Aku cuba
mengawal perasaan gembira dengan berlagak cool bila ketua pramugari Air France
membawa kami ke arah First class cabin. Ok kalau tak mengenangkan aku bersama
si Vampire. Dah lama aku menjerit kesukaan. Yuhoo First class babe. Dulu masa
pergi umrah aku hanya duduk di ekonomi. Tempat duduk ngam-ngam kalau duduk
dengan orang yang lumayan penyek lah. First class boleh baring kat atas lantai
lagi. Hehe. Hilang mengantukku yang tadinya layu. Thanks Adam (ucapku dalam
hati). Kalau tak kerana dia aku tidak akan merasa duduk di First class dan ke Paris .
Aku memilih tempat duduk di tepi tingkap. Mataku sempat menjeling ke arah salah
satu passenger yang aku rasa familiar. Tapi tak ingat siapa.
“Welcome aboard sir, madam, would you
like to have a drink,” soal pramugari yang rupanya ala ala model Guess. Aku
yang wanita tulen turut terpesona bila sahaja terpandang akan wajah cantik pramugari
tersebut. Adam di sebelah berlebih-lebih lagi. Yelah jantan memang pantang
nampak perempuan cantik. Apalagi si kasanova di sebelah ku.
“Champagne please,” jawab Adam dengan
wajah selamba seraya menoleh kearah aku.
Aku menjeling bila
dia dah mula buat benda-benda yang tak senonoh. Dia tahu aku tidak suka tapi
dia buat tidak peduli. Lantaklah seperti yang aku katakan kubur masing-masing
jawab sendiri.
“Nothing for me
please, thank you,” jawabku seraya menjeling kea rah Adam yang sengaja
memandang kea rah punggung pramugari tersebut sedari tadi. Geram juga aku
melihat perangai kasanovanya yang tak sudah-sudah. Kalau boleh nak piat aje
telinga dia macam budak kecil supaya boleh behave.
“Cukuplah tu,
macam nak terkeluar biji mata,” ujarku menyindirnya.
“Are you talking to me,” jawab Adam
seraya menoleh kearah Era.
“Tak-tak I’m talking to the window next
to me,” jawabku seraya mengetap bibir menahan geram. Memang sepanjang
perjalanan ke airport aku sengaja tidak mahu berbual dengan si Vampire tu. Biar
dia tahu aku tidak suka di ganggu. Si Vampire pulak tidak cuba
untuk mengambil perhatian aku. Dia buat donno aje seolah-olah turut merasa
senang dengan plan aku untuk berdiam diri. Hissh. Hantu betul. Nah sekarang dia
cuba
mengusik aku bila aku mula berbual dengan dia. Kalaulah sepanjang 2 minggu aku
dan dia terus-terusan bertekak macam anjing dengan kucing apa faedahnya
percutian aku di Paris
tidak bermakna.
Adam tidak menjawab malah tersenyum
meleret bila berjaya membuatkan Era merasa sakit hati.
Aku menjeling lagi. Kali ini aku
menekan butang screen yang memisahkan seat kami untuk tujuan privacy. Aku malas
hendak memandang muka si Vampire. Aku mencapai headphone lalu menekan remote
untuk in flight entertainment. Aku memejamkan mata bertujuan untuk berehat.
Nasib baik terbang malam. Dapat juga aku mengelak dari terus sakit hati. Boleh
aku tidur sepanjang masa.
“Here’s your champagne sir,” ujar
pramugari tersebut lalu meletak champagne di atas meja Adam.
“Sorry dear, my doctor advise me not to
drink, I’m heeding to his advice and try to cut down, would you kindly change
my drink to cappuccino,” ujar Adam dengan suara perlahan. Matanya menjeling kea
rah Era yang masih lagi memejamkan matanya sambil kedua-dua telinganya di
sumbat headphone.
“Certaintly sir,” jawab pramugari
bermata hijau itu seraya tersenyum.
“Lovely,” jawab Adam seraya
mengenyitkan matanya. Dia menyeluk saku jaketnya lalu mengeluarkan cermin mata
bacaannya. Matanya sempat menjeling kea rah Era. Dia menyalakan lampu di
sisinya untuk membaca suratkhabar yang masih belum sempat di baca siang tadi.
Dia mengenakan cermin mata bacaannya.
Aku membuka mata bila misi untuk tidur
sepanjang penerbangan tidak berhasil. First class ke Economy class ke tak sama
macam katil tidur. Sungguhpun aku ni kecil molek aku boleh concur seluruh katil
king saiz. Yelah aku suka golek sana
golek sini. Ini atas kerusi macamana nak golek sana
golek sini, silap hari bulan aku boleh tergolek kat bawah. Aku menurunkan
screen sambil menjeling kearah Vampire yang sedang asyik membaca suratkhabar.
Aku menjungkitkan kening bila perasan dia memakai cermin mata khas untuk
membaca. Rabun juga si Adam ni. Aku tersenyum sendiri bila menyedari wajahnya
saling tak tumpah macam Clark Kent
bila dia memakai cermin mata. Aku mengeluh sendiri. Sampai bila aku hendak
bergaduh dengan Adam Matin. Aku rasa lebih baik aku berdamai sahaja dengan Adam
Matin. Lagipun aku bukan berada di Malaysia .
Kalau aku binggit dengan dia aku boleh cari balik sendiri. Ini kat Paris .
Kalau dia tinggalkan aku kat Paris .
Parah aku di buatnya.
“Belum tidur,” soalku seraya menepuk
bahu Adam perlahan.
Adam tersentak bila aku berbuat
demikian. Dia segera melipat suratkhabar yang di bacanya tadi lalu menoleh ke
arahku.
“Kenapa? tak boleh tidur,” soalnya pula
lalu tersenyum.
Aku mengelengkan kepala perlahan dengan
wajah bosan.
“You want me to sing a song for you,”
Aku tidak dapat menahan tawa bila Adam
tiba-tiba berkata demikian. Yelah kelakar sungguh. Sing a song dia ingat aku ni
baby ke nak kena dodoi-dodoi.
“Why you think I can’t sing,” soal Adam
lalu menanggalkan cermin mata bacaannya lalu di masukkan ke dalam saku
kemejanya.
“Hmm really, tak apalah nanti orang
lain bangun pulak kan ,
maybe next time, anyway thanks,” jawabku tersenyum pula. Serious ke dia nak
nyanyikan untuk aku. Macamana agaknya suara dia bila bernyanyi.
Aku memandang wajah kacak Adam.
Alangkah bahagianya jika kau menjadi milikku. Bisik ku dalam hati. Aku tidak
tahu mengapa tiba-tiba aku berperasaan begitu sedangkan selama ini aku tidak
pernah menyukainya. Aku tidak suka akan perangai negative lelaki itu. Dan lagi
aku tidak sepatutnya jatuh hati dengannya. Ini bukan misi ku.
“You want to say something,” tegur Adam
kerana Era memandang wajahnya seperti mahu berkata sesuatu.
“Thanks for being nice to me and sorry
for being a pain in the ass,” ujarku mengubah ayat sebenar yang aku susun tadi.
Ikutkan aku hendak katakan “I nak ucapkan jutaan terima kasih pada you kerana
tanpa pertolongan you mimpi I tak akan jadi kenyataan, budi baik you tak mampu
I nak balas, I hanya mampu berdoa pada allah semoga you di panjangkan umur,
dimurahkan rezeki dan mendapat jodoh yang baik,” tapi terpaksa mengubahnya
kerana aku tidak mahu Adam mengesyaki apa-apa.
Adam tersengih bila aku berkata
demikian.
“Ok, apology accepted,” jawab Adam
ringkas lalu meneguk cappuccino perlahan.
Aku mengetap bibir menahan geram. Woi
tak kan
itu aje respond Adam. Aku ingatkan dia akan katakan something like “it’s ok, I
pun hendak minta maaf pada you for being such an idiot,” atau “I dah lama
maafkan you,”. Kalau lelaki memang begitu ego semacam.
“I nak berdamai dengan you,” ujarku
seraya menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Adam. Adam mengerutkan dahinya
namun dia menyambut huluran tanganku.
“Kenapa takut I kidnapped you,” usik
Adam lalu tersenyum sinis.
“I don’t think you nak kidnapped I, tak
ada orang yang boleh bagi ransom yang you minta dan lagipun siapalah yang nak
claim I,” jawabku sambil menjeling ke arahnya. Tak kan
aku nak mengaku bahawa aku takut dia tinggalkan aku kan .
“I’m going to sleep, hope you don’t
mind,” ujar Adam seraya menguap kecil dia mematikan lampu. Lalu mengenakan
sleeping mask menutup matanya.
Tak guna betul. Aku ingat nak ajak dia
berbual dia tidur pulak. Dahlah mata aku tidak mengantuk. Aku menolak tingkap
lalu memandang ke arah luar sambil menongkat dagu. Walaupun tiada apa yang
dapat aku lihat selain dari kegelapan malam dan kepulan awan-awan putih.
To be continue...
No comments:
Post a Comment