai innamorato prima, io non so come esprimere i miei sentimenti,” (I never fall in love before, I don't really know how to express my feelings) jawab Adam sambil tersenyum.

 

“Oh poverino, bisogna farle sapere presto se non si desidera essere il cuore spezzato, io sono sicuro che lei ti ama indietro, è troppo bello insieme look,” (Oh poor thing, you have to let her know soon if you don't want to be heart broken, I'm sure she will love you back, you too look lovely together) jawab wanita itu sambil menutup mulutnya seperti tidak percaya dengan apa yang di dengar.

 

Aku mula rasa tidak senang hati bila wanita itu memandang wajahku dengan pandangan kesian. Apa yang mereka bualkan. Menyesal pula menyuruh Adam bertutur bahasa Italy tadi. Ntah-ntah mereka mengumpat atau mengutuk pasal aku. Adam bukan boleh di percayai.

 

“Farò presto, grazie per la vostra consulenza signora,” (I will soon, thank you for your advise madam)

 

“Non aspettare troppo a lungo, se non si accetta il tuo amore mi volontario,” (Do not wait too long, if she do not accept your love I volunteer myself) ujar wanita itu seraya ketawa menampakkan barisan giginya yang putih lagi teratur.

 

“Certo, è un nessuno bella donna può resistere alla tua bellezza,” (Sure, you a beautiful woman nobody can resist your beauty),” ujar Adam lalu mencapai tangan wanita itu lalu menciumnya.

 

Aku hanya menjeling meluat bila Adam berbuat demikian. Cemburu juga melihat kemesraan mereka berdua. Mereka berdua kelihatan secocok sekali. Wanita itu cantik manakala Adam kacak dan jika orang tidak mengetahui Adam asal dari Malaysia pasti menyangka dia orang Italy kerana wajah Adam tidak rupa macam orang melayu darah kacukannya Belanda Italy ketara dan tidak punya ciri-ciri wajah melayu langsung.

 

“Beh, grazie, sono lusingato, comunque buona fortuna!,” (Well thank you, I'm flattered, anyway good luck!),” ujar wanita cantik itu lalu tersenyum ke arahku. Sempat dia menyentuh bahuku sebelum menuju ke arah meja makannya.

 

“Wow, apa yang you berbual lama dengan dia,” soalku tidak sabar ingin tahu akan perbualan mereka yang tampak menarik. Yelah berbual begitu lama pasti ada cerita menarik yang mereka berbual kan.

 

“Perempuan tu kata rupa I persis mantan suaminya dahulu,” ujar Adam selamba sambil mencapai langoustin yang tidak di sentuh Era sedari tadi. Adam mengopek kulitnya mengunakan pisau dengan garfu dengan mudah sahaja kulitnya tercabut dari isinya. Adam memang pandai mengunakan alat-alat itu sebab itu bila dia terpaksa makan nasi dengan mengunakan tangan dia terasa begitu kekok.

 

“Oh ye ke, patutlah mata dia tak lepas-lepas memandang kat you, husband dia hidup lagi ke tak,” soalku penuh minat. Kalau betul apa yang Adam katakan tadi aku baru tahu mengapa wanita itu kelihatan agak sedih tadi.

 

Adam tersenyum meleret gelihati bila Era mempercayai akan kata-katanya. Bukan niatnya hendak mempersendakan Era. Seperti yang dia katakan tadi pada wanita itu dia tidak pernah jatuh cinta dan dia tidak pandai meluahkan perasaannya pada Era. Wanita pertama yang berjaya membuka pintu hatinya untuk bercinta.

 

“Husband dia kahwin lain,” jawab Adam sambil menyuap langoustin yang dikopeknya tadi ke dalam mulutnya.

 

“Why am I not surprised,” jawabku seraya menjeling.

 

Adam ketawa kecil bila aku berkata demikian kerana dia tahu aku menyindirnya. Aku merasa senang hati bila tiap kali melihat Adam ketawa. Setiap kali dia ketawa matanya kelihatan bersinar ceria. Pernah juga aku melihat dia ketawa sebelum ini tapi tidak seperti hari ini.

 

“Excusez-moi la madame, appréciez votre nourriture!,” (Excuse me madam, enjoy your food!) ujar pelayan lelaki itu seraya meletak fish and chips di hadapanku. Aku tersenyum gembira kerana akhirnya dapat juga aku makan seafood yang sudah di masak walaupun tidak berapa fancy. Hanya fish and chips. Tak apalah asalkan aku tidak kebuluran.

 

“Merci beaucoup,” jawabku sambil tersenyum.

 

“Votre accueil,” jawabnya seraya berlalu.

 

“Thanks Adam,” jawabku sambil mencapai garfu dan pisau tidak sabar rasanya untuk merasa fish and chips di French. Sama ke tidak rasanya.

 

“I ada sesuatu hendak beritahu you,”

 

“Cakaplah,” jawabku acuh tak acuh.

 

“Tujuan I bawa you bercuti bukan kerana business,”

 

“Hmm no business trip, habis kita bercuti saja-saja aje ke? How come? You tak kerja ke?,” soalku dengan wajah tak bersalah.

 

“No, yes, nak berehat, I cuti,” jawab Adam ringkas.

 

“Apa yang no, yes, nak berehat, I cuti,” soalku kurang faham akan jawapan pemberian Adam.

 

“No business trip, Yes kita sedang holiday, sebab I nak berehat dan I cuti panjang,” jawab Adam menjawab soalanku.

 

“Really, jadi you sukakan I,” aku mengusiknya sambil tersenyum meleret.

 

“I hendak buatkan you suka pada I remember that,” ujarnya mengingatkan aku tentang perjanjiannya dengan Raoul.

 

“Oh yeah, I lupa tidak sangka you terpaksa habis ribuan ringgit untuk memikat hati I,” giatku lagi sengaja hendak menyakitkan hati Adam. Alah lagipun Adam bukan tak biasa dengan aku. Hendak di bandingkan aku dengan dia Adam berlebih-lebih laser mulutnya dari aku.

 

“So apa rancangan kita seterusnya,” soalku mengubah tajuk perbualan. Aku sebenarnya agak terkilan bila mengingatkan betting Adam dengan Raoul bila menyedari tujuan Adam berbuat baik dengan aku dan dia sedikitkupun tidak pernah mencintaiku. Memikirkannya sahaja membuatkan dadaku sebak.

 

“Nothing kita balik hotel, malam nanti ada surprised untuk you,” ujarnya sambil mengelap bibirnya dengan napkin yang telah di sediakan.

 

“Another surprised,” ujarku cuba menyembunyikan rasa sebakku aku cuba berlagak ceria.
 
To be continued... 

No comments:

Post a Comment